Halaman

Isnin, Mei 24, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 24(72)nota 16(392)

Daurah tafsir 2019 sesi 24(72)nota 16(392)

ZamanDiturunkan
Surah al-Jin berkemungkinan diturunkan bersama Surah al-Ahqaaf iaitu ketika perjalanan pulang Rasulullah daripada Tha'if di suatu tempat bernama Nakhlah, sekitar bulan Syawwaal tahun ke-10 Kenabian. Ketika itu Rasulullah s.a.w. bersama ahli keluarganya sedang diboikot oleh masyarakat kafir Qurasiy dan Baginda terkepung di Syi'bi Abi Thalib, setelah terlepas daripada suasana itu, Rasulullah s.a.w. kehilangan isteri tersayangnya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Thalib. Pada ketika itu sikap
orang-orang musyrikin terhadap al-Qur'an sangatlah teruk dan penuh dengan keta'shuban, tiba-tiba beberapa orang jin memeluk agama Islam, ia memberi semacam nafas baharu. Orang-orang musyrikin Quraisy diingatkan kembali dengan al-Qur'an yang penuh dengan kesan yang sangat mendalam kepada jiwa manusia dan mereka diseru kembali kepada ajarun tauhid. Selain itu mereka juga diperingatkan kembali kepada kedudukan kerasulan dan faedah serta kebaikan di dunia dan di akhirat yang akan
mereka dapat sekiranya mereka beriman.

Beberapa Ciri Khusus Surah Al-Jin
1. Surah ini mempunyai iramanya tersendiri yang cukup menarik.
2. Melalui surah ini seruan kepada 'aqidah tauhid, kerasulan dan kepercayaan kepada hari akhirat diulangi dalam bentuk dan penampilan yang baharu.
3. Di dalam surah ini manusia diperintahkan supaya menggunakan kebebasan memilih yang diberikan
kepada mereka dengan sebaik mungkin, kebebasan memilih hanya diberikan kepada 2 jenis makhluk
sahaja iaitu manusia dan jin.

Perkaitan Surah Al-Jin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Nuh sebelum ini, adab dan disiplin da'wah telah disebutkan, di dalamnya disebutkan
kisah benar da'wah Nabi Nuh yang begitu lama dan panjang tetapi kaumnya tetap mendustakannya, didalam Surah al-Jin ini pula tersebut kisah golongan jin yang memeluk agama Islam dan membenarkannya, manusia dinasihati supaya mengambil pengajaran daripada golongan jin yang
bersedia memeluk agama Islam itu.
2. Di dalam Surah al-Muzzammil akan datang disebutkan beberapa peringkat yang perlu dilalui selepas seseorang itu beriman, dengan bertahajjud, berbelanja di jalan Allah, ingat kepada Allah dan beristighfar kepadaNyalah seseorang akan dapat beristiqamah di atas ajaran tauhid setelah memeluk agama Islam.

392

Tiada ulasan:

Catat Ulasan