Ramai berusaha dan berniat nak jadi ibubapa positif setiap hari,
tapi ramai juga tersasar,
tiap kali tersasar, ingatlah anda di 'track' yang betul, sebenarnya 😉
Sebab yang diuji ialah yang berniat dan mengaku mahu berubah,
Ia tanda Allah sayang,
Allah dekat,
Allah perhati,
Allah nak BERI apa anda hasratkan itu, dan
Allah nak naikkan darjat ibubapa sabar diri anda itu.
BERTUAHNYA diri kita diuji.
Jadi,
DOA,
SABAR,
SANGKA BAIK,
TERUS PERBUAT BETUL.
Mulakan yang kecil kecil dulu, matlamat anda hari ini.
Contoh:
1⃣. Niat dan AIM kan nak RESPOND' pada anak, tidak react.
.
❗ sebab kerapkali mak ayah tersilap react dulu tidak respond kepada apa anak nak sampaikan sebenarnya.
.
2⃣. Nak anak nampak wajah baik anda, yang manis, iaitu anda SENYUM pada anak, pandang matanya 😍
.
❗ Sebab kerapkali anak nampak wajah mak ayah masam serius, bila nak marah / tegur, mereka jadi takut nak cakap / cerita.
.
3⃣. DENGAR dulu cerita anak, baru kita bercerita padanya. (konsep give first).
.
❗ Kerapkali mak ayah cakap dulu baru anak boleh cakap.
.
4⃣. Katakan YA kepada permintaan anak, BOLEH, kemudian baru TAPI .. (Boleh main kat playground, tapi kita tak boleh beli mainan/makanan manis, Mama dah bawa air masak dan bekalan buah).
.
❗ Kerapkali mak ayah kata 'tak boleh' tanpa fahami seluruh makna permintaan anak itu kerana trigger momen lampau dengan anak.
.
5⃣. PUJI anak dulu tiap kali sebelum TEGUR dia. "Bagus berani kakak nak kacau air panas ni, tapi kacaulah pelan pelan agar tak merecik", "Berani dan kreatif abang nak gayut dalam kereta, tapi kita HANYA boleh gayut kat playground, lebih selamat dari dalam kereta".
.
❗ Kerapkali mak ayah terus tegur silap anak, lupa nak puji niat sebenar dan bakat anak bijak aktif ini.
.
6⃣. Aim kan dapat PELUK setiap anak, sebaiknya waktu pagi, untuk mulakan hari dia. Peluk minima 16 saat, buat sekurang nya SEKALI sehari. Kemudian tambah bilangan ke 3 dan 5 kali sehari.
.
❗ Kerapkali mak ayah terlupa nak hadiahkan pelukan lama powerful untuk anak ni, sebab masa terhad sangat. Kualiti sekali sehari dah memadai.
.
7⃣. Masa nak tidurkan anak malam tu, DOA kan untuk dia, sebutkan hasrat dan apa kita nak pada dia, bagi DIA TAHU dan DENGAR, sebut yang positif dan elok sahaja perkataannya,
> contoh tak nangis bangun pagi kepada bangun pagi ceria dan senyum gembira.
[ Ammar sabar bila marah
Ammar gembira nak kelas pdpr
Ammar solat subuh awal pagi esok,
Ammar pantas siap nak kelas pdpr etc...]
.
❗ Kerapkali mak ayah doa dalam solat aja anak tak dengar apa kita doakan untuk dia, atau dia tidur dengan doa sebelum tidur saja, tak ada mesej untuk tingkahlaku baik mereka esok.
.
.
Kongsikan dengan pasangan anda dan rakan anda ya ❤❤❤ Terima kasih😃
Care,
Maznah Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan