Tafsir asas quran nota 9(251)16
Abu Saleh. Dan ada juga yang memakainya dengan erti "dalam keadaan kamu cergas atau lesu. Perkataan خفة dipakai mereka dengan erti kecergasan dan perkataan ثقل pula dipakai dengan erti kelesuan. Antara tokoh tafsir Salaf yang berpendapat demikian ialah Ibnu 'Abbaas dan Qataadah. Pendek kata perkataan خفافا dan ثقالا dalam ertinya yang luas telah dipakai oleh ahli-ahli tafsir Salaf. Miskin dan kaya, lapang dan sibuk, muda dan tua, berkenderaan dan berjalan kaki, cergas dan lesu, tidak cukup senjata dan kelengkapan perang atau cukup, sihat dan sakit dan sebagainya. Mengambil kira kesemua sekali pendapat-pendapat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa Allah pernah menuntut dan memerintah semua lapisan masyarakat, biar bagaimanapun keadaannya supaya keluar berperang di jalan Allah untuk mempertahankan agamaNya. Tetapi tuntutan dan perintah Allah itu tidak berterusan. Ia terikat dengan satu jangka masa tertentu di zaman Rasulullah s.a.w. sahaja. Selepas itu ia
dimansukhkan dengan ayat-ayat dalam Surah at-Taubah dan al-Fath tersebut tadi.
Shah Waliyyullah bagaimanapun tidak sependapat dengan mereka. Bagi beliau ayat ke-41 dari Surah at-Taubah itu tidak dimansukhkan oleh mana-mana ayat lain. Perkataan خفافا yang tersebut di dalamnya jika dipakai dengan erti "dalam keadaan alat-alat senjata dan kelengkapan perang kamu tidak berapa mencukupi" dan perkataan ثقالا pula bererti dalam keadaan alat-alat senjata dan kelengkapan perang kamu mencukupi", maka tidak perlu lagi dikatakan ayat ke-41 Surah at-Taubah itu dimansukhkan. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pendapat
kebanyakan 'ulama' yang mengatakan ia mansukh. Adapun kalau mengikut pendapat Shah Waliyyullah, maka ia seharusnya diterjemahkan begini:
At-Taubah 9:41
ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Bermaksud: Berangkatlah kamu (untuk berperang pada jalan Allah), baik dalam keadaan alat-alat senjata dan kelengkapan perang yang ada padamu tidak berapa
mencukupi atau dalam keadaan ia lengkap dan mencukupi, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu
adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah:41).
Ia sama sekali tidak bererti Allah pada suatu ketika pernah memerintahkan supaya semua orang Islam berperang sama ada ia uzur atau tidak. Kemudian melalui ayat-
ayat 91-92 Surah at-Taubah, 122 surah yang sama dan ayat 17 Surah al-Fath Allah
251
Tiada ulasan:
Catat Ulasan