Halaman

Ahad, Mei 29, 2022

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s11.

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s11.
Al-Baqarah 2:86
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُون
Itulah orang-orang yang telah membeli kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Kerana itu azab tidak akan diringankan dari mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan.¹⁴⁶ [86].


¹⁴⁶ Kerana Allah telah berfirman:
Yunus 10:7
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا وَرَضُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَٱطْمَأَنُّوا۟ بِهَا وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنْ ءَايَٰتِنَا غَٰفِلُونَ 
Yunus 10:8  أُو۟لَٰٓئِكَ مَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُ بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan) dan yang redha (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami. (7)
Mereka yang demikian keadaannya (di dunia)  tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.(8)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan