Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 008 10/5/2014s
Sahih bukhari kitab maghazi 020
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(1)
٣- باب قِصَّةُ غَزْوَةِ بَدْرٍ:
وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى: {وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلاَثَةِ آلاَفٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُنْزَلِينَ بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلاَفٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُسَوَّمِينَ وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُمْ بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ لِيَقْطَعَ طَرَفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَوْ يَكْبِتَهُمْ فَيَنْقَلِبُوا خَائِبِينَ}.
وَقَالَ وَحْشِيٌّ: قَتَلَ حَمْزَةُ طُعَيْمَةَ بْنَ عَدِيِّ بْنِ الْخِيَارِ يَوْمَ بَدْرٍ. وَقَوْلُهُ تَعَالَى: {وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ} الآيَةَ. الشَّوْكُةُ الحَدُّ
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(2)
3-Bab Kisah Peperangan Badar¹⁹ Dan firman Allah (Bermaksud) : Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar,
sedang kamu berkeadaan lemah (kerana sedikit bilangan dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (123).
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah
membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan (dari langit)?(124).²⁰ Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan
mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masinq-masing. (125).
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan sebagai berita gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa, laqi Maha Bijaksana.
(126).
(Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafır atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa. (127). (Aali-Imraan:123-127)
Kata Wahsyi: Hamzah telah membunuh Thu'aimah bin Adi bin al-Rhiyaar pada hari (peperangan) Badar. "²¹
Dan firman Allah s.w.t. (bermaksud): Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untuk mu, sedang kamu
menginginkan yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, (hingga ke akhir ayat).²² الشوكة bererti الحد(kekuatan).
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(3)
٣٦٥٧ - حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ كَعْبٍ قَالَ سَمِعْتُ كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ لَمْ أَتَخَلَّفْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا إِلَّا فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ غَيْرَ أَنِّي تَخَلَّفْتُ عَنْ غَزْوَةِ بَدْرٍ وَلَمْ يُعَاتَبْ أَحَدٌ تَخَلَّفَ عَنْهَا إِنَّمَا خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدُ عِيرَ قُرَيْشٍ حَتَّى جَمَعَ اللَّهُ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ عَدُوِّهِمْ عَلَى غَيْرِ مِيعَادٍ
3951-Yahya bin Bukair meriwayatkan kepadaku, katanya: al-Laits meriwayatkan kepadakami daripada 'Uqail daripada Ibni Syihaab daripada 'Abdir Rahman bin Abdillah bin Ka'ab, bahawa kata Abdullah bin Ka'ab: Aku telah mendengar Ka'ab bin Malik bercerita, katanya: "Aku tidak pernah ketinggalan (tidak ikut serta) dalam mana-mana peperangan yang disertai Nabi s.a.w. selain peperangan Tabuk, meskipun aku juga tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Tiada siapa pun dicela kerana tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. hanya mahukan rombongan dagang Quraisy, namun kehendak Allah ialah mereka bertemu dengan musuh tanpa dirancang.²⁴
_____________________
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(4)
¹⁹ Bermula dari sinilah Imam Bukhari sebenarnya baru memulakan kisah peperangan Badar. Para ulama' berbeda pendapat tentang punca ia dinamakan Badar. Ada yang mengatakan kerana di situ terdapat sebuah telaga yang digali oleh seorang yang bernama Badar bin al-Haarits bin Makhlad bin a-Nadhr bin Kinaanah. Ada yang mengatakan kerana ada sebuah telaga di situ yang bulat seperti bulan purnama. Ada pula yang mengatakan kerana airnya sangat jernih. Bayang bulan purnama (بدر) akan kelihatan dengan jelas di dalamnya. Biar apa pun sebab ia dinamakan begitu. tidak terlalu penting. Apa yang pentingnya ialah ia adalah nama suatu kawasan vang terletak sejauh kira-kira 80 batu dari Madinah. Di situlah telah berlaku satu peperangan yang hebat di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir Mekah. Peperangan telah berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Sesetengah ulama menyebutkan tarikhnya dengan lebih tepat lagi, iaitu pada hari Juma' at 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Dalam peperangan itu 70 orang ketua kafir Quraisy telah terbunuh dan 70 yang lain pula ditawan. Akibatnya patahlah tulang belakang orang-orang kafir Quraisy dan terbukti benarlah firman Allah di bawah ini:
Al-Hajj 22:39 أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Bermaksud: diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya merexa telan dianiaya, dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (al-Hajj: 39).
Setelah mengadakan "Bab Peperangan Badar", Imam Bukhari mengemukakan beberapa ayat al- Qur'an. Mengemukakan ayat-ayat al-Qur'an di dalam tajuk bab merupakan salah satu metodologi Imam Bukhari di dalam Kitab Sahihnya ini. Antara tujuannya ialah:
(1) Menyatakan perkaitan ayat-ayat itu dengan tajuk bab yang dibuatnya.
(2) Jika ada ayat al-Qur'an berhubung dengan sesuatu perkara yang dibicarakan, ayat itulah sepatutnya diutamakan dan dijadikan sebagai dalil yang mu'tamad.
(3) Ayat-ayat dan hadits-hadits yang dikemukakan di bawah sesuatu bab seharusnya dianggap saling menerangkan dan menguatkan satu sama lain.
(4) Perincian yang terdapat di dalam hadits sebenarnya berpunca daripada ayat-ayat yang berkenaan.
(5) Mengingatkan umat kepada rujukan utama mereka dalam segala perkara. la tidak lain dan tidak bukan adalah al-Qur an al-Karim.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(5)
²⁰ Ayat 124 ini adakah berkait dengan ayat 123 sebelumnya atau ia berkait dengan ayat 121 Surah Aali Imraan berikut:
Aal-e-Imran 3:121
وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ ٱلْمُؤْمِنِينَ مَقَٰعِدَ لِلْقِتَالِۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (isterimu di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Aali Imraan: 121).
Para 'ulama' berbeda pendapat tentangnya. Ikrimah dan segolongan tokoh tafsir berpendapat ia berkait dengan ayat 121 Aali Imraan ini. Maka dengan sendirinya bererti ayat 124 adalah berkait dengan peristiwa peperangan Uhud, bukan peristiwa peperangan Badar. Tetapi Jumhur ulama', termasuk Imam Bukhari berpendapat, ayat 124 adalah berkait dengan ayat 123 sebelumnya. Ini bererti golongan ini berpendapat ia berkaitan dengan peristiwa peperangan Badar. Tindakan Bukhari meletakkan kesemua ayat-ayat itu di bawah bab peperangan Badar menunjukkan beliau lebih bersetuju dengan pendapat jumhur ulama dan itulah pendapat yang dipilihnya. Antara dalil yang dipegang oleh jumhur 'ulama' dalam perkara ini ialah riwayat Ibnu Abi Haatim. Beliau meriwayatkannya daripada Sya' bi dengan sanad yang sahih bahawa: " Pada hari Badar orang-orang Islam mendapat tahu bahawa Kurz bin Jaabir akan menolong orang-orang musyrikin dengan senjata dan bala tenteranya. Maka orang-orang lslam berasa sangat susah hati mendengar berita itu. Kerananya Allah menurunkan ayat 124 dan ayat-ayat seterusnya itu. Riwayat ini jelas menunjukkan ia berkait dengan peristiwa peperangan Badar. Walaupun berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an dan al-hadits, para malaikat telah turun dalam peristiwa peperangan Badar, Uhud dan Hunain, namun perbezaannya ialah dalam peperangan Badar para malaikat itu turut berperang bersama-sama orang-orang Islam dalam menentang orang-orang musyrikin. Dalam peperangan Hunain, turun mereka hanya untuk membawa kebaikan dan keberkatan sahaja. Dan dalam peperangan Uhud pula mereka tidak turut berperang. Apa yang dilakukan oleh mereka hanyalah menjaga Rasulullah s.a.w. daripada serangan musuh yang bertalu-talu. Oleh kerana penurunan malaikat dalam peperangan Badar berbeza daripada yang lain-lain, di mana mereka diturunkan oleh Allah untuk menolong orang-orang mu'minin dengan terlibat sama dalam memerangi orang-orang musyrikin, Imam Bukhari mengemukakan ayat-ayat yang berkaitan dengannya secara khusus di dalam tajuk bab ini.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(6)
²¹ Waham (kekeliruan dan kesilapan) perawi telah berlaku di sini. Yang sebetulnya bukan Thu'aimah bin Adi bin al-Khiyaar, tetapi Thu'aimah bin Adi bin Naufal. Tujuan Imam Bukhari mengemukakan kata-kata Wahsyi di sini ialah untuk menyatakan sebab kenapakah Wahsyi membunuh Hamzah dalam peperangan Uhud yang telah berlaku pada tahun ketiga hijrah? Sebabnya ialah Hamzah telah membunuh Thu' aimah bin Adi di Badar pada tahun kedua hiirah. Ahli keluarga Thu'aimah memang berdendam dengan Hamzah yang telah membunuh salah seorang yang sangat disayangi mereka. Demi membalas dendam, mereka telah menawarkan kemerdekaan kepada Wahsyi yang merupakan salah seorang hamba abdi mereka, jika ia berjaya membunuh Hamzah. Itulah sebab yang mendorong Wahsyi membunuh Hamzah pada tahun berikutnya. Peristiwa pembunuhan Hamzah olen Wahsyi secara terperinci akan dikemukakan oleh Bukhari di bawah باب قتل حمزة بن عبدو المطلب nanti. Oleh kerana pembunuhan Hamzah dalam peperangan Uhud ada kaitan dengan perang Badar daripada segi pembunuhan Thu' aimah bin Adi lah sebenarnya merupakan punca kepada Wahsyi membunuh Hamzah, Imam Bukhari mengemukakannya secara ringkas di sini. Kata-kata Wahsyí dikemukakan oleh Bukhari secara ta' liq saja di dalam tajuk bab di atas. la sebenarnya merupakan sebahagian daripada hadits Wahsyi yang dikemukakan secara musnad olen beliau di bawah باب قتل حمزة بن عبدو المطلب
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(7)
²² Firman Allah ini selengkapnya adalah seperti di bawah ini: Al-Anfal 8:7
وَإِذْ يَعِدُكُمُ ٱللَّهُ إِحْدَى ٱلطَّآئِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ ٱلشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُحِقَّ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَيَقْطَعَ دَابِرَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu, padahal Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir seluruhnya. (al-Anfaal:7).
Tujuan Imam Bukhari mengemukakan ayat ini juga untuk menyatakan ia juga berkaitan dengan perang Badar. Perkataan الشوكة di dalamnya ditafsirkan dengan الحد yang bererti kekuatan. Tafsiran ini sebenarnya berpunca daripada tafsiran Abu Ubaidah di dalam Majaazul Qur'annya.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(8)
²³ Cara Ka' ab bin Malik mengecualikan dua peperangan yang tidak disertainya bersama Nabi S.a.w. menimbulkan kemusykilan kepada sesetengah orang. Kata mereka, kenapa beliau tidak berkata begini saja:
لم أتخلف عن رسول الله عليه وسلم في غزوة غزاها إلا في غزوة تبوك وغزوة بدر
(Aku tidak pernah ketinggalan (tidak ikut serta) dalam mana-mana peperangan yang disertai Nabi s.a.w. selain peperangan Tabuk dan Badar). Bukankah beliau bermaksud mengecualikan kedua-keduanya ? Kenapakah Ka'ab mengecualikan perang Tabuk dengan katanya: إلا في غزوة تبوك secara berasingan, Untuk mengecualikan perang Badar pula beliau berkata: غير أني تخلفت عن غزوة بدر berasingan pula? Antara jawapan yang telah diberikan untuk menyelesaikan kemusykilan ialah Kaab hendak membezakan keadaan tidak ikut serta dalam dua peperangan itu. la tidak sama,. la tidak sama kerana beberapa dua perkara berikut:
(1) Orang-orang yang tidak ikut serta dalam perang Badar tidak tercela, kerana maksud Nabi s.a.w. pada asalnya bukanlah untuk keluar berperang. Malah maksud Baginda sebenarnya ialah menyerbu rombongan dagang Quraisy.
(2) Berbeza dengan orang-orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Mereka tercela kerana mereka memang dikehendaki keluar berperang dan tidak dibenarkan ketinggalan. Inilah yang dinyatakan oleh Ka'ab dalam keterangan beliau seterusnya.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 4/10/22(9)
²⁴ Hadits ini dianggap dalil paling kuat oleh orang-orang yang berpendapat Nabi s.a.w sesungguhnya tidak keluar ke Badar untuk berperang. Tetapi sebaliknya untuk menyerbu pasukan dagang Quraisy. Keterangan Ka' ab bin Malik jelas menunjukkan begitu, kata mereka. Beliau dicela bila tidak ikut serta dalam perang Tabuk, Sebabnya ialah kerana Rasulullah keluar dengan niat untuk menghadapi tentera yang amat besar jumlahnya. Selain orang-orang yang uzur tidak dibenarkan siapa pun tidak ikut serta dalam peperangan itu. Berbeza dengan perang Badar. Ka ab juga tidak ikut serta dalam peperangan Badar, namun beliau tidak pernah dicela kerananya. Alasannya ialah Rasulullah s.a.w. tidak keluar dengan niat untuk berperang. Apa yang dikehendaki Baginda s.a.w. hanyalah merampas harta benda yang dibawa oleh rombongan dagang orang-orang Quraisy dari Syam. Peperangan telah berlaku dalam peristiwa ini tanpa dirancang. Maulana Syibli Nu' maani sekali lagi membantah pendapat golongan yang berpendapat begitu di dalam bukunya Siratu an-Nabi. Kata beliau, keluarnya Nabi s.a.w. ke Badar adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Perang Badar oleh Baginda itu pada hakikatnya adalah bersifat defensif. la bukan jihad yang bersifat ofensif. Jauh sekali untuk dikatakan Baginda keluar untuk merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh rombongan dagang Quraisy semata-mata. Penulis amat bersetuju dengan pendapat Maulana Syibli itu, meskipun ia tidak disetujui oleh orang-orang tertentu. Maulana Syibli sebenarnya berpendapat, ketua-ketua kafir Quraisy sengaja mengada-ngadakan cerita, bahawa Muhammad dan pengikut- pengikutnya hendak menyerbu rombongan dagang Quraisy yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam. Semua itu diada-adakan mereka untuk memprovokasi penduduk Mekah supaya bangkit menyerang umat Islam di Madinah. Ia tidak lebih daripada alasan murahan mereka untuk menghancurkan negara Islam yang baru mula bertunas, Nabi s.a.w. pula kadang-kadang tidak menjelaskan maksud sebenar Baginda keluar ke sesuatu tempat, sama ada untuk maksud berperang atau untuk maksud-maksud yang lain. Lihat saja cara keluar Rasulullah s.a.w. pada tahun pembukaan Mekah. Tidak semua orang sedar, Rasululah s.a.w. sesungguhnya sedang menuju ke Mekah dengan tujuan mena'luknya. Baginda s.a.w. selalu juga menggunakan bahasa- bahasa sindiran dan kiasan dalam sesuatu operasi perang yang dilancarkan. Apa yang disebut oleh Ka'ab di dalam hadits di atas tidak lebih daripada menyatakan apa yang difahaminya semata-mata tidak harus dijadikan landasan untuk memahami maksud sebenar Rasulullah s.a.w.
Apalagi kalau dilihat kepada ayat pertama jihad yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Al-Hajj 22:39
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Bermaksud: Diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi. karena sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (al-Haj:39).
la menurut para ulama bersifat defensif. Dan ia buat pertama kalinya dipraktikkan dalam perang Badar. Hakikat ini jelas daripada lafaz-lafaz ayat itu sendiri. Hadits Umar yang penulis kemukakan sebelum ini juga seharusnya dijadikan bukti tentang Rasulullah telah pun mengetahui bahawa besok akan berlaku perang dengan orang-orang kafir Mekah di Badar. Kalau tidak, apakah ertinya Baginda s.a.w. menceritakan, di sini tempat si anu tersungkur (terbunuh) dan di sini pula tempat si fulan tersungkur (terbunuh). Ini semua menunjukkan Rasulullah s.a.w. telah pun diberitahu oleh Allah bahawa perang akan berlaku di Badar.
Soal kenapakah Rasulullah tidak mengerahkan semua orang Islam supaya pergi ke Badar untuk berperang, itu adalah untuk membuktīkan beberapa perkara berikut:
(1) Pertolongan Allah terhadap orang-orang Islam dengan menurunkan sekian-sekian banyak malaikat yang turut serta dalam peperangan itu, seperti dinyatakan di dalam ayat-ayat yang dikemukakan oleh Bukhari di atas. Dalam keadaan sudah ada sekian banyak malaikat yang menolong, tentu sekali tidak lagi memerlukan penyertaan umat Islam dalam jumlah terlalu ramai.
(2) Mengisyaratkan kepada orang-orang Islam yang benar-benar terpilih. Mereka antaranya ialah yang telah ikut serta dalam neperangan Badar. (3) Membuktikan kejujuran dan kesetiaan tidak berbelah bahagi orang-orang
Anshar terhadap Nabi s.a.w. dan perjuangan Islam. Dan lain-lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan