Tafsir asas quran nota 9(144).
Saiyyidina Abu Bakar, (Umar, "Utsman, "Ali, 'Abdullah bin Mas'ud dan kebanyakan sahabat terkemuka terbilang sebagai tokoh-tokoh dari aliran ini. Asy-Sya'bi, Suffan ats-
Tsauri, Rabii' bin Khutsaim, Abu Haatim, jumhur mufassirin dan muhadditsin dari kalangan Tabi"in juga merupakan pendokong aliran ini.
(2) Aliran kedua mewakili golongan 'ulama' yang berpendapat ma'na, maksud dan hikmat huruf-huruf muqattha"ah itu dapat diketahui oleh manusia. Antara tokoh-tokoh yang terbilang sebagai pendokong aliran ini ialah Ibnu 'Abbaas, kebanyakan Ahlil Kalam, Khalil, Sibawaih, al-Farraa', Ibnu Qutaibah, Ibnu Abi al-Ishba" al-Mishri dan lain-lain.
Bagaimanapun golongan ini berbeza antara satu sama lain dalam menentukan maksud-maksudnya. Ahli-ahli Tafsir menyebutkan lebih dari dua puluh pendapat yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh dari aliran ini berhubung dengan ma"na dan maksud huruf-huruf muqattha'ah itu. Penulis memilih tujuh sahaja daripadanya untuk
dikemukakan sebagai contohnya. Selebihnya bolehlah dilihat di dalam buku-buku lain
yang lebih terperinci.
(i) Setiap huruf daripada rangkaian huruf-huruf muqattha'ah merupakan ringkasan atau kependekan yang mengisyaratkan kepada perkataan-perkataan tertentu. Sebagai contohnya الم menurut salah satu tafsiran dalam aliran kedua ini merupakan kependekan dan singkatan bagi . أنا الله أعلم (Akulah Allah yang paling mengetahui). ا atau أ adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أنا dan ل adalah kependekan yang mengisyaratkan
kepada Allah الله ) dan م pula adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أعلم
(ii) Huruf-huruf muqattha"ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada nama-nama sifat Allah s.w.t. yang tertentu. Sebagai contohnya huruf ا atau أ mungkin
mengisyaratkan kepada آ،أول ،أحد dan sebagainya" Huruf ل mungkin mengisyaratkan kepada لطيف dan sebagainya. Huruf م pula mungkin mengisyaratkan kepada،مُعِزّ مجيّب،atau مجيد dan sebagainya.
(iii) Huruf-huruf muqattha"ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada Rasulullah s.a.w. yang dihadap cakap. Ia mengandungi kata seru bersama mana-mana
sifat Rasulullah s"a.w. Sebagai contohnya الم dita'wilkan dengan ياأيها المرسل(Wahai
144
Tiada ulasan:
Catat Ulasan