Selasa, Oktober 05, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(112)nota 16(487)

Daurah tafsir 2019 sesi 30(112)nota 16(487)

Bebrapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
Daripada surah ini, beberapa perkara tentang tauhid zat dapat disimpulkan.
1. Allah adalah أَحَد, Esa, tunggal, unik dan tidak ada bandingan serta taraNya. Dia adalah pencipta yang
tidak ada umpamaNya di kalangan makhluk-makhlukNya.
2. Allah adalah الصَّمِد berti tidak ada sesuatu yang keluar daripadaNya dan tidak ada sesuatu yang lain masuk ke dalamNya. Dia adalah tuan yang sangat mulia kedudukanNya, sekalian makhluk berhajat kepadaNya sedangkan Dia sendiri tidak berhajat kepada apa-apa pun.
3. Allah لَمْ يَلِدْ beranak, ertinya ialah Dia bukan bapa kepada sesiapa pun dan tidak ada apa pun yang keluar daripadaNya, Dia tidak mempunyai anak lelaki atau anak perempuan. Anak-anak adalah sebahagian daripada ibu bapanya, sedangkan Allah tidak mempunyai juzu' dan bahagian.
4. Allah وَلَمْ يُلَدْ tidak diperanakkan, Dia tidak datang daripada mana-mana zat lain, tidak ada bapaNya dan tidak ada juga ibuNya. Dia tidak mendapat apa-apa melalui warisan, dengan kata lain tidak ada silsilah keturunanNya baik dari sebelah bawah atau sebelah atas, tiada sesuatu masuk ke dalamNya dan tiada juga sesuatu keluar daripadaNya. Dia tidak makan dan tidak minum, kemudian akhir sekali
dikatakan...
5. Iaitu وَلَمْ يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدُ tidak ada sesiapa pun sepertiNya, setandingNya, seumpamaNya atatmenyamaiNya,
tidak ada siapa yang setaraf dan sekedudukan denganNya. Sebelumnya telah dinyatakan tuhan tidak
mempunyai silsilah keturunan, baik dari sebelah atas atau sebelah bawah. Melalui ayat terakhir dari
surah ini dinyatakan bahawa tidak ada juga yang sebaya dan setara denganNya, ertinya Allah juga tidak
mempunyai saudara baik lelaki mahupun perempuan dan tidak juga mempunyai isteri.

487

Tiada ulasan:

Catat Ulasan