Halaman

Rabu, Mei 19, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 24(71)nota 16(388)

Daurah tafsir 2019 sesi 24(71)nota 16(388)

071.Surah Nuh.
Surah nuh adalah dalil naqli tentang tauhid dan qiamat.
Dan dalil naqli tugas kenabian.

Surah Nuh
Tertib surah 71
Bilangan ayatnya 28
Bilangan rukuk 2
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 71
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-4 Seruan dan istighafar oleh nabi nuh
Paragraf 2 ayat 5-20 Aktiviti dakwah Nabi Nuh.
Paragraf 3 ayat 21-24 Pengaduan Nabi Nuh
Paragraf 4 ayat 25 Azab Allah  kepada kaum Nuh.
Paragraf 5 ayat 26-28 Doa2 nabi Nuh.

Mesej utama 
1.Usaha dakwah kearah akidah tauhid dan hari  akhirat  hendaklah diusahakan siang dan malam.
2.Usaha mendorong manusia  supaya beristighafar  hendaklah dilakukan.
3.Usaha memperingatkan manusia kepada azab dunia dan akhirat mestilah diberikan kepada orang ramai,itu kerja para nabi.

388

Tiada ulasan:

Catat Ulasan