Surah ini allah memberitahu akan datangnya azab tidak sebagaimana dlm surah yg akan dtg iaitu surah al nahl memberitahu telah atau sudah berlaku azab.
Minta mati akan berlakulah azab bg orang yg engkar tauhid.
Dlm surah ini ada 3 dalil aqlil dan 5 contoh Takhwif.
Syirik hanya dtg dr syaitan.
Oleh itu terimalah ajaran tauhid.
Ayat 1
الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ
وَقُرْآنٍ مُبِينٍ
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna)
dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
👉Berwaspada dr syaitan adalah belajar Al-Quran.
Ini dalil naqli.
Ayat 2
رُبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ كَانُوا مُسْلِمِينَ
Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
👉Ruba bila ada ma ianya jadi feel ,jika tidak Ruba adalah isim. رُبَمَا
Semasa diakhirat nanti,orang kafir ingin sekali jika hidup dulu dgn menyerah diri ikut syariat(Muslim).
Ayat 3
ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا
وَيَتَمَتَّعُوا
وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ ۖ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
Biarkanlah mereka makan
dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia
dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf);
kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
👉Agama tiada,maka dibuai angan2
Senang yg sebenar hanya diakhirat atau syurga.
Hidup untuk makan shj.
Ayat 4
وَمَا أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَة
ٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٌ مَعْلُومٌ
Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri
melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
👉Takhwif duniawi
Ayat 5
مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا
وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ
Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan,
dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
👉Ini kaedah tuhan atau sunnah allah.
Ayat 6
وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ
إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran,
sesungguhnya engkau adalah orang gila".
👉Syikayah.
Tuduhan Gila terus bukan gila biasa . إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
Ayat 7
لَوْ مَا تَأْتِينَا بِالْمَلَائِكَةِ
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
"Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu),
jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
👉minta malaikat dtg.
Ayat 8
مَا نُنَزِّلُ الْمَلَائِكَة
َ إِلَّا بِالْحَقِّ
وَمَا كَانُوا إِذًا مُنْظَرِينَ
Tiadalah Kami menurunkan Malaikat
melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,
dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
👉Allah yg jawab.
Ayat 9
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ
وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran,
dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
👉Ini Da'wa surah iaitu risalah.
Lafaz zikir الذِّكْرَdiberi makna Quran.
Wahyu akan tetap terjaga .Quran dan hadis sahih.
Tafsir selalunya ada salah sama ada kecil atau besar.
Tolak hanya kesalahan.
Contoh jalalain kitab tafsir terbaik juga ada silap,tolak hanya kesalahanya.
Al-Quran shj yg tidak ada salah.
Ayat 10
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي شِيَعِ الْأَوَّلِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
👉Takhwif duniawi.
Ayat 11
وَمَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ
إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka,
melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
👉Tak pakai ajaran rasul adalah termasuk mempersendakan.tak perlu hingga berkata2 yg tertentu.
Ajaran rasul tak diikut sudah cukup.
Natijah masuk neraka apa sj termasuk hanya tak ikut dikira mempersendakan.
Ayat 12
كَذَٰلِكَ نَسْلُكُهُ
فِي قُلُوبِ الْمُجْرِمِينَ
(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu
ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
👉Allah Masukkan sifat mempersendakan kerana dan aqidah syirik dan sifat degil.
Ayat 13
لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ
وَقَدْ خَلَتْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ
Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa,
padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
👉orang2 dahulu dapat natijah.
Ayat 14
وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَابًا مِنَ السَّمَاءِ
فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ
Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit,
kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
👉Penjelasan jawab Syikayah yg mereka nak diturunkan malaikat.
dan ada hubungan dgn Ayat 8.
Malaikat ada di langit.dan langit dibuka.mereka akan berkata seperti Ayat 15 dibawah.
Ayat 15
لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا
بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَسْحُورُونَ
Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya
bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)"
👉Kata2 orang yg degil.sihir atau silap mata.
Ayat 16
وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا
وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan)
serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
👉
Ayat 17
وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ
Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
👉ini berlaku setelah nabi akhir zaman dilahirkan.sebelumnya syaitan biasa bergayut dikaki langit mendengar rahsia dr malaikat.setelah nabi muhamad saw dilahirkan pintu langit dikunci.
Ayat 18
إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ
فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ
Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit),
maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
👉Curi dengar pun akan dikejar.
Wahyu Allah dijamin dijaga.
Roil,jin syaitan yg telah gila dan tidaj mampu menghasut manusia cuma sekadar menunjukan rupa yg huduh untuk menakut2kan shj.
Yg cerdik yg dok hasut hati manusia.
Akan dijaga ُ شِهَابٌ مُبِينٌ
Yakin wahyu ini dijaga keasliannya.
Ayat 19
وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا
وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ
وَأَنْبَتْنَا فِيهَا
مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ
Dan bumi ini Kami bentangkan,
dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri,
serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
👉air yg sama tapi tumbuhkan ukuran pokok yg telah Allah tetapkan.
Ayat 20
وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ
وَمَنْ لَسْتُمْ لَهُ بِرَازِقِينَ
Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup,
Juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.
👉sumber rezeki.
Ayat 21
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ
وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ
Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya
dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
👉khazanahnya adalah sangat byk.yg nampak atau yg zahir cuma sedikit atau sampel sahaja.termasuklah khazanah ilmu ,iman dan sifat2 syurga.
Jika nak banyak lagi kena minta dgn Allah.
Ayat 22
وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاح
َ لَوَاقِحَ
فَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَسْقَيْنَاكُمُوه
ُوَمَا أَنْتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ
Dan Kami hantarkan angin
sebagai pembawa air
dan pemindah benih;
maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
👉jika air ,berkurangan kena minta dgn tuan punya air iaitu istisqoq.(minta air)
Ayat 23
وَإِنَّا لَنَحْنُ نُحْيِي
وَنُمِيتُ وَنَحْنُ الْوَارِثُونَ
Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan
dan yang mematikan,
dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.
👉Pewaris harta peninggalan yg sebenar adalah Allah .
Ayat 24
وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ
وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu,
dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
👉
Ayat 25
وَإِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَحْشُرُهُمْ ۚ
إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya;
sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
👉tak kira bila yg dtg akan dihimpun untuk dihukum atas amalan manusia.
Ayat 26
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ
مِنْ صَلْصَالٍ
مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
👉Zajrun.
Ayat 27
وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ
مِنْ قَبْلُ
مِنْ نَارِ السَّمُومِ
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu,
dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
👉Kejadian jin
Ayat 28
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ
إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ
مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
👉ini kemuliaan yg Allah adakan.
Ayat 29
فَإِذَا سَوَّيْتُه
ُوَنَفَخْتُ فِيهِ
مِنْ رُوحِي
فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
👉roh ciptaan allah juga ditiup kepada adam.
Orang Nasrani jgn bangga sangat bila Allah kata Isa ditiup roh .
Ayat 30
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ
(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
👉
Ayat 31
إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ أَنْ يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ
Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
👉enggan melakukan perbuatan sujud
Ayat 32
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ
Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".
👉Allah tanya.
Ayat 33
قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ
لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
👉 Banding kejadian sehingga lupa arahan.
Aqal yg menolak wahyu dipanggil nafsu.
Akal syaitan menolak arahan.
Akal menolak wahyu ialah nafsu
Sebab asal aqal dlm bhs Arab Yang menahan.iaitu yg menahan jiwa dari mengikut nafsu
Maka melepaskan jiwa ,aqal tu dah ikut nafsu
Ayat 34
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
👉sebab akal telah dikuasai nafsu dihalau keluar dr syurga.
Ayat 35
وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
👉
Ayat 36
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
👉minta tangguh lambat mati sehingga waktu yg ditetapkan.
Ayat 37
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
👉Diberi tangguh mati sahaja.
Ayat 38
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
"Hingga ke hari - masa yang termaklum".
👉
Ayat 39
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي
لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
👉Amalan maksiat ,bidaah dan syirik ,derhaka dipandang baik dimuka bumi ini.
Nak pastikan amalan baik atau tidak kena buka atau belajar Quran .
Ayat 40
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
👉Tauhid dlm berdoa dan beribadah.
Syaitan tidak boleh tipu yg sunnah lagi ikhlas atas dasar tauhid
Ayat 41
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
👉Tauhid dlm berdoa dan dlm ibadah.
Ayat 42
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ
إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
👉orang yg sengaja ikut syaitan .
orang yg mulai condong kepada kesesatan الْغَاوِينَada sifat keraguan tentang wahyu ini juga boleh digoda syaitan
Ayat 43
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
👉
Ayat 44
لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ
"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".
Ayat 45
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
👉Tabsyir
Ayat 46
ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
👉
Ayat 47
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ
إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra),
serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
👉sifat dendam yg ada dlm dunia akan dicabut.
Ayat 48
لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ
وَمَا هُمْ مِنْهَا بِمُخْرَجِينَ
Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu,
dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
👉
Ayat 49
نَبِّئْ عِبَادِي
أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad),
bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
👉Semasa meninggalkan alam yg fana ini nanti.
Ayat 50
وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ
Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
👉
Ayat 51
وَنَبِّئْهُمْ عَنْ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ
Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
👉Contoh takhwif duniawi
Ayat 52
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا
قَالَ إِنَّا مِنْكُمْ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!"
Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
👉
Ayat 53
قَالُوا لَا تَوْجَلْ
إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ
Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut,
sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu
👉Akan dapat anak laki2 (Ishak)yg alim tentang wahyu.
Ayat 54
قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِي
عَلَىٰ أَنْ مَسَّنِيَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ
Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian),
padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
👉Ini terkejut dan hairan bukan tak percaya.
Usia 120th.
Cara mana?
Ayat 55
قَالُوا بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ
فَلَا تَكُنْ مِنَ الْقَانِطِينَ
Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar;
oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
👉keadaan yg tidak berubah seperti seadanya.
Ayat 56
قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ
إِلَّا الضَّالُّونَ
Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya
melainkan orang-orang yang sesat".
👉dgn Allah tidak boleh putus asa.
Ayat 57
قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ
Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?"
👉
Ayat 58
قَالُوا إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمٍ مُجْرِمِينَ
Mereka menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka)".
👉iaitu kaum nabi lut.
Ayat 59
إِلَّا آلَ لُوطٍ
إِنَّا لَمُنَجُّوهُمْ أَجْمَعِينَ
"Melainkan keluarga Nabi Lut;
sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -
👉
Ayat 60
إِلَّا امْرَأَتَهُ قَدَّرْنَا ۙ
إِنَّهَا لَمِنَ الْغَابِرِينَ
"Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".
👉kami diajar melalui wahyu tentang isteri lut
Ayat 61
فَلَمَّا جَاءَ آلَ لُوطٍ الْمُرْسَلُونَ
Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
👉
Ayat 62
قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".
👉tak tahu dtg dr mana?
Nabi Lut tak tahu itu adalah malaikat.
Ayat 63
قَالُوا بَلْ جِئْنَاكَ
بِمَا كَانُوا فِيهِ يَمْتَرُونَ
Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
👉
Ayat 64
وَأَتَيْنَاكَ بِالْحَقِّ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ
"Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".
👉
Ayat 65
فَأَسْرِ
بِأَهْلِكَ
بِقِطْعٍ مِنَ اللَّيْلِ
وَاتَّبِعْ أَدْبَارَهُمْ
وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ أَحَدٌ
وَامْضُوا حَيْثُ تُؤْمَرُونَ
"Oleh itu, bawalah pergi
keluargamu
pada waktu malam
serta ikutlah di belakang mereka;
dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang);
serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
👉Yg ikut nabi lut hanya 2orang anak perempuan.
Dan duduk di belakang takut mereka berpaling kerana kasihan belas pada orang dikutuk oleh Allah.disini perasaan diambil kira.
Orang yg suka ahli maksiat ,adalah ahli maksiat.
Ayat 66
وَقَضَيْنَا إِلَيْهِ
ذَٰلِكَ الْأَمْرَ
أَنَّ دَابِرَ هَٰؤُلَاءِ مَقْطُوعٌ مُصْبِحِينَ
Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu;
iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
👉masa untuk dai disitu sudah habis.
Ayat 67
وَجَاءَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ يَسْتَبْشِرُونَ
Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
👉
Ayat 68
قَالَ إِنَّ هَٰؤُلَاءِ ضَيْفِي
فَلَا تَفْضَحُونِ
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".
👉
Ayat 69
وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَلَا تُخْزُونِ
"Dan takutlah kamu kepada Allah
serta janganlah kamu menghinakan daku".
👉
Ayat 70
قَالُوا أَوَلَمْ نَنْهَكَ
عَنِ الْعَالَمِينَ
Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu
dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
👉
Ayat 71
قَالَ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي
إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ
Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).
👉jawab nabi lut.
Ayat 72
لَعَمْرُكَ
إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ
يَعْمَهُونَ
Demi umurmu (wahai Muhammad),
sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
👉mereka buta hati.
Ayat 73
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ
Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
👉azab tempikan Jibrail.
Ayat 74
فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya),
dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
👉terbalik atas jatuh ke bawah.tanda tak eluk.
Ayat 75
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ
Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
👉Berfikir setelah adanya tanda qudrat Allah.
Ayat 76
وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُقِيمٍ
Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
👉
Ayat 77
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
👉
Ayat 78
وَإِنْ كَانَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ لَظَالِمِينَ
Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.
👉Kaum nabi Syuib ,Contoh ke2
Ayat 79
فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٍ مُبِينٍ
Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).
👉
Ayat 80
وَلَقَدْ كَذَّبَ أَصْحَابُ الْحِجْرِ الْمُرْسَلِينَ
Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul
👉ini kaum nabi soleh.
Ayat 81
وَآتَيْنَاهُمْ آيَاتِنَا
فَكَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ
Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu,
mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
👉
Ayat 82
وَكَانُوا يَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا
آمِنِينَ
Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal
dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).
👉ada kemahiran.
Ayat 83
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ
مُصْبِحِينَ
Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.
👉juga diwaktu pagi.
Ayat 84
فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُم
ْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maka apa yang mereka telah usahakan itu,
tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
👉
Ayat 85
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ
وَإِنَّ السَّاعَةَ لَآتِيَةٌ ۖ
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu,
melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat;
dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad)
serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
👉Dalil aqli yg ke2
Hujung Ayat takhwif ukhrowi.
Ayat 86
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk,
lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).
👉jumlah takliliyah.
Ayat 87
وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِنَ الْمَثَانِي
وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya
dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
👉Ayat Tasliyah.
Yg diulang2 bacaannya dan nikmat yg cukup besar.
Ayat 88
لَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ
إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا
مِنْهُمْ
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ
Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu)
dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman
dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan);
dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).
👉musyrikin,yahudi,munafikin ,nasora
Ayat 89
وَقُلْ إِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْمُبِينُ
Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)".
👉
Ayat 90
كَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى الْمُقْتَسِمِينَ
(Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
👉Ayat ini adalah huraian bg ayat 87
Ayat 91
الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ
(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
👉berbagai2 bhg عِضِينَ
Ayat 92
فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
👉
Ayat 93
عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
👉
Ayat 94
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
👉menyampaikan ajaran agama dgn sejelas2nya.
Ayat 95
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -
👉
Ayat 96
الَّذِينَ يَجْعَلُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ ۚ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah,
maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
👉
Ayat 97
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
👉Tasliyah
Ayat 98
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud
👉Rawatan bg kesedihan.
Ayat 99
وَاعْبُدْ رَبَّكَ
حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu,
sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
👉Yakin disini kematian.