Halaman

Khamis, September 02, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(103)nota 16(465)

Daurah tafsir 2019 sesi 30(103)nota 16(465)

Zaman Diturunkan
Surah al-'Ashr juga termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat permulaan kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-1 hingga tahun ke-3 Kenabian. Pada ketika itu kebanyakan surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi, ringkas, kemas dan padat.

Kelebihan Surah Al-'Ashr
Kerana begitu padatnya surah ini, Imam Syafi'e pernah berkata: لَو لَمْ يُنْزَلْ غَيْرَ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَكَفَتِ النَّسًsekiranya tidak diturunkan selain surah ini nescaya ia sudah pun mencukupi untuk manusia" Tafsir Ruuh al-Ma'ani juz. 30 mls227.

Perkaitan Surah Al-'Ashr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah at-Takatsur diterangkan tentang amalan-amalan baik iaitu syukur akan ni'mat-ni'mat
Allah, yakin tentang hari akhirat, hidup dengan penuh perasaan tanggungiawab dan lain-lain. Amalan-amalan buruk pula ialah berlumba-lumba memperbanyakkan kekayaan dunia, leka, ragu dan tidak adanya perasaan bertanggungjawab. Di dalam Surah al-'Ashr ini dinyatakan bahawa amalan-amalan yang baik itu baru akan berguna setelah adanya iman, oleh itu manusia janganlah berlambat-lambat dalam beriman kerana masa berlalu dengan begitu cepat dalam hidup manusia.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan العصر Masa atau masa yang telah berlalu.
2.Perkataan العصرadalah muqsam bihi (sesuatu yang Allah bersumpah dengannya) dan إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ muqsam 'alaih (sesuatu yang Allah bersumpah kerananya). Muqsam bihi dan muqsam 'alaih mempunyai pertalian dan hubungan yang sangat rapat, maksud sumpah ialah mengemukakan sesuatu sebagai bukti dan kesaksian, sumpah juga bermaksud mengemukakan dalil setiap detik dari masa yang berlalu menjadi saksi dan bukti bahawa jika manusia mati tanpa beriman dan beramal shaleh nescaya ia
akan kerugian. Manusia tidak mengetahui bilakah ia akan mati, kerana itu setiap waktu dia hendaklah menghargai masa dan bersegera memilih jalan pengabdian kepada Allah.

Al-'Asr 103:2 إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
sungguh, manusia berada dalam kerugian,



3.Perkataan تَوَاصَوْا۟ bab تفاعُل: bermaksud saling nasihat menasihati.

4.Perkataan  ٱلْحَقِّ  hakikat, salah satu nama Allah, lawan kepada kebatilan, ajaran yang benar, tauhid dan haq, itulah
antara erti ٱلْحَقِّ.

Al-'Asr 103:3

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ 

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.



5.Perkataan صَّبْرِ bererti sabar, istiqamah, teguh pendirian, terus menerus mengawal diri, tidak gopoh, menunggu
masa yang sesuai, tidak resah dan gelisah, tetap pendirian, jihad dan lain-lain. Itu adalah antara erti sabar
yang tersebut di dalam al-Qur'an.




465

Tiada ulasan:

Catat Ulasan