Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 009 20/5/2014s
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(01)
٤- باب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى:
4 Bab: Firman Allah Ta 'ala.²⁵
{إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُرْدِفِينَ وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلاَئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ}.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(02)
Bermaksud: (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu perkenankan Nya permohonan kamu (dengan firman Nya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut(9)²⁶
dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (10).
(ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) ia menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hatimu dan menetapkan dengannya tapak kaki mu (di medan perjuangan). (11)²⁸
(ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu (memberi pertologan) maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap- tiap anggota mereka". (12) (perintah) Yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya: dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya. (13).
(al-Anfaal:9-13).
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(03)
٣٩٥٢ - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ مُخَارِقٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ شَهِدْتُ مِنْ الْمِقْدَادِ بْنِ الْأَسْوَدِ مَشْهَدًا لَأَنْ أَكُونَ صَاحِبَهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا عُدِلَ بِهِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَدْعُو عَلَى الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ لَا نَقُولُ كَمَا قَالَ قَوْمُ مُوسَى { اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا } وَلَكِنَّا نُقَاتِلُ عَنْ يَمِينِكَ وَعَنْ شِمَالِكَ وَبَيْنَ يَدَيْكَ وَخَلْفَكَ فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشْرَقَ وَجْهُهُ وَسَرَّهُ يَعْنِي قَوْلَهُ
3952- Abu Nu'aim (al-Fadhl bin Dukain) meriwayatkan kepada kami, katanya: Isra'il (bin Yunus bin Abi Ishaq) meriwayatkan kepada kami daripada Mukhaariq (bin
Abdillah bin Jaabir al-Bajali al-Ahmasi) daripada Thariq bin Syihaab (al-Bajali al Ahmasi), katanya: Saya telah mendengar Ibnu Mas'ud bercerita, katanya: Pernah aku
menyaksikan Miqdaad bin al-Aswad²⁹ berucap, di mana aku merasakan jika aku yang berucap sedemikian, niscaya lebih baik lagi bagiku daripada apa saja (harta benda dunia)
yang dinilaikan dengannya. Beliau pergi kepada Nabi s.a.w. ketika Baginda s.a.w. sedang mendoakan keburukan untuk orang-orang musyrikin. Lalu berucap: tidak akan berkata seperti kata kaum (Nabi) Musa: "Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang!" Sebaliknya kami akan berperang di sebelah kanan, kiri, di hadapan dan di belakangmu.
Aku melihat wajah Nabi s.a.w. berseri-seri. Ia telah membuatkan Baginda s.a.w. gembira. Maksud beliau (lbnu Mas' ud) ialah kata-kata Miqdaad itu.³⁰
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(04)
٣٦٥٩ - حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ حَوْشَبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ بَدْرٍ اللَّهُمَّ إِنِّي أَنْشُدُكَ عَهْدَكَ وَوَعْدَكَ اللَّهُمَّ إِنْ شِئْتَ لَمْ تُعْبَدْ فَأَخَذَ أَبُو بَكْرٍ بِيَدِهِ فَقَالَ حَسْبُكَ فَخَرَجَ وَهُوَ يَقُولُ { سَيُهْزَمُ الْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ }
3953- Muhammad bin 'Ubaidillah bin Hausyab (at-Thaa' ifi) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Wahhaab (bin Abdil Majid ats-Tsaqafi) meriwayatkan kepada kami,
katanya: Khalid (al-Hazzaa') meriwayatkan kepada kami daripada Ikrimah (hamba yang dimerdekakan oleh lbnu 'Abbaas) daripada lbni Abbaas (Abdillah), katanya: "Nabi
s.a.w. berdoa pada hari Badar: "Sesungguhnya aku benar-benar mengharap dan menagih janjiMu³¹. Ya Allah! Jika Engkau menghendaki, niscaya Engkau tidak akan disembah.³²
Abu Bakar memegang tangan Baginda seraya berkata: "Cukuplah." Selepas tu Nabi s.a.w. keluar sambil membaca (firman Allah berikut): Al-Qamar 54:45 سَيُهْزَمُ ٱلْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ ٱلدُّبُرَ yang bermaksud: Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
____________
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(05)
²⁵ Tujuan imam Bukhari mengemukakan ayat 9-13 dari Surah al-Anfaal di bawah tajuk bab ini ialah untuk menyatakan ayat-ayat itu juga berkenaan dengan perang Badar. Sebaik-baik rujukan dalam apa perkara sekalipun ialah al-Qur an. Apabila sudah ada bukti-bukti dari al-Qur'an, itulah sepatutnya yang dijadikan sebagai sandaran dan pegangan utama.
²⁶ Ada juga ulama mentafsirkan perkataan مردفين dengan "(malaikat) yang datang mengiringi kamu. Ayat 9 Surah al-Anfaal ini akan lebih jelas jika dilihat bersama dengan ayat 125 surah Aali imraan yang telah dikemukakan sebelum ini. Perhatikan mafhum ayat 125 Suran Aali imraan berkenaan:"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana sedikit bilangan dan Kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)." Lantaran menyedari mereka berkeadaan lemah kerana sedikit bilangan dan kekurangan alat perang itulah para sahabat dan Nabi s.a.w. sendiri meminta pertolongan kepada Allah seperti dapat anda lihat di dalam ayat ke 9 dari Surah al-Anfaal di atas. Bagaimana pula cara Nabi s.a.w. meminta pertolongan kepada Tuhan? Hadits 3953 di bawah bab ini memaparkannya dengan sejelas-jelasnya. Selain itu hadits Ibnu Abbaas berikut juga menyatakan sebab nuzul bagi ayat-ayat dari Surah al-Anfaal yang dikemukakan oleh Bukhari di atas. Kata Ibnu 'Abbaas:
حدثني ......بالملانكة
Bermaksud: Umar meriwayatkan kepadaku, katanya: "Pada hari Badar, Rasulullah s.a.w. melihat kepada orang-orang musyrikin. (Didapati) Mereka seribu orang sahabat-sahabatnya pula hanya tiga ratus sembilan belas orang. Maka Baginda s.a.w. mengadap qiblat sambil menghamparkan kedua belah tangannya, lalu berdoa kepada Tuhan dengan katanya: Tuhanku! Tunaikankanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Tuhanku! Berilah kepadaku apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Tuhanku! Jika Engkau muśnahkan kumpulan orang- orang Islam ini, niscaya Engkau tidak akan disembah lagi di bumi ini. Begitulah Nabi s.a.w. terus berdoa kepada Tuhan dengan mengadap qiblat dalam keadaan menghamparkan kedua belah tangan, sehingga terjatuh selimut yang tersangkut di kedua belah bahu Baginda s.a.w. Abu Bakar pun datang, diambilnya selimut (yang terjatuh) itu dan disangkutkan kembali di kedua belah bahu Baginda s.a.w. Sambil mendakap Rasulullah s.a.w. dari belakang, beliau berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah engkau merayu kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia pasti akan menunaikan janjiNya kepadamu.
Maka Allah menurunkan firman Nya: إذ تستغيثون ربكم dan seterusnya. Allah telah membantunya dengan malaikat. (Hadits riwayat Muslim dan Timizi).
Sesetengah orang terkeliru dengan penurunan malaikat seramai seribu orang seperti tersebut di dalam ayat 9 Surah al-Anfal ini, malah seramai tiga ribu dan lima ribu orang seperti tersebut di dalam ayat 124 dan 125 Surah Aali 'Imraan.
Apa perlunya Allah menurunkan malaikat seramai itu untuk menghadapi seribu orang kafir Quraisy yang datang menyerang dari Mekah? Bukankah seorang malaikat sahaja dapat membinasakan semua mereka Bukankan malaikat yang mempunyai kuasa tidak terperi itu dapat menghancur leburkan sesebuah negeri bersama-sama dengan ribuan, bahkan jutaan manusia dalam sekelip mata sahaja? Orang-orang yang terkeliru itu terlupa bahawa bukankah Allah sendiri dapat membinasakan semua mereka dan sekalian alam ini tanpa bantuan sesiapa pun? Dia dapat menghancur leburkan segala-galanya hanya dengan kun fa yakun sahaja? Kalau begitu bukan malaikat diperlukan lagi! Bukan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya seramai tiga ratus orang lebih itu diperlukan lagi!! Sesungguhnya perkara yang penting sekali dingati apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan seperti ini ialah Allah mempunyai peraturan-peraturan Nya yang tersendiri dalam mentadbir alam semesta. Peraturan-peraturan Allah itulah yang disebut-sebut sebagai sunnatullah atau hukum adat atau hukum sebab dan musabbab. Bukan kekuasaanNya digunakan secara sewenang-wenang. Semua itu berlaku dan ditetapkan sebagai ujian dan cabaran terhadap keimanan manusia kepadaNya.
Apa yang perlu difahami dan diketahui ialah apakah latar belakang bagi sesuatu yang berlaku menurut adat atau sunnatullah? Berdasarkan adat dan sunnatullah yang telah ditentukanNya itulah Allah mengatur dan mentadbir alam semesta ciptaanNya.
Antara faedah dan maksud Alah menurunkan para malaikat dalam peperangan Badar ialah:
(1) Supaya orang-orang Islam yang ikut serta dalam peperangan itu mendapat keberkatan.
(2) Untuk menetapkan hati dan meneguhkan pendirian pejuang-pejuang Islam.
(3) Menimbulkan rasa gerun dan gentar di dalam hati orang-orang kafir.
(4) Menolong tentera-tentera Islam dalam menghadapi musuh dengan turut berperang bersama mereka.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(06)
²⁷ Antara hikmat kenapa Allah mengatakan "(ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah ialah:
(1) Menyatakan rasa mengantuk yang dialami oleh para sahabat pada malam sebelum hari berlakunya peperangan Badar itu adalah rahmat dan ni'matNya dan ia berlaku sebagai suatu yang luar biasa. la antara lainnya untuk menghapuskan perasan cemas dari hati mereka.
(2) Orang yang sedang dalam ketakutan biasanya tidak akan mengantuk. Keadaan sahabat yang begitu mengantuk itu merupakan isyarat kepada keamanan yang datangnya dari Allah.
(3) Perasaan mengantuk yang dialami para sahabat dalam peristiwa itu tidaklah menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyak. Mereka masih sedar jika diserang musuh dan dapat juga menangkis serangan mereka. Perasaan mengantuk yang dialami mereka tidak lebih daripada membuatkan mereka kembali bertenaga dan cergas untuk menghadapi musuh pada keesokan harinya.
(4) Perasaan mengantuk yang dialami para sahabat ahli Badar itu telah berlaku sekali gus kepada hampir semua mereka. Keadaan seperti itu tidak pernah berlaku kepada mereka sebelumnya. Imam Ahmad dengan sanadnya (yang sahih) meriwayatkan daripada Ali,
ما كان .....أصبح
Bermaksud: "Tiada siapa pun antara kami berkuda pada hari Badar selain Miadaad. Masih terbayang kepadaku (di hadapan mataku), semua kami tertidur kecuali Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. bersembahyang di bawah satu pokok dan menangis hingga ke pagi.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(07)
²⁸ Allah s.w.t. menurunkan hujan sebelum berlakunya peperangan Badar kerana beberapa sebab berikut:
(1) Supaya tentera Islam mendapat bekalan air. Ini kerana kawasan air yang sedia ada di situ telah pun dikuasai oleh pihak musuh.
(2) Kawasan yang diperolehi tentera Islam untuk diiadikan sebagai pangkalan berpasir gembur. Mereka tidak dapat berjalan dan berlari dengan selesa di kawasan itu kerana kaki-kaki mereka selalu terjerlus ke dalam pasir yang bergembur. Keadaan itu membuatkan mereka kepenatan dan kelesuan.
(3) Supaya orang-orang Islam membersihkan diri mereka daripada hadats kecil dan hadats besar. Ini kerana orang-orang yang terbiasa dengan keadaan yang suci akan berasa rimas apabila berkeadaan kotor. Dengan turunnya hujan mereka dapat membersihkan diri daripada kekotoran lahir dan batin.
(4) Menghapuskan gangguan dan bisikan jahat syaitan yang menimbulkan pelbagai prasangka dan kebimbangan yang bukan-bukan. Itulah yang dimaksudkan dengan pembersihan batin.
(5) Memadatkan pasir vang bergembur di kawasan itu supaya mereka dapat bergerak dengan selesa dan pantas tanpa mengalami kepenatan.
(6) Hujan telah membuatkan kawasan yang dikuasai musuh yang mewah dengan sumber air itu bertukar menjadi kawasan berbencah yang menyukarkan pergerakan
mereka.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(08)
²⁹ Nama sebenar ayah Miqdaad ialah Amar bin Tsa' labah al-Kindi. Oleh kerana Al-Aswad pernah mengambil Miqdaad sebagai anak angkatnya, kerana itulah Miqdaad dikatakan bin al-Aswad.
³⁰ Kata-kata Miqdaad itulah yang telah membuatkan wajah Nabi s.a.w. berseri-seri dan membuatkan Baginda s.a.w. gembira.
³¹ untuk menolong rasulMu, memberi kemenangan kepadanya dalam menghadapi musuh dan meninggikan agamaMu. Janji Allah yang diharap dan ditagih Rasulullah s.a.w. itu ialah apa yang terkandung di dalam firman Allah berikut:
As-Saffat 37:171 وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ
As-Saffat 37:172 إِنَّهُمْ لَهُمُ ٱلْمَنصُورُونَ
As-Saffat 37:173 وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, (171).
bahawa sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. (172).
dan sesungguhnya tentera Kami (rasul dan pengikut- pengikutnya), merekalah vang nasti menang (dalam menghadapi golongan yang menentang kebenaran). (173). (as-Shaffaat: 171-173).
Dan juga yang terkandung di dalam firman Allah ini:
Al-Anfal 8:7
وَإِذْ يَعِدُكُمُ ٱللَّهُ إِحْدَى ٱلطَّآئِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ ٱلشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُحِقَّ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَيَقْطَعَ دَابِرَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua golonga (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu, padahal Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir seluruhnya. (al-Anfaal: 7).
Soalnya setelah ada janji-janji seperti itu, kenapakah Rasulullah s.a.w. tetap kelihatan begitu gelisah dan resah? Ketika berdoa memohon pertolongan Allah, selimut yang tersangkut di kedua belah bahu Baginda s.a.w. sampai terjatuh! Ketika orang-orang lain mengantuk dan tertidur, Baginda s.a.w. pula terus bersembahyang dan berdoa hingga ke pagi!! Perlu sekali diketahui bahawa janji akan memberi pertolongan oleh Allah itu bersifat umum. Di dalamnya tidak tersebut di mana tempatnya dan bila masanya. Rasulullah s.a.w. pula sentiasa berada pada maqam seorang hamba yang berhadapan dengan Tuhan yang Maha Kaya. Tuhan yang tidak wajib atasnya suatu apa pun. Tuhan yang mempunyai kuasa mutlaq. Segala apa yang diberiNya dan dijanjikanNya hanyalah merupakan limpah kurniaNya semata-mata. Dalam keadaan itu Rasulullah s.a.w. tentunya berasa gerun dan takut kepadaNya. Jika diandaikan Rasulullah s.a.w. mengetahui waktu pertolongan yang dijanjikan Allah sekalipun, mungkin ia terhenti atas beberapa syarat atau sebab-sebab yang tersembunyi kepada Beliau. Kerana hikmat dan mashlahat tertentu segala-galanya tidak didedahkan, walaupun kepada nabi kesayanganNya sendiri! Keadaan inilah yang membuatkan hamba-hamba Allah seperti para nabi itu lebih merasakan kebesaran, kehebatan dan
keagunganNya.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 5/10/22(09)
³² Maksudnya ialah Ya Allah! Jika Engkau menghendaki bahawa Engkau tidak disembah lagi selepas hari ini, niscaya Engkau tidak akan disembah, iaitu dengan Engkau memberikan kemenangan kepada mereka dalam perang terhadap orang-orang mu'minin.
Kata-kata Nabi s.a.w. ini tidak seharusnya difahami secara mutlaq, dengan erti jika ahli Badar mati kesemuanya, niscaya tidak akan ada langsung orang-orang yang menyembah Allah atau dengan kata lain akan pupuslah terus umat Islam dari muka bumi ini. Sebabnya masih ada ramai lagi sahabat-sahabat Nabi s.a.w.. baik lelaki maupun perempuan yang berada di Madinah dan tidak ikut serta dalam perang Badar.
Hakikat ini dapat dilihat umpamanya di dalam hadits Ka' ab yang dikemukakan oleh Bukhari sebelum ini. Lihat hadits nombor 3951yang lalu. Apa yang dimaksudkan dan hendak diisyaratkan oleh Baginda s.a.w. dengan kata-katanya itu ialah ahli-ahli Badar adalah umat Islam yang paling istimewa dan mereka merupakan hard core (teras) umat Islam. Kehilangan mereka akan menyebabkan kekurangan besar kepada umat buat selama-lamanya
³³ Sekali pandang, Abu Bakar nampak lebih yakin dengan janji Allah. Beliau kelihatan tenang malah dapat menenangkan pula Rasulullah s.a.w. Apakah hakikat sebenarnya? Beberapa jawapan telah diberikan oleh para ulama':
(1) Abu Bakar Ibnu al- Arabi, sebagaimana dinukilkan oleh muridnya as-Suhaili ada berkata: "Rasulullah S.a.w. dalam peristiwa khusus ini berada pada maqam khauf" (takut dan gerun kepada Alaln). Abu Bakar pula berada pada maqam rajaa (menaruh harapan penuh kepada janji Alan). Dalam keaaaan seperti itu orang yang berada pada maqam khauf adalah lebih sempurna. Kerana Allah s.w.t. dapat melakukan apa saja yang dikehendakiNya. Nabi s.a.w. pula takut Allah tidak akan disembah lagi di bumi ini selepas peperangan Badar jika ditaqdirkan beliau dan para sahabatnya mengalami kekalahan dan kemusnahan dalam peperangan itu).
(2) Al-Khatthaabi berkata: "Tidak harus sama sekali dianggap Abu Bakar lebih yakin dengan janji Allah. Apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan betapa Nabi s.a.w. amat menyayangi para sahabatnya. Dalam usaha menguatkan semangat mereka yang akan menghadapi musuh buat kali pertama itu, Rasulullah s.a.w. telah berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk menenangkan hati mereka. Justeru, para sahabat itu yakin doa Baginda s.a.w. (selalunya) maqbul dan diterima Allah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan