Halaman

Isnin, Disember 13, 2021

Tafsir nota baca 0007(0125-0132)s

Tafsir nota baca 0007(0125-0132)s


Al-Baqarah 2:103
وَلَوْ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَمَثُوبَةٌ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ خَيْرٌۖ لَّوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ 
Al-Baqarah 2:104
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقُولُوا۟ رَٰعِنَا وَقُولُوا۟ ٱنظُرْنَا وَٱسْمَعُوا۟ۗ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ 

Al-Baqarah 2:105
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ وَلَا ٱلْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ 
Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Al-Baqarah 2:107
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ 
Al-Baqarah 2:108
أَمْ تُرِيدُونَ أَن تَسْـَٔلُوا۟ رَسُولَكُمْ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُۗ وَمَن يَتَبَدَّلِ ٱلْكُفْرَ بِٱلْإِيمَٰنِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ
Dan andainya mereka beriman dan bertaqwa, maka sesungguhnya pahala dari sisi Allah itulah sebaik-baik balasan jika mereka mengetahui. [103].
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu berkata (kepada Muhammad): "Raa'ina", tetapi katakanlah: "Unzhuma” ¹⁶² dan patuhilah.¹⁶³ Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab yang amat pedih. [104].
Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sebarang kebaikan (berupa wahyu dan lain-lain) dari Tuhanmu. Padahal Allah (bebas) menentukan rahmatNya kepada siapa.
sahaja yang dikehendakiNya¹⁶⁵ dan Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.[105]

Ayat mana sahaja yang  Kami nasakhkan atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami (datangkan yang Iebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya, Tidnkkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu?[106]

Tidakkah engkau mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong.[107].

Apakah kamu mahu meminta kcpada Rasulmu seperti Bani Israil meminta kepada Musa sebelum ini?16 Sesiapa yang menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.¹⁶⁸ [108].
_____

¹⁶²Para sahabat dilarang menggunakan perkataan "Raa'ina" kepada Rasulullah s.a.w. ketika mereka meminta supaya diberikan perhatian terhadap perkara yang mereka kemukakan. Kerana orang-orang Yahudi yang datang bertemu Rasulullah s.a.w. juga menggunakan perkataan yang sama dengan memutarkan sedikit sebutannya menurut bahasa Yahudi yang bermaksud mencaci Baginda. Perkataan "Unzhurna' yang bererti berilah perhatian kepada kami dicadangkan supaya diguna oleh mereka sebagai gantİ perkataan "Raa'ina". Tujuannya ialah supaya tiada lagi ruang untuk orang-orang Yahudi menghina Baginda secara berselindung dan tidak senonoh itu.

¹⁶³ segala perintahnya dengan sepenuh hati.
¹⁶⁴ kerana perasaan permusuhan dan kebencian yang begitu mendalam di dalam jiwa mereka terhadapmu. Mereka tidak akan berpuas hati denganmu selagi kamu tidak menganut agama mereka atau kamu tidak mengİkut jejak langkah mereka. Itulah yang disebut Allah di dalam dua firmanNya di bawah ini:

Al-Baqarah 2:120
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ 
Bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah: "Sesunggıuhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar.” Dan jika engkau mengikut kehendak nafsu mereka setelah  datang kepadamu ilmu yang sebenar. maka tiada lagi pelindung dan penolong yang dapat meyelamatkanmu dari azab Allah. (al-Baqarah: 120).

Al-Baqarah 2:217
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلشَّهْرِ ٱلْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌۖ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَكُفْرٌۢ بِهِۦ وَٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِۦ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ ٱللَّهِۚ وَٱلْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ ٱلْقَتْلِۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ ٱسْتَطَٰعُوا۟ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُو۟لَٰٓئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَٰلُهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang hukum berperang di bulan Haram, jawablah: "Berperang dalam bulan itu adalah suatu dosa besar; tetapi menghalangi (orang) dari jalan Allah, kufur kepada Allah, (menghalangi orang masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya (keluar) darinya adalah lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh. [Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sehingga mereka dapat memalingkanmu dari agamamu (kepada kekufuran). jiką mereka mampu berbuat demikian]. Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itulah orang-orang yang sia-sia segala amalannya di dunia dan di akhiral, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka akan kekal di dalamnya. (al-Baqarah:217)

¹⁶⁵Di tempat yang lain Allah berfirman begini:
Fatir 35:2
مَّا يَفْتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَاۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ 
Bermaksud: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kcpada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat nłelepaskannya sesudah iłu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

¹⁶⁶   Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan آية di dałam ayat 106 ini dan apakah pula yang dimaksudkan dengan perkataan ننسخ  (Kami nasakhkan) dan ننسها (Kami jadikan manusia lupa kepadanya)? Sebetulnya perkataan yang tersebut di dalamnya itu bererti mu'jizat. Perkataan pula bereri menghapus, menukar atau menghilangkan. Jadi maksud firman Allah itu ialah "Tidak Kami tukar atau hilangkan sesuatu muljizat (seseorang nabi) atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, melainkan Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu?”

Di zaman Nabi Musa a.s. sebagai contohnya, Allah telah memberikan kepadanya mukjizat-mukjizat tertentu sebagai sokongan dan bukti daripadaNya bahawa Baginda adalah Rasul Allah yang sebenar. Kemudian setelah Allah mengutuskan Nabi Isa a.s., Baginda diberikan mukjizat-mukjizat yang lain pula sebagai ganti kepada yang pernah diberikan kepada Nabi Musa a.s. Sebelumnya. Mukjizat-mukjizat Musa telah dilupakan oleh manusia kemudian kerana ia telah agak lama berlalu. Begitu juga dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. la diberikan kepada Baginda sebagai ganti kepada mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi ' Isa yang telah berlalu sebelum Baginda. Mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada seseorang nabi di zaman masing-masing adalah lebih baik daripada mu'jizat yang diberikan kepada nabi sebelumnya, paling tidak pun ia adalah sebanding dan setara  dengannya.
Al-Qur'an adalah salah satu mukjizat yang diberikan sebagai ganti mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. la tentunya lebih baik dan lebih sesuai untuk umat akhir zaman berbanding mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelum Baginda. la bahkan lebih baik daripada kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Muhammad sebagai mu'jizat. Al-Qur'an melebihi kitab Taurat dan Injil sebagai contohnya dari semua segi.

Ayat 106 Surah al-Baqarah ini diturunkan sebagai bantahan terhadap golongan Yahudi yang meminta Nabi s.a.w. mengemukakan mu'jizat kebendaan seperti yang pernah diberikan kepada Musa dan ' Isa a.s. Apa yang disebut Allah sebagai "yang lebih baik daripadanya” itu ialah al-Qur'an. la merupakan mu'jizat yang lebih baik daripada mu mukjizat-mukjizat kebendaan yang mereka minta itu. Kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya adalah zaman ilmu pengetahuan dan penulisan zaman sains dan kesusasteraan. Tidak seperti zaman Nabi Musa a.s. dan umatnya, ia adalah zaman berleluasanya ilłnu sihir. Maka wajarlah kalau Nabi Musa a.s. diberikan mukjizat-mukjizat kebendaan yang sesuai dengannya. Diberikan kepadanya tongkat sakti yang dapat bertukar menjadi ular dan dapat membelah lautan. Pada lahirnya ia kelihatan seperti sihir juga, cuma ilmu sihir lemah terus apabila berhadapan dengannya. Walaupun begitu, bukanlah bererti al-Qur'an sahaja yang diberi Allah kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai mu'jizat. Muîjizat kebendaan yang setanding atau lebih kurang serupa dengan yang pernah diberikan kepada Musa dan ' Isa juga diberikan kepadanya. Antara mukjizat kebendaan yang pernah diberikan kepada Nabi kita ialah keluarnya air dari celah-celah jari-jemari Baginda sehingga ia mencukupi untuk berpuluh-puluh orang berwudhu'. Memasukkan kembali mata sahabat yang bernama Qataadah setelah ia tersembur keluar akibat terkena senjata musuh dan ia kembali pulih seperti sediakala, bahkan lebih baik dari sebelumnya dan lain-lain lagi.
Itulah maksud firman Allah di dalam ayat yang sama: ”Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya." Semua itu berkait dengan mukjizat. la langsung tiada kaitan dengan memansukhkan mana-mana ayat al-Qur'an apalagi untuk ia memansukhkan ayat  hukum secara khusus.  Untuk maksud itu isyarat pun tidak terdapat  didalamnya!

Perkataan  آية  sememangnya   ada digunakan dengan erti tanda kebesaran dan kekuasaan Allah atau mukjizat untuk para  nabi pada  sekian banyak tempat.

Umpamanya didalam ayat berikut:
Hud 11:64
وَيَٰقَوْمِ هَٰذِهِۦ نَاقَةُ ٱللَّهِ لَكُمْ ءَايَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِىٓ أَرْضِ ٱللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ قَرِيبٌ 
Bermaksud Dan wahai kaumku! Inilah unta betina dari Allah  untuk kamu mu sebagai mukjizat. Oleh itu biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya  maka  kamu segera ditimpa azab yang dekat(masa datangnya).

Ta Ha 20:22
وَٱضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَآءَ مِنْ غَيْرِ سُوٓءٍ ءَايَةً أُخْرَىٰ 
Bermaksud : Dan kepitlah tanganmu ke lambungmu, nescaya  keluarlah  putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat, sebagai satu  mukjizat yang lain pula (selain mukjizat tongkat).

Al-Mu'minun 23:50
وَجَعَلْنَا ٱبْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُۥٓ ءَايَةً وَءَاوَيْنَٰهُمَآ إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 
Bermaksud:
Dan telah Kami jadikan (Nabi Isa) Ibni  Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman  dan mata air yang mengalir 

Al-Ma'idah 5:114
قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَۖ وَٱرْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ 
Isa Ibni Mariam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari yang ada hari  ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu  (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami,  kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.

Al-Anbiya 21:5
بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bermaksud: (Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sebagai sihir) Bahkan mereka menuduh dengan berkata: (Al-Quran itu) mimpi-mimpi karut (belaka), bahkan Muhamad sendiri seorang penyair. (Kalaulah dia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah dia membawa kepada kita suatu mu'jizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh rasul-rasul yang telah diutus dahulu. 


Selain itu ayat 106 Surah al-Baqarah itu juga disudahi dengan menyebutkan sifat Maha kuasa Allah di atas segala sesuatu melalui firman Allah yang bermaksud: 'Tidak'kah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu?" Kalaulah perkataan آية  di dalamnya tidak dipakai dengan erti tanda kekuasaan dan kebesaran Allah atau mu'jizat (آية كونية), nescaya tidak sesuailah sifat Maha Berkuasa Allah di atas segala sesuatu dijadikun sebagai penutupnya! Kalaulah perkataan yang tersebut di dalamnya bererti ayat al-Quran yang berkaitan dengan hukum-hakam( آية تشريعية), nescaya  sifat Allah yang sesuai  dijadikan sebagai penutup  ayat tersebut  bukan قدير  (Maha Bijaksana) atau  حكيم  (Maha Mendalam IlmuNya).
Siyaq (ayat selepas) dan sibaq (ayat sebelum) bagi ayat 106 juga menunjukkan perkataan  آية di dalamnya seharusnya dipakai dengan erti mu'jizat. Kerana ayat sebelumnya jelas berbicara tentang Kitab dan mu'jizat yang diturunkan Allah kepada nabi-nabiNya. Allah telah berfirman  sebelum itu
Al-Baqarah 2:105
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ وَلَا ٱلْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ 
Bermaksud Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sebarang kebaikan (berupa wahyu dan lain-lain) dari Tuhanmu. Padahal Allah (bebas) menentukan rahlnatNya kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. 

Demikian juga dengan ayat 108 selepasnya.
Al-Baqarah 2:108
أَمْ تُرِيدُونَ أَن تَسْـَٔلُوا۟ رَسُولَكُمْ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُۗ وَمَن يَتَبَدَّلِ ٱلْكُفْرَ بِٱلْإِيمَٰنِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ 
Bermaksud: Apakah kamu mahu meminta kepada Rasulmu seperti Bani Israil meminta kepada Musa sebelum ini? Sesiapa yang menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus. 

Rangkai kata أو ننسها (atau Kami melupakan manusia kepadanya) yang terdapat di dalam ayat 106 ini juga akan menimbulkan banyak kemusykilan jika perkataan Kami "nasakhkan" yang tersebut sebelumnya dipakai dengan erti menasakhkan mana-mana ayat al-Qur'an, terutamanya ayat hukum! Manusia manakah yang Allah lupakan ayat yang dikatakan telah mansukh itu? Kalau manusia yang dimaksudkan di situ ialah kita para umat, maka jelas sekali tidak benarnya. Kerana semua orang tahu dan ingat ayat yang dimansukhkan, seperti juga ayat yang memansukhkannya. Kalau tidak ingat bagaimana ia boleh disebutkan, malah dibincangkan?! Jika dikatakan orang yang Allah lupakan dia terhadap ayat al-Quran yang dinnansukhkan itu ialah Rasulullah s.a.w. sendiri sebagaimana yang terdapat dalam sesetengah riwayat, maka ia juga jelas bercanggah dengan kenyataan. Kerana telah dikatakan Nabi s.a.w. sendirilah yang memberitahu tentang kemansukhannya. Kalau Baginda betul-betul telah terlupa, bagaimana Baginda dapat menceritakan pula kepada para sahabat?! Selain itu ia juga bercanggah dengan firman Allah yang memberi jaminan akan menjaga dan mengingatkan Nabi s.a.w, akan apa yang diwahyukan kepadanya! Lihat sebagai contohnya firman Allah berikut:

Al-Qiyamah 75:16 لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ 
Al-Qiyamah 75:17 إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:18 فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:19 ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ 
Bermaksud: Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendak'kan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18).
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19). 

Jika anda memakainya dengan erti ”Kami melupakan manusia terhadap mu'jizat yang pernah diberikan kepada mana-mana nabi terdahulu", maka dengan mudah saja ia ak'an dapat difahami. Kerana sudah menjadi tabi'at manusia akan terlupa kepada sesuatu yang telah lampau pada masa lalu yang agak lama. Demikian juga kalau ia dipakai dengan erti "Kami menjadikan mu'jizat yang pernah diberikan kepada nabi terdahulu tidak begitu diperlukan kerana perubahan zaman yang telah berlaku. Manusia di zaman kemudian lebih memerlukan kepada mu'jizat Iain sebagai gantinya. Dan sebaik-baik gantinya ialah al-Qur'an, satu mu'jizat yang hidup dan akan terus kekal walaupun pembawanya sudah tiada nanti.

¹⁶⁷ Tidak disebutkan dengan jelas di sini permintaan Bani Israil kepada Nabi Musa yang dimaksudkan secara tepat. Jika dilihat kepada beberapa firman Allah di dalam al-Qur'an, maka tersebut beberapa juga permintaan mereka yang ganas dan amat tidak wajar dikemukakan kepada Nabi Musa a.s. Kerana ia bererti mencabar Tuhan, kekufuran dan kesyirikan, di samping kebiadaban terhadap Rasul Allah. Mari kita lihat firman-firman Allah berkenaan:
Al-A'raf 7:138
وَجَٰوَزْنَا بِبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱلْبَحْرَ فَأَتَوْا۟ عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰٓ أَصْنَامٍ لَّهُمْۚ قَالُوا۟ يَٰمُوسَى ٱجْعَل لَّنَآ إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ ءَالِهَةٌۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ 
Bermaksud: Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) Mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mcreka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil. 


Al-Baqarah 2:55
وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: ”Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)." Maka kamu disambar petir, kamu sendiri melihat (peristiwa itu). 

An-Nisa' 4:153
يَسْـَٔلُكَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَٰبًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِۚ فَقَدْ سَأَلُوا۟ مُوسَىٰٓ أَكْبَرَ مِن ذَٰلِكَ فَقَالُوٓا۟ أَرِنَا ٱللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ بِظُلْمِهِمْۚ ثُمَّ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَعَفَوْنَا عَن ذَٰلِكَۚ وَءَاتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَٰنًا مُّبِينًا 
Bermaksud: Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik kerana) Sesungguhnya mereka telah meminta kepada (Nabi) Musa lebih beşar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya).” Maka mereka disambar petir dengan şebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudİan mereka menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalü Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itü (apabila mereka bertaubat), dan Kami telah memberi kepada (Nabi) Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu). 

Orang-orang Yahudi dan golongan-golongan kafir yang lain semasa menuntut dan mencabar Nabi s.a.w. supaya mengemukakan kepada mereka mukjizat-mukjizat zahir seperti yang pernah diberikan kepada Nabi Musa dan 'Isa dahulu berkata, "Jika engkau benar-benar rasul Allah sebagaimana yang didakwa olehmu, maka kemukakanlah mukjizat-mukjizat zahir seperti yang pernah dikemukakan oleh Nabi Musa dan Nabi 'Isa dahulu.” Malah mereka menyebutkan apakah bentuk-bentuk mukjizat zahir yang sepatutnya dapat dikemukakan Rasulullah jika Baginda benar-benar utusan Allah. Cabaran dan permintaan mereka itü dirakamkan oleh Allah di dalam firmanNya seperti berikut:
Al-Isra' 17:89
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِى هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰٓ أَكْثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا كُفُورًا 
Al-Isra' 17:90 وَقَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا 
Al-Isra' 17:91 أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ ٱلْأَنْهَٰرَ خِلَٰلَهَا تَفْجِيرًا 
Al-Isra' 17:92
أَوْ تُسْقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ قَبِيلًا 
Al-Isra' 17:93
أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَٰبًا نَّقْرَؤُهُۥۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّى هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا 
Al-Isra' 17:94
وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤْمِنُوٓا۟ إِذْ جَآءَهُمُ ٱلْهُدَىٰٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓا۟ أَبَعَثَ ٱللَّهُ بَشَرًا رَّسُولًا 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. (89). Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi bagi Kami. (90). 
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan
aliran yang terpancar terus-menerus. (91). 
Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. (92). 
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? (93). 
Dan tiadalah yang menghalang orang-orang inusyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayat petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul? (94). 

¹⁶⁸ Melalui ayat ini Allah menempelak orang-orang yang mahukan mu'jizat daripada Rasulullah s.a.w. seperti mu'jizat-mu'jizat yang pernah diberikan kepada Musa dahulu. Padahal Allah menghendaki mu'jizat al-Qur'an untuk umat ini sebagai ganti mu'jizat-mu'jizat seperti yang pernah diberikan kepada Musa, iaitu mu'jizat-mu'jizat yang bersifat sementara waktu, mu'jizat-mu'jizat yang lenyap dengan wafatnya rasul Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan