Halaman

Khamis, Jun 03, 2021

K999.Kadang Anak Minta Macam-macam, Kita Check Keperluan Asas Dia Dulu, Penuhi Ia...

K999.Kadang Anak Minta Macam-macam, Kita Check Keperluan Asas Dia Dulu, Penuhi Ia
...

BIASANYA hanya penuhi keperluan ASAS FISIOLOGI anak: makan, minum, tidur, rehat, selesa cuaca, mencukupi untuk anak tidak tantrum / buat hal / mencabar anda,

KADANGKALA penuhi keperluan EMOSI mereka dahulu termasuk perhatian/main level budak bersama secara penuh 10-15 minit, mencukupi untuk kita tenang dan fokus buat kerja kita pula selepas itu.
.

Kenalpasti puzzle/ iceberg / punca sebenar apa dia perlu melalui permintaan macam-macam sang anak itu dilakukan dengan memeriksa keperluan fisiologi dia mencukupi tak, atau perhatian / tangki emosi (ada persaingan adik bayi) tak penuh atau craving for material tu betul betul wajar (🤔betul perlu? - banyak trick dia).
.

Hirarki nya:

1. Fisiologi : siapkan semua keperluan ini sebelum mereka buat perangai - buat perangai adalah petanda sahaja - means dah sampai limit dah - Untuk anak / orang dewasa juga sama. Makan sebelum lapar, tidur mencukupi.

2. Emosi : 5 tangki emosi itu... (semua juga)

3. Kognitif (pemikiran mereka) - ni trick atau strategi si anak, nak itu ini, bagi reason sebab itu sebab ini (lingkungan usia 4 ke atas) dan match kan dengan trick anda juga. Ibubapa perlu lebih awal siap sedia dengan perisai trick juga naa..

.
Dah lalui, untuk anak-anak Thinkings kami yang bijak trick ini 😊.
.

Maznah Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan