K999.10 PESAN UNTUK PEMBULI
1. Marah, benci, sakit hati itu perasaan yang Allah lintaskan dalam jiwa anda. Perasaan ini untuk diurus. Jangan biarkan ia menguasai diri anda.
2. Nabi pesan antara orang yang diharamkan oleh api neraka ialah yang bersifat Layyin - lemah lembut, Qarib - dekat dengan orang lain dan Sahl - memudahkan urusan orang.
3. Parut dan lebam yang anda beri pada mereka rasa akan hilang pada mata kasar, namun akan kekal pada jiwa mereka selama-lamanya.
4. Anda tak perlu buktikan kekuataan, kehebatan anda pada yang lemah. Kerana itu bukan petanda kekuataan sebenar.
5. Mereka yang ketawa dan bangga dengan perbuatan anda, orang itu juga nanti akan jadi saksi pertuduhan anda nanti.
6. Kisah pedih anda pada masa silam tidak sekali-kali jadi hujah anda mengulanginya pada orang lain.
7. Disebalik marah dan benci itu sebenarnya ada ketakutan. Yang lebih takut sebenarnya bukan mangsa, tetapi diri anda sendiri. Anda cuma pasangkan topeng padanya.
8. Kuasa itu mengghairahkan. Tapi tiada siapa hormat pada orang yang berkuasa kerana membuli. Anda berdelusi dengan kuasa yang palsu.
9. Lepas di dunia tak bermaksud lepas di akhirat.
10. Mohon maaf pada manusia, bertaubat dengan Allah. Pintu-Nya tak pernah tertutup.
Dr Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan