Sahih bukhari kitab iman sesi 01 172
___________________________________________________________
untuk memburuk-burukkan imej mereka. Antara ayat yang selalu mereka jadikan sebagai alasan untuk mencalarkan kredibiliti para sahabat ialah tiga dari surah al-Hujuraat berikut:
Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Al-Hujurat 49:3
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَٰتَهُمْ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱمْتَحَنَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَىٰۚ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
Al-Hujurat 49:4
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِن وَرَآءِ ٱلْحُجُرَٰتِ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana sebahagian daripada kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedang kamu tidak menyedarinya. (2). Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (3).
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, Wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). (4). (al-Hujuraat: 2-4).
Menurut mereka sikap kurang ajar para sahabat terhadap Nabi s.a.w. yang mendapat teguran daripada Allah tersebut amat jelas membuktikan sikap sebenar para sahabat. Sedangkan ayat tersebut hanya ingin menjelaskan peringkat-peringkat proses tarbiyah Nabi s.a.w. dalam mendidik para sahabat yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai qabilah. la sebaliknya memaparkan kejayaan Nabi s.a.w. mengubah kehidupan kasar mereka kepada satu generasi yang paling sopan dan tinggi adabnya di persada sejarah. Kerana kejayaan sesuatu usaha akan dinilai berdasarkan hasil yang diraih di penghujung tempoh usahanya itu, bukan di permulaan usahanya. Ini dibuktikan oleh gambaran-gambaran hadits tentang sikap para sahabat selepas itu. Apabila ingin menemui Nabi s.a.w., mereka akan mengetuk pintu rumah Baginda dengan hanya menggunakan hujung-hujung kuku mereka sahaja. Apalah hebatnya Nabi s.a.w, sekiranya pengikut-pengikut Baginda sudah terdiri daripada orang-orang yang sopan dan baikbaik belaka!!
Ringkasnya, pegangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah berkenaan dengan hakikat iman adalah berpandukan kepada tafsiran Nabi s.a.w. yang dipraktikan oleh para sahabat Baginda. Kerana Nabi s.a.w. sentiasa menggalakkan para sahabat agar sentiasa mengisi kehidupan mereka dengan amalan ketaatan, bukannya membiarkan kehidupan mereka berlalu tanpa panduan dan amalan lantaran berpada dengan pengakuan iman sahaja. Dalam membongkar faktor-faktor yang menyebabkan golongan sesat semakin tersasar dalam pencarian kebenaran mereka, para sulama' telah menyimpulkan tiga faktor utama yang menyumbang kepada kesesatan dan penyelewengan 'aqidah, iaitu:
(1) Menolak hadits-hadits sahih.
(2) Meninggalkan panduan daripada amalan para sahabat yang menerima bimbingan secara langsung dan secara praktikal daripada Nabi s.a.w.
(3) Mengikut tuntutan hawa nafsu dan memandai-mandai dalam mereka cipta ajaran-ajaran agama.
Sebagai kesimpulan kepada perbincangan yang lalu dapatlah dikatakan, Imam Bukhari lebih banyak memberi tumpuan kepada 'aqidah golongan Murjiäh, Karramiyyah dan seumpamanya yang berpendapat bahawa seseorang itu sudah dikira beriman dengan hanya mengakuinya di dalam hati sahaja dan keadaan imannya tidak akan terjejas walaupun dia melakukan apa saja amalan ma'shiat. Manakala ulama sebelumnya seperti Imam Abu Hanifah dan lain-lain pula,
172
Tiada ulasan:
Catat Ulasan