Tafsir asas quran nota 9(206)13
Nasakh Menurut Istilah 'Ulama' Mutaqaddimin.
Shah Waliyyullah (Ahmad bin 'Abdir Rahim ad-Dihliwi m1176H) di dalam al-Fauzulm Kabirnya berkata: "Salah satu tempat yang rumit dalam bidang (Usul) Tafsir dan luas perbincangannya serta banyak pula terdapat perbedaan pendapat 'ulama' tentangnya ialah perbincangan tentang Nasikh dan Mansukh.
Antara sebab terpenting bagi kesukaran bab ini ialah kerana berbedanya istilah mutaqaddimin dan muta'akkhirin tentang Nasakh itu sendiri.
Apabila diteliti dan diperiksa kata-kata Sahabat dan Tabi'in, anda akan mendapati mereka selalu menggunakan perkataan nasakh dengan ma'na lughawinya (pengertiannya di sudut bahrasa 'Arab), iaitu إِزِ الَةُ بِشَيْءٍ بِشَيْءٍ (menghilangkan sesuatu dengan sesuatu yang lain). Mereka tidak memakainya menurut pengertian yang dipakai oleh 'ulama' Usul ('ulama' muta'akkhirin). Ma'na Nasakh menurut mereka ialah menghilangkan sifat-sifat tertentu dari sesuatu ayat (atau bahagian ayat) dengan ayat (atau bahagian ayat) yang lain, sama ada dengan
(1) menyatakan habisnya tempoh beramal dengannya atau (2) dengan memalingkan percakapan daripada ma'na yang hampir dan segera difahami kepada ma'na yang jauh dan
tidak segera difahami. Atau
(3) dengan menyatakan mana-mana qaid yang terdapat di dalam sesuatu ayat hanyalah qaid ittifaqi. Atau
(4) mentakhshiskan yang 'aam. Atau
(5) menyatakan perbedaan di antara yang manshush dan apa-apa yang diqiaskan dengannya secara zahir. Atau
(6) menghilangkan adat resam jahiliah. Atau
(7) menghapuskan syari'at yang lalu. Pintu Nasakh menurut mereka luas. Perkongsian pemikiran juga berlaku dengan banyak sekali dalam bab ini. Dengan itu daerah perbedaan pendapat juga turut meluas, sehingga ayat-ayat yang dimansukhkan sampai kepada lima ratus ayat, bahkan jika direnungi dengan mendalam,niscaya tidak terhingga banyak bilangannya.
Secara ringkasnya Shah Waliylullah menyimpulkan Nasakh menurut istilah mutaqaddimin berlaku untuk menyatakan tujuh keadaan:
(1) Menyatakan habisnya tempoh beramal dengan sesuatu nas al-Qur'an. Antara contohnya ialah firman Allah:
206
Tiada ulasan:
Catat Ulasan