Selasa, Januari 18, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0003

Sahih bukhari kitab ilmu 0003

Ilmu-ilmu dunia yang balasannya hanya sekadar kehidupan dunia ini sahaja tidak disebutkan di dalam al-Qur’ān dan ĥadīts kerana kelebihannya bersifat sementara seperti dunia yang juga sementara. 

Mengetahui kelebihan ilmu Islam akan mengubah mentaliti seseorang, ia akan membuatkannya berterusan menimba ilmu, menyebarkannya dengan penuh kesungguhan, mempunyai kesanggupan untuk berkorban, sentiasa berfikir untuk masa depan agama, walaupun tanpa tawaran istimewa dan habuan dunia.

Mengikut syarat Imam Bukhāri dalam penyusunan kitabnya, beliau tidak akan mengulangi tajuk yang sama sepenuhnya dua kali atau lebih. Pada bab ke-22 akan datang, terdapat “Bab: Kelebihan Ilmu”, maka sesetengah `ulama’ cuba memberikan jawapan bahawa mengikut nuskhah Shaĥīĥ Bukhāri yang lain, rangkai kata “Kelebihan Ilmu” itu tidak ada pun di sini sebenarnya, bahkan ayat yang sebenarnya 
hanyalah “Bab: firman Allah…”. 

Ĥāfizh al-`Aini berpendapat perlu dita’wilkan perkataan 
 ilmu ( فضل العلم ) di sini dengan ma`na ‘orang yang 
berilmu’ ( فضل العالم  ) iaitu perkataan mashdar dipakai dengan ma`na isim fā`il. Pendapat beliau itu bagaimanapun menimbulkan kemusykilan yang lain pula iaitu ada kemungkinan juga berlaku kesilapan yang berpunca daripada penyalin atau mungkin juga telah berlakunya tashĥīf di situ.

Dan kenapakah pula disebutkan firman Allah yang bermaksud: Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu, bukankah itu menunjukkan bahawa kelebihan yang 
dimaksudkan di sini adalah kelebihan ilmu, bukan orang yang berilmu? Beliau menyatakan lagi bahawa orang yang berilmu menjadi lebih kerana ilmunya, tetapi dakwaannya ini agak jauh. 

Maulana Maĥmūdul Ĥasan menta’wilkan perkataan فضل tersebut dengan mengatakan bahawa bab pertama ini bertujuan menyatakan kelebihan ilmu, adapun pada bab ke-22 akan datang, dinyatakan pula tentang lebihan-lebihan ilmu, dengan taqdir: باب ما  زاد من العلم atauباب فاضل العلم   ,
seperti ilmu-ilmu fardhu kifayah ilmu yang lebih daripada 
keperluan asas, tidak utama dan lain-lain.
Ilmu yang sebegitu pun masih ada kelebihannya, pahalanya, keistimewaannya dan tidak termasuk dalam perkara yang sia-sia jika dipelajari, sebagaimana yang disebut 
oleh Nabi s.a.w.: 
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Bermaksud: “Antara tanda keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna dan tidak berfaedah kepadanya.” 

Bagaimanalah pula dengan ilmu yang memang utama dan berguna di dunia dan diakhirat.

3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan