Halaman

Khamis, September 23, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 059)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 059)

__________
kebanyakan ulama dan diterima umum masyarakat Islam. Alasan mereka antara lainnya ialah dua ayat berikut ini:
Al-'Ankabut 29:48
وَمَا كُنتَ تَتْلُوا۟ مِن قَبْلِهِۦ مِن كِتَٰبٍ وَلَا تَخُطُّهُۥ بِيَمِينِكَۖ إِذًا لَّٱرْتَابَ ٱلْمُبْطِلُونَ
Bermaksud: dan engkau (wahai Muhanunad) tidak pernah pula membaca sebuah kitabpun sebelumnya (sebelum turunnyn al-Qur'an ini dan tidak pula telah menulisnya dengan tangan kananmu; (andaikata engkau dahulu pandai membaca dan menulis) niscaya ragulah (tentang kebenaranmu) orang-orang yang mengingkari(mu). 

Al-A'raf 7:157
ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلْأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَىٰهُمْ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَٱلْأَغْلَٰلَ ٱلَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓۙ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
Bermaksud: iaitu orang-orang yang mengikut rasul, Nabi yang Ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka yang menyuruh mereka mengerjakan perkara-perkara yang (baik) dan melarang mereka dari mengerjakan perkara-perkara yang mungkar (keji) dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung, 157. 

Katakanlah (wahai Muhamad): "Wahai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kami kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang supaya beriman kepada mendapat  petunjuk dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk.158. (al-A'raaf:157-158), 

 (2) Nabi dan pada peringkat  awalnya memang tidak boleh membaca dan menulis. Tetapi kemudiannya Baginda diberikan kebolehan membaca dan menulis oleh Allah s.w.t. serentak (seiring) dengan kebolehan baginda mengucapkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya daripada Jibril a.s. Kebolehan dan kemampuan membaca dan menulis itu  diperolehi Nabi s.a.w. sebagai mu'jizat  setelah melalui proses tekanan Jibril terhadap baginda sebanyak tiga kali sebelum itu. Antara tokoh 'ulama' hadits yang berpendapat begini ialall Abiu Zarr Abu al.Walid al-Baaji (Pengarang al-Muntaqa syarah Muwatentangha Imam Malik),Hafiz Ibnu Hajar al- Atsqalaani dan lain-lain. Antara  tokoh 'ulama' hadits di India dan Pakistan yang sependapat dengan mereka yang tersebut itu ialall al-'Allamah Tamanna 'Imaadi, Maulana 'Abdul Latif Rahmaani, Maulana Habibur Rahman al-Kandhlavi dan Iain-lain. Al-'Allamah Tamana 'Imaadi bahkan telah menulis dua buah buku khusus untuk mem bicarakan topik ini. Ironinya pendapat golongan kedua ini juga berasaskan ayat 48 dari Surah  al-'Ankabut yang digunakan  oleh golongan pertama sebagai hujjah mereka. Bagi penulis, jika ayat di atas diperhatikan dengan saksama, bukanlah perkataan

59


Tiada ulasan:

Catat Ulasan