Halaman

Ahad, Mei 29, 2022

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s13.

Tafsir nota baca 0006(0101-0115)s25/5/22s13.
Al-Baqarah 2:88
وَقَالُوا۟ قُلُوبُنَا غُلْفٌۢۚ بَل لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَقَلِيلًا مَّا يُؤْمِنُونَ 
Dan mereka (orang-orang Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)." (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) Bahkan Allah telah mela'nat mereka kerana kekufuran mereka;¹⁴⁹ maka sedikit sekali mereka yang beriman. [88].

¹⁴⁹ Kekufuran merekalah yang mengundang la'nat Allah sebagaimana hati manusia menjadi berkarat dan berselaput kerana dosa yang dilakukannya. Allah berfirman:
Al-Mutaffifin 83:14 كَلَّاۖ بَلْۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
Bermaksud: Bukan begitu sama sekali! Bahkan hati-hati mereka telah berkarat diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab (perbuatan kutur dan maksiat) yang mereka kerjakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan