Sahih bukhari kitab ilmu 0004
Diberikan Ilmu Beberapa Darjat.⁴ Allah Amat Mengetahui Apa-Apa Yang Kamu Lakukan.”⁵(Al-Mujãdilah:11) Dan FirmanNya: “Tuhanku Tambahkanlah Kepadaku
Ilmu.”⁶ (Thãha:114)
_______
⁴ Firman Allah ini jelas menunjukkan perkaitan yang sangat rapat di antara iman dan ilmu. Ia juga menunjukkan orang yang beriman dan berilmu memang mempunyai
kelebihan. Allah menaikkan mereka ke darjat-darjat yang tinggi dan memuliakan mereka melebihi orang-orang lain.
Tambahan perkataan ْمْنْكُم ِselepas الذين آمنوا pada firman Allah ini menunjukkan orang-orang yang beriman diberikan kelebihan itu, dan secara tidak langsung ia menuntut
dan mendorong semua manusia supaya beriman. Ketiadaan perkataanمْنْكُم ِselepas والذين أوتوا العلم pula bererti tidak semestinya orang tidak berilmu tidak
mempunyai apa-apa kelebihan.
Seorang mu’min biasa jauh lebih baik di sisi Allah daripada seorang yang berilmu tetapi tidak beriman. Ini kerana seringkali terdapat orang yang tidak beriman
mempelajari sesuatu ilmu yang tidak berguna langsung untuk kemanusiaan, malah sebaliknya membahayakan mereka. Utk menggambarkan orang-orang seperti itulah
Allah berfirman:وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْۚ
Bermaksud: … Dan mereka mempelajari sesuatu yang membahayakan dan tidak berguna kepada mereka (sendiri)... (al-Baqarah:102).
Al-Baqarah 2:102
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
Perkataan دَرَجَاتِ disebutkan dalam bentuk nakirah dengan ma`na ta'zhim untuk mengagungkan, membesarkan dan memuliakan darjat tersebut sehingga tidak dapat
dibandingkan dengan darjat dan kedudukan yang diberikan oleh manusia.
Selain itu ia juga menyatakan bahawa darjat tersebut bukan satu tetapi banyak.
Nakirah itu juga digunakan untuk perkara yang tidak ma`lum atau tidak diketahui secara terperinci, kerana darjat yang diberikan oleh Allah tidak diketahui bentuk rupanya, seperti ganjaran pahala dan sebagainya.
Amalan kebaikan yang terhasil daripada ilmu yang dimiliki seseorang yang berilmu pula tidak dinyatakan perinciannya. Apa yang disebutkan hanyalah sebagai balasan
yang istimewa.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah mempercayai dan meyakini bahawa darjat kelebihan beriman yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. itu tentulah istimewa dan tidak
sama dengan darjat dunia, sesuai dengan firman Allah s.w.t.:مَا عِندَكُمْ يَنفَدُۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍۗ
Bermaksud: (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah (pula) tetap kekal. (an-Naĥl:96).
An-Nahl 16:96
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍۗ وَلَنَجْزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓا۟ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Kelebihan orang yang beriman dan berilmu pula tentunya lebih istimewa daripada orang yang beriman semata-mata. Sepertimana kelebihan ilmu seseorang di dunia ini
5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan