Isnin, Januari 25, 2021

Tafsir asas quran nota 9(225)14

Tafsir asas quran nota 9(225)14

isteri pula terdapat khilaf di kalangan'ulama'. Ada yang berkata, ia dikekalkan dan ada pula yang berkata, ia dimansukhkan dengan hadits: ولا سكني  Bagi golongan ini
isteri yang kematian suami tidak mempunyai hak lagi baik untuk mendapat nafqah atau tempat tinggal selama setahun itu. Keistimewaan mendapat nafqah dan tempat
tinggal kalau pun ada hanyalah selagi belum habis iddah dengan berlalu empat bulan sepuluh hari atau dengan si isteri melahirkan kandungan. Menurut jumhur mufassirin
ayat 240 dari Surah itu sememangnya dimansukhkan dengan ayat 234 dan Surah yang sama. Itulah yang disebutkan oleh Jalaluddin as-Suy'uthi. Tetapi menurut Shah Waliyyullah ayat 240 Surah al-Baqaarah itu masih boleh dita'wilkan lagi dan tidak perlu dikatakan ia mansukh. Masih ada ruang untuk diamalkan isi kandungan ayat itu
dengan kita mengatakan perintah Allah supaya berwasiat itu hanya mustahab, elok atau harus saja dilaksanakan oleh si suami yang akan meninggal dunia. Ia bukanlah suatu yang wajib. Hak berwasiat bukan lagi merupakan tuntutan undang-undang, sebaliknya ia hanya termasuk dalam tuntutan akhlak yang mulia semata-mata. Jika seseorang mengamalkannya, ia akan mendapat pahala kerananya dan jika tidak, maka tidaklah ia berdosa. Si isteri juga tidak berkewajipan mengikut wasiat si suami supaya tinggal di rumahnya selama setahun. Terpulang kepadanyalah, sama ada mahu terus berada di rumah suaminya atau meninggalkannya sebelum cukup setahun.
Demikianlah pandangan Ibnu 'Abbaas terhadap ayat 240 Surah al-Baqaarah. Bahkan itulah yang zahir daripada ayat berkenaan. Maka tidak perlulah ia disenaraikan sebagai ayat yang mansukh.
(6) Firman Allah ini:

Al-Baqarah 2:284
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 

Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunnyikannya niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Baqarah :284).

225

Tiada ulasan:

Catat Ulasan