Halaman

Selasa, Januari 26, 2021

Tafsir asas quran nota 9(226)14

Tafsir asas quran nota 9(226)14

Ayat 286 menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan (ما في أنفسكم) di dalam ayat 284 ialah keikhlasan (sifat ikhlas) dan kemunafikan (sifat nifaq) yang tersemat di dalam hati manusia. Sifat-sifat itu sama ada dinyatakan atau disembunyikan, tetap akan dikira oleh Allah. Ia sama sekali tidak bermaksud segala lintasan hati yang tidak mampu dikuasai oleh sesiapa pun. Manusia sememangnya tidak mempunyai ikhtiar kesanggupan untuk mengawalnya. Oleh kerana ia termasuk dalam perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan dan kesanggupan manusia, maka tentulah Allah tidak akan mengiranya sebagai suatu yang mendatangkan dosa atau pahala. ltulah yang dinyatakan oleh Allah di dalam ayat 286. Hakikat itulah juga yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadits Baginda. Di bawah ini dikemukakan dua sahaja daripadanya:
(1)إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah mema'afkan (tidak mengira salah) segala bisikan hati umatku selagi ia tidak melakukannya atau mengucapkannya. (Hadits riwayat
Bukhari).

(2)- إنَّ اللهَ تجاوَز عن أُمَّتي ما حدَّثَتْ بِهَا أنفُسَها، وَمَا أُكْرِهُوا عَلَيْهِ إِلَّا أَنْ  يَتَكَلَّمُو بِهِ، أَوْ يَعْمَلُوا بِهِ.
Bermaksud: Sesungguhnya Allah mema'afkan (tidak mengira salah) segala bisikan hati umatku dan segala apa yang dilakukannya dengan terpaksa, kecuali kalau
mereka mengucapkannya atau melakukannya. (Hadits riwayat ad-Daaraquthni).

(7) Firman Allah di dalam Surah Aali 'imraan berikut:
Aal-e-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam. (Aali' lmraan: 102).

Menurut sesetengah ulama', ia mansukh dengan firman Allah berikut:

At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

226

Tiada ulasan:

Catat Ulasan