Halaman

Khamis, September 23, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(109)nota 16(479)

Daurah tafsir 2019 sesi 30(109)nota 16(479)

Zaman Diturunkan
Surah al-Kafirun diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah selepas da'wah secara terbuka dilancarkan di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Pada ketika itu satu rombongan
pemimpin-pemimpin Quraisy pergi bertemu dengan Rasulullah s.a.w., mereka mencadangkan satu bentuk perdamaian di mana satu tahun berhala-berhala mereka disembah dan satu tahun pula Allah disembah, sebagai jawapannya dikatakan dengan terus terang:
Al-Kafirun 109:6 لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ 
6. "Bagimu ugamamu, dan bagiku ugamaku".

Begitulah perisytiharan secara terbuka diberikan tentang tidak adanya perkaitan dan hubungan dari segi amalan di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir.

Kelebihan Surah Al-Kafirun
1. Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas dalam 2 rakaat sunat thawaf dan 2 rakaat sunat subuh. Shahih Muslim, hadits 726
2. Di dalam 3 rakaat sembahyang witir, selepas al-Fatihah dalam rakaat pertama, Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-A'la, di dalam rakaat keduanya Surah al-Kafirun dan di dalam rakaat ketiganya pula surah al-Ikhlas. 
Hadits riwayat Sunan Ibnu Majah, hadits 1,171 dan Nasa'i di dalam Kitab Qiyamullail, hadits 1,684.

Perkaitan Surah Al-Kafirun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah al-Kautsar mengemukakan ramalan tepat tentang kebinasaan musuh-musuh Rasulullah, didalam Surah al-Kafirun ini Rasulullah s.a.w. diperintah supaya menolak terus cadangan perdamaian bersifat politik yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin kafir Quraisy Mekah. Di dalamnya perisytiharan secara terbuka dinyatakan bahawa tiada kompromi dan tolak ansur dalam soal aqidah tauhid.
2. Di dalam Surah an-Nashr akan datang terdapat bukti kebenaran bagi ramalan yang terdapat di dalam
Surah al-Kautsar sebelum ini, pihak musuh yang menjadi أبْتَر(terputus ekor), pertolongan Allah telah tiba dan orang-
orang Islam telah mendapat kemenangan.

479

Tiada ulasan:

Catat Ulasan