Memaparkan catatan dengan label mishkat al masabiih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mishkat al masabiih. Papar semua catatan

Isnin, Jun 22, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms011

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms011
20121014 siri 3

mencapai maksudku. Semoga kitab ini bermanfaat kepada ku dan juga kepada kaum muslimin dan muslimat ketika masih hidupmdan selepas mati.³⁴

Cukup Allah kepada ku . Dialah sebail-baik pelindung. Tiada daya dan upaya  melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

عن  عمرَ بنِ الخطابِ  رضي الله عنه قالَ:قالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ  إنّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ  مُتَّفَقٌ عَلَيه

Umar bin al-Khattaab³⁵ meriwayatkan , kata beliau :Rasullah saw bersabda: Segala amalan dikira hanya dengan niat .  Sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang di niatnya sahaja. Sesiapa yang berhijrah untuk (mendapat)

___________________________________________________________

terkandung didalam kitab Mashabiih berjumlah 4434. Jadi berdasarkan keterangan mereka ini hadits-hadits yang terkandung didalam  Misykaat  hanya berjumlah  5945. Didalam kitab Tarikh al-Hadits tersebut bahawa kitab Misykaat mengandungi 29 kitab,327 bab dan 1038 fasal kesemuanya.

³⁴ Manfaat sesebuah kitab ,khususnya kitab hadits ketika masih hidup bererti ia berguna dan menjadi panduan orangramai dalam kehidupan di dunia ini. Hadits-hadits yang tersebut didalamnya dipakai dan diamal orang .Manfaatnya untuk selepas mati bererti Allah  memberkati dan menjadikannya sebab yang membawa kepada keampunan, kerdhaan dan rahmatNya.

³⁵  Beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdi al-Uzza bin Abdillah bin Qurth bin Razaah bin Adi bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib al-Quraisyi. Silsilah keturunannya  bertemu dengan silsilah keturunan Nabi saw pada Ka'ab  bin Lu'bai . Beliau  adalah  salah seorang  cendekiawan di kalangan sahabat . Khalifah Rasyid kedua umat Islam dan salah seorang  daripada 10 orang sahabat  yang dijanjikan syurga oleh Rasullah saw. Beliau lah khalifah  yang  mula-mula  dipanggil  dengan gelaran  Amirul Mukminin. Islam menyerlah sebaik beliau  memeluk agama Islam. Kerana itulah beliau juga digelari  dengan al-Faaruq.
Semua peperangan  bersama Nabi saw disertainya. Beliau dilantik  menjadi khalifah  selepas Abu Bakar dengan persetujuan  seluruh umat Islam  pada waktu itu. Banyak  sekali jasa dan sumbangannya terhadap Islam  sama ada dari sudut  penaklukan atau dari sudut-sudut yang lain. Saidina Umar adalah  seorang yang sangat  tegas dalam urusan  agama. Beliau meriwayatkan  sebanyak  539 hadits. 10 daripada jumlah itu diriwayatkan  bersama Bukhari dan Muslim. Sembilan daripadanya  diriwayatkan oleh Bukhari sahaja. Sementara 15 daripadanya pula diriwayatkan oleh Muslim sahaja. Saidina Umar  telah mati  syahid  kerana ditikam oleh hamba  Mughirah bin Su'bah iaitu  seorang majusi  bernama Abu Lu'lu'ah Fairoz, ketika beliau sedang solat  Subuh  pada pagi Rabu  diakhir Zilhijjah tahun 23H. Ketika itu beliau berumur 63 tahun. Dikebumikan pada hari  Ahad awal bulan Muharam  tahun 24H . Beliau sempat memimpin  ummat Islam selama 10 tahun 6 bulan. Solat jenazah  beliau diimami  Shuhaib ra.dan beliau dikebumikan disamping Rasullah saw dan Abu Bakarkhalifah pertama ummat.

11

Khamis, Jun 18, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms007

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms007
20121014 siri 3

أَوَّلُهَا: مَا أَخْرَجَهُ الشَّيْخَانِ أَوْ أَحَدُهُمَا، وَاكْتَفَيْتُ بِهِمَا وَإِنِ اشْتَرَكَ فِيهِ الْغَيْرُ؛ لِعُلُوِّ دَرَجَتِهِمَا فِي الرِّوَايَةِ. وَثَانِيهَا: مَا أَوْرَدَهُ غَيْرُهُمَا مِنَ الْأَئِمَّةِ الْمَذْكُورِينَ.
وَثَالِثُهَا: مَا اشْتَمَلَ عَلَى مَعْنَى الْبَابِ مِنْ محلقات مُنَاسِبَةٍ مَعَ مُحَافَظَةٍ عَلَى الشَّرِيطَةِ، وَإِنْ كَانَ مَأْثُورًا عَنِ السَّلَفِ وَالْخَلَفِ. 

Pertama :Hadits-hadits yang dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim atau salah seorang dari keduanya.Aku cukupkan  dengan hadits yang diriwayatkan  oleh kedua mereka,walaupun hadits tersebut  diriwayatkan juga oleh ahli hadits yang lain,lantaran tingginya derajat riwayat yang disampai oleh kedua tokoh itu.

Kedua:Hadits-hadits yang ditulis oleh para ahli  hadits selain Bukhari dan Muslim.

Ketiga: Hadits-hadits atau atsar-atsar yang mengandungi  maksud bab berupa tambahan-tambahan yang sesuai ,disamping menjaga syarat tersebut tadi. Walaupun ia dinukilkan  dari salaf(sahabat)mahupun (taabi'e)²⁵

ثُمَّ إِنَّكَ إِنْ فَقَدْتَ حَدِيثًا فِي بَابٍ؛ فَذَلِكَ عَنْ تَكْرِيرٍ أُسْقِطُهُ. وَإِنْ وَجَدْتَ آخَرَ بَعْضَهُ مَتْرُوكًا عَلَى اخْتِصَارِهِ، أَوْ مَضْمُومًا إِلَيْهِ تَمَامُهُ؛ فَعَنْ دَاعِي اهْتِمَامٍ أَتْرُكُهُ وَأُلْحِقُهُ. وَإِنْ عَثَرْتَ عَلَى اخْتِلَافٍ فِي الْفَصْلَيْنِ مِنْ ذِكْرِ غَيْرِ الشَّيْخَيْنِ فِي الْأَوَّلِ، وَذِكْرِهِمَا فِي الثَّانِي؛ فَاعْلَمْ أَنِّي بَعْدَ تتبعي كتابي «الْجمع بَين الصحيحن» لِلْحُمَيْدِيِّ، وَ «جَامِعَ الْأُصُولِ» ؛ اعْتَمَدْتُ عَلَى صَحِيحَيِ الشَّيْخَيْنِ وَمَتْنَيْهِمَا. 

Kemudian jika engkau tidak mendapati hadits di dalam sesuatu bab,itu adalah disebabkan oleh pengulangan yang sengaja aku gugurkan.²⁶ Adapun jika engkau  mendapati sesuatu hadits sebahagiannya terpotong untuk ringkasan,atau tergabung sepenuhnya,maka itu kerana aku sengaja tinggalkan dan aku gabungkan.²⁷  jika

___________________________________________________________

²⁵ Imam Baghawi di dalam Mashabiih hanya mengemukakan  dua fasal sahaja. Fasal pertama  dinamakan fasal yang mengumpulkan hadits-hadits sahih. Maksud  beliau dengan hadits-hadits sahih itu ialah hadits-hadits yang terdapat  didalam Sahih Bukhari dan Muslim. Fasal kedua  dinamakan fasal yang mengumpulkan hadits-hadits hasan. Maksud beliau dengan hadits-hadits hasan itu ialah hadits-hadits yang terdapat didalam Sunan Abi Daud,Nasaa'i,Tirmizi dan lain-lain. Walaupun  banyak daripada hadits-hadits yang diambil  daripada kitab-kitab itu  sebenarnya  sahih. Ini adalah semata-mata istilah beliau sendiri. Fasal ketiga ditambah oleh pengarang  Misykaat . Fasal  ketiga selain mengandungi  hadits-hadits marfu',kadang-kadang ia juga  mengandungi atsar  para sahabat dan tabiin. Biar apa pun ,pengarang Misykaat  tetap menjaga syarat yang telah ditentukan olehnya sendiri ,iaitu beliau mesti menyebut nama sahabat atau  menyebut nama pengarang kitab tempat ambilannya.

²⁶ Maksudnya ialah jika engkau dapati sesuatu hadits yang memang tersebut di bawah mana-mana bab Kitab Mashabiih,tidak tersebut dibawah  bab yang sama didalam Kitab Misykaat ,maka perlulah diketahui bahawa hadits itu sengaja  digugurkan untuk mengelak daripada berlakunya pengulangan. Keadaan ini berlaku apabila hadits yang sama juga tersebut dibawah bab lain.

²⁷  Misalnya hadits panjang yang sebahagian kandungannya sahaja bertepatan dan berkenaan dengan tajuk bab. Adapun sebahagian yang lain tidak.Maka dalam keadaan itu,pengarang

7

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 1nota baca(s2)

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 1nota baca(s2)

Kitab permulaan dlm pengajian hadis
Imam Baghawi penulis mishkat
Hidupnya ringkas tetapi berjasa.
Digelar muhyusunnah(penghidup sunnah)
Meninggal pada lebih 80th.
4484 hadis
2434 bukhari
2050
Kitab maqobihhusunnah.
Karangan2 dia yg mahsyur..
Hafal matan dan sanad mishkat =Baba Daud Mishkati.
Khatib Tabrizi ..
Bilangan hadis mishkat=1,000...Lebih...
5995hadis
Ada 29bab 
327bab
1300pasal
Meninggal (imam baghawi)pada 737hijrah
512hijrah
Dlm bhs urdu ,mazohirihak...kutbudin khan.
Sistem talaqi telah ditinggal


Pengajian kitab mishkat.

Yg ada dlm pasaran bahasa arab sahaja.
Bersama dengan syarahnya ada pun bahasa arab juga.
Dlm Indonesia sudah ada terjemahan oleh ustaz yunus kawan mmay.
Untuk  umum/orangramai hadis mishkat sangat eluk   sebab tidak perlu  belajar sanad.


💥💥💥

Misykat al-Masabih karya Imam al-Tabrizi

Mishkat al-Masabih (terjemahan bahasa Inggeris: A Niche for Lamps ) adalah versi yang diperluaskan dari  Masabih al-Sunnah Al-Baghawi oleh Muḥammad ibn ʻAbd Allāh Khatib Al-Tabrizi. Khatib Al-Tabrizi meninggal dunia pada tahun 741 H. 

Ia mengandungi antara lebih 4434 hadis . Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian hadits  diDeobandi,mereka mesti belajar kitab ini dulu selain dari telah hafaz al quran.

Al-Tabrizi menambah 1511 hadith kepada hadith yang terdapat dalam koleksi Masabih al-Sunnah. 

Al-Tabrizi menjelaskan tentang label-label yang diletakkannya pada hadith dan diklasifikasikan semula. Beliau menambah bahagian ketiga kepada Masabih al-Sunnah, yang telah dibahagikan kepada dua bahagian oleh Al-Baghawi. 

Al-Baghawi tidak menyebut isnad hadith yang dikumpulkannya, Al-Tabrizi menyebut sumber dari mana hadith pada asalnya dijumpai menjadikan teks itu lebih dipercayai. 


Pengenalan ringkas Imam al-Tabrizi
Nama penuh beliau ialah Waliyuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al-Khatib al-‘Amri al-Tabrizi. Digelarkan al-Tabrizi kerana dinisbahkan kepada Tibriz iaitu satu kampung yang terletak di Azerbaijan sekarang ini. Beliau merupakan seorang ulama yang mahir di dalam permasalahan hadith yang sering dipuji oleh orang-orang sezamannya. 

pujian beberapa orang ulama kepadanya. Antaranya Syeikh al-Allamah Hassan bin Muahmmad al-Tibu di dalam kitab beliau Baqiyyah al-Auliya’ wa Qatb al-Sulha’ menganggap beliau sebagai seorang alim yang sukar ditandingi. Begitu juga tanggapan al-Mala Ali al-Qari dan al-Kittani. Di antara karangan beliau yang sampai ke tangan generasi terkemudian ialah Misykat al-Mashabih dan al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal. Beliau wafat pada 737H iaitu pada tahun beliau menyempurnakan penulisan kitab Misykat al-Masabih pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan.


Pengenalan al-Imam al-Baghawi
Oleh kerana kitab ini asalnya merupakan kitab Mashabih al-Sunnah karangan Imam al-Baghawi, maka penulis merasakan amat perlu untuk turut diperkenalkan beliau selaku penulis asal kepada kitab yang disyarahkan oleh Imam Tabrizi.
Beliau ialah Abu Muhammad al-Husayn bin Mas’ud bin Muhamad bin al-Farra’ al-Baghawi. Digelar sebagai Muhyissunnah atau orang yang menghidupkan sunnah kerana kesungguhannya di dalam mempertahankan sunnah Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan pada 433H di satu kampung bernama ‘Bagh’ yang terletak di Khurasan. Oleh kerana itu, nama beliau dinisbahkan kepada kampung ini dan digelar sebagai al-Baghawi.

Ketika berumur 27 tahun, beliau bermusafir ke Marwu al-Ruzz Tempat ini terletak lebih kurang 5 hari perjalanan dari kampung asalnya untuk menuntut ilmu daripada syeikh-syeikh hadis di sana. Beliau merupakan seorang pelajar yang tekun di dalam menuntut ilmu. Berkata Imam al-Zahabi mengenai dirinya, “Beliau tidak akan belajar kecuali di dalam keadaan suci (berwudhuk)..” 
[ Muhamad bin Husayn al-Zahabi (t.t) Siyar a’lam al-Nubala’, j.19, hal 441 ].

Di antara guru-gurunya ialah Abu Salih Ahmad bin Abdul Malik al-Naysaburi (m. 470H), Abu Ali al-Husayn bin Muhammad bin Ahmad al-Maruzi (m.352H), Abu Turab Abd al-Baqi bin Yusof bin Ali bin Salih bin Abd al-Mulk al-Maraghi (m492H) dan ramai lagi. Manakala di antara murid-muridnya ialah saudaranya Hassan bin Mas’ud al-Baghawi (m529H) dan  Umar bin Hassan bin Husayn al-Razi (m606H) iaitu ayah kepada al-Imam al-Razi penulis al-Tafsir al-Kabir.
Beliau menghasilkan banyak karya, antaranya 40 Hadis, al-Anwar fi Syamail al-Nabiyy al-Mukhtar, Turjumah al-Ahkam fi al-Furu’ (bahasa farsi), al-Tahzib fi al-Fiqh, al-Jam’u bayna al-Sahihain dan lain-lain. Beliau akhirnya meninggal dunia pada bulan Syawwal tahun 510H. [ Waliyuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al-Khatib al-‘Amri al-Tabrizi (2003), Misykat al-Masabih, tahkik : al-Syeikh Jamal ‘Ainaiya, Dar Kutub al-Ilmiah, Beirut, Lubnan, j.1, hal 10 ]

 
Pengenalan Kitab Misykat al-Masabih
Kitab ini merupakan huraian kepada kitab Mashabih al-Sunnah yang disusun oleh Imam al-Baghawi. Ia merupakan kitab hadith yang memuatkan hadis-hadis berkaitan persoalan iman (Penyusunan bab di dalam kitab ini mirip kepada penyusunan Imam al-Bukhari di dalam sahihnya), ilmu dan seterusnya persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Di dalam menyusun kitab ini, Imam al-Baghawi pada asalnya meletakkan hadis-hadis tanpa sanad dan tidak dijelaskan sumber ambilannya. Menyedari hakikat ini, Imam al-Tabrizi yang dilahirkan beberapa ratus kemudian telah mengambil inisiatif untuk menyusun semula hadis-hadis ini, diletakkan sanad, dinyatakan sumber ambilannya dan diberikan sedikit komentar.  Ini dinyatakan sendiri oleh Imam Tabrizi di dalam mukaddimahnya. Karya ini dicetak di dalam pelbagai edisi. 

Mengenai penyusunan bab-bab di dalam kitab ini, Imam Tibrizi mengekalkan susunan yang dilakukan oleh Imam Baghawi. Ia dimulakan dengan kitab Iman diikuti dengan kitab ilmu, taharah, solat, janaiz, zakat, puasa, kelebihan al-Quran, doa, manasik, jual beli, faraid dan wasiat, nikah, ‘itq, sumpah dan nazar, qashash, hudud, imarah dan qadha’, jihad, buruan dan sembelihan, makanan, minuman, pakaian, perubatan, mimpi, adab, riqaq, fitan, hal ehwal kiamat, fadhilat dan akhir sekali manaqib.


Secara keseluruhannya, Misykat al-Mashabih ini mengandungi 30 kitab yang dipecahkan masing-masing kepada beberapa bab. Jumlah keseluruhan bab yang terdapat di dalam karya ini lebih kurang 350 buah bab. Manakala jumlah keseluruhan hadith di dalam karya ini ialah 6285 buah hadith.


Kelebihan Kitab
 Pembaca kitab ini akan dapat menghayati tuntutan hidup seorang muslim berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Selain dari itu, perbahasan dipecahkan kepada beberapa fasal mengikut orientasi isi kandungan hadith memudahkan pembaca membuat rujukan kepada mana-mana hadith yang dikehendaki.