Halaman

Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 147

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 147
*sesi 2

______
Konsep-konsep kctuhanan tersebut ternyata amat jauh sekali berbeza daripada ketuhanan yang diterapkan di dalam agama Islam. Inilah Yang ingin dibuktikan Oleh Imam Bukhari apabila beliau membawakan bab wahyu sebagai pendahuluan kitabnya. Justeru wahyu adalah rahmat paling besar Yang membuktikan bahawa Allah s.w.t. tidak pernah membiarkan manusia bersendirian menjalani kehidupan ini tanpa panduan dan bimbingan yang jelas. Malah dengan memahami konsep ini dengan jelas, segala persepsi yang tersasar tentang sifat-sifat Tuhan yang mengakibatkan jiwa manusia tidak pernah tenang, akan dapat diperbetulkan. Lalu perhubungan di antara manusia dan Tuhan mereka akan terjalin dalam suatu ikatan yang penuh dengan kasih sayang.

Dalam membimbing perjalanan hidup makhluk ciptaanNya yang paling mulia ini, setiap insan tidak kira siapa pun jua akan dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan dua perkara yang akan sentiasa menemaninya dalam menempuh liku-liku kehidupan. Dua perkara yang menjadi kayu pengukur dan neraca penimbang tersebut ialah 'aqal dan naluri. Dan untuk menyempurnakan proses bimbingan tersebut, Allah s.w.t. sentiasa mengutuskan seorang manusia pilihan pada setiap zaman yang diakui paling baik, pintar dan sempurna bagi membantu mereka menjelaskan panduan hidup sebagaimana yang telah ditentukan oleh Tuhan Maha Pencipta itu. Orang-orang pilihan yang digelar rasul atau nabi tersebutlah yang diamanahkan Oleh Tuhan untuk menyampaikan wahyu selaku panduan yang boleh diumpamakan sebagai sekeping peta bagi sang pengembara yang dipenuhi oleh petunjuk-petunjuk arah, skala dan tanda-tanda amaran. Begitulahlah wahyu. la menjadi satu petanda paling agung yang menunjukkan bahawa hubungan Tuhan dengan makhluknya adalah hubungan di antara kekasih dengan kekasih, bukannya di antara musuh dengan musuh atau sebagai barangan ciptaan yang terbiar tanpa pengurusan. Malah ada juga yang melencong lebih jauh lagi dengan mengangkat hubungan sesetengah individu atau sesuatu bangsa dengan tuhannya, sebagai perhubungan di antara anak dan bapa!

Sesetengah manusia yang singkat aqalnya gagal memahami konsep kasih sayang yang terjalin di antara Allah dan hambanya. Apabila kehendak dan permintaan mereka tidak diperkenan Tuhan, mereka akan menganggap bahawa Tuhan tidak mengasihi dan menyayanginya. Pemahaman sedimikian tentang konsep kasih sayang adalah suatu tanggapan yang tersasar daripada kebenaran. Kerana konsep kasih sayang sebenar adalah seperti kasih sayang ibu bapa yang benarbenar menyayangi anak-anak mereka. Mereka tetap akan melakuk'an apa sahaja tindakan demi kebaikan anak-anak, walaupun dengan menghampakan permintaan anak-anak. Lantaran memanjakan anak-anak dengan memenuhi setiap permintaan mereka tanpa batas dan sempadan, bukanlah merupakan kasih sayang sebenar, sebaliknya ia adalah tindakan merosakkan anak-anak itu sendiri.

Begitulah juga dengan ilmu dan keperluan manusia di dunia ini. Tuhan hanya akan menentukan sesuatu sesuai dengan keperluan mereka, dengan membataskan ilmu-ilmu dan penemuanpenemuan tertentu pada zaman-zaman yang bersesuaian. Sekiranya segala ilmu dan penemuan dibukakan sekali gus kepada mereka, nescaya tamaddun kemanusiaan akan rosak binasa. Berdasarkan hikmah yang demikianlah, ilmu yang diberikan tidak di dedah serta diagihkan kesemuanya sekali gus. Keadaan ini berlaku bukanlah disebabkan Tuhan terlalu 'berkira' atau kedekut dengan hamba-hambaNya, tetapi tuhan mengiranya melalui kasih sayang dan kebijaksanaanNya. Walau bagaimanapun. untuk memahami konsep ketuhanan sebegini ternyata amat sukar bagi 'aqal-aqal manusia yang dangkal, sekiranya tidak ada panduan dan rujukan

147


Tiada ulasan:

Catat Ulasan