Sabtu, Mei 01, 2021

K999.MENGAPA RAMAI ANAK YANG PANDAI AKADEMIK TAPI BIASA BIASA AJA BILA DAH DEWASA? INI SEBABNYA…

K999.MENGAPA RAMAI ANAK YANG PANDAI AKADEMIK TAPI BIASA BIASA AJA BILA DAH DEWASA? INI SEBABNYA…

​Pernahkah kita terfikir mengapa ramai kawan-kawan kita (bukan semua ya) yang sangat pandai akademik semasa kecil; tadika dan sekolah rendah dulu (ala-ala straight A’s gitu), dewasanya biasa-biasa aja, berbeza dengan yang sederhana (group B,C,D kelihatannya agak berjaya, malah ada yang sampai tahap menggajikan orang lagi) serta banyak menyumbang semula kepada masyarakat.



Pengurusan Emosi Kanak-kanak

Ia sebenarnya berbalik kepada kecerdasan emosi atau EQ, bukan kecerdasan intelek (IQ) semata.

Satu daripada kemahiran dalam EQ ialah kemahiran mengurus emosi, yang pada saya amat ‘crucial’ ilmunya untuk anak-anak pada masa kini.

Sebab ia berkait dengan pengurusan stres.

*Dapatan dari NHMS 2019 mendapati anak-anak kita (424 ribu) yang berusia 5-15 tahun ada mengalami isu kesihatan mental kanak-kanak dan lebih ramai atau berisiko ialah dari kelompok usia 10-15, luar bandar, perempuan dan dari keluarga B40 (laporan NHMS 2019 boleh baca di perkara 15 Epidemik Tersembunyi). *Terperinci mengenai dapatan ini mungkin akan saya kupas pada entri lain (berkenaan 4 domain kesukaran kanak-kanak dan apa kita sebagai ibubapa boleh lakukan untuk bantu anak kita).

Sumber: NHMS 2019, klik di hyperlink di atas

Hari ini kita menyaksikan ramai orang dewasa dan remaja yang mengalami tekanan emosi sehingga ke tahap mental illness (depression, anxiety, panic attack, dll) sehingga penyebab utama kematian seluruh dunia ialah masalah kesihatan mental iaitu ‘depression’ selepas penyakit jantung (sumber: WHO).

Ia berbalik kepada ilmu.

Kajian sudah banyak dilakukan dan kita boleh mengambil tindakan dari apa yang dibentangkan kini, kerana cegah lebih baik dari merawat, dan ‘prevention and education’ adalah key utama kepada perubahan ke arah lebih positif.

5 Komponen EQ

Hari ini saya nak kongsi mengenai 5 komponen EQ (Kecerdasan Emosi) untuk kita sebagai ibubapa
(i) Tahu dan boleh mula (ii) Fokuskan pembentukannya kepada anak-anak, lebih dari IQ (Kecerdasan Intelektual / akademik) semata.
==========================

Kemahiran Mengurus Emosi adalah sebahagian dari ilmu yang kita mahu ajari anak anak sejak kecil lagi.

Kenapa Ibubapa Perlu Asah dan Fokus Kemahiran EQ Anak?

1)Sebab kerja ibubapa bukan saja bertanggungjawab beri makan, minum, pakai, tempat tinggal dan ubat bila sakit (keperluan fisiologi/fizikal) (No 1), malah ibubapa juga bertanggungjawab memenuhi keperluan perkembangan emosi dan kognitif anak-anak sebagai utama No 2 dan bukan akademik (kognitif saja) yang sering kita ‘ter fokuskan’ (tanpa sedar).

Telah ada kajian menunjukkan yang A student (masa kecil dulu) kebanyakannya akan merupakan pekerja kepada C student bila sudah besar (aduh, tepuk dahi).

2) Sebab apa? Sebab daya tahan anak-anak bijak intelek kita ni tidak cukup kuat bila dilanda badai dan cabaran, serta kurang seimbang IQnya dengan kemampuan dia mengurus emosi dan perhubungannya, serta memotivasikan dirinya secara positif dan selamat.

80% kejayaan individu dewasa disumbangkan oleh EQ, dan selebihnya IQ.

Ya? Ya, ini kajian dari pakar psikologi mengenai individu yang sukses sedunia. Beza besar sebenarnya individu yang tinggi EQ dan yang tidak berapa kuat EQ (saya tidak berapa gemar perkataan label seperti ‘tinggi’ dan ‘rendah’).

*Namun pusat kecerdasan keseluruhan manusia ialah Spiritual Quotient (SQ)! (InsyaAllah saya share di post lain ya)

Mahu Anak Tinggi EQ?
==================

Ini 5 Komponen Emotional Quotient / Intelligence yang kita perlu tahu dan mula didik anak sedari awal usia mereka (bayi).

Agar anak survive di dunia serba mencabar kini dan akan datang.

Pertamanya # 1, SELF AWARENESS,

Tahu atau sedar emosi dirinya. Dia tahu dia ‘rasa’ apa yang disebabkan oleh situasi tertentu, perkara tertentu mahupun orang tertentu.

Perkenalkan vokabulari perasaan yang betul dan tepat untuknya.

Jika tiada vokab (anak bayi atau anak jenis tidak pandai luah), kita lah yang berikan vocab untuk mereka 😉

Contoh, “adik rasa Marah tadi sebab kawan ambil mainan adik tak minta izin. Sebab tu adik rampas semula”.

“Yumna nampak Happy sangat bila Abang Fateh dan Kakak Khairunnisa’ ada sama-sama”.

“Fateh rasa kecewa sebab tak dapat hadiah magic yang teacher nak beri”.

4 vocabulari perasaan asas yang anda boleh perkenalkan sejak bayi ialah: Gembira, Sedih, Marah, Takut.

Untuk tambah kuat lagi (unsur SQ), sentiasa kaitkan dengan Allah.

Contoh:-

Alhamdulillah adik nampak excited sangat bila Mama pulang ambil adik.

“Bila adik rasa takut, ingat, Allah ada bersama kita”.

La tahzan, Allah bersama kita.
(“La Tahzan, Innallaha Ma’ana” merupakan kalimat berbahasa Arab yang berasal dari Al-Qur’an surat At-Taubah ayat 40, dan memiliki arti, “Janganlah engkau bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.”

*** Cara lebih cepat anak belajar ialah ibubapa memodelkan dan bersikap jujur dengan memberitahu apa perasaan mereka kepada anak-anak, sama ada yang berkaitan anak atau perkara lain.

“Mama rasa marah sebab rumah bersepah. Mama penat sebenarnya fikir nak kemas”.

“Mama rasa konfius sebab tadi ayah kata nak pergi pasar lepas tu tukar plan pula”.


Saya suprised juga Yumna yang usianya dekat 2 tahun dulu boleh ekspreskan perasaannya sendiri seperti: “malu” dan “takut” bila situasi tertentu dialaminya… 😂😁 (ni saya tengah ingat sebab ini anak paling kecil, anak lain tak ingat ada berlaku secepat ini, rasanya sekitar usia 2 lebih baru mereka ekspreskan perasaan mereka) (55:4 ‘Al la mahul bayan : Allah yang mengajarnya pandai berbicara).

Kemudian # 2, SELF REGULATION – MANAGING EMOTIONS:

Selepas dia tahu dia ada rasa sesuatu (especially emosi yang negatif), dia perlu tahu BAGAIMANA nak urus. Itulah regulasi emosi (emotional self-regulation atau emotion regulation).

Pertamanya dia mampu meluahkan perasaannya sendiri kepada orang terlibat (sama ada orang yang dia ada isu atau orang lain untuk luah lega.

Khairunnisa’ (KN), 4 tahun pada PTC untuk Semester 1: tengok yang paling bawah ‘Manage and express own feelings well’ dari Sometimes kepada Always untuk semester 2 (2019) di bawah.
KN untuk semester 2 hujung tahun 2019. Kami selalu observe EQ anak-anak lebih utama daripada IQ (akademik) mereka. Nampak peningkatan yang baik, Alhamdulillah. Malah item 1 dia ‘happy always’ juga adalah kebahagiaan saya yang utama.

Contoh Fateh semasa 4 tahun, kawan tepuk mukanya, dia rasa nak tepuk semula (sebab Marah). Di sini dia dah agresif (dia tak buat tapi ada rasa macam tu), saya ajar dengan kaedah ‘role play’ untuk asertif dan beritahu kawan APA dia rasa dan nasihati kawan untuk buat sentuhan selamat.

“Jangan tepuk saya, saya rasa sakit, pegang elok-elok aja”.


Contoh dia rasa marah, dia pergi ke punching bag dan pukul punching bag (di rumah sejak usia 2).

Contoh dia rasa takut dia peluk ibu / ayah nya atau dia sebut ‘Allah’ berulang kali.

Contoh dia rasa sakit, dia menangis kuat dan pergi kepada ibu bapanya dan dia diajar untuk tarik nafas dalam, hembus buang kesakitan. Dia belajar cara urus kesakitan fizikal ialah bernafas dalam-dalam dan hembus (sebab maknya terror dalam teknik mengurus kesakitan : pain management untuk pesakit/klien).

Contoh dia sudah beritahu kawan-kawan, kawan-kawan tak dengar, dia beritahu teacher pula (ini KN dan Fateh banyak diajar skil ini: Skil ‘Asking for help’).

***Cara anak belajar lebih cepat urus emosi ialah dari tindakan ibubapa sejak anak lahir, yang dilihat dan dialami si anak: seperti marah/bergaduh –> menjerit vs berbincang elok-elok, sedih –> menangis vs buat aktiviti, merajuk –> kunci bilik vs beritahu perasaan dengan jelas.

***Jadi pengurusan emosi secara tindakan positif dan selamat adalah amat penting oleh ibubapa untuk anak belajar regulasi emosinya sendiri kelak.

SETERUSNYA # 3 SELF MOTIVATION,

Saya perhatikan ia ‘survivor coping skill’ yang ada pada kanak-kanak,

Contoh, kes Fateh masa usia 2 dulu, – Mummy lambat beri respons dia nak gula-gula sunnah (ada kerja lain), maka dia pun ambil kerusi dan panjat, ambil sendiri di petiais atas. Sebab dia nak juga. (Ramai budak macam ni kan).

Biasanya fasa Initiative ni bermula masa anak dah mula nak masuk usia 3. (Perhatikan ya)

Contoh dia nak cepat dapat hadiah mainan besar, dia bersungguh (berusaha) membaca banyak helaian buku.

Means, anak motivasikan diri sendiri untuk dapat apa dia mahu, termasuk doa kepada Tuhan bagi menyandarkan rasa harapan mereka.

Contoh mudah lain, Yumna nak dekat usia 2 tahun ada rasa takut bila panjat tinggi, dia sendiri sebut “Hati hati” (sebab ini hypnoscript kami untuk semua anak, bukan keyword ‘Jangan’ tetapi keyword “Hati-hati” bila mereka cuba buat sesuatu yang kelihatan bahaya), dan dia tarik nafas sendiri (untuk tenang, sebab pernah ajar tak sangka dia boleh buat sendiri😍 hihi comel aja).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan