Daurah tafsir 2019 sesi 25(74)nota 16(400)
Zaman Diturunkan
1.7 Ayat di permulaan Surah al-Muddatstsir diturunkan selepas 5 ayat di permulaan Surah al-'Alaq. Ia merupakan wahyu kedua yang diturunkan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan-jalan, tiba-tiba Baginda mendengar satu suara dari langit, setelah mendongak ke atas Nabi s.a.w. nampak malaikat yang telah datang kepadanya di gua Hiraa' sebelum itu, lalu Baginda pulang segera ke rumah sambil berkata kepada orang-orang di rumahn دَثِّرُوْنِي (selimutkan aku), pada ketika itulah turun 7 ayat di permulaan Surah al-Muddatstsir. Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Tafsir Surah al-Muddatstsir,
hadits 4,638 daipada Jabir bin'Abdillah.
2. Ayat-ayat di tengah surah ini iaitu bermula dari ayat ke-8 hingga ke-25 diturunkan berkenaan ketua orang-orang kafir Quraisy yang bernama Walid bin al-Mughirah, setelah da'wah secara terbuka bermula. Ia diturunkan sekitar tahun ke-4 Kenabian, dialah orang yang mengatakan al-Qur'an sebagai sihir dan kalam manusia. Di dalam ayat ke-26 hingga ke-56 manusia diingatkan dengan hal ehwal di
hari akhirat, bahagian ini juga diturunkan di peringkat ke-2 kehidupan Rasulullah iaitu setelah da'wah secara terbuka dilancarkan.
Perkaitan Surah Al-Muddatstsir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam ayat ke-19 Surah al-Muzzammil, al-Qur'an telah disebutkan sebagai nasihat (Ayat: 19).
Al-Muzzammil 73:19
إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا
Sesungguhnya (keterangan-keterangarlyang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan. Oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
Di dalam Surah al-Muddatstsir ini juga perkara yang sama disebutkan tetapi dalam gaya bahasa yang lain (Ayat: 54).
Al-Muddaththir 74:54
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذْكِرَةٌ
Al-Muddaththir 74:55
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
54. Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
55. Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Di dalam kedua-dua surah disebutkan bahawa manusia mempunyai kebebasan memilih agama, agama Islam tidak akan dipaksakan kepada sesiapa pun untuk menerimanya.
2. Di dalam Surah al-Muddatstsir dikatakan tentang pemimpin-pemimpin Quraisy yang banyak melakukan jenayah bahawa mereka akan mengaku di akhirat nanti bahawa mereka semasa di dunia dahulu tidak percaya kepada hari kemudian (Ayat: 46).
400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan