Halaman

Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 9(147).

Tafsir asas quran nota 9(147).

menurut kebanyakan 'ulama' muhaqqiqin ialah Huruf-huruf Muqattha'at itu merupakan nama-nama surah)

Pendapat ini meskipun dipilih oleh kebanyakan 'ulama', 
namun ia tidak terlepas daripada kritikan. Antara lainnya ia dikritik kerana dua alasan berikut:
(a) Sebagaimana telah anda ketahui bahawa ada enam surah dimulakan dengan الر.
Lima surah dimulakan dengan الر. Tujuh surah dimulakan dengan حم dan dua surah dimulakan dengan طسم.

Bukankah nama sesuatu diletak untuk membezakannya daripada yang lain?

Kalau sama namanya, tentulah ia tidak akan satu daripada yang lain, malah ia akan jadi semakin mengelirukan.

(b) Di dalam bahasa "Arab tidak terdapat nama yang terbentuk daripada gabungan tiga nama ke atas. Paling banyak pun ia hanya tergabung dari dua nama sahaja.

Sedangkan  kalau Huruf-huruf Muqattha'at itu dikatakan nama surah, maka ada antaranya yang terbentuk daripada lima nama, seperti كهيعص dan حم عسق ada pula yang terbentuk daripada tiga nama, sebagai contohnya طسم. Kalau begitu bagaimana Huruh-huruf
Muqattha"at itu akan dikatakan sebagai nama surah?
Jawapan kepada kritikan dan kemusykilan 
(a) ialah bukankah surah-surah berkenaan ada
nama lainnya? Apabila anda menggabungkan Huruf-huruf Muqattha'at itu dengan nama lain bagi sesuatu surah, ia akan jadi terpisah dan dapat dipastikan dengan mudah yang mana satu daripadanya dimaksudkan. Misalnya dikatakan begini:
الم البقرة، دالم ال عمران ، الم، الم السجدة، الم لقمان، لم الروم ، الم العنكبوت، القصص

Demikian juga dikatakan tujuh surah yang dimulakan dengan حم. Ia akan jadi terpisah dan dapat dipastikan apabila anda berkata:
حم الجاثية،  حم الدخان، حم الزخرف، حم الشورى، حم السجدة، حم مؤمن 
 dan حم الأحقاف.

Jawapan kepada kritikan dan kemusykilan 
(b) pula ialah yang tidak ada ialah apabila lebih daripada dua nama digabungkan dalam gabungan 'Tarkib Mazji' sahaja. Nama dengan tarkib mazii seperti itulah yang dikatakan tidak ada yang terbentuk daripada gabungan tiga nama ke atas. Contoh tarkib mazji ialah perkataan  بعلبك dan perkataan حضرموت misalnya" Adapun kalau beberapa nama tergabung bukan dalam tarkib mazji,
maka itu dibolehkan dan ada banyak contohnya dalam bahasa 'Arab" Apabila anda ditanya begini misalnya: ما قرأت ?(apa yang telah kau baea?), lalu anda menjawab: قرأت

147

Tiada ulasan:

Catat Ulasan