Mula-mula ok, lepas tu makin lama makin susah nak suruh ke sekolah. Selepas itu langsung tak nak ke sekolah. Adakah perlu dapatkan rawatan?
Jawapan.
1. School refusal adalah keadaan yang berlaku dalam 1-5% kanak-kanak sekolah. Ia berlaku kerana pelbagai faktor yang berbeza.
2. School refusal tak sama dengan truancy. Truancy ialah bila anak ponteng secara sembunyi. School refusal pula dengan terang-terang enggan ke sekolah. Samaada dengan memberi alasan atau tak beri alasan, namun dalam pengetahuan ibubapa.
3. School refusal berlaku kerana pelbagai faktor, mengikut keadaan. Faktor dalaman anak - anak ada masalah perkembangan, masalah pembelajaran atau masalah emosi
Faktor luaran/sekolah - buli, kejadian tertentu, trauma
Faktor keluarga - ibubapa yang permissive, masalah keluarga
Adakalanya ia berlaku kerana faktor yang berinteraksi antara satu sama lain.
4. School refusal jika tidak diberi perhatian boleh bawa implikasi negatif yang berpanjangan seperti - masalah emosi, keciciran pelajaran, masalah disiplin, konflik dengan ibubapa dan sebagainya.
5. Semua pihak kena terlibat dan mesti dalam 'page yang sama' dalam mengendalikan isu ini. tak boleh ibu atau ayah berbeza pendekatan, atau sekolah dan ibubapa ada berbeza pendekatan.
6. Langkah pertama ialah mendapatkan maklumat lengkap dari semua pihak - anak, ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan bagi mendapatkan gambaran.
7. Dekati anak dengan sabar dan tenang dan jangan berkeras. Cuba memahami dari sudut pandang anak dan memahamkan anak yang kita sedang dalam proses membantu mereka. Perhatikan tanda-tanda 'red flag' seperti depression dan anxiety, perubahan tingkahlaku atau tanda-tanda fizikal seperti buli.
8. Apabila anak tidak ke sekolah. Ibubapa perlu sediakan rutin yang sehampir mungkin dengan sekolah. Maksudnya - bangun seperti pada waktu sekolah, balajar pada waktu seperti di sekolah, tiada akses gajet pada waktu sekolah, sekalipun di rumah. Ini penting untuk tidak membentuk rasa 'selesa' bila tidak ke sekolah. Kalau rutin tidak tersusun dan anak mula 'seronok', kebarangkalian untuk dapat kembali ke sekolah lebih sukar.
9. Berbincang dengan pihak sekolah untuk mencari kaedah jalan tengah supaya anak tidak ketingalan atau rasa 'sekolah tak kisah'.
10. Dapatkan penilaian doktor jika berlarutan dan masih tidak menemui jawapan. Penilaian susulan seperti kebarangkalian masalah perkembangan, intelektual atau emosi perlu dilakukan untuk menentukan subab primary school refusal. Rawatan (jika perlu) bergantung kepada penilaian doktor.
Apa yang penting
- jangan mengandaikan
- hadapi dengan tenang dan terkawal
- konsisten dengan ikhtiar dan bantuan
#psikologisikecil
t.me.DrRozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan