Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 045)
sangat sejuk. Sebaik sahaja selesai kedatangan itu. bercucuran peluhlah dahi Baginda¹⁶
_____
Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain). Begitu jugalah dengan kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga lain yang tidak dapat ditanggung oleh kemampuan manusia di dunia ini sekinnya ia datang dalam bcntuk dan keadaannya yang asal. Oleh itulah pembawa wahyu kerap kali datang dalam rupa manusia biasa yang lebih mudah dan mesra disambut oleh Nabi s.a.w.
¹⁶Apakah faktor yang menyebabkan dahi Nabi s.a.w. bercucuran peluh ketika Baginda menerima wahyu? Jawapannya ialah kerana kandungan wahyu-wahyu tersebut adalah suatu yang amat berat sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah menerusi firmanNya ini:
Al-Muzzammil 73:5
إِنَّا سَنُلْقِى عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu Perkataan (wahyu) yang berat. (alMuzzammil:5).
Gambaran tentang betapa beratnya wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. sendiri menerusi firmanNya ini:
Bermaksud: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung. niscaya engkau melihat gunung itu tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Dan perumpamaan- perumpamaan itu Kami kemukakan kepada manusia. supaya mereka berfikir. (Al-hasyr:21)
Ini kerana, wahyu adalah suatu perkara yang amat besar dan satu tanggungjawab yang sangat berat. Pernah berlaku, Rasulullah s.a.w. menerima hanya tiga perkataan al-Qur'an sahaja iaitu غير أولى الضرر . Pada ketika itu secara kebetulan paha Baginda sedang berada di ata.s paha Zaid bin Tsabit r.a. Dalam menggambarkan betapa beratnya wahyu tersebut, Zaid bin Thabit menceritakan: "Aku merasakan seolah-olah pahaku akan patah".
(Lihat Bukhari. Muslirn. Tirmizi, Nasaa'i, Ahmad dan lain-lain).
Rasulullah s.a.w. juga pernah beberapa kali menerima ketika Baginda s.a.w. sedang menunggang unta. Oleh kerana tidak tahan menanggung bebannya, unta-unta tersebut terduduk di atas tanah dan tidak dapat bergerak sehingga wahyu selesai diterima Rasulullah s.a.w.
(Lihat hadits riwayat Ahmad, 'Abd bin Humaidg Ibnu Jarir, Ibnu Nashr dan al-Haakim).
Malah ada ketikanya wajah Rasulullah s.a.w. bertukar menjadi merah dan Baginda s.a.w. mengeruh ketika sedang menerima wahyu. (Lihat Bukhari, Muslim. Ahmad, Nasaa'i, Ibnu al-Jaarud, Baihaqi dan lain-lain).
Kesemua peristiwa tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa proses penerimaan adalah suatu keadaan yang amat berat. Jadi sudah tentulah situasi yang sama juga dialami Nabi s.a.w. ketika menerima wahyu yang pertama Baginda, sekiranya kita tidak mahu mengandaikan bahawa keadaannya tentu sekali lebih berat lagi.
Betapa beratnya wahyu yang diterima Nabi saw dapat disaksikan dengan jelas oleh generasi-generasi kemudian , terutamanya yang hidup di zaman kita ini. Lihat sajalah kepada kandungan al-Qur'an dan hadits yang tidak pernah selesai dikaji dan ditafsir. Malah semakin jauh perjalanan zaman, semakin banyak penemuan yang dibongkar dan semakin banyak rahsianya yang terkupas. Bayangkan betapa Iuasnya dan dalamnya ilmu yang terkandung di dalam wahyu itu. Lihatlah berapa lama tempoh yang diambil oleh seseorang pengkaji al-Qur'an untuk mengupas dan menyimpulkan maksudnya. Dan setelah mengambil tempoh yang sekian lama, di samping mengharungi kesukaran dalam usaha untuk menemui dan memahami maksud di sebaliknya, mereka akan berpegang teguh dengan apa yang mereka dapati dan fahami sehingga sanggup
45
Tiada ulasan:
Catat Ulasan