Isnin, Januari 25, 2021

Tafsir asas quran nota 9(225)14

Tafsir asas quran nota 9(225)14


Menurut sesetengah 'ulama', ia dimansukhkan dengan firmanNya:

Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Bermaksud: Allah tidak kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dar'i kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukurn kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah karni. Engkaulah Penolong kami,  maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (al-Baqarah:286).

Jika firman Allah (ما في أنفسكم) di dalam ayat 284 Surah al-Baqarah di atas dipakai dengan erti umum, maka termasuklah juga dalam yang dikira salah oleh Allah s.w.t.
itu segala lintasan hati yang di luar daripada kemampuan manusia untuk mengawalnya. Allah juga akan menyeksa mereka kerana lintasan-lintasan hati mereka yang tidak baik. Kalau begitu nampaknya tiada siapa pun manusia yang akan terlepas daripada azab Allah. Kerana itulah ada 'ulama" mengatakan ayat 284 Surah al-Baqarah itu tidak muhkam. Ia sebaliknya dimansukhkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 286 dari Surah yang sama. Kerana ayat 286 dengan tegas menyebutkan bahawa:
[Allah tidak membebankan sesaorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya]kerana mengawal hati daripada segala lintasan-lintasan sama ada baik atau buruk yang sentiasa tenggelam timbul itu di luar daripada kemampuan manusia, maka ia tentunya tidak dimaksudkan oleh Allah.
Pada pandangan Shah Waliyyullah, hubungan di antara ayat 284 dan 286 Surah al-Baqarah itu bukannya hubungan nasikh dan mansukh, tetapi adalah hubungan khas
dan 'aam. Ayat 286 sebetulnya hanya mentakhsiskan (mengkhususkan mafhum) ayat 284 sebelumnya. Tidak perlu sama sekali dikatakan ayal 286 memansukhkan ayat
281.


225

Tiada ulasan:

Catat Ulasan