Halaman

Jumaat, Disember 25, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 171

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 171


___________________________________________________________
para sahabat yang telah ikut serta dalam peperangan Badar. Bukankah mereka telah diampunkan Allah walau apapun jua kesalahan yang mereka lakukan. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam sebuah hadits Qudsi tentang ahli Badar bahawa: اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ
Bermaksud: "Lakukan apa saja yang kamu mahu, sesungguhnya Aku telah mengampunkanmu." 
(Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaa'i, Ibnu Majah, at-Thabaraani, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).

 Hadits ini meskipun diketahui oleh ahli Badar, tidak pernah diketahui pula mereka menjadikannya sebagai perisai untuk melakukan ma'shiat. Tidak juga pernah terbukti dalam sejarah hidup mereka bahawa mereka menganggapnya sebagai satu peluang dan kesempatan untuk melakukan kederhakaan terhadap Allah. Malah sebagai tanda rasa syukur, mereka telah melipat gandakan amalan keta'atan, bukan sebaliknya menghentikannya. Apalagi untuk menggantikannya dengan amalan ma'shiat atau bid'ah. Kerana seseorang yang terdidik dengan adab dan budaya yang luhur tidak akan berbuat sesuka hati di dalam rumah orang yang menjemputnya masuk dengan mengatakan: "Buatlah seperti rumah sendiri". Malah sambutan mesra tuan rumah tersebut akan disambut dengan perasaan terharu yang akan membuatkannya lebih bersopan dan berhati-hati. Keampunan yang diterima daripada Allah s.w.t. itu juga tidak pernah mereka anggap remeh dengan mengulangi semula kesalahan-kesalahan yang sama- Lihat saja kisah Kaab bin Malik, Hilal bin Umaiyyah dan Murarah bin Rabi'ah yang telah dipulau selama lima puluh hari sebagai hukuman kerana tidak menyertai peperangan Tabuk oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat setelah Baginda s.a.w. menerima arahan daripada Allah s.w.t. untuk berbuat demikian. Selama tempoh tersebut beliau tidak pernah ditegur oleh sesiapapun, dan teguran beliau juga tidak diendahkan. Malah salam beliau tidak dijawab oleh Nabi s.a.w sendiri. Namun setelah tempoh yang memeritkan itu berlalu, beliau telah mengisytiharkan untuk menyerahkan segala hartanya sebagai tanda kesyukuran di hadapan para sahabat yang mengerumuninya untuk mengucapkan tahniah sebaik sahaja mereka mendapat berita tentang pengampunannya.
Begitu juga dengan seorang sahabat yang telah terdorong mencium seorang perempuan. Setelah menyedari kesalahannya, beliau terus berlari mendapatkan Rasulullah s.a.w. sambil mengadu halnya kepada Baginda dengan berkata, "Binasalah aku" beberapa kali. Setelah mengetahui perkara yang sebenarnya Nabi s.a.w. mengajaknya untuk sama-sama berwudhu' dan menunaikan sembahyang. Lalu pada keesokkan harinya, barulah Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa dosanya telah diampunkan oleh Allah disebabkan amalan sembahyang yang dilakukannya pada hari semalam sambil Baginda membacakan ayat:
Hud 11:114

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ ٱلَّيْلِۚ إِنَّ ٱلْحَسَنَٰتِ يُذْهِبْنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ 
Bermaksud: dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada (waktu) malam. Sesungguhnya perbuatan- perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. ltulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. (Huud: 114).

Namun sahabat berkenaan tidak pernah diberitakan telah menjadikan kelonggaran daripada ayat yang turun khusus berkenaan dengan insiden yang dialaminya sendiri itu sebagai satu peluang untuk melakukannya semula. Golongan yang memusuhi para sahabat tidak henti-henti mencari alasan berupa ayat-ayat al-Quran yang zahirnya menegur perbuatan para sahabat sebagai dalil

171



Tiada ulasan:

Catat Ulasan