Halaman

Sabtu, Mei 01, 2021

K999.10 PERKARA TENTANG DIET YANG DIAMALKAN OLEH DR. ZUBAIDI

K999.10 PERKARA TENTANG DIET YANG DIAMALKAN OLEH DR. ZUBAIDI

Diet saya adalah :

1. Diet saya makan sehingga kenyang-bukan makan sedikit dan kerap. Saya akan makan sayur-sayuran (low carbo) sehingga kenyang

2. Diet saya makan bila lapar- tiada waktu untuk masa makan tertentu seperti mesti bersarapan atau mesti mesti makan tengah hari. Saya makan bila lapar.

3. Diet saya simple. Boleh diamalkan di mana-mana walaupun di kedai mamak atau waktu kenduri kendara. Tiada alasan untuk tidak menjaga pemakanan sebab saya hanya menukar pilihan kita.

4. Diet saya tidak mahal kerana saya mengurangkan kekerapan untuk makanan dan memilih sayur-sayuran tempatan (ulam) dan kompleks carbo untuk kekal kenyang.

5. Diet saya bukan diet cara hidup yang baru tetapi diet yang betul dan telah diamalkan oleh datuk nenek kita sejak zaman silam. Cuma hari ini kita terbiasa dengan pemakanan yang salah sehingga kekok untuk membiasakan diet yang betul.

6. Diet saya bukan diet vegetarian sebab walaupun saya mengambil banyak high fiber (sayur-sayuran) tetapi saya juga mengambil banyak protein dan fat. Matlamat kita kurangkan carbo.

7. Diet saya telah membantu ramai orang mengurangkan berat badan, membantu orang mengekalkan kesihatan dan membantu ramai pesakit kronik.

8. Diet saya menggalakkan pengambilan bahan-bahan makanan yang natural dan segar. Tinggalkan bahan makanan yang diproses dan tidak segar.

9. Diet saya mudah diamalkan kerana ia tidak membuatkan kita cepat lapar kerana mengambil unsur masam dan manis dalam buah-buahan sebagai pelengkap diet.

10. Diet saya adalah sebahagian rawatan dan ubat untuk penyakit. Ia bukan setakat makan dan minum saja.

#HealthDrZubaidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan