Rabu, Disember 22, 2021

Tafsir nota baca 0008(0151-0152)s

Tafsir nota baca 0008(0151-0152)s

Tafsir nota 8(131-0134)
Al-Baqarah 2:131 إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Al-Baqarah 2:132
وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبْرَٰهِۦمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 
Al-Baqarah 2:133
أَمْ كُنتُمْ شُهَدَآءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ ٱلْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنۢ بَعْدِى قَالُوا۟ نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ إِلَٰهًا وَٰحِدًا وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ 
Al-Baqarah 2:134
تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْۖ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْۖ وَلَا تُسْـَٔلُونَ عَمَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 

(Ingatlah) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Islamlah (serahkan dirimu wahai Ibrahim)!" Ibrahim (terus) menjawab: "Aku Islam dengan menyerahkan diriku (tunduk patuh) kepada Rabb (Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan) semesta alam." [131]

Dan Ibrahim telah mewasiatkan agama itu kepada anak-anaknya, juga (cucunya) Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya
Allah telah memilih agama ini unlukmu, kerana itü janganlah kamu mati melainkan sebagai orang-orang Islam.²¹³ [132].

(Demikianlah wasiat Nabi Ya'qub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itü wahai orang-orang Yahudi)! Adakah kamu hadhir ketika Ya' qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang akan kamu sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab: "Kami tetap akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNya jua kami menyerah diri. [133].

Itulah satu umat yang telah berlalu; mereka memperolehi apa yang mereka usahakan dan kamu memperolehi apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak dipertanggungjawabkan terhadap perbuatan-perbuatan yang dilakukan mereka. [134].

___________

²¹³ Firman Allah ini menegaskan bahawa agama Islamlah agama yang dipilih dan direstui Allah untuk manusia. Manusia tidak sepatutnya mati melainkan sebagai orang-orang Islam. Perkara yang sama juga tersebut di dalam dua firman Allah
Aal-e-Imran 3:19
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ 
Bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah İslam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itü tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itü pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. (Aali Imraan:19).

Aal-e-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 
Bermaksud: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi. (Aali Imran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan