Halaman

Rabu, April 06, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0025-0037 26/3/22

Sahih bukhari kitab ilmu 0025-0037  26/3/22

Sahih bukhari kitab ilmu 0025

٤ - بَابُ قَوْلِ الملُحَدِّثِ: حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا . وَقَالَ لَنَا احلُمَيْدِيُّ: كَانَ عِنْدَ ابْنِ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا، 
وَسَمِعْتُ وَاحِدًا . وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللِ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ املَصْدُوقُ . وَقَالَ شَقِيقٌ: عَنْ 
عَبْدِ اللِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَة . وَقَالَ حُذَيْفَةُ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللِ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ . 
وَقَالَ أَبُو العَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ وَ قَالَ أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ 
وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِيهِ عَنْ رَ بِّهِ عَزَّ وَجَلَّ . وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ . 
Bab (4): Kata-Kata Muhaddits, “Haddatsana”, “Akhbarana” Dan “Anba’ana.”³¹Humaidi Berkata Kepada Kami: “Di Sisi Sufyãn Bin `Uyainah,“Haddatsana”, 


___________________
³¹ Sumber Dan Punca Ilmu Pengetahuan Umat Islam
Setelah Imam Bukhāri memberitahu tentang kepentingan ilmu dan ilmu-ilmu yang diperlukan terlebih dahulu seperti ilmu tentang keimanan dan ibadah, beliau membuat 
pula tajuk bab ini untuk menyatakan bahawa sumber ilmu pengetahuan umat Islam tidaklah sama dengan agama lain yang penuh dengan kisah-kisah dongeng, kerana ia 
selain berpunca daripada al-Qur’ān yang mutawātir di setiap peringkat generasi, juga mempunyai sumber kedua berupa ĥadīts-ĥadīts yang shaĥīĥ dan tsābit.

Imam Bukhāri mengisyaratkan bahawa agama yang boleh kita terima ialah yang mempunyai sanad kerana ‘sanad adalah sebahagian daripada agama, jikalau tiada sanad 
tentu sesiapa sahaja boleh mengatakan apa yang ia kehendaki’ . الإسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ، لَوْلَا الإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ seperti kata Ibnu al-Mubārak.

Kepentingan sanad ini tidak terhad untuk ilmu ĥadīts sahaja, ia juga diperlukan dalam ilmu sirah dan sejarah terutama sejarah nabi-nabi, Rasulullah s.a.w. dan para Shaĥabat Baginda sekalian, kerana dengan rosaknya naratif sesebuah agama, rosaklah juga imej pengikutnya. Selain daripada itu, beliau juga ingin menyatakan adanya perbezaan di antara istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu ĥadīts.

Ibnu Rusyaid berpendapat, Imam Bukhari menerusi tajuk bab yang diadakan olehnya ini mengisyaratkan bahawa Kitab Sahih yang dikarangnya ini adalah berlandaskan 
hadits-hadits yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dengan sanad yang lengkap.

Hafizh Ibnu Hajar pula berpendapat, tujuannya ialah menimbulkan soalan adakah semua lafaz menerima (taĥammul) hadits yang tersebut itu sama atau tidak? Dengan mengemukakan pandangan Ibnu `Uyainah Imam Bukhari mahu menyatakan pendapat 
pilihannya.

25

Sahih bukhari kitab ilmu 0026 

“Akhbarana”, “Anba’ana” Dan “Sami’tu” Adalah Sama.”³² Ibnu Mas’ûd Berkata: “Haddatsana” (Telah Bersabda Kepada Kami) Rasulullah S.A.W.³³Baginda Adalah Seorang Yang Benar Dan Dibenarkan.”³⁴ Syaqîq Berkata: Daripada ‘Abdillah Bin 

____________
³² Haddatsana ialah satu istilah penyampaian ĥadīts di mana guru membaca ĥadīts dan murid mendengarnya. Akhbarana pula ialah murid membaca ĥadīts dan guru 
mendengarnya. Anba’ana ialah ĥadīts yang diperolehi oleh seseorang dengan cara ijāzah sama ada secara lisan atau bertulis. 
Imam Bukhāri mengemukakan pendapat Sufyān bin `Uyainah di sini untuk menyatakan sokongan beliau terhadap pandangannya iaitu istilah ĥaddatsana, anba’ana dan akhbarana memberikan ma`na yang sama sahaja, jadi ia boleh dipakai dengan maksud yang sama, tidak seperti `ulama’ ĥadīts lain yang menyebutkan dengan terperinci 
perbezaannya seperti Imam Muslim dan Imam Abu Daud contohnya.
🎄
³³ Di sini pula Imam Bukhāri ingin memberi tahu tentang asal usul istilah ĥaddatsana yang digunakan dalam ilmu ĥadīts, ia berpunca daripada Shaĥabat (Ibnu Mas`ud) yang 
menceritakan kepada perawi di bawahnya dengan menggunakan lafaz tersebut.Kata-kata Ibnu Mas`ud ini dikemukakan Bukhari secara ta`liq sahaja di sini. Ia 
merupakan sebahagian daripada hadits masyhur tentang kejadian janin. Imam Bukhari mengemukakannya secara maushul di dalam Kitab al-Qadar.

Di dalam al-Qur’ān juga ada digunakan kata perintah yang berpunca daripada kata akar yang sama, seperti pada firman Allah berikut:
 Ad-Dhuhaa 93:11وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ 
Bermaksud: Adapun ni`mat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya). (ad-Dhuĥa:11)

Ni`mat Allah yang paling besar ialah agama, cara untuk menyebut, menzahir dan memberitahu tentangnya kepada orang lain pula adalah melalui ĥadīts, kerana banyak 
perkara yang tersebut dalam al-Qur’ān diberitahu secara ringkas sahaja dan tidak disebutkan secara terperinci seperti di dalam ĥadīts-ĥadīts Rasulullah s.a.w.
Istilah anba’ana pula diambil daripada firman Allah:
وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
 Fatir 35:14
إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا۟ دُعَآءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا۟ مَا ٱسْتَجَابُوا۟ لَكُمْۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْۚ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
Bermaksud: Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberitahu kepadamu (wahai Muĥammad akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberitahu oleh Allah Yang 
Maha Mendalam PengetahuanNya. (Fāthir:14)

³⁴ Maksudnya ialah Nabi s.a.w. adalah seorang yang memang benar dan Allah s.w.t. sendiri membenarkannya (menta`dīlkannya), tidak seperti para `ulama’, mujtahid atau orang-orang lain, kerana pendapat yang dianggap mereka betul tidak diketahui lagi hakikatnya, adakah ia memang betul atau tidak, kerana Allah s.w.t. tidak membenarkannya seperti Rasulullah s.a.w. Dengan itu, umat Islam dapat menerima sabdaan Rasulullah s.a.w. dengan senang hati 
tanpa teragak-agak lagi.

26

Sahih bukhari kitab ilmu 0027

Mas’ûd; “Saya Mendengar Nabi S.A.W. Mengucapkan Sesuatu.”³⁵ Hudzaifah Berkata; “Rasulullah S.A.W. Menceritakan Kepada Kami Dua Hadîts.”³⁶ Abu Al-`Aaliah Meriwayatkan Daripada Ibni `Abbãs Daripada Nabi S.A.W.³⁷ Tentang Apa Yang Diceritakan Daripada Tuhannya.³⁸ Anas Berkata: “Daripada Nabi 

_______________
Imam Bukhāri juga mengisyaratkan kepada keharusan menambah sifat-sifat yang bersesuaian dengan seseorang perawi sama ada dalam bentuk jarĥ atau ta`dīl.

³⁵ Istilah “aku telah mendengar” atau سمعت َjuga mempunyai asasnya seperti yang tersebut di sini.

³⁶ Satu lafaz ĥaddatsana tidak semestinya hanya mengandungi satu ĥadīts (cerita), ia boleh juga digunakan dalam penyampaian dua atau lebih hadits. 
Tujuan Imam Bukhari mengemukakan riwayat-riwayat ta`liqāt di atas ialah untuk menyatakan para sahabat itu kadang-kadang menggunakan lafaz ĥaddatsana ketika 
menyampaikan sesuatu hadits Nabi s.a.w. Kadang-kadang pula mereka menggunakan lafaz سمعت . Semua itu menunjukkan mereka tidak kisah sangat dalam penggunaan lafaz-lafaz tersebut. 

³⁷ Di sini pula Imam Bukhāri menceritakan asal usul bagi istilah riwayat `an`anah atau riwayat yang menggunakan lafaz عن ,ia adalah riwayat yang ada kemungkinan 
seseorang perawi itu tidak mendengar secara langsung daripada perawi di atasnya, seperti Ibnu `Abbās yang dikemukakan olehnya di sini.Mengikut para `ulama’ ĥadīts, Ibnu `Abbās hanya meriwayatkan 4 sahaja ĥadīts secara 
langsung daripada Rasulullah s.a.w. Paling banyak pun tidak melebihi 20 ĥadīts. 

Maka boleh jadi ada perawi yang digugurkan (tidak disebut) oleh Ibnu `Abbās dalam periwayatannya apabila beliau menggunakan riwayat `an`anah begini. Perawi yang tidak disebut oleh Ibnu `Abbās itu pula adalah Shaĥabat, maka ia dikategorikan sebagai ĥadīts mursal Shaĥābi. 

Anas bin Mālik juga adalah antara perawi yang meriwayatkan secara `an`anah kerana beliau masih kecil ketika bersama Rasulullah s.a.w., beliau juga merupakan orang Madinah dan banyak peristiwa Mekah yang diriwayatkannya sepatutnya tidak dapat diketahuinya sendiri secara langsung, cuma boleh jadi Rasulullah s.a.w. sendiri menceritakannya pula kemudiannya atau ia dipelajari dan didengari daripada Shaĥabat-shaĥabat lain. 
Abu Hurairah juga banyak meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. secara `an`anah, semuanya telah diisyaratkan oleh Imam Bukhāri di penghujung tajuk bab ini.

Hadits-hadits qudsi yang dikemukakan oleh Ibnu `Abbaas, Anas dan Abu Hurairah itu dikemukakan oleh Bukhari secara ta`liq sahaja di sini, sedangkan di dalam Kitab at-
Tauĥīd ia dikemukakan secara maushūl.

³⁸ Al-Qur’ān juga diambil Rasulullah s.a.w. daripada Allah s.w.t cuma melalui perantaraan Jibrīl a.s., ini menunjukkanbahawa ĥadīts adalah wahyu yang terus 
daripada Allah s.w.t. tanpa perantaraan. Selain dari itu, bahagian ini mengisyaratkan kepada jenis ĥadīts yang dipanggil ĥadīts Qudsi, iaitu firman Allah s.w.t. yang tidak


Sahih bukhari kitab ilmu 0028

Daripada Nabi S.A.W. Berhubung Dengan Apa Yang Diriwayatkan Baginda Daripada Tuhannya”. Abu Hurairah Berkata: “Daripada Nabi S.A.W., Baginda S.A.W. Menceritakan Daripada Tuhan Kamu.”³⁹
٦١ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ الشَّجَرِ شَجَرَةً لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَإِنَّهَا مَثَلُ الْمُسْلِمِ فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ


ْ61 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya, Isma`il bin Ja`far meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin Dīnār daripada Ibni `Umar, 
katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara sekian banyak pokok, ada satu pokok yang daunnya tidak gugur.⁴⁰ Ia betul-betul seperti orang


__________
tersebut di dalam al-Qur’ān. Namun begitu taraf ĥadīts Qudsi berbanding ĥadīts-ĥadīts lain hanyalah sama, yang menentukan kuat atau lemahnya ialah sanadnya, begitulah 
juga ĥadīts musalsal.

³⁹ Imam Bukhāri mengemukakan dua riwayat yang kelihatan sama dan hanya mempunyai perbezaan di hujungnya ini untuk mengisyaratkan kepada keharusan
menggunakan riwayat berdasarkan ma`na. Ia boleh berlaku pada perkataan yang boleh ditukar dengan perkataan lain yang seerti dengannya. Keadaannya sama seperti 
pertukaran antara penggunaan nama sebenar, nama gelaran atau nama panggilan.

Daripada keseluruhan riwayat yang disebutkan oleh Imam Bukhāri di dalam tajuk bab ini, tidak terdapat satu pun riwayat yang bermula dengan akhbarana, secara tidak 
langsung beliau telah mengisyaratkan kepada pembaca bahawa sama sahaja riwayat akhbarana dan ĥaddatsana seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

⁴⁰ Sabda Nabi s.a.w.: “pokok yang daunnya tidak gugur” itu menunjukkan kesegarannya dan faedahnya yang berterusan seperti memberikan naungan dan teduhan. Di dalam Kitāb al-Adab, Imam Bukhāri mengemukakan ĥadīts ini sekali lagi dengan riwayat yang ada sedikit tambahan iaitu:
مِثَلُ المُؤْمِنِ كِمَثَلِ شَجَرَةٍ خَضْرَاءَ، لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا ولَايَتَحَاتُ
Bermaksud: Perumpamaan orang mu’min adalah seperti pohon menghijau yang daunnya tidak gugur dan tidak luruh. 

Perkataan لَايَتَحَاتُ memberi ma`na tidak gugur walaupun di musim luar tidak seperti pohon-pohon lain. Ia disamakan dengan orang mu’min yang tidak tergugat imannya, 

28


Sahih bukhari kitab ilmu 0029

muslim dalam perumpamaan, ceritakanlah kepadaku apakah pokok itu??”⁴¹Fikiran para Shaĥabat melayang kepada pokok-pokok yang terdapat di padang pasir.
`Abdullah berkata: “Fikiran saya (pula) mengatakan pokok itu ialah pokok tamar,⁴² tetapi saya malu. Kemudian mereka (para Shaĥabat) berkata: 

_______________
tidak terancam ilmunya dengan berita-berita palsu walaupun berada dalam kesempitan dan kesusahan.

⁴¹ Ĥadīts ini menunjukkan bahawa dalam proses pembelajaran perlu adanya ujian, sama ada dalam bentuk peperiksaan, teka teki, kuiz dan sebagainya, fikiran akan menjadi lebih segar dan aktif dengan timbulnya sesuatu soalan yang akan mencetuskan rasa curiga, dengan itu ilmu akan semakin mudah melekat dan kekal, seolah-olahnya sudah disediakan bekas untuk diisi barangan di dalamnya.

Oooo
⁴² Ibnu `Umar pula dalam kisah ini masih lagi seorang kanak-kanak dan dalam perjalanan pulang daripada majlis tersebut, beliau memberitahu bapanya `Umar tentang 
jawapan yang difikirnya itu sebenarnya sama dengan yang Rasulullah s.a.w. berikan, lalu `Umar bertanya: “Mengapa kamu tidak memberitahu saja jawapannya?” Ibnu `Umar menjawab: “Kerana kamu tidak memberikan apa-apa jawapan, jadi saya tidak mahu berkata apa-apa”. `Umar membalas: “Kalaulah kamu memberitahu jawapannya 
itu, tentunya aku lebih bangga daripada mendapat sekian-sekian (benda)” seperti yang ada disebutkan dalam riwayat yang lebih panjang pada Kitāb Tafsir begini:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَخْبِرُونِي بِشَجَرَةٍ تُشْبِهُ أَوْ كَالرَّجُلِ الْمُسْلِمِ لَا يَتَحَاتُّ وَرَقُهَا وَلَا وَلَا وَلَا تُؤْتِي أُكْلَهَا كُلَّ حِينٍ قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ وَرَأَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ لَا يَتَكَلَّمَانِ فَكَرِهْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ فَلَمَّا لَمْ يَقُولُوا شَيْئًا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هِيَ النَّخْلَةُ فَلَمَّا قُمْنَا قُلْتُ لِعُمَرَ يَا أَبَتَاهُ وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَ وَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَقَالَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَكَلَّمَ قَالَ لَمْ أَرَكُمْ تَكَلَّمُونَ فَكَرِهْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ أَوْ أَقُولَ شَيْئًا قَالَ عُمَرُ لَأَنْ تَكُونَ قُلْتَهَا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كَذَا وَكَذَا
dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; ketika kami bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Beritahukan padaku suatu pohon yang mirip seorang muslim, daunnya tidak berguguran, dan ia tidak berbuah setiap waktu." Ibnu Umar berkata: Hatiku mengatakan bahwa pohon itu adalah pohon kurma. Aku melihat Abu Bakar dan Umar tidak berbicara sehingga aku tidak mau berbicara atau mengatakan apa pun. Tatkala para sahabat tidak ada yang menjawab sedikitpun, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Yaitu pohon kurma.' Ketika kami sudah beranjak pergi, aku berkata kepada Umar; Wahai bapakku, dalam hatiku juga mengatakan bahwa itu adalah pohon kurma. Lalu ia berkata; Kenapa kamu tidak mengatakannya tadi? Ibnu Umar menjawab; 'Aku melihat kalian semua tidak menjawab, maka aku pun tidak mau menjawab atau mengatakan sesuatu pun. Umar berkata: 'Andai kau mengatakannya, itu lebih aku sukai dari ini dan ini

Ia menunjukkan kepada bolehnya seseorang itu berbangga dengan kejayaan anaknya kerana mempunyai ilmu dan kecerdikan, dengan kebanggaannya itu juga akan 
mendorong perkembangan ilmu ke tahap yang lebih tinggi. Ibnu `Umar tidak memberitahu jawapan yang difikirnya itu kerana kecerdikannya juga untuk menjaga adab dan mengambil kira Shaĥabat-shaĥabat yang sudah dewasa ada bersama-sama dalam majlis tersebut.
Bagaimanakah Ibnu `Umar boleh mengagak jawapan yang betul? Mengikut riwayat yang lain, dalam majlis itu Rasulullah s.a.w. diberikan umbut tamar, lalu Baginda 
memakannya, soalan tadi di tanya sambil Baginda memakannya, Ibnu `Umar merasakan bahawa persoalan yang ditanya itu mestilah ada kaitan dan ada isyaratnya 
dengan situasi semasa. Ia juga menunjukkan bahawa persoalan yang hendak dibuat oleh seorang pengajar ilmu mestilah berkait dengan situasi dan perkara yang telah dipelajari, ada juga isyarat-isyaratnya yang mereka boleh mengagak jawapannya dengan mengetahuinya. Bagaimana pula dengan Shaĥabat-shaĥabat lain yang tidak 
memberikan apa-apa jawapan? Boleh jadi kerana mereka fikirkan tentunya ia tidak berkait dengan pokok yang biasa atau semudah itu seperti kata Ibnu `Umar: “Fikiran 
para Shaĥabat melayang kepada pokok-pokok yang terdapat di padang pasir”, boleh

29

Sahih bukhari kitab ilmu 0030

“Ceritakanlah kepada kami,⁴³ apakah pokok itu wahai Rasulallah”. Rasulullah bersabda: “Pokok tamar.”⁴⁴

__________
memberikan apa-apa jawapan? Boleh jadi kerana mereka fikirkan tentunya ia tidak berkait dengan pokok yang biasa atau semudah itu seperti kata 'Ibnu Umar ,"Fikiran para sahabat melayang kepada pokok-pokok yang terdapat di padang pasir,boleh jadi juga kerana mereka tidak menemui jawapan yang sesuai untuk perumpamaan orang muslim itu. Demikianlah sifat soalan dan jawapan, kadang-kadang soalannya kelihatan susah tetapi jawapannya mudah sahaja.

⁴³ Dua tempat digunakan pecahan perkataan dari akar kata yang sama iaitu تحديث pada 
pertamanya pada فحدثوني ما هي dan 
keduanya pada حدثنا ما هي .
Kedua-duanya pada menjadi bukti kepada penggunaannya secara istilah. 

Untuk istilah yang lain seperti anba’ana dan akhbarana, Imam Bukhāri menggunakan ĥadīts ini sebagai isyaratnya 
kepada riwayat yang sama tetapi melalui saluran riwayat Nāfi` daripada Ibnu `Umar pada ĥadīts ke-4698 di dalam Kitāb Tafsir, bukan daripada `Abdullah bin Dīnār 
daripada Ibnu `Umar seperti pada dua ĥadīts yang dibawanya di sini. 

Lafaz yang digunakan oleh Nabi s.a.w. untuk bertanyakan para Shaĥabat tentang pokok itu ialah dari akar kata إخبار begini adanya:
حَدَّثَنِي عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ عَنْ أَبِي أُسَامَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَخْبِرُونِي بِشَجَرَةٍ تُشْبِهُ أَوْ كَالرَّجُلِ الْمُسْلِمِ
Telah menceritakan kepadaku '  Ubaid bin Isma'il dari Abu Usamah dari 'Ubaidillah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; ketika kami bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Beritahukan padaku suatu pohon yang mirip seorang muslim.

Di dalam riwayat al-Isma`ili pula disebut dengan lafaz أنبئوني ,begitu juga di dalam riwayat Imam Mālik, beliau ada meriwayatkan ĥadīts ini dengan lafaz dalam Bab: Sikap malu dalam menuntut Ilmu, ia menunjukkan bahawa maksud daripada ketiga-tiga istilah itu sama sahaja dan boleh mengambil tempat masing-masing daripadanya mengikut Imam Bukhāri dan beberapa `ulama’ lain seperti `Ali Ibnu al-Madīni, Ĥumaidi, Sufyān bin `Uyainah, Imam Mālik, Sufyān ats-Tsauri, Imam Zuhri, Ĥasan Bashri dan lain-lain.

Ada juga `ulama’ yang tidak berpendapat begitu, seperti Imam Muslim, Imam Abu Ĥanīfah, Ibnu Abi Dzi’b, Imam Nasā’i, Imam Abu Daud dan lain-lain.

⁴⁴ Apakah persamaan antara pokok tamar dan orang muslim pula? Pelbagai jawapan telah diberikan oleh `ulama’ berkaitan sudut persamaannya, antaranya ialah seperti 
berikut: 
(1) Pokok tamar sama dengan manusia dari segi kebolehannya untuk terus hidup selagi tidak diselam di dalam air sehingga tenggelam puncaknya agak lama, 
seperti manusia yang boleh bernafas selagi kepalanya tidak ditenggelami air. 
(2) Sama dengan manusia dari segi ia boleh dikerat dan dipotong mana-mana bahagian selain kepalanya, jika kepala pokok tamar (umbut) itu dikerat, pokok itu akan mati. 
(3) Kesuburan pokok tamar ialah apabila ia dikahwinkan dengan pokok tamar yang lain merupakan sudut kesamaan antara manusia dengannya yang akan menjadi lebih subur 
setelah berkahwin dan melahirkan zuriat yang disamakan dengan buah. Cuma pendapat ini semua tidak sesuai kerana ia tidak khusus dengan orang Islam. 
(4) Ketegakan tumbuhnya dalam keadaan tidak condong, disamakan dengan muslim yang teguh agamanya, tidak mudah jatuh ke arah dunia. 
(5) Pokok tamar adalah satu pokok yang sentiasa berbuah dan berdaun walaupun di musim luruh. Keadaannya serupa dengan orang Islam yang sentiasa berguna kepada orang lain dan mempunyai daya dan kekuatan walaupun ketika berada dalam kesusahan. 
(6) Manfaat dan kegunaannya yang

30


Sahih bukhari kitab ilmu 0031
____________
banyak kepada makhluk lain ketika hidup dan matinya, pendapat ini adalah yang terbaik dan paling sesuai, kerana Nabi mengumpamakannya dengan orang muslim, bukan 
sekadar manusia biasa sahaja, tetapi yang hatinya beriman. Sepertimana hidup seorang muslim dan matinya berguna, pokok tamar yang hidup dan yang mati masing-masing 
mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara pokok yang banyak tumbuh melebihi yang lain dan manfaatnya banyak ketika hidup dan matinya di negara Malaysia pula ialah pokok kelapa.

Bagaimanakah pula mati seseorang muslim itu menjadi berguna dan bermanfaat? Perumpamaan yang Nabi s.a.w. buatkan ini mengisyaratkan kepada ĥadīts yang masyhur berkaitan terputusnya amalan seseorang hamba itu setelah matinya selain dari 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah yang berterusan dan anak yang mendoakan ibu-bapanya. Selain dari ĥadīts itu, boleh juga difahami daripada firman 
Allah berikut:
Ibrahim 14:24
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ 
Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muĥammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah (ajaran) yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Ibrahim:24)

Adanya persamaan antara pangkal yang teguh dengan iman yang tersimpan di lubuk hati dan buah yang berfaedah dengan ilmu yang disampaikan, `amal kebajikan yang 
berterusan manfaatnya dan zuriat yang shaleh. Persamaan orang Islam yang beriman dan berilmu dengan pokok tamar jelas dapat dilihat, ia berguna tidak ketika hidupnya 
sahaja, tetapi juga setelah ia meninggal dunia.

Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang terdapat di dalam ĥadīts ini ialah:
(1) Keharusan menggunakan teka-teki dan lain-lain cara yang menarik perhatian ketika mengajar.
(2) Terhadnya ilmu manusia kepada persekitarannya dan apa-apa yang berkait dengan kehidupan sehariannya.
(3) Beradab dengan orang-orang yang lebih tua dengan tidak mencelah dan mengganggu perbualan yang sedang berlaku di antara mereka. 
(4) Keharusan menyatakan kesukaan dan kegembiraan apabila mendapat sesuatu yang istimewa.
(5) Tingginya nilai ilmu di sisi para Shaĥabat sehingga kelebihannya tidak dapat dibandingkan dengan dunia.
(6) Perawi-perawi yang dipilih oleh Imam Bukhāri adalah antara individu-individu teristimewa yang mempunyai sejarah hidup yang baik dari awal hingga ke akhirnya, ia 
menjadi punca kepada tingginya nilai Shaĥīĥ Bukhāri yang dikarangnya.
(7) Sistem sanad akan menjaga masyarakat dengan mendidik mereka supaya menjaga budi pekerti dan peribadi sehingga terbentuknya kebolehpercayaan terhadap sesama Islam.

31

Sahih bukhari kitab ilmu 0032

5 - بَابُ طَرْحِ اإلمَامِ املَسْأَلَةَ عَلَى أَصْحَابِهِ لِيَحْتَبِرَ مَا عِنْدَهُمْ مِنَ العِلْمِ 
Bab (5): Imam Mengemukakan Soalan Kepada Shahabat-Shahabatnya⁴⁵ Untuk Menguji `Ilmu⁴⁶ Yang Ada Pada Mereka.

___________
(8) Keharusan membuat perumpamaan dan perbandingan untuk sesuatu supaya mudah difahami dan tergambar dengan jelas dalam pemikiran.
(9) Larangan mengemukakan persoalan atau teka-teki dengan maksud memerangkap orang yang ditanya, mendedahkan kelemahannya atau memalukannya.
(10) Dalam perbandingan, sesuatu yang dibandingkan tidak semestinya menyamai sesuatu yang dibandingkan dengannya dari semua sudut.
(11) Kadang-kadang orang-orang tua yang alim dan berpengalaman tidak terlintas akan sesuatu yang terlintas di hati seorang budak yang tidak berpengalaman tetapi berbakat.
(12) Hadits ini menunjukkan kelebihan pokok tamar, kerana Nabi s.a.w. mengumpamakan iman dengannya dari sudut ketetapan iman di dalam hati seseorang muslim sebagaimana tetapnya pokok tamar dengan akar dan umbinya pada tempat tumbuhnya. Amalan orang beriman yang menjulang tinggi ke langit pula diumpamakan 
dengan batang pokoknya yang menjulang tinggi dengan buah-buah dan pelepahnya. Sebagaimana orang beriman yang sentiasa mendapat hasil dan pahala daripada 
keberkatan imannya sepanjang masa, begitulah juga dengan pokok tamar yang sentiasa menghasilkan buah sepanjang masa. Selain itu segala bahagiannya pula berguna kepada manusia. 

⁴⁵ Imam Bukhāri menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang menjadi guru sebagai seorang pemimpin (Imam) dan muridnya sebagai sahabat-sahabatnya. Tidak semestinya 
seorang yang memegang jawatan mengurus negara atau lain-lain tidak boleh memberi pengajaran kepada orang lain kerana pembahagian ilmu tidak hanya terhad kepada 
manusia yang berjawatan ‘guru’ sahaja. Shaĥabat Nabi s.a.w. yang menjadi pelajarnya pula bukan semuanya lebih muda dari Baginda, bahkan ramai juga yang lebih tua 
darinya, oleh itu Imam Bukhāri menggunakan perkataan sahabat di sini kerana bukan sahaja Nabi s.a.w. menganggap pelajarnya sebagai murid biasa, tetapi juga sebagai kawan dan orang yang sentiasa bersama-samanya. Panggilan yang mesra seperti ini akan memudahkan lagi proses pembelajaran, merapatkan silatur rahim, membuka 
ruang untuk persoalan-persoalan dan teka-teki dengan pelbagai bentuknya serta menghasilkan suasana yang tidak tertekan, ia dapat dilihat pada ĥadīts bab ini.


⁴⁶ Mengikut Syah Waliyyullah, Imam Bukhāri membuat tajuk bab ini di sini kerana mengingatkan ĥadīts yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu`āwiah berikut: 
عَنْ مُعَاوِيَةِ قَالَ: إِنَّ النَّبِ صَلَّى الله عليه  وسلم نهى عن الأغلوطات
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang daripada teka-teki (atau soalan-soalan yang penuh dengan kesukaran, kerumitan, menimbulkan kontroversi,

32

Sahih bukhari kitab ilmu 0033

٦٢ - حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ الشَّجَرِ شَجَرَةً لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَإِنَّهَا مَثَلُ الْمُسْلِمِ حَدِّثُونِي مَا هِيَ قَالَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ فَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ

62 – Khālid Bin Makhlad meriwayatkan kepada kami, katanya, Sulaiman meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdullah Bin Dīnār meriwayatkan kepada kami daripada Ibni `Umar daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: 

______________
memalukan orang yang ditanya atau memakan diri orang yang menjawab). (Ĥadīts riwayat Abu Daud).

Mengikut beliau, tajuk bab ini dibuat untuk memberitahu bentuk soalan yang bagaimana dibenarkan dan yang bagaimana pula dilarang Baginda. Daripada ĥadīts yang dikemukakannya ini dapat dilihat bahawa soalan yang tidak bertujuan menjatuhkan orang yang lain dan melebihkan diri sendiri itu dibolehkan saja dan ia tidak termasuk dalam أغلوطات yang tersebut di dalam hadits tadi. Kalau dilihat dari sudut kekuatan ĥadīts pula, ĥadīts yang diriwayatkan Abu Daud itu dha`īf sahaja dan tidak boleh menandingi riwayat yang dibawakan oleh Imam Bukhāri ini. Kaedah untuk 
menjama`kan antara dua riwayat yang kelihatan bercanggah ini ialah dengan mengkhususkan riwayat larangan Abu Daud tadi untuk soalan-soalan yang terlalu rumit dan tidak mungkin dapat dijawab atau soalan yang menimbulkan masalah. Ĥadīts yang dibawakan oleh Imam Bukhāri juga menyokong keharusan menanyakan soalan yang tidak terlalu rumit, susah dan masih boleh difikir jawapannya, bukan soalan tentang perkara yang masih belum dipelajari tanpa ada isyarat apa-apa walaupun sedikit. Isyarat untuk jawapannya dapat diketahui dari latar belakang cerita ĥadīts yang menyebutkan bahawa ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis, Baginda dibawakan 
umbut tamar, lalu Baginda memakannya, sambil membaca ayat di bawah ini:
Ibrahim 14:24
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ 
Ibrahim 14:25
تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍۭ بِإِذْنِ رَبِّهَاۗ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ 

Ibrahim 14:26
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ ٱلْأَرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ 
Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muĥammad) bagaimana Allah 
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang 
pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya 
menjulang ke langit. (24) Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin 
Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, 
supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan Kalimah yang jahat 
dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut 
akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26) 
(Ibrahim:24-26)

33

Sahih bukhari kitab ilmu 0034
“Sesungguhnya di antara sekian banyak pokok, ada satu pokok yang daunnya tidak gugur. Ia betul-betul seperti orang muslim⁴⁷ dalam perumpamaan, ceritakanlah kepadaku apakah pokok itu?” `Abdullah berkata, “Fikiran para Shaĥabat melayang kepada pokok-pokok yang terdapat di padang pasir.”
`Abdullah berkata: “Fikiran saya (pula) mengatakan pokok itu ialah pokok tamar, tetapi saya malu. Kemudian mereka (para Shaĥabat) berkata: “Ceritakanlah kepada kami, apakah pokok itu wahai Rasulallah”. Rasulullah 
(pun) bersabda: “Pokok tamar.”⁴⁸

________________
⁴⁷ Tasybih (perbandingan) yang digunakan oleh Nabi s.a.w. di sini dibuat dengan mendahulukan perkataan musyabbah (pokok) dan mengemudiankan musyabbah bihi 
(orang muslim). Susunan ayat tasybih sebegini menghasilkan makna sifat keteguhan, sentiasa mempunyai hasil dan bermanfaat ketika hidup dan matinya itu lebih banyak terdapat pada seseorang muslim berbanding adanya pada pokok tamar, kerana mengikut kaedah tasybih ialah wajah syabah (sifat-sifat dan sudut yang hendak 
diserupakan) itu lebih kuat dan lebih dominan adanya pada musyabbah bihi berbanding pada musyabbah. Bukan orang Islam yang menyamai pokok tamar, tetapi pokok tamar 
yang menyamai orang Islam.

⁴⁸ Ĥadīts yang dibawakan di sini sama sahaja isinya dengan yang telah disebutkan pada bab sebelumnya, Imam Bukhāri mengisyaratkan dengan ĥadīts yang sama ini kpd orang 
yang bijaksana, tidak semestinya ia mempunyai sumber rujukan yang banyak, bahkan daripada hadits yang sama boleh saja dikeluarkan pelbagai kesimpulan dan pengajaran, boleh saja dibuat pelbagai tajuk bab untuknya. Pendek kata sesuatu hadits itu boleh dilihat daripada pelbagai sudut pandang. Selain dari itu, Imam Bukhari juga mahu mengisyaratkan kepada kelebihan dan keistimewaan sumber wahyu berupa ĥadīts, walaupun bilangannya sedikit sahaja, namun ia sangat padat, berkualiti dan mengandungi banyak pengajaran dan pedoman, tidak seperti kisah-kisah tauladan yang biasa.

34



Sahih bukhari kitab ilmu 0036

Bab (6): Bacaan Dan `Ardhu Di Hadapan Muhaddits.⁵¹
 
Al-Hasan, Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat; Membaca Di Hadapan Guru Adalah Harus. Abu `Abdillah (Imam Bukhari) Berkata, Aku Telah Mendengar Aba `Aashim Menyebutkan Bahawa Sufyân Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat 
Membaca (Di Hadapan Guru) Dan Mendengar (Guru Membaca) Adalah Harus. `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kata-Kata Sufyân, "Apabila Dibaca Di 
Hadapan Muhaddits, Maka Tidak Mengapa Seseorang Itu Berkata: حدثني) Dia Menceritakan Kepadaku), Dan ت ُسمع) Aku Telah Mendengar). Sesetengah Mereka 


___________
⁵¹ Setelah Imam Bukhāri memberitahu tentang طرق التحمل  atau cara penerimaan ĥadīts,beliau ingin memberitahu pula tentang kepelbagaian cara penyampaian ĥadīts 
atau   طرق األداء  ,yang pertama ialah قراءة (bacaan) iaitu murid membaca di hadapan guru dan apabila ia ingin menyampaikannya kepada muridnya pula, murid itu akan menggunakan lafaz akhbarana, bukan ĥaddatsana. Yang kedua pula ialah al-`Ardhu.Ia adalah satu perkataan yang mengandungi beberapa istilah: 
(1) Murid membaca apa yang telah dibacakan guru, tetapi tidak dalam bentuk riwayat. 
(2) Guru mempunyai kitab yang dikarangnya, murid menggunakan kitab itu dan membacanya di hadapan 
gurunya tadi. 
(3) Guru menulis sesuatu ĥadīts kemudian murid membacanya di hadapan gurunya itu. 
(4) Murid menyalin buku gurunya dan membaca apa yang 
disalinnya itu di hadapan gurunya. 

Perbezaan Bacaan dan `Ardhu ialah bacaan tidak semestinya apa yang ditulis oleh guru itu sendiri, boleh jadi hasil tulisan orang lain, 
`ardhu pula dimestikan tulisan yang dibaca murid adalah karangan guru yang dibaca di hadapannya itu. Faedahnya ialah selain daripada menerima ĥadīts, ia juga 
merupakan pengesahan terhadap apa yang ditulis gurunya itu bahawa ia adalah betul-betul seperti yang dikehendakinya.

Penggunaan istilah-istilah begini biasanya terdapat di dalam kitab-kitab ĥadīts yang lain, tetapi Imam Bukhāri menganggap kedua-dua istilah itu sama sahaja dan boleh 
saja digunakan ĥaddatsana untuk semuanya. Ini dibuktikan melalui riwayat pada tajuk bab dan riwayat kedua bab iaitu riwayat Dhimām bin Tsa`labah yang 
menanyakan Nabi s.a.w. tentang beberapa perkara yang telah disampaikan oleh utusan Nabi s.a.w., lalu Baginda hanya mengiyakannya sahaja, kemudian beliau 
memberitahu kaumnya bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan perkara tadi padahal Baginda hanya mengiyakan sahaja apa yang ditanya olehnya. Ia menunjukkan bahawa maklumat yang diperolehi melalui apa-apa saluran tentang sabdaan Nabi s.a.w. yang 
disahkan oleh Baginda sendiri sebenarnya sudah boleh dikira sebagai sabdaan Nabi s.a.w. dan boleh diriwayatkan dengan berkata حدثنا ,أخبرنا dan sebagainya.

36

Sahih bukhari kitab ilmu 0037


(`Ulama')⁵² Berhujah Untuk Bacaan Murid Di Hadapan Orang `Alim Dengan Hadîts Dhimâm Bin Tsa`labah, Bahawa Dia Berkata Kepada Nabi S.A.W.: “Adakah Allah Menyuruh Engkau Supaya Kami Mengerjakan Sembahyang?” Nabi 
S.A.W. Bersabda: “Ya”. Kata Mereka: “Ini Adalah Bacaan Di Hadapan Nabi S.A.W., Dhimâm Telah Memberitahu Kepada Kaumnya Tentang Perkara Itu Dan Mereka Membenarkannya.” ⁵³ Imam Mâlik Berhujah Dengan Shak (Surat) Yang Dibaca Di Hadapan Orang Ramai, Lalu Mereka Berkata, Si Pulan Telah Menjadikan Kami Sebagai Saksi.⁵⁴ Dibaca Di Hadapan Muqri’ (Guru Qira’at). 


_____________
⁵² Maksud sesetengah mereka (`ulama’) di sini ialah guru Imam Bukhāri yang bernama al-Ĥumaidi. Beliau telah menyebutnya di dalam Kitab an-Nawādirnya. 
Hafizh Ibnu Hajar berkata, di dalam Muqaddimah (Hadyu as-Sāri) saya telah mengatakan ia adalah al-Ĥumaidi. Tetapi sekarang saya berpendapat ia adalah Abu 
Sa`id al-Ĥaddād. Al-Baihaqi di dalam Ma`rifatu as-Sunan Wa al-Aatsār mengemukakan satu riwayat daripada Ibnu Khuzaimah bahawa beliau berkata, “Aku telah mendengar Muhammad bin Isma`il al-Bukhari berkata, “Kata Abu Sa`id al-Ĥaddād: “Saya mempunyai hadits daripada nabi s.a.w. berhubung dengan (keharusan) membaca di hadapan orang alim.” Apabila beliau ditanya, maka beliau berkata, “Ia adalah kisah Dhimām bin Tsa`labah yang bertanya: “Adakah Allah telahmenyuruhmu melakukan perkara ini?” Jawab nabi s.a.w.: “Ya.”

⁵³ Imam Bukhāri sebenarnya mahu menolak pendapat orang yang tidak mengira sebagai riwayat yang mu`tabar melainkan apa yang didengar daripada lafaz guru 
sendiri, maksudnya ialah tidak dikira mu`tabar apa yang dibaca di hadapan guru. Riwayat Dhimām ini membuktikan bahawa bacaan murid di hadapan guru yang 
hanya mengiyakan sahaja itu mu`tabar, kerana kaumnya menerima apa yang diriwayatkannya itu.

⁵⁴ Perkataan shak (صك )berpunca daripada bahasa Farsi(چک)kemudian ia dijadikan bahasa `Arab. Perkataan check dalam Bahasa Inggeris dan cek dalam Bahasa Melayu juga datang dari punca yang sama. Ia pada asalnya adalah surat rasmi atau dokumen yang diperakui oleh pihak-pihak tertentu untuk sesuatu akad, mengandungi maklumat 
tentang orang yang melakukan akad, jenis akad, perjanjian, pengakuan atau kesaksian orang-orang yang berkaitan, dengan menurunkan tandatangan masing-masing pada 
surat rasmi berkenaan. Apabila timbul sesuatu masalah dan surat itu dikemukakan kepada mahkamah, hakim akan membacakan kandungannya di hadapan orang ramai 
dan menanyakan kepada penama yang disertakan di dalamnya: “Adakah benar dia telah menjadikan kamu sebagai saksi?” sebagai contohnya. Pertanyaan itu boleh saja dijawab dengan mengiyakannya.
Bagi Imam Mālik, kalau surat kesaksian yang begitu penting pun boleh digunakan cara `ardhu dengan dibacakan sesuatu kenyataan, kemudian diperakui dan disahkan

37





Tiada ulasan:

Catat Ulasan