Halaman

Rabu, Jun 02, 2021

K999.RAMPAS GAJET ANAK !!

K999.RAMPAS GAJET ANAK !!
.
Memang dia akan marah.
Kita dulu macam tu pun juga akan marah.
Maklumlah ....
Tengah syok main game
Tengah ralit bertukar mesej dgn kawan.
Tengah seronok layan TikTok
Tengah terpegun dengan cerita kartun 
Tengah enjoy ikut video YouTube
Tengah sedap tengok bolasepak
Tengah layan gambar-video terlarang
....
Tiba-tiba dalam sekelip mata hilang.
Di rampas handphone, tablet atau iPad.
.
Apa reaksi anak ?
Marah, benci dgn tindakan itu
Bermasam muka
Yg kecil nangis, tantrum
.
Yang kecil marah sekejab.
Kalau kita terus tegas dengan tindakan
Kita kemudian bagi masa untuknya
KIta kemudian main dgnnya 
InSyaAllah selesai masalah.
.
Yang besar pula ?
Ikut konteks.
.
Kalau dulunya kita bagi kekebasan.
KIta biar dia main game sampai tengah malam.
KIta biar dia memanjang dengan handphone.
Kita biar dia abaikan studi.
Kita biar dia tak buat homework.
Kita tidak pernah buat apa-apa peraturan di rumah
Kita tak pernah tegur dia secara serius.
Kita tak pernah ambil masa berbicara dgnnya.
.
Maka dengan MERAMPAS GAJET memang akan menimbulkan masalah besar.
Ada yang lawan balik,
Ada yang tengking Mak AYah
Ada yang lari keluar rumah ke rumah kawan
Ada yang berkurung dalam bilik.
Ada yang tak nak ikut PdPR
.
KENAPA ?
Dia tidak pernah didisiplinkan
Tiba2 nak didisiplinkan.
Sebab itu Sayyidina Ali berkata:
DISIPLIN ANAK PADA TUJUH KEDUA
BERKAWAN DGN ANAK PADA 7 TAHUN KETIGA.
.
Tujuh tahun kedua (usia 8 - 14 tahun)
Usia Tahun 2 sek rendah hingga Tkn 2 sek men.
Pendek kata dari usia sekolah rendah hingga masuk menengah rendah kita disiplinkan anak kita dengan peraturan tertentu, the do's and the don'ts tertentu.
.
Maka dalam konteks ini jika pun GAJET DIRAMPAS, dia akan marah sekejab sahaja sebab dia kenal ibu ayahnya.
.
Kesilapan sesetengah ibu bapa:
Jarang2 sangat marah anak
Jarang2 sangat tegur anak
Jarang2 sangat bagi masa bersama anak
.
TIBA2 kerana tidak tahan dgn anak yang out of control, RAMPAS TERUS handphone. Itu yang silap.
.
Anak "caught unprepared"
Tu yang dia bertindak liar lawan balik.
Ibu bapa pula "caught unprepared"
.
RUMUSAN:
DISIPLINKAN ANAK DARI AWAL
TEGUR ANAK DARI AWAL
Sebtiasa bagi masa untuk mereka.

Sekian untuk direnung.
Boleh share jika berminat
Dr.Shukri Abdullah 2 Jun 2021

Tiada ulasan:

Catat Ulasan