Halaman

Ahad, Mei 29, 2022

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s12.

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s12.

Al-Baqarah 2:87
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ وَقَفَّيْنَا مِنۢ بَعْدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيْنَا عِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ ٱلْبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدْنَٰهُ بِرُوحِ ٱلْقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمْ رَسُولٌۢ بِمَا لَا تَهْوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ 
Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan Al-Kitab (Taurat) kepada (Nabi) Musa, dan Kami iringi selepasnya dengan rasul-rasul yang lain, dan Kami juga mengurniakan kepada (Nabi) Isa putera Maryam mu'jizat-mu'jizat yang amat jelas¹⁴⁷ dan Kami bantunya dengan Ruhul Qudus.¹⁴⁸ Apakah setiap kali datang seorang rasul kepadamu membawa pengajaran yang tidak disukai hatimu, maka kamu bertindak angkuh, sehingga sebahagian dari mereka kamu dustakan (seperti Nabi 'Isa a.s. dan lain-lain) dan sebahagian yang lain pula kamu bunuh (seperti Nabi Yahya a.s. dan lain-lain)?! [87].


¹⁴⁷ Apakah mu'jizat-mu'jizat yang amat jelas yang telah dikurniakan oleh Allah kepada Nabi 'Isa a.s.? Di sini tidak disebutkan, tetapi di dalam beberapa ayat yang lain ia disebutkan satu per satu. Lihat sebagai contohnya firman Allah di bawah ini:Aal-e-Imran 3:49
وَرَسُولًا إِلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ أَنِّى قَدْ جِئْتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُمْۖ أَنِّىٓ أَخْلُقُ لَكُم مِّنَ ٱلطِّينِ كَهَيْـَٔةِ ٱلطَّيْرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًۢا بِإِذْنِ ٱللَّهِۖ وَأُبْرِئُ ٱلْأَكْمَهَ وَٱلْأَبْرَصَ وَأُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ بِإِذْنِ ٱللَّهِۖ وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِى بُيُوتِكُمْۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): Sesungguhnya aku telah datang kepadamu, dengan membawa satu tanda luar biasa (mu'jizat) dari Tuhanmu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang sopak dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah dan juga aku boleh memberitahu kepadamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah-rumahmu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu mengandungi satu tanda (mu'jizat) bagimu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepadamu), jika kamu orang-orang yang mahu beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan