Tafsir asas quran nota 9(145).
orang yang diutuskan menjadi rasul). أ(Hamzah) merupakan kependekan أيها . Huruf ل dan م pula
merupakan kependekan المرسل. Sementara huruf-huruf muqattha'ah tertentu pula dianggap mengisyaratkan kepada sifat-sifat Rasulullah s.a.w. tanpa ada kata seru. Kata serunya dianggap mahzuf (dibuang).
Sebagai contohnya طه dianggap kependekan يا طاهر
(Wahai orang yang bersih suci), حم dianggap kependekan يا أحمد (Wahai Ahmad), dan حم عسق dianggap kependekan yang mengisyaratkan kepada !يا أحمد عذاب الله سيأتي قريبا (Wahai Ahmad, azab Allah tidak lama lagi akan datang) dan sebagainya.
(iv) Huruf-huruf muqattha'ah di permulaan surah-surah tertentu itu mengisyaratkan kepada al-Qur'an yang diturunkan kepada Muhammad ini menggunakan huruf-huruf dan perkataan-perkataanyang kamu sentiasa guna siang dan malam, tetapi kenapa kamu tidak
mampu membuat buku seumpamanya yang dapat menandingi dan menyainginya?
Ketidakmampuanmu mengadakan satu surah sahaja seumpamanya membuktikan al- Qur'an itu bukan buku karangan manusia. Itulah mu'jizat al-Qur'an yang merupakan kalam Allah s.w.t" Inilah ta'wilan pilihan az-Zamakhsyari, al-Baidhawi dan al-Mubarrid,
ia juga merupakan pendapat pilihan Abul 'Abbaas Ibnu Taimiyyah, Abul Hajjaaj al-Mizzi,
(v) Orang-orang kafir di zaman Rasulullah s.a.w" selalu membuat bising apabila mendengar ayat-ayat al-Qur'an dibacakan di hadapan mereka.Tindakan mereka itu
digambarkan oleh Allah melalui firmanNya:
Fussilat 41:26
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَا تَسْمَعُوا۟ لِهَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ وَٱلْغَوْا۟ فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ
Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan
riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu dapat mengalahkan mereka. (Fusshilat:26).
Dengan menggunakan gaya bahasa yang baharu, di mana beberapa surah di mulakan bacaannya dengan Huruf-huruf Muqattha'at telah menarik perhatian sebahagian besar
daripada mereka. Pembaharuan dalam penggunaan gaya bahasa seperti itu dan keunikannya membuatkan mereka terdiam dan terpegun mendengarnya. Inilah pandangan ahli Nahu bahasa 'Arab terkemuka yang lebih dikenali dengan Quthrub (Nama sebenarnya ialah Muhammad bin al-Mustaniir bin Ahmad, Abu "Ali". Beliau ialah
145
Tiada ulasan:
Catat Ulasan