Halaman

Isnin, Mei 24, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)304

Tafsir asas quran nota 9(302)304

Kalau dikatäkan pula apa  yang beraku kepada Nabi Daud berbeza sekali daripada apa yang berlaku kepada orang-orang Iain, kerana gunung-gunung ätau perut bumi sendiri yang mengeluarkan logam-logam untuk kemudähannya, Adapun orang-orang Iain, maka mereka perlu berusaha keras untuk mengeluakannya!

Ya. jika diterima begitu pun, tidakkah itu sudah merupakan suatu keajaiban juga? la sebenarnya tidak kurang daripada mukjizat tasbih sebenar oleh gunung-gunung yang cuba dinafikankan oleh pengarang.

Dan apa memalingkan الطير yang kepada ma'na-makna yang läin? Apakah yang bersayap dan setiap yang laju  perjalananya seperti kuda, kereta api atau kapal terbang juga turut bertasbih bersama Nabi Daud? Tidak dapat dipastikan maksudnya menyebutkan semua yang tersebut di bawah perkataan (burung-burung)? Apakah di zaman Nabi Daud sudah  ada kereta api dan kapal terbang menurut pengarang tafsir tersebuť?

Sedangkan menurut ahli tatšir Ahlu as-Sunnah Wa al-Jamasah dari dahulu hingga sekarang, perkataan tasbih di dalam itu sememangnya digunakan dalam makna sebenarnya atau makna haqiqinya. Cuma kita manusia saja yang tidak fäham dan tidak mengerti cara dan kaifiat tasbih makhluk yang Iain termasuk gunung-gunung dan burung-burung itu.  Adapun pada  hakikatnya maka semuanya bertasbih. Itulah seharusnya diterima oleh orang Islam.Sebabnya  ialah alQuran sendiri di tempat Iain menyebutkan begitu. Lihat firman Allah ini:

Al-Isra' 17:44
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
Maksudnya: Langit yang tujuh. bumi dan setnua ymg ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu apa pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhn.xan Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (al-Israa:44),

Firman Allah di dalam ayat ke-79 Surah al-Anbiyaa' itu bukanlah suatu yang asing sebagai mukjizat daripada Allah kepada Nabi Daud. Allah juga telah menyatakan perkara yang sama pada dua tempat yang Iain lagi di dalam al-Qur'an. Jika Muhałnmad Abu Zaid betul-betul ikhlas mahu mentafsirkan al-Qur'an dengan al-Quran maka dia sepatutnya tidak mengabaikan semua ayat-ayat ini. Lihat firman Allah yang dimaksudkan itu di bawah ini:

Saba' 34:10
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ مِنَّا فَضْلًاۖ يَٰجِبَالُ أَوِّبِى مَعَهُۥ وَٱلطَّيْرَۖ وَأَلَنَّا لَهُ ٱلْحَدِيدَ 



304

Tiada ulasan:

Catat Ulasan