Halaman

Isnin, Mei 03, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)283

Tafsir asas quran nota 9(302)283

Kata mereka, yang dimaksudkan dengan perkataan البر(darat) di dalam ayat itu ialah anggota badan manusia. Dan yang dimaksudkan dengan perkataan (laut) ialah hati manusia.

(9) Perkataan yang tersebut di dalam firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:114
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا ٱسْمُهُۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَآ إِلَّا خَآئِفِينَۚ لَهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا خِزْىٌ وَلَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Bermaksud: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah di dalam masiid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannva? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat. (al-Baqarah:114). 

ditafsirkan mereka dengan hati-hati manusia Orang Yang menghalang hatinya daripada mengingati Allah dengan melakukan pelbagai ma'shiat adalah orang yang paling zalim. Di dunia ia akan hina dan di akhirat pula ia akan disiksa.

Hukum Tafsir Isyari
Para ulama berbeda pendapat tentang tafsir isyari. Apakah semua tafsir isyari itu salah atau ada juga antaranya yang boleh diterima? Mereka terbahagi kepada tiga golongan dalam menghadapi persoalan ini.
(1) Golongan pertama terdiri daripada orang-orang yang tidak mengharuskan pentafsiran alQur'an melainkan menurut apa yang zahir daripada kehendak bahasa 'Arab dan apa yang dinukilkan daripada Nabi dan para sahabat baginda. Bagi mereka tidak ada di dalam al-Qur'an itu apa yang dinamakan sebagai tafsiran batin.

(2)Golongan kedua terdiri daripada orang-orang Yang berpendapat, al-Quran harus ditafsirkan walaupun tidak menurut zahir bahasa 'Arab. Ini kerana al-Qur'an ada ma'na zahir dan ada juga ma'na batinnya. Golongan ini terlajak sehingga berani mentafsirkan al-Qur'an meskipun bercanggah dengan tafsiran yang ma'ruf dari golongan sahabat dan tabiin. Pendapat golongan ini salah dan tidak boleh diterima sarna sekali.

(3)Golongan ketiga terdiri daripada orang-orang yang berpendapat  memanglah tafsir yang benar dan terbaik ialah tafsiran yang dinukilkan daripada Nabi s.a,w. dan para sahabat serta tafsiran yang bersesuaian dengan tuntutan zahir bahasa arab. tetapi di dalam al-Quran juga

283


Tiada ulasan:

Catat Ulasan