Selasa, Disember 21, 2021

Nahwu Sorof 06s

Nahwu Sorof 06s

Bahasa  arab 8

Isim Mufrod, Isim Mutsanna dan Isim Jamak
Klasifikas Isim ini  adalah berdasarkan Jumlah. 


Pertama Isim Mufrod.
Isim Mufrod adalah Isim yang berjumlah tunggal atau satu. Bentuk dasar Isim adalah mufrod. 
Jika  mencari arti dari suatu perkataan kata isim dalam kamus  perkataan  yang kita akan temui adalah kata tunggal atau Isim yang  mufrod.

Kedua  Isim Mutsanna. 
Isim Mutsanna adalah Isim yang berjumlah Dua. 
Isim Mutsanna ini dapat dibuat dengan menambahkan huruf ا dan ن di akhir perkataan  Isim Mufrod.

Perkataan Isim Mufrod dan Isim Mutsanna
Contoh 1 
Perkataan بَيْتٌ
Ini adalah untuk sebuah rumah (ini mufrod)
Jika 2 buah rumah  ditambah huruf ا dan huruf ن diakhir perkataan بَيْتٌ , maka jadi بَيْتَانِ ( ini mutsanna)

Contoh 2
Perkataan بَابٌ
Ini adalah untuk satu pintu.(ini mufrod)
Jika 2 pintu  ditambah huruf ا dan ن diakhir 
perkataan بَابٌ , maka jadi بَابَانِ ( ini mutsanna)

Contoh 3
Perkataan مَدْرَسَةٌ
Ini adalah untuk satu buah sekolah.(ini mufrod)
Jika 2 buah sekolah ditambah huruf ا dan ن diakhir perkataan مَدْرَسَةٌm maka jadiمَدْرَسَتَانِ ( ini mutsanna)

Contoh 4
Perkataan سَاعَةٌ
Ini adalah untuk sebuah jam.(ini mufrod)
Jika 2 buah jam ditambah huruf ا dan ن diakhir 
perkataan سَاعَةٌ, maka jadi سَاعَتَانِ ( ini mutsanna)

Contoh 5
Perkataan مَسْحِدٌ
Ini adalah untuk sebuah masjid .(ini mufrod)
Jika 2 buah masjid ditambah huruf ا dan ن diakhir 
perkataan مَسْحِدٌ, maka jadi  مَسْحِدَانِ ( ini mutsanna)

Ketiga  Isim Jamak. 
Isim Jamak adalah Isim yang berjumlah Tiga atau lebih. Isim Jamak dibagi menjadi 3 jenis, yaitu: 
1.Jamak Mudzakkar Salim, 
2.Jamak Muannats Salim, dan 
3. Jamak Taksir. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan