Memaparkan catatan dengan label sahih bukjari kitab ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahih bukjari kitab ilmu. Papar semua catatan

Selasa, Julai 19, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0057(79-88) 16/7/22s3

Sahih bukhari kitab ilmu 16/7/22(3)
68» حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ: حَدَّثَنَا بِشْرٌ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ ذَكَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَعَدَ عَلَى بَعِيرِهِ، وَأَمْسَكَ إِنْسَانٌ بِخِطَامِهِ- أَوْ بِزِمَامِهِ- قَالَ: أَيُّ يَوْمٍ هَذَا. فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ سِوَى اسْمِهِ. قَالَ: أَلَيْسَ يَوْمَ النَّحْرِ. 
قُلْنَا بَلَى. قَالَ: فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا. فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ. فَقَالَ: أَلَيْسَ بِذِي الْحِجَّةِ. قُلْنَا بَلَى. قَالَ: فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا، فِي شَهْرِكُمْ هَذَا، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا. لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ، فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ.
68 - Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Bisyr¹¹⁴ meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu `Aun¹¹⁵ meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Sīrīn daripada `Abdur Rahman bin Abi Bakrah (Nufai` bin al-Ĥārits) ¹¹⁶ daripada ayahnya (Abi Bakrah) bahawa beliau (Abi Bakrah) menyebutkan,sesungguhnya pernah ketika Nabi s.a.w. telah duduk di atas untanya dan ada 
seseorang yang memegang tali unta itu.¹¹⁷ (Tiba-tiba) Nabi s.a.w. Hari apa hari ini”? Kami diam¹¹⁸ kerana kami ingat Baginda akan menamakan hari itu dengan nama yang lain.¹¹⁹ Terus Baginda s.a.w. bertanya: “Bukankah hari ini hari Naĥar? Kami menjawab: “Ya”. Nabi s.a.w. bertanya lagi: “Bulan apakah bulan ini”? Kami diam kerana kami ingat Baginda akan menamakannya dengan nama yang lain. Nabi terus bertanya lagi: “Bukankah bulan ini bulan 
Dzul Hijjah?”¹²⁰ Kami menjawab: “Memang”.¹²¹ Nabi s.a.w. lantas bersabda:
“Sesungguhnya darah-darah kamu, harta benda dan kehormatan-kehormatan kamu adalah haram kepadamu seperti haramnya hari ini, pada bulan ini, di negeri (Mekah) kamu ini.¹²² Hendaklah orang yang hadhir¹²³ menyampaikan kepada orang yang tidak hadhir, kerana ia (orang yang hadhir ini) diharapkan akan menyampaikannya kepada orang yang lebih mengerti¹²⁴ daripadanya tentang apa yang disampaikannya itu.¹²⁵
 

Rabu, April 13, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0035-44

Sahih bukhari kitab ilmu 0035-44




Sahih bukhari kitab ilmu 0035

“Ceritakanlah kepada kami, apakah pokok itu wahai Rasulallah”. Rasulullah (pun) bersabda: “Pokok tamar.”⁵⁰


٦-باب القِرَاءَةِ وَالْعَرْضِ عَلَى المُحَدِّثِ: 
 Bab bacaan dan Ardhu di hadapan Muhaddits
وَرَأَى الْحَسَنُ وَالثَّوْرِيُّ وَمَالِكٌ الْقِرَاءَةَ 
قَالَ أَبُو عَبْدِاللهِ سَمِتُ أَبَا عَاصِمٍ يَذْكُرُ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِىوَمَالِكٍ  أَثَهُمُا 
كَانَ يَرَيانٍ القِرَاءَةَ وَالسَّمًاعَ جَائِزًا حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللهِ  بن مُوسَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ إِذَا قُرِئَ عَلَى المُحَدِثِ فَلا بَأْسَ أَنْ يَقُولَ 
حَدَثَنِىْ وَسَمِعْتُ وَاحْتَجَّ بَعْضُهُمْ فِي الْقِرَاءَةِ عَلَى الْعَالِمِ بِحَدِيثِ ضِمَامِ بْنِ ثَعْلَبَةَ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آللَّهُ 
أَمَرَكَ أَنْ نُصَلِّيَ الصَّلَوَاتِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَهَذِهِ قِرَاءَةٌ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَ ضِمَامٌ قَوْمَهُ بِذَلِكَ فَأَجَازُوهُ
 وَاحْتَجَّ مَالِكٌ بِالصَّكِّ يُقْرَأُ عَلَى الْقَوْمِ فَيَقُولُونَ أَشْهَدَنَا فُلاَنٌ وَيُقْرَأُ ذَلِكَ قِرَاءَةً عَلَيْهِمْ، وَيُقْرَأُ عَلَى الْمُقْرِئِ فَيَقُولُ الْقَارِئُ أَقْرَأَنِي 
فُلاَنٌ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلاَمٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْحَسَنِ الْوَاسِطِيُّ عَنْ عَوْفٍ عَنِ الْحَسَنِ قَالَ لاَ بَأْسَ بِالْقِرَاءَةِ عَلَى الْعَالِمِ
 وَأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ الْفِرَبْرِيُّ وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْبُخَارِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ 
إِذَا قُرِئَ عَلَى الْمُحَدِّثِ فَلاَ بَأْسَ أَنْ يَقُولَ حَدَّثَنِي قَالَ وَسَمِعْتُ أَبَا عَاصِمٍ يَقُولُ عَنْ مَالِكٍ وَسُفْيَانَ الْقِرَاءَةُ عَلَى الْعَالِمِ 
وَقِرَاءَتُهُ سَوَاءٌ. 
 
 
___________
⁵⁰ Ĥadīts yang dibawakan di sini sama sahaja isinya dengan yang telah disebutkan pada bab sebelumnya, Imam Bukhāri mengisyaratkan dengan ĥadīts yang sama ini kepada orang yang bijaksana, tidak semestinya ia mempunyai sumber rujukan yang banyak, bahkan daripada hadits yang sama boleh saja dikeluarkan pelbagai kesimpulan dan pengajaran, boleh saja dibuat pelbagai tajuk bab untuknya. Pendek kata sesuatu hadits itu boleh dilihat daripada pelbagai sudut pandang. Selain dari itu, Imam Bukhari juga mahu mengisyaratkan kepada kelebihan dan keistimewaan sumber wahyu berupa ĥadīts, walaupun bilangannya sedikit sahaja, namun ia sangat padat, berkualiti dan mengandungi banyak pengajaran dan pedoman, tidak seperti kisah-kisah tauladan yang biasa.

35
Sahih bukhari kitab ilmu 0036


Bab (6): Bacaan Dan `Ardhu Di Hadapan Muhaddits.⁵¹
 
Al-Hasan, Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat; Membaca Di Hadapan Guru Adalah Harus. Abu `Abdillah (Imam Bukhari) Berkata, Aku Telah Mendengar Aba `Aashim Menyebutkan Bahawa Sufyân Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat 
Membaca (Di Hadapan Guru) Dan Mendengar (Guru Membaca) Adalah Harus. `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kata-Kata Sufyân, "Apabila Dibaca Di 
Hadapan Muhaddits, Maka Tidak Mengapa Seseorang Itu Berkata: حدثني (Dia Menceritakan Kepadaku), Dan سمتُ (Aku Telah Mendengar). Sesetengah Mereka 


___________
⁵¹ Setelah Imam Bukhāri memberitahu tentang طرق التحمل  atau cara penerimaan ĥadīts,beliau ingin memberitahu pula tentang kepelbagaian cara penyampaian ĥadīts atau طرق األداء  ,yang pertama ialah قراءة (bacaan) iaitu murid membaca di hadapan guru dan apabila ia ingin menyampaikannya kepada muridnya pula, murid itu akan menggunakan lafaz akhbarana, bukan ĥaddatsana. Yang kedua pula ialah al-`Ardhu.

Ia adalah satu perkataan yang mengandungi beberapa istilah: 
(1) Murid membaca apa yang telah dibacakan guru, tetapi tidak dalam bentuk riwayat. 
(2) Guru mempunyai kitab yang dikarangnya, murid menggunakan kitab itu dan membacanya di hadapan 
gurunya tadi. 
(3) Guru menulis sesuatu ĥadīts kemudian murid membacanya di hadapan gurunya itu. 
(4) Murid menyalin buku gurunya dan membaca apa yang 
disalinnya itu di hadapan gurunya. Perbezaan Bacaan dan `Ardhu ialah bacaan tidak semestinya apa yang ditulis oleh guru itu sendiri, boleh jadi hasil tulisan orang lain, 
`ardhu pula dimestikan tulisan yang dibaca murid adalah karangan guru yang dibaca di hadapannya itu. Faedahnya ialah selain daripada menerima ĥadīts, ia juga 
merupakan pengesahan terhadap apa yang ditulis gurunya itu bahawa ia adalah betul-betul seperti yang dikehendakinya.

Penggunaan istilah-istilah begini biasanya terdapat di dalam kitab-kitab ĥadīts yang lain, tetapi Imam Bukhāri menganggap kedua-dua istilah itu sama sahaja dan boleh 
saja digunakan ĥaddatsana untuk semuanya. Ini dibuktikan melalui riwayat pada tajuk bab dan riwayat kedua bab iaitu riwayat Dhimām bin Tsa`labah yang menanyakan Nabi s.a.w. tentang beberapa perkara yang telah disampaikan oleh utusan Nabi s.a.w., lalu Baginda hanya mengiyakannya sahaja, kemudian beliau memberitahu kaumnya bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan perkara tadi padahal Baginda hanya mengiyakan sahaja apa yang ditanya olehnya. Ia menunjukkan bahawa maklumat yang diperolehi melalui apa-apa saluran tentang sabdaan Nabi s.a.w. yang 
disahkan oleh Baginda sendiri sebenarnya sudah boleh dikira sebagai sabdaan Nabi s.a.w. dan boleh diriwayatkan dengan berkata حدثنا ,أخبرنا dan sebagainya.

36

Sahih bukhari kitab ilmu 0037


(`Ulama')⁵² Berhujah Untuk Bacaan Murid Di Hadapan Orang `Alim Dengan Hadîts Dhimâm Bin Tsa`labah, Bahawa Dia Berkata Kepada Nabi S.A.W.: “Adakah Allah Menyuruh Engkau Supaya Kami Mengerjakan Sembahyang?” Nabi 
S.A.W. Bersabda: “Ya”. Kata Mereka: “Ini Adalah Bacaan Di Hadapan Nabi S.A.W., Dhimâm Telah Memberitahu Kepada Kaumnya Tentang Perkara Itu Dan Mereka Membenarkannya.” ⁵³ Imam Mâlik Berhujah Dengan Shak (Surat) Yang Dibaca Di Hadapan Orang Ramai, Lalu Mereka Berkata, Si Pulan Telah Menjadikan Kami Sebagai Saksi.⁵⁴ Dibaca Di Hadapan Muqri’ (Guru Qira’at). 


_____________
⁵² Maksud sesetengah mereka (`ulama’) di sini ialah guru Imam Bukhāri yang bernama al-Ĥumaidi. Beliau telah menyebutnya di dalam Kitab an-Nawādirnya. 
Hafizh Ibnu Hajar berkata, di dalam Muqaddimah (Hadyu as-Sāri) saya telah mengatakan ia adalah al-Ĥumaidi. Tetapi sekarang saya berpendapat ia adalah Abu Sa`id al-Ĥaddād. Al-Baihaqi di dalam Ma`rifatu as-Sunan Wa al-Aatsār mengemukakan satu riwayat daripada Ibnu Khuzaimah bahawa beliau berkata, “Aku telah mendengar Muhammad bin Isma`il al-Bukhari berkata, “Kata Abu Sa`id al-Ĥaddād: “Saya mempunyai hadits daripada nabi s.a.w. berhubung dengan (keharusan) membaca di hadapan orang alim.” Apabila beliau ditanya, maka beliau berkata, “Ia adalah kisah Dhimām bin Tsa`labah yang bertanya: “Adakah Allah telahmenyuruhmu melakukan perkara ini?” Jawab nabi s.a.w.: “Ya.”

⁵³ Imam Bukhāri sebenarnya mahu menolak pendapat orang yang tidak mengira sebagai riwayat yang mu`tabar melainkan apa yang didengar daripada lafaz guru 
sendiri, maksudnya ialah tidak dikira mu`tabar apa yang dibaca di hadapan guru. Riwayat Dhimām ini membuktikan bahawa bacaan murid di hadapan guru yang 
hanya mengiyakan sahaja itu mu`tabar, kerana kaumnya menerima apa yang diriwayatkannya itu.

⁵⁴ Perkataan shak  (صك )berpunca daripada bahasa Farsi (چک) kemudian ia dijadikan bahasa `Arab. Perkataan check dalam Bahasa Inggeris dan cek dalam Bahasa Melayu
juga datang dari punca yang sama. Ia pada asalnya adalah surat rasmi atau dokumen yang diperakui oleh pihak-pihak tertentu untuk sesuatu akad, mengandungi maklumat 
tentang orang yang melakukan akad, jenis akad, perjanjian, pengakuan atau kesaksian orang-orang yang berkaitan, dengan menurunkan tandatangan masing-masing pada 
surat rasmi berkenaan. Apabila timbul sesuatu masalah dan surat itu dikemukakan kepada mahkamah, hakim akan membacakan kandungannya di hadapan orang ramai 
dan menanyakan kepada penama yang disertakan di dalamnya: “Adakah benar dia telah menjadikan kamu sebagai saksi?” sebagai contohnya. Pertanyaan itu boleh saja dijawab dengan mengiyakannya.
Bagi Imam Mālik, kalau surat kesaksian yang begitu penting pun boleh digunakan cara `ardhu dengan dibacakan sesuatu kenyataan, kemudian diperakui dan disahkan

37

Sahih bukhari kitab ilmu 0038


Kemudian Qari (Pembaca) Berkata: "Si Pulan Telah Mengajar Saya" (Menyuruh Saya Membaca DiHadapannya).⁵⁵ Muhammad Bin Salâm Meriwayatkan Kepada Kami, Katanya, Muhammad Bin Al-Hasan Al-Wâsithi Meriwayatkan Kepada Kami Daripada `Auf Daripada Al-Hasan (Al-Bashri),⁵⁶ Beliau Berkata: “Tidak Mengapa Membaca Di Hadapan Orang `Alim”.⁵⁷ `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kepada Kami Daripada Sufyân, Beliau Berkata: “Apabila Seseorang Membaca Di Hadapan Muhaddits, Tidak Mengapa Untuk Dia Mengatakan 


______________________
oleh tuan punya kenyataan, maka tentulah cara `ardhu ini lebih-lebih lagi boleh digunakan dalam periwayatan.
Bagi Imam Mālik, kalau menisbahkan kesaksian kepada orang yang tidak melafazkan kesaksian itu pun dibolehkan, maka tentunya menisbahkan taĥdīts kepada guru yang 
dibaca di hadapannya itu juga boleh kerana kesaksian lebih tinggi darjatnya daripada periwayatan ĥadīts.

⁵⁵ Hujjah kedua Imam Mālik ialah sahnya pembelajaran qira’at dengan hanya murid yang menjadi pembaca dan guru mengiyakan dengan hanya menegur ketika terdapat 
kesilapan. Kalau al-Qur’ān pun boleh dipelajari dengan cara ini, maka ĥadīts tentunya tidak ada masalah sekiranya disampaikan dengan cara ini.

Kalau boleh dinisbahkan guru yang tidak membaca kesemua al-Qur’ān di hadapan muridnya itu sebagai pengajarnya, tentu guru yang tidak membaca semua lafaz ĥadīts di hadapan muridnya juga boleh diterima sebagai guru, kerana al-Qur’ān lebih tinggi darjatnya daripada ĥadīts.


⁵⁶ Imam Bukhāri menyebutkan pendapat al-Ĥasan al-Bashri di sini kerana menurut beliau tidak boleh diriwayatkan ĥadīts berdasarkan ma`nanya. Syarat penerimaan
ĥadīts di sisinya lebih ketat berbanding orang-orang lain, namun beliau juga menerima periwayatan dengan cara bacaan (di hadapan guru) ini.

⁵⁷ Kadang-kadang lebih baik pelajar membaca di hadapan orang `alim (guru muhaddits) berbanding guru sendiri yang membaca, kerana boleh jadi guru yang membaca itu tersilap, tetapi tidak ditegur oleh murid. Dalam keadaan murid yang membaca pula, kedua-dua pihak akan lebih memberikan perhatian.
Anak murid Imam Mālik, Mutharrif berkata: “Aku menjadi murid Imam Mālik selama 17 tahun, selama pengajianku aku hanya melihat murid yang membaca di hadapan beliau.” Mutharrif berkata lagi: “Imam Mālik tidak suka orang yang membeza-bezakan antara bacaan guru dan bacaan murid.” Begitulah juga Imam Bukhāri, beliau mengemukakan beberapa pendapat `ulama’ lain yang telah diterima untuk menyokong pendapat beliau yang mungkin agak ganjil kepada sesetengah orang.

Maulana Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri berkata: “Di kalangan anak murid Imam Mālik hanya Imam Muĥammad (bin Ĥasan as-Syaibāni) yang mendapat keistimewaan Imam Mālik menjadi guru yang membaca.”

38

Sahih bukhari kitab ilmu 0039

Haddatsani (Dia Telah Meriwayatkan Kepada Saya)”.⁵⁸
Beliau (Imam Bukhari) Berkata: "Saya Mendengar Abu `Aashim Berkata: Mâlik Dan Sufyân Berpendapat 
Bacaan Di Hadapan Orang `Alim Dan Bacaannya Sendiri Sama Sahaja”.⁵⁹

٦٣ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ سَعِيدٍ هُوَ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ دَخَلَ رَجُلٌ عَلَى جَمَلٍ فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ عَقَلَهُ ثُمَّ قَالَ لَهُمْ أَيُّكُمْ مُحَمَّدٌ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ فَقُلْنَا هَذَا الرَّجُلُ الْأَبْيَضُ الْمُتَّكِئُ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ يَا ابْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَجَبْتُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي سَائِلُكَ فَمُشَدِّدٌ عَلَيْكَ فِي الْمَسْأَلَةِ فَلَا تَجِدْ عَلَيَّ فِي نَفْسِكَ فَقَالَ سَلْ عَمَّا بَدَا لَكَ فَقَالَ أَسْأَلُكَ بِرَبِّكَ وَرَبِّ مَنْ قَبْلَكَ أَاللَّهُ أَرْسَلَكَ إِلَى النَّاسِ كُلِّهِمْ فَقَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ أَاللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ نُصَلِّيَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ أَاللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ نَصُومَ هَذَا الشَّهْرَ مِنْ السَّنَةِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ أَاللَّهُ أَمَرَكَ أَنْ تَأْخُذَ هَذِهِ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَتَقْسِمَهَا عَلَى فُقَرَائِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ نَعَمْ فَقَالَ الرَّجُلُ آمَنْتُ بِمَا جِئْتَ بِهِ وَأَنَا رَسُولُ مَنْ وَرَائِي مِنْ قَوْمِي وَأَنَا ضِمَامُ بْنُ ثَعْلَبَةَ أَخُو بَنِي سَعْدِ بْنِ بَكْرٍ وَرَوَاهُ مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ وَعَلِيُّ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ المُغِيرَةِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا


63 - `Abdullah Bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya, Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id (al-Maqburi) daripada Syarīk Bin `Abdillah Bin Abi Namir bahawa dia mendengar Anas Bin Mālik berkata: 
“Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki sambil menaiki unta. Lalu dia menurunkan untanya di dalam masjid dan mengikatnya,kemudian bertanya: “Siapakah di antara 


________________
⁵⁸ Tanpa perlu disebut dengan istilah yang berbeza iaitu akhbarani. Kalau seorang qari yang mengajar itu boleh dikatakan untuknya aqra’ani (أقرأني )maka pengajar 
ĥadīts juga boleh dikatakan ĥaddatsani (حدثني.)

⁵⁹ Inilah pendapat Imam Mālik, Sufyān ats-Tsauri, satu pendapat dari Abu Ĥanīfah menurut satu riwayat, Sufyān bin `Uyainah, Ĥumaidi, Zuhri, `Ali Ibnu al-Madīni dan 
Imam Bukhāri.

⁶⁰ Imam Mālik berhujah dengan ĥadīts ini tentang air kencing dan tahi binatang yang halal dimakan dagingnya tidak najis, kerana Nabi s.a.w. dan Shaĥabat-shaĥabatnya


39

Sahih bukhari kitab ilmu 0040


kamu Muĥammad?” Nabi s.a.w. ketika itu sedang bertelekan di antara mereka.⁶¹ Kami pun menceritakan: “Lelaki putih yang sedang bertelekan itu.”⁶² Maka orang itu berkata: “Wahai anak `Abdil Mutthalib”. Nabi s.a.w. pun 
berkata: “Saya telah pun menyahut panggilanmu”.⁶³ Lelaki itu berkata lagi: “Saya akan bertanya engkau dan saya akan keraskan soalan saya terhadapmu, 


______________
melihat perkara ini berlaku di dalam masjid dan tidak mencegahnya, walaupun ada kemungkinan unta itu akan kencing atau berak pada bila-bila masa. Jumhur `ulama’ yang tidak berpendapat begitu menta’wilkan perkataan في pada فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ secara tawassu`, dengan maksud ‘di kawasan masjid’, bukan ‘di dalam masjid’. 
Mengikut riwayat yang lain lafaznya ialah فَأَنَاخَهُ خَارجَ الْمَسْجِدِ yang bermaksud ‘di luar masjid’  atau فَأَنَاخَهُ فِي رَحْبَةِ الْمَسْجِدِ yang juga membawa maksud ‘di luar’. 

Ada juga riwayat Imam Muĥammad yang menyebutkan bahawa diturunkan unta di pintu masjid, tetapi ia masih tempat yang perlu dijaga kebersihannya.

⁶¹ Perkataanظهران pada asalnya adalah tatsniah bagi perkataan ظهر .Kemudian ia dianggap sebagai mufrad, lalu dimasukkan alamat tatsniah padanya, maka jadilah ia ظهرانين .
Setelah ia diidhafatkan kepada dhamir, dibuangkanlah huruf ن di akhirnya sehingga ia menjadi ظَهْرَ انَيْهِمْ َ.  Perkataan ini diguna untuk menyatakan perkumpulan yang ramai ketika mana mereka tak kisah membelakangi satu sama lain. 

⁶² Putih di sini bukan semata-mata putih seperti kapur, di dalam riwayat yang lain ia disebutkan    الأَمْغَرُ  المُرْتَفِقُ 
yang bermaksud putih merah, bukan juga putih 
kuning.

⁶³ Apakah maksud قد أجبتك  ,adakah ia bermaksud “aku telah pun menyahut panggilanmu” atau “aku telah pun menjawab pertanyaanmu”? Tentu sekali ia bukan 
bererti “aku telah pun menjawab pertanyaanmu”, kerana Dhimām belum lagi bertanya apa-apa. Sesetengah `ulama’ berpendapat, ma`na أَجَبْتُكَ itu ialah  سَمِعْتُ bermaksud yang bermaksud ‘saya telah dengar’ atau dengan ma`na ُإِنْشَاء ِالإِجَابَة yang bermaksud ‘bersedia untuk menjawab’.

Pendapat lain yang boleh juga diterima ialah kata-kata Nabi s.a.w. ini merupakan jawapan kepada soalannya yang pertama sekali, iaitu ٌأَيُكُمّ مُحَمَد yang bermaksud ‘Siapakah di antara kamu Muĥammad?’. Sebenarnya nabi s.a.w. telah pun menjawab pertanyaannya itu dengan berkata: أَنَا(saya) ketika Shaĥabat-shaĥabatnya memberitahu “Lelaki putih yang sedang bertelekan itu”, tetapi jawapan baginda tidak 
didengarinya. Lalu nabi s.a.w. berkata: قد أجبتك (saya telah menjawab pertanyaanmu). 
Ada juga `ulama’ yang mengandaikan bahawa Nabi s.a.w. tidak menyukai cara yang kasar daripada penanya tadi, lalu Baginda menjawab seolah-olahnya dengan merajuk: 
“Aku telah jawab pertanyaanmu”, tetapi andaian ini tidak tepat kerana Baginda adalah seorang yang lembut sehinggakan orang yang kencing di dalam masjid pun tidak dihalaunya.  Maka terjemahan yang sesuai bagi lafaz  قَدْ أَجَبْتُكَialah ‘Aku telah bersedia untuk menjawab (apa-apa persoalanmu)’ atau ‘Aku telah menyahut pertanyaanmu’.

40

Sahih bukhari kitab ilmu 0041

janganlah pula engkau berasa hati”.⁶⁴ Nabi s.a.w. bersabda: “Tanyalah apa yang terlintas di hatimu”. Dia pun berkata: “Saya mahu bertanya engkau demi ⁶⁴ 


________________

⁶⁴ Para `ulama’ telah membuat beberapa andaian terhadap tingkah laku orang ini: 
(1) Ia merupakan satu cara untuk beliau menguji dan mengenal pasti apakah tindakan Nabi akhir zaman apabila dilayan dengan kekasaran. 
(2) Beliau adalah seorang wakil daripada satu kaum, maka ini sebenarnya adalah cadangan mereka supaya ditanyakan Nabi akhir zaman persoalan-persoalan tadi dengan cara yang agak kasar. 
(3) Beliau telah pun memeluk agama Islam pada ketika itu, cuma sengaja berbuat begini untuk menampilkan dirinya sebagai orang asing yang belum tahu peraturan dan adab, 
dengan itu dia boleh menanyakan pelbagai soalan yang ganjil tanpa berasa segan silu seperti Shaĥabat-shaĥabat lain yang sudah lama bersama Nabi s.a.w. sebagaimana 
akan dinyatakan dalam ĥadīts seterusnya, kata Anas: “Di dalam Al-Qur’ān, kami telah dilarang bertanya Nabi s.a.w., kerana itu kami suka sekali jika ada seseorang dari 
kalangan penduduk desa (badwi) yang bijaksana datang bertanya Nabi s.a.w. dan kami pula mendengarnya”.
Zahir ĥadīts ini pada bahagian: ِآمَنْتُ بِمَا جِئْتُ بِه
Saya (telah) beriman dengan apa yang dibawa olehmu” menjadi bukti kepada orang yang bersetuju dengan andaian ketiga bahawa dia adalah seorang yang sudah pun beragama Islam pada ketika itu. Ini juga adalah pegangan Imam Bukhāri, al-Auzā`i dan lain-lain.

Antara bukti yang lain lagi ialah dia tidak meminta nabi s.a.w. menunjukkan mu`jizat.Tetapi bukti ini tidak begitu kuat, kerana tidak semua orang yang belum Islam
meminta nabi s.a.w. menunjukkan mu`jizat. Mu`jizat hanya diminta oleh orang-orang yang lemah akal dan tidak dapat menerima Islam kerana keras kepalanya. Orang
berkenaan pula adalah seorang yang cerdik dan dipilih oleh kaumnya untuk datang bertanya, jadi tidak sesuai sebagai seorang yang cerdik akan meminta mu`jizat dari
Nabi seperti orang yang enggan menerima Islam tanpa melihat terlebih dahulu mu`jizat.
Menurut sesetengah `ulama’, andaian ketiga ini tidak begitu tepat. Untuk mengatakan dia seorang Shaĥabat yang telah pun memeluk Islam pada ketika itu, tidak sesuai 
dengan soalan yang dikemukakannya dalam ĥadīts selepas ini, iaitu soalan tentang pencipta langit, bumi, bukit bukau dan yang meletakkan segala manfaat pada bumi ini.


Selain  dari itu katanya  ُأَتَانَا رَسُوْلُكَ فَأَخْبَرَنَا أَنَّكَ تَزْعُم
dalam ĥadīts selepas ini. Bagaimana dia boleh berkata أَنَّكَ تَزْعُم  (bahawa sesungguhnya engkau mendakwa), orang yang sudah memeluk agama Islam tidak akan berkata begitu terhadap kata-kata nabi s.a.w. 

Seolah-olahnya kata-kata nabi s.a.w. adalah sesuatu yang belum pasti, ia tidak lebih daripada da`waan semata-mata.

Imam Abu Daud juga berpendapat orang yang datang bertanya nabi s.a.w. di dalam hadits ini dan hadits selepasnya belum Islam lagi pada ketika itu. Beliau meletakkan ĥadīts ini di bawah: باب المشرك يدخل  المسجد
(Bab: Orang musyrik masuk masjid).

Dari situ juga dapat diketahui bahawa layanan Nabi s.a.w. terhadap orang musyrik yang masuk masjid tidaklah seperti masuknya najis, sebagaimana disalah fahami oleh sesetengah orang tentang ayat di bawah ini:

41

Sahih bukhari kitab ilmu 0042


tuhanmu dan demi tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah telah mengutuskan engkau kepada manusia seluruhnya?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Orang itu terus berkata: “Saya hendak bertanya engkau dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya kita mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Saya 
mahu bertanya engkau dengan nama Allah: “Adakah Allah menyuruh engkau supaya kita berpuasa satu bulan dalam setahun?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Orang itu berkata lagi: “Saya hendak bertanya engkau dengan nama 
Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya mengambil sedekah daripada orang-orang kaya di kalangan kita untuk dibahagikan kepada orang-orang miskin di kalangan kita?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Maka orang itu pun 
berkata: “Saya beriman dengan apa yang dibawa olehmu⁶⁵ dan saya adalah utusan bagi orang-orang di belakang saya dari kalangan kaumku (yang tidak 


______________

At-Taubah 9:28

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ ٱلْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَاۚ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-
Harām sesudah tahun ini. (at-Taubah:28).

Antara tafsiran yang diberikan ialah: 
(1) Yang diharamkan ialah Masjid al-Harām,
bukan masjid-masjid lain. 
(2) Diharamkan kepada mereka sebagai siyāsah, iaitu umat Islam hendaknya mempunyai satu kawasan yang penduduknya hanya terdiri daripada orang-orang Islam sahaja, dengan itu rahsia dan kepentingan umat Islam akan terpelihara dan tidak akan diketahui musuh-musuh Islam di luar sama ada melalui melalui pengintipan dan sebagainya. (3) Najisnya orang kafir musyrik itu adalah di sudut `aqidahnya, bukan batang tubuhnya yang zahir. 

⁶⁵ Zahir perkataan آمَنْتُ memberi ma`na ‘saya telah beriman’. Jadi pertanyaan Dhimām hanyalah sekadar untuk mengambil pengakuan dan lafaz Nabi s.a.w. Bagaimanapun perkataan ini boleh juga diterjemahkan dengan ‘saya bersedia untuk beriman’ sebagai ِإِنْشَاء؟ الإِيْمِان
untuk menyatakan kesediaan.
`Ulama’ yang tidak menerima penyampaian ĥadīts melalui cara bacaan di hadapan  guru memilih Dhimām belum Islam dalam peristiwa ini, periwayatan orang bukan 
Islam tidak mu`tabar dan tidak boleh diambil kira sebagai hujjah. Pendapat ini boleh ditolak dengan mengatakan bahawa Dhimām beriman selepas peristiwa ini dan 
menyampaikan perutusan ini kepada kaumnya dalam keadaan beriman. Inilah antara contoh riwayat orang yang masuk Islam menceritakan peristiwa sebelum Islamnya. 
Riwayat orang spt ini memang diterima, seperti yang telah berlalu dalam kisah Abu Sufyān dan Hiraqlu.

42


Sahih bukhari kitab ilmu 0043


datang bersama). Saya adalah Dhimām Bin Tsa`labah saudara Bani Sa`ad bin Bakr.”Musa (bin Isma`il) dan `Ali Bin `Abdil Ĥamid meriwayatkan ĥadīts ini daripada Sulaiman (bin al-Mughīrah) daripada Tsābit daripada Anas daripada 
Nabi s.a.w.⁶⁶

______________
⁶⁶ Ĥadīts ini juga diriwayatkan secara maushūl oleh Abu `Awānah di dalam Shaĥīĥnya dan Ibnu Mandah di dalam (kitabnya) al-Iman. Kata Ĥāfizh Badruddīn al-`Aini: “Kalau kamu bertanya, mengapa Imam Bukhāri menyebutkan riwayat Musa dan `Ali secara ta`līq?” Maka aku katakan, al-Kirmāni berkata: Mungkin Imam Bukhāri meriwayatkan daripada Musa dan `Ali bin `Abdil Ĥamid secara tidak 
langsung, menjadikan sanadnya sebagai sanad nāzil (rendah). Sanad `Abdullah bin Yusuf pula adalah sanad `aali (tinggi), kerana itu ia dipilih oleh Imam Bukhāri. 
Tujuan disebutkan riwayat ta`liq Musa dan `Ali bin `Abdil Ĥamid adalah sebagai mutāba`ah (riwayat sokongan) untuk menguatkan lagi riwayat `Abdullah bin Yusuf. 
Mutāba`ah begini dipanggil sebagai mutāba`ah nāqishah kerana pertemuan dua sanad tersebut hanya berlaku pada guru di bahagian atas sahaja, bukan bermula dari bawah 
lagi.
Ĥāfizh Ibnu Ĥajar al-`Asqalani berkata: Imam Bukhāri mengemukakan ĥadīts Musa bin Isma`il dan `Ali bin `Abdil Ĥamid secara mutāba`ah sahaja kerana menganggap 
guru mereka iaitu Sulaiman bin al-Mughīrah sebagai perawi yang tidak menepati syaratnya.
Pensyarah yang lain seperti al-`Aini pula menolak kenyataan Ĥāfizh Ibnu Ĥajar itu 
dan mengatakan bahawa dalam Bab Sutrah, Imam Bukhāri ada menukilkan riwayatnya sebagai riwayat ushul tanpa mengemukakan mana-mana riwayat lain.
Imam Aĥmad berkata tentangnya: “Tsabt, tsabt, tsiqah, tsiqah”, Ibnu Sa`ad juga mengatakan: “Tsiqah, tsabt” dan Syu`bah mengatakan dia adalah: “البصرة أهل سيد ,“
Abu Daud at-Thayālisi mengatakan: “الناس خيار ِمن كان “yang bermaksud ‘dia adalah antara orang yang terpilih’.
Boleh jadi Ĥāfizh Ibnu Ĥajar menyebutkan begini kerana di dalam nuskhahnya tiada riwayat yang kedua di bawah tajuk bab ini seperti yang ada pada nuskhah kita ini, di 
mana perawinya itu adalah Musa bin Isma`il daripada gurunya Sulaiman bin al-Mughīrah. As-Shan`āni mengatakan bahawa dalam semua nuskhah Bukhāri, riwayat yang kedua ini tiada, boleh jadi Ĥāfizh Ibnu Ĥajar mempunyai nuskhah yang lain.Tetapi riwayat kedua ini ada di dalam nuskhah al-Firabri sahaja, itulah nuskhah yang 
dipilih penulis dan disokong dengan beberapa hujjah yang mematahkan pendapat Ĥāfizh Ibnu Ĥajar tentang Sulaiman bin al-Mughīrah bahawa Imam Bukhari tidak berhujah dengannya atau dengan kata lain dia perawi yang tidak menepati syarat Bukhāri.

43

Sahih bukhari kitab ilmu 0044


_______
`Ulama’ yang tidak menyokong pendapat ini mengatakan bahawa ketiadaan riwayat kedua ini dalam nuskhah lain menunjukkan Imam Bukhāri sebenarnya telah 
membuangnya dan mengira Sulaiman tidak menepati syarat untuk riwayat ushul Sahih Bukhari. Selain daripada kenyataan al-`Aini tadi, al-Firabri juga mempunyai 
kelebihan sebagai murid Imam Bukhāri yang sentiasa melaziminya, membolehkannya untuk mengetahui penambahan yang dibuat oleh Imam Bukhāri sepanjang 
pengajarannya dan beliau juga turut serta dalam kelas terakhir Imam Bukhāri. Kerana itu nuskhahnya dianggap sebagai nuskhah yang paling mu`tabar.


44

Rabu, April 06, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0009-0017ss

Sahih bukhari kitab ilmu 0009-0017ss
ss=lengkap

Sebelum ni bincang tajuk panjang lebar
Bab kedua bawah tajuk

٢ - بَابُ مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ، فَأَتَمَّ احلَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ 
Bab (2): Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu Ilmu Ketika Dia Sedang Sibuk Berbicara, Dan Dia Menyempurnakan Bicaranya Itu, Kemudian Baru Menjawab Soalan Orang Yang Bertanya.⁷
-ini dinamakan tajuk bab.
-kitab sahih bukhari paling menarik.
-jika kita menguasai tajuk bab , kita akan menguasai fikh Imam Bukhari.
-Setiap cara pengarang2 kitab hadits tak sama mereka ada cara tersendiri.
-bawah tajuk bab ada yang banyak hadits dan ada yang tidak.
- berbeza dengan  Sahih Muslim
- setiap pengarang membuat  kitab hadits tidak sama maksudnya.
-Imam Muslim haditsnya ada beberapa
- cara susunan juga berbeza
-Imam Muslim ketika membuat kitab sehingga lupa makan.
-kiranya dia tak sempat buat tajuk meninggaldunia.
-Sahih Muslim ,yang pertama hadits yang paling sahih.
-cara Imam Tirmizi pula, yang mula2 tidak mesti lebih kuat
- seperti juga Sahih Bukhari berbeza dari Sahih Muslim.
-seperti ini hanya 1 hadits bawah satu tajuk.
- ini hanya hadits sokongan atau mutabaah terhadap hadits lain atau ada ayat quran .
Minit 22


٥٩ - ■حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ ح ●و حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ حَدَّثَنِي هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ
 قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ
 السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ
 قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّه قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Catitan:
■ kena tambah sendiri bila baca walaupun tiada pada tulisan dengan وبه قال 
●selepas ح  dan selepas و itu  قال

Minit 36

[Lihat athrāf ĥadīts ke-59 ini pada: 6496♧].
♧nombor hadits dalam sahih bukhari iaitu hadits 6496 yang  lafaznya mungkin berbeza tetapi kandungannya sama.
Perkataan athrāf tidak tepat  kerana athrāf adalah untuk jamak.
Perkataan Thãraf lebih tepat untuk satu.
Anggaplah athrāf  yang telah di melayukan betul maknanya  walaupun sebenarnya Thãraf untuk satu.
Seperti perkataan ulamak atau tawakal yang digunakan dalam bahasa kita walaupun perkataan yang lebih tepat tawakkul
Athraf=hadits yang sama  lengkapnya juga ada pada tempat yang lain.

pergi  kepada terjemahannya..
Siapa nak baca..
59–Muĥammad bin Sinān⁸ meriwayatkan kepada kami, katanya, Fulaiĥ⁹ meriwayatkan kepada kami, (ح♡) Ibrahim bin al-Mundzir¹⁰ (juga) 
Minit 43
♡tak payah ح baca sebab dah ada perkataan "juga"

meriwayatkan kepada kami, katanya, 
Muĥammad bin Fulaiĥ¹¹ meriwayatkan kepada kami, katanya, 
ayahku (Fuaiĥ) telah meriwayatkan kepadaku, katanya, Hilāl bin Ali ¹² meriwayatkan kepadaku daripada 
`Athā’ bin Yasār daripada 
Abi Hurairah, katanya, ketika Nabi s.a.w. sedang mengajar orang ramai dalam satu majlis, tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w. seorang lelaki pedalaman (a`rābi). Dia lantas bertanya: “Bila kiamat akan berlaku?”. Rasulullah s.a.w. terus berbicara. Sebahagian daripada orang ramai berkata: “Nabi s.a.w. mendengar apa yang ditanyai orang itu, tetapi tidak suka kepada pertanyaannya.¹³ Sebahagian yang lain pula berkata: “Bahkan Baginda s.a.w. tidak mendengarnya. Sehinggalah Nabi s.a.w. menghabiskan ceritanya.¹⁴  Ketika itu barulah Baginda s.a.w. bertanya: 
“Di mana – saya fikir –¹⁵ orang yang bertanya tentang kiamat tadi?” ¹⁶
Orang itu menyahut: “Saya wahai Rasulallah”. Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Apabila amanah¹⁷ disia-siakan, maka tunggulah kiamat”.¹⁸ Orang itu bertanya lagi: “Bagaimana disia-siakan 
amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Apabila diserahkan amanah kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kiamat!”¹⁹

Komen tentang bacaan pelajar.
♡huruf حtak payah baca sebab telah ada perkataan "juga"

Sanad pertama 
Muĥammad bin Sinān⁸ meriwayatkan kepada kami, katanya, Fulaiĥ⁹ meriwayatkan kepada kami,

Sanad kedua
Ibrahim bin al-Mundzir¹⁰ (juga) 
meriwayatkan kepada kami, katanya, 
Muĥammad bin Fulaiĥ¹¹ meriwayatkan kepada kami, katanya, 
ayahku (Fuaiĥ) telah meriwayatkan kepadaku, katanya, 
Hilāl bin Ali 

▪︎Tentang sebut  يَا رَسُولَ اللَّه sebab ini dilafaz oleh  badui
▪︎Tentang sebut أَبِي هُرَيْرَةَ sebab ini lafaz oleh orang Arab  dan perlu dijaga semasa meriwayatkan hadits atau apa yang diterima dan disampaikan .
◇ini adalah kerapian menerima dan menyampaikan hadits.

Minit 56
- jika buat filem tentang Rasullah saw tidak pastikan latar belakang , itu satu pendustaan

_____________

¹³ Daripada peristiwa ini dapat kita ketahui adab dan ilmu para Shaĥabat yang telah lama bersama Nabi s.a.w., mereka mengetahui bahawa soalan orang a`rābi itu 
didengari Baginda, cuma tidak dijawabnya kerana pertanyaan itu tidak kena dengan tempat dan masanya.
Daripada peristiwa ini juga diketahui bahawa kepandaian bertanya itu sendiri sudah merupakan sebahagian daripada ilmu. Kepandaian memutuskan di mana sepatutnya 
dikemukakan soalan menunjukkan seseorang itu telah mempunyai pengetahuan tentang adab dan disiplin ilmu.
Ada Shaĥabat menyimpan soalan yang ingin ditanya selama dua tahun, ada pula yang ingin menanyakan sesuatu tetapi merasakan ia tidak begitu perlu, lalu bertanya Shaĥabat yang lain sahaja tentangnya.

¹⁴ Mengapakah Nabi s.a.w. tidak terus menjawab orang yang bertanya di sini,sedangkan ada di dalam ĥadīts yang lain Baginda s.a.w. sedang berkhutbah, tiba-tiba 
ada orang datang bertanya, maka Baginda s.a.w. dengan segera menjawabnya? Tingkah laku Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan tidak semua soalan yang ditanya 
perlu diberikan jawapan dengan segera dan orang yang bertanya pula tidak boleh terkilan dengan soalannya yang diabaikan itu. 
Soalan tidak dijawab Rasulullah s.a.w. dengan segera kerana beberapa sebab: 
(1) Jawapannya masih belum sesuai dengan orang yang bertanya. 
(2) Jawapan bagi semua soalan tidak mesti diberikan segera. 
(3) Soalan yang dikemukakan tidak lebih penting daripada perkara yang sedang dibicarakan. 
(4) Perkara yang ditanya ialah perkara yang tidak wajib diketahui. Kalau tidak mengetahuinya pun tidak mengapa.
Oleh kerana Nabi s.a.w. adalah seorang utusan Allah, maka sekiranya soalan yang dikemukakan memang memerlukan jawapan segera, tentulah Baginda tidak akan 
berlengah-lengah dalam menjawabnya.

Ĥadīts ke-59 ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. tidak terus menjawab soalan orang yang bertanya. Walau bagaimanapun Baginda tidak mengherdik orang yang 
bertanya dan tidak juga memarahinya, cuma soalannya sahaja tidak dijawab untuk seketika. Sebabnya ialah persoalan tentang hari kiamat secara terperinci dan bilakah ia akan berlaku dengan tepat tidak wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Apa yang wajib dipercayai hanyalah tentang kewujudannya yang akan tiba pada suatu hari nanti.Seorang guru yang menyembunyikan jawapan daripada seorang murid juga tidak bererti dia terg olong dalam golongan orang yang disebutkan dalam sabda Nabi s.a.w. ini:
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: Orang yang ditanya tentang sesuatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya, akan dikekang oleh Allah dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat nanti.
(Ĥadīts riwayat Abu Daud, Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān).

Kerana maksud daripada ilmu yang dilarang menyembunyikannya ialah ilmu yang diperlukan oleh seseorang pada ketika itu atau ilmu fardhu `ain.

¹⁵ Rangkai kata “saya fikir” atau di dalam teks asalnya "أراه" yang berada di antara dua tanda sengkang ini merupakan sisipan perawi (الراوي من مدرج ) yang menyatakan 
keraguannya terhadap lafaz yang sebenar dan yang tepat telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diterimanya daripada perawi di atasnya. 
Kata "أراه "juga boleh diterjemahkan dengan “saya rasa”. Perawi yang ragu di sini ialah Muĥammad bin Fulaiĥ. Sebabnya ialah murid-murid Fulaiĥ yang lain semuanya 
meriwayatkan tanpa menyatakan keraguan seperti itu. 

Pernyataan keraguan seperti ini tidak dianggap para `ulama’ ĥadīts sebagai suatu kekurangan dan kelemahan perawi, malah ia bagi mereka menunjukkan sikap cermat 
dan amanahnya seseorang perawi. Sering kali berlaku apabila guru hanya menyebutkan nama perawi tanpa nama bapanya, murid-murid akan berkata: يعني ابن فالن maksudnya ialah anak si fulan, dengan tujuan menjelaskan “bin fulan” yang tersebut itu adalah tambahan daripada murid, bukan keterangan asal guru.

Semua ini dilakukan dalam periwayatan ĥadīts secara jujur dan sebagai langkah bercermat. Ia tidak menunjukkan perawi pelupa atau tidak cermat dalam menerima
ĥadīts. Sebaliknya menunjukkan perawi adalah seorang yang amanah, tidak menyembunyikan fakta dan tidak segan-segan menyatakan keraguannya dalam
keadaan ada sebarang keraguan.

Keraguan yang berlaku kepada mana-mana perawi dapat dipastikan dengan melihat riwayat-riwayat mutāba`ātnya. Riwayat-riwayat mutāba`āt tanpa keraguan pula akan 
menampung sedikit sebanyak kekurangan yang terdapat pada riwayat asal. 

-perbincangan tentang أراه
-bukan dalam riwayat yang asal.
1jam 27minit

1jam 43 minit

¹⁶ Perbuatan Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa beliau menggalakkan pertanyaan dalam pembelajaran, kerana pertanyaan menunjukkan adanya minat dan perasaan 
ingin tahu pada pelajar. 
Pertanyaan seseorang juga menunjukkan ada niat dan hajatnya terhadap perkara yang ditanya, boleh jadi juga kefahamannya berkaitan dengan perkara yang ditanyakan itu tidak begitu jelas, kerana itu adalah tidak wajar mengherdik dan memarahi orang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu masalah yang mengganggu fikirannya.

Langkah bertanya itu juga bersesuaian dengan ĥadīts berhubung dengan kematian seorang Shaĥabat, akibat orang-orang yang menyuruhnya mandi untuk mengangkat 
hadats besar ketika sahabat berkenaan mengalami luka tidak bertanya cara-cara mengangkat hadats besar dalam keadaan itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَلَمْ يَكُنْ شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالَ
Bermaksud: Bukankah penawar kejahilan itu bertanya? (Ĥadīts riwayat Aĥmad, Abu Daud, Ibnu Majah, `Abdur Razzāq, at-Thabarāni, al-Ĥākim dan lain-lain).

Contoh ĥadīts bagi soalan yang sama tetapi jawapannya berlainan .
Soalan seperti ini sebenarnya telah dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w. oleh beberapa orang sahabat. Jawapan Rasulullah terhadap soalan yang lebih kurang sama 
itu adalah dengan melihat kepada maksud sebenar soalan dikemukakan.
Sebagai contoh, apabila Jibril a.s. datang dalam rupa seorang asing yang tidak dikenali sesiapa pun dari kalangan peserta, lalu beliau a.s. bertanya: متى الساعة ؟
(Bilakah akan berlaku kiamat?), Nabi s.a.w. memahami bahawa soalan itu bertanyakan tentang waktu sebenar berlakunya kiamat. Kerana itulah Baginda s.a.w. bersabda
مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ
Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Apabila ditanya oleh orang `Arab pedalaman (a`rābi) di dalam ĥadīts ke-59 ini, Nabi s.a.w. memahami soalan itu bertanyakan tentang tanda-tanda kiamat telah hampir. 
Kerana itulah Baginda menjawab dengan mengemukakan salah satu alamat kiamat telah hampir.

Setelah dikemukakan soalan yang sama oleh seseorang dalam peristiwa yang lain pula, Nabi s.a.w. bertanya kembali kepadanya, “Apakah yang kamu persiapkan untuknya?” 

Jawab yang bertanya, “Sembahyang saya tidaklah seberapa, puasa saya juga tidak seberapa. Tetapi saya sayang kepada Allah dan RasulNya.” 
Maka lantas Baginda bersabda الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ (seseorang itu akan bersama orang yang disayanginya). 
(Ĥadīts riwayat Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Ĥibbān dan lain-lain). 
1jam 47 minit

Soalan bila kiamat oleh orang yang bertanya di dalam ĥadīts ini difahami Rasulullah s.a.w. sebagai pertanyaan tentang apa yang perlu disediakan sebelum hari kiamat 
untuk kebahagian selepas hari kiamat. 

Apabila soalan yang sama ditanyakan oleh orang lain pula, Nabi s.a.w. menjawab soalannya dengan bersabda: 
إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Apabila mati seseorang, bererti telah berlakulah kiamatnya. 
(Ĥadīts riwayat Ibnu Lāl di dalam Makārimul Akhlāq, Ibnu Abi ad-Dunya di dalam Kitab al-Maut dan ad-Dailami di dalam Zahrul Firdaus). 

Ĥadīts ini walaupun dha`if sanadnya, tetapi tidaklah ia terlalu dha`if, ma`nanya pula shaĥīĥ, bahkan ada beberapa syawahidnya di dalam Shaĥīĥ Bukhāri dan Shaĥīĥ Muslim.

1jam 48 minit
Antaranya ĥadīts `Aaishah di bawah ini, kata beliau: 
كَانَ الْأَعْرَابُ إِذَا قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوهُ عَنْ السَّاعَةِ مَتَى السَّاعَةُ فَنَظَرَ إِلَى أَحْدَثِ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ فَقَالَ إِنْ يَعِشْ هَذَا لَمْ يُدْرِكْهُ الْهَرَمُ قَامَتْ عَلَيْكُمْ سَاعَتُكُمْ
Bermaksud: Apabila orang-orang pedalaman `Arab datang kepada Rasulullah s.a.w., mereka bertanya Baginda tentang kiamat, “Bila kiamat?” Nabi s.a.w. pun melihat kepada orang yang paling muda di antara mereka seraya bersabda: “Kalau dia hidup, dia tidak akan sampai tua pun, (ketika itu pun) telah berlaku kiamat kepada kamu.” 
(Ĥadīts riwayat Muslim, `Abd bin Ĥumaid dan Ibnu Abi Syaibah). 

Maksud ĥadīts ini ialah pada ketika itu semua kamu telah pun mati. Bukan kiamat sebenar telah berlaku. 
Seolah-olahnya soalan itu bertanyakan tentang bilakah balasan amalan diterima oleh seseorang, adakah selepas berlaku kiamat sebenar atau kiamat besar atau bagaimana? 

Jawapannya ialah pembalasan amalan sama ada baik atau buruk mulai berlaku sebaik sahaja seseorang meninggal dunia.
- keterangan tentang di mana orang yang bertanya tentang kiamat.
-soalan sama tetapi berlainan jawapan
- kebijaksanaan Rasullah saw memberi jawapan dengan mengesan maksud orang yang bertanya.
- setiap jawapan berbeza dan  tepat serta kena dengan sipenanya.
-istilah qiamat. Juga bermakna mati.
Seperti hadits ini إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Apabila mati seseorang, bererti telah berlakulah kiamatnya.
- juga amalan yang paling afdal.
Jawapan nabi mengikut keperluan penanya.
- Qiamat bererti berakhirnya kehidupan
-semua bidang contoh syarikat penerbangan PIA kerana dilantik anakberanak yang mentadbir  bukan sebab keahlian atau kepandaian.
- perkara dunia dan ugama sama akan qiamat atau berakhir


¹⁷ Amanah menurut erti biasanya ialah sesuatu yang dipercayakan kepada seseorang atau diserahkan kepadanya untuk disimpan dan dijaga, atau kepercayaan yang diletakkan pada seseorang. Dengan itu setiap orang yang bekerja, berjawatan, berpangkat, ibu, bapa, guru, murid, pemimpin, rakyat dan lain-lain semuanya adalah 
pemegang amanah tersendiri. 
Amanah tidak boleh diserahkan kepada bukan ahlinya, iaitu orang yang tidak berkelayakan dan tidak dapat menjaganya dengan baik. Ia bersesuaian dengan Firman 
Allah ini:
 An-Nisa' 4:58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan 
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil… (an-Nisā’:58)

Boleh jadi juga amanah yang tersebut di dalam ĥadīts ini bererti amanah agama yang dinyatakan di dalam firman Allah:
 
Al-Ahzab 33:72
إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka 
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat 
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (al-Aĥzāb:72)

Amanah agamalah yang diserahkan Allah kepada manusia. Merekalah yang dibebankan dengan iman dan segala tanggungjawab keagamaan yang lain.
Selain dari amanah menjaga agama, manusia yang beriman diamanahkan juga untuk menjaga dunia, kerana adanya orang-orang yang beriman di dunia ini seperti adanya 
ruh pada tubuh manusia. Apabila ketiadaan ruh, tubuh akan mereput dan binasa. 
Amanah dengan ma`na mu’min yang diberikan amanah agama ini, sesuai dengan ĥadīts Nabi s.a.w. berikut:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ اللَّهُ اللَّهُ
Bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi selagi ada seseorang berkata: Allah, Allah.”
(Ĥadīts riwayat Muslim, Aĥmad, Ibnu Ĥibbān, `Abdur Razzāq, `Abd bin Ĥumaid dan lain-lain). 

Langit, bumi, haiwan melata, bukit-bukau dan gunung-ganang bahkan malaikat sendiri pun tidak layak menanggung amanah ini, kerana mereka makhluk yang tidak terikat dengan dosa pahala, baik buruk dan balasannya, kerana itulah mereka tidak 
layak menanggung amanah untuk menjaga agama. 
Manusia juga disebut sebagai satu makhluk yang menzalimi dan menganiaya, tetapi pada hakikatnya manusia menganiayai dirinya sendiri kerana ia sedar tentang amanah kepada Tuhannya, dan hubungannya dengan Tuhan seperti hubungan kekasih yang tidak melihat berat atau ringannya tanggungjawab yang akan dipikul, tetapi melihat kepada apakah yang dikehendaki dan dipinta oleh kekasih hatinya. 

Kerana itulah orang yang tidak beriman melihat orang-orang mu’min seolah-olah menzalimi diri mereka sendiri dengan ibadat-ibadat dan `amal kebajikan yang kalau mereka tidak melakukannya pun mereka boleh hidup dengan aman damai.

Amanah juga bererti fitrah, iaitu fitrah semulajadi kemanusiaan, seperti suka melakukan perkara yang baik dan tidak suka pada perkara yang buruk, memberi makan, menghubungkan silatur rahim, berkata benar dan lain-lain. Semuanya adalah perkara yang baik menurut fitrah manusia.

Begitu juga sebaliknya, melakukan kezaliman, memutuskan silatur rahim, berkelakuan jahat, berdusta dan sebagainya dianggap oleh manusia sebagai perkara yang tidak baik menurut fitrahnya. Ĥadīts yang menyokong ta’wilan amanah dengan erti ini ialah sabda Nabi s.a.w.:
إِنَّ الأَمَانَةَ نَزَلَتْ فِي جِذْرِ الرِّجَالِ ثُمِّ نَزَلَ القُرْآنُ
Bermaksud: Amanah turun ke pangkal hati manusia (terlebih dahulu), kemudian (barulah) turun al-Qur’ān.
Ini bererti Allah menjadikan fitrah terlebih dahulu di dalam hati manusia yang menjadikannya inginkan kebenaran, kebaikan, kebahagiaan dan takutkan keburukan, 
kesedihan, kebimbangan dan sebagainya. 
Fitrah manusia yang asal sekiranya tidak terganggu akan mudah menerima wahyu al-Qur’ān, tetapi kalau fitrahnya sudah tercemar dan rosak, maka akan sukarlah 
kepadanya menerima wahyu.
Kerosakan fitrah akan membawa kemusnahan dan kehancuran kepada kemanusiaan.
Anda dapat melihat contohnya, apabila fitrah tidak boleh berkahwin sesama ahli keluarga dan sesama jantina ditinggalkan, maka musnahlah sistem kekeluargaan dan 
kemasyarakatan.
Walaupun terdapat banyak erti amanah, dan masing-masing daripadanya memang digunakan dalam istilah agama Islam, tetapi amanah yang tersebut di dalam ĥadīts ini lebih menunjukkan kepada jawatan, pangkat atau kedudukan yang diberi dan diserahkan kepada seseorang.
Daripada setinggi-tingginya sampailah serendah- rendahnya. Baik dalam institusi kerajaan atau bukan kerajaan. Sama ada sebagai seorang raja, presiden, perdana menteri, mufti, pengerusi dan sebagainya, hinggalah kepada ahli jawatankuasa biasa atau penghulu kampung.

Ketika menyebutkan “Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah kiamat”, Nabi s.a.w. sebenarnya telah memaksudkan erti itu, tetapi ia masih tidak jelas kepada
penanya. Apabila ia meminta penjelasan lanjut, Baginda menyebutkan dengan terang bahawa amanah yang dimaksudkan ialah jawatan, pangkat atau kedudukan. Apabila ia  diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kiamat! 

Dalam banyak-banyak alamat kiamat, Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan yang itu, memandangkan kuasa merupakan salah satu faktor terbesar dalam mema`murkan atau menghancurkan sesebuah masyarakat dan negara.
Pemimpin yang baik dan berkelayakan akan membawa ra`yat atau pengikutnya ke arah kemajuan dan kejayaan. Sementara pemimpin yang jahat dan tidak berkelayakan 
pula akan membawanya ke arah kemunduran dan kemusnahan. 

¹⁸ Nabi s.a.w. tidak menjawab dengan menceritakan semua tanda-tanda kiamat, kerana banyak tanda-tandanya dan dengan mengetahui satu sahaja pun sudah memadai, walaupun terdapat banyak ĥadīts-ĥadīts tentang alamat-alamat kiamat itu.
Jawapan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. di sini meskipun satu sahaja namun ia umum, sehingga boleh dikatakan kepada segala perkara yang disia-siakan dan tidak diletak 
pada orang yang sepatutnya. Semua perkara yang diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan akan menemui kemusnahan dan kehancuran akhirnya.
Kiamat di sini pula boleh jadi bermaksud kiamat yang besar dan boleh jadi juga kiamat kecil dengan erti kehancuran atau kematian, seperti tersebut di dalam ĥadīts
yang diriwayatkan oleh ad-Dailami bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:  إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia, maka (itu bererti) telah tibalah kiamatnya.

Kesesuaian ĥadīts ke-59 ini dengan tajuk babnya terletak pada kata perawi:جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مِتَى السَّعَةُ؟
Bermaksud: tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w. seorang lelaki pedalaman (a`rābi). Dia lantas bertanya: “Bila kiamat akan berlaku?”.
- banyak tanda qiamat tetapi hanya satu tanda sja yang Nabi saw berikan.

¹⁹ Antara pengajaran, pedoman, panduan dan hukum- hakam yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:

(1) Ilmu bertambah dan berkembang dengan adanya soal jawab.

(2) Setiap soalan tidak perlu dijawab dengan segera. Guru yang tidak memberi jawapan dengan segera tidak boleh terus dianggap sombong dan ia tidak termasuk dalam kalangan orang yang menyembunyikan ilmu. 

(3) Perlu adanya kebijaksanaan guru dalam menjawab atau tidak menjawab soalan, kerana terdapat pelbagai cara menjawab soalan, sesuai dengan keadaan orang yang
bertanya. 

Antaranya ialah: 
(a) Tidak perlu dijawab segera. 
(b) Perlu dijawab segera. 
(c) Ada soalan yang memang tidak perlu dijawab langsung. 
(d) Ada yang perlu dijawab sebahagian sahaja, sesuai dengan keperluan orang yang bertanya.
(e) Ada yang perlu diberikan jawapan penuh berserta perinciannya. 
(f) Ada jawapan yang diperlukan hanya ringkas, padat dan menyampaikan maksud sahaja.
(g) Menjawab lebih daripada apa yang ditanya, kerana ada faedah dan maksud di sebalik jawapan yang lebih itu.
(h) Jawapan dengan isyarat semata-mata. 
(4) Pada dasarnya pelajar tidak elok mengemukakan sesuatu soalan ketika gurunya sedang sibuk mengajar orang ramai atau sedang bercakap dengan seseorang, ia 
seharusnya menunggu sehingga gurunya selesai mengajar atau bercakap dengan orang itu. 
(5) Sesuatu soalan juga sekiranya boleh dijawab, eloklah dijawab dengan segera.
(6) Dalam keadaan orang yang ditanya sedang sibuk mengajar, berbincang atau melakukan sesuatu pekerjaan, tidak perlulah ia berhenti untuk menjawab dengan segera apa yang ditanya. Ia boleh saja meneruskan pekerjaannya. Setelah selesai semuanya barulah jawapan diberikan.
(7) Guru tidak sepatutnya terus marah kepada murid yang mencelah dengan pertanyaan ketika ia sedang berbicara atau mengajar. 
(8) Guru hendaklah terus berlembut dengan murid, walaupun murid kelihatan kurang beradab kerana kejahilannya.
(9) Orang yang berurusan terlebih dahulu berhak didahulukan daripada orang yang datang kemudian untuk berurusan.
(10) Orang jahil hendaklah meruju` kepada orang alim untuk mengetahui persoalan-persoalan agama.


Selasa, Februari 01, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0006-0017s####

Sahih bukhari kitab ilmu 0006-0017s####


٢ - بَابُ مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ، فَأَتَمَّ الحَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ 
Bab (2): Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu Ilmu Ketika Dia Sedang Sibuk Berbicara, Dan Dia Menyempurnakan Bicaranya Itu, Kemudian Baru Menjawab Soalan Orang Yang Bertanya.⁷

٥٧ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ ح و حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ حَدَّثَنِي هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

[Lihat athrāf ĥadīts ke-59 ini pada: 6496].
59 – Muĥammad bin Sinān⁸ meriwayatkan kepada kami, katanya, Fulaiĥ⁹ meriwayatkan kepada kami, (ح) Ibrahim bin al-Mundzir¹⁰ (juga) meriwayatkan kepada kami, katanya, Muĥammad bin Fulaiĥ¹¹ meriwayatkan kepada kami, katanya, ayahku (Fuaiĥ) telah meriwayatkan kepadaku, katanya, Hilāl bin Ali ¹² meriwayatkan kepadaku daripada `Athā’ bin Yasār daripada Abi Hurairah, katanya, ketika Nabi s.a.w. sedang mengajar orang ramai dalam satu majlis, tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w. seorang lelaki pedalaman (a`rābi). Dia lantas bertanya: “Bila kiamat akan berlaku?”. Rasulullah s.a.w. terus berbicara. Sebahagian daripada orang ramai berkata: “Nabi s.a.w. mendengar apa yang ditanyai orang itu, tetapi tidak suka kepada pertanyaannya.¹³ Sebahagian yang lain pula berkata: “Bahkan Baginda s.a.w. tidak mendengarnya. Sehinggalah Nabi s.a.w. menghabiskan ceritanya.¹⁴ Ketika itu barulah Baginda s.a.w. bertanya: “Di mana – saya fikir –¹⁵ orang yang bertanya tentang kiamat tadi?”Orang itu menyahut: “Saya wahai Rasulallah”. Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Apabila amanah¹⁷ disia-siakan, maka tunggulah kiamat”.¹⁸ Orang itu bertanya lagi: “Bagaimana disia-siakan amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Apabila diserahkan amanah kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kiamat!”¹⁹

_____

⁷Tajuk bab sebelum ini menitikberatkan tentang kelebihan ilmu dan keluasannya, namun ia tidak akan diperolehi tanpa adanya soal jawab dengan kepelbagaian bentuknya.
-bagaimana ilmu boleh terus berkembang.

Ketiadaan sifat curiga dan ingin tahu tentang sesuatu akan membantut perkembangan ilmu, sekiraya kelebihan ilmu telah diketahui sebagaimana yang dinyatakan dalam 
bab sebelum ini, tentunya seseorang itu akan tertanya-tanya: “Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kelebihan-kelebihan itu?”, maka sesuailah dengan tajuk bab ini dan ĥadītsnya yang menceritakan tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu berserta segala kelebihannya. Ia adalah dengan cara bertanya dengan penuh disiplin. 

Imam Bukhāri juga ingin menyatakan bahawa kepandaian bertanya juga merupakan sebahagian daripada ilmu, ia dapat dilihat dalam tindakan Nabi s.a.w. terhadap 
persoalan yang diajukan kepadanya oleh seorang A`rābi (badwi). 

Untuk memikul amanah yang berisiko membawa masyarakat kepada kemusnahan, seseorang mestilah terlebih dahulu mempunyai ilmu dan kelayakan. Keadaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan kebesaran dan kelebihan ilmu.

Adapun perkaitan bab ini dengan bab selepasnya pula, maka ia terletak pada adanya perbezaan di antara ilmu-ilmu dari sudut kepentingan dan keutamannya. Ada ilmu 
yang tidak boleh dinantikan soalan terlebih dahulu barulah dikemukakan jawapannya. 

Seperti dalam bab akan datang nanti, Nabi s.a.w. menunjukkan tindakannya yang tegas dalam perkara-perkara yang amat perlu diberikan perhatian.

Baginda s.a.w. menyampaikan ilmu tanpa didahului soalan dan itu pun dengan suara yang tinggi.
-inilah keistimewaan tajuk bab sahih bukhari.
- kena tengok keadaan orang yang bertanya, jika bahaya seperti solat tidak sah,maka perlu segera,seperti kaki tidak terkena air ketika wuduk.Ilmu ikut keperluannya.

Ada pula ilmu yang boleh ditangguhkan jawapannya, tidak perlu diberikan jawapan yang segera kepada yang bertanya.

Telah masyhur di kalangan pensyarah-pensyarah Shaĥīĥ Bukhāri bahawa sekurang-kurangnya terdapat empat tujuan Imam Bukhāri mengadakan tajuk bab ini, dan ia 
adalah seperti berikut:

(1) Kebanyakan pensyarah Shaĥīĥ Bukhāri berpendapat, tujuan Imam Bukhāri mengadakan tajuk bab ini ialah untuk menyatakan bahawa tidak semua soalan yang
dikemukakan perlu dijawab dengan segera.
Sebelum mengemukakan ĥadīts yang sama, Imam Ibnu Ĥibbān di dalam Kitab Shaĥīĥnya telah mengadakan satu tajuk bab, begini adanya:
ذِكّرُ الْخَبَرِ الدَّالِّ عَلَى إِبَاحَةِ إِعْفَاءِ عَنِ إِجَابَةِ السَّائِلِ عَلَى الْفَوْرِ
(Sebutan ĥadīts yang menunjukkan keharusan orang yang ditanya tidak menjawab dengan segera pertanyaan tentang sesuatu ilmu oleh orang yang bertanya). 
(Lihat Shaĥīĥ Ibnu Ĥibbān j.1 m/s 307).

Apa yang difahami Ibnu Ĥibbān daripada ĥadīts berkenaan ialah orang yang ditanya tentang sesuatu ilmu tidak salah apabila ia tidak memberi jawapan segera kepada
penanya. 

Para `ulama’ boleh dikatakan bersepakat tentang tidak salahnya melewatkan jawapan kepada orang yang bertanya dalam perkara-perkara yang tidak menuntut jawapan 
segera. Dalam kes yang menuntut jawapan segera pula tidak harus dilewatkan jawapan kepada pihak yang bertanya. Malah jawapan yang segera perlu diberikan 
kepadanya. Jika tidak akan terlepas waktunya. Sebagai contohnya, orang yang sedang hendak melontar jamrah bertanya tentang masalah yang berkaitan dengan jamrah, soalannya mestilah dijawab dengan segera, 
jika tidak masa melontarnya akan terlepas.

Nabi s.a.w. sendiri telah menunjukkan contoh dalam perkara yang menuntut jawapan 
segera. Imam Muslim, an-Nasa’i dan lain-lain meriwayatkan bahawa:
قَالَ أَبُو رِفَاعَةَ انْتَهَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ غَرِيبٌ جَاءَ يَسْأَلُ عَنْ دِينِهِ لَا يَدْرِي مَا دِينُهُ قَالَ فَأَقْبَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَرَكَ خُطْبَتَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَيَّ فَأُتِيَ بِكُرْسِيٍّ حَسِبْتُ قَوَائِمَهُ حَدِيدًا قَالَ فَقَعَدَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعَلَ يُعَلِّمُنِي مِمَّا عَلَّمَهُ اللَّهُ ثُمَّ أَتَى خُطْبَتَهُ فَأَتَمَّ آخِرَهَا
Bermaksud: Kata Abu Rifā`ah, aku sampai kepada Nabi s.a.w. ketika Baginda sedang berkhutbah. Lalu aku berkata, “Wahai Rasulallah! (saya) seorang lelaki asing datang 
(untuk) bertanya tentang agamanya. Dia tidak tahu apa agamanya.” Kata perawi, “maka datanglah Nabi s.a.w. kepadaku dengan meninggalkan khutbahnya, sehingga 
beliau sampai dekatku. Maka dibawakan kerusi untuk beliau. Aku rasa kaki kerusi itu diperbuat daripada besi.” Kata perawi, “Maka duduklah Rasulullah s.a.w. di atas 
kerusi itu. Beliau s.a.w. terus mengajarku apa yang Allah telah ajarkan kepadanya. Kemudian beliau kembali berkhutbah hingga ke akhirnya.” 

(2) Shah Waliyyullah menukilkan pendapat gurunya Syeikh Abu Thāhir al-Madani berkenaan dengan maksud dan tujuan Imam Bukhāri mengadakan tajuk bab ini. Kata 
Syeikh Abu Thāhir, “Maksudnya ialah melewatkan jawapan bagi soalan yang dikemukakan untuk menyelesaikan perbincangan yang sedang berlaku, tidak termasuk dalam bab menyembunyikan ilmu yang diancam oleh nabi di dalam ĥadīts-ĥadītsnya. Antaranya ĥadīts ini:
 مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: Sesiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya, niscaya Allah mengekangnya dengan kekang daripada api (neraka) di hari kiamat nanti. 
(Ĥadīts riwayat Abu Daud, Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān).

Bahkan erti menyembunyikan ilmu itu ialah tidak menjawab langsung dan melewatkan jawapan sehingga terlepas waktunya.” (Lihat Shah Waliyyullah - Syarah Tarājim Abwāb al-Bukhāri m/s15).

(3) Maksud Bukhāri mengadakan tajuk bab ini ialah mengajar adab kepada orang yang berilmu (orang alim) dan menyatakan bahawa jika ia ditanya ketika sedang 
sibuk dengan sesuatu kerja, maka tidak perlulah ia marah dan mengherdik orang yang bertanya. Dia boleh saja meneruskan kerjanya. Setelah selesai kerja barulah dijawab soalan orang yang bertanya, seperti telah dilakukan oleh rasulullah sendiri berdasarkan ĥadīts ke-59 di bawah bab ini. Perbuatan seperti itu tidak melanggar kesopanan , tidak salah dan tidak juga berdosa.Bagaimanapun ia terta`luk kepada soalan yang dikemukakan dan sejauh mana  keperluan orang yang bertanya kepada jawapan bagi soalannya. Jika soalannya berkait dengan perkara akidah yang wajib atau perkara fardhu yang akan terlepas waktunya, maka perlulah diberikan segera jawapan. Jawapan bagi soalan-soalan yang berkait dengan perkara-perkara sunat pula tidaklah perlu disegerakan.

(4) Menerusi tajuk bab ini Imam Bukhāri juga mahu mengajar adab kepada para pelajar. Pelajar hendaklah pandai membaca keadaan guru. Ketika guru sedang sibuk
dengan sesuatu, janganlah pada masa itu dikemukakan soalan. Jika soalan tidak dilayan, janganlah pula terkilan. 
Bagaimanapun semuanya bergantung kepada kemusykilan yang timbul. Jika kemusykilannya berkenaan dengan perkara wajib yang tidak boleh ditangguh-tangguh 
dan tidak boleh dilewatkan, maka ketika guru sibuk sekalipun ia boleh juga bertanya. Guru pula dalam keadaan itu hendaklah terus menjawab.

⁸ Biodata Muĥammad bin Sinān
Muĥammad bin Sinān al-Bāhili al-`Aufi al-Bashri. Abu Bakr adalah kuniahnya. Imam Bukhāri, Abu Daud, dan Abu Ĥātim ar-Rāzi meriwayatkan ĥadīts daripadanya.
Kata Yahya bin Ma`īn, “Tsiqah, ma’mūn.” Abu Daud, Nasā’i dan Ibnu Mājah meriwayatkan ĥadīts daripadanya dengan perantaraan seseorang. Beliau meninggal  dunia pada tahun 223H.

⁹ Biodata Fulaiĥ
Beliau ialah Fulaiĥ bin Sulaiman bin Abi al-Mughīrah iaitu Ĥunain anak saudara `Ubaid bin Ĥunain al-Khuzā`i al-Madani. Nama sebenar Fulaiĥ ialah `Abdul Malik. 
Fulaiĥ itu laqabnya (nama gelarannya), dan beliau lebih terkenal dengan laqabnya. Kuniahnya ialah Abu Yaĥya. 
Beliau meriwayatkan daripada Nāfi` dan ramai lagi perawi lain. `Abdullah bin Wahab, Yahya al-Wuĥāzhi, Ibnu A`yan, Syuraiĥ bin an-Nu`mān dan lain-lain adalah antara 
orang yang meriwayatkan daripadanya.
Kata Yahya bin Ma`īn, “Dia dha`if. Alangkah dekat kedudukannya dengan Ibnu Abi Uwais. Menurut satu riwayat lain daripada Yahya bin Ma`īn, beliau dinukilkan 
berkata tentang Fulaiĥ, “Tidak kuat dan tidak boleh dijadikan hujah.” Abu Ĥātim dan an-Nasā’i juga mengatakan dia tidak kuat. Ibnu `Adi pula berkata, “Bagiku, tidak mengapa dengannya. Bukhāri menerima riwayatya untuk Kitab Shaĥīĥnya. Zaid bin Abi Unaisah juga meriwayatkan 
daripadanya selain Bukhāri, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi. Kata al-Ĥākim,

9
Minit 55
***
makna حَدَّثَنَا,guru baca dan  ramai lagi kawan2 bukhari yang terima hadits ini, 
makna حَدَّثَنِي, guru baca dan murid seorang sahaja yang dengar.

makna أخبرنا , murid yang baca dan ramai murid dengar
makna أخبرني,murid baca dan seorang yang dengar

- Bagi Imam Bukhari حَدَّثَنَا dan أخبرنا sama kedua2nya bermaksud meriwayatkan kecuali bagi Imam Muslim

1.menceritakan kepada kami حَدَّثَنَا
2.mengkhabarkan/memberitahu kepada kami أخبرنا

Imam Muslim penggunaan istilah lebih ketat.
Imam Tirmizi juga kata sama penggunaan حَدَّثَنَا dan أخبرنا

Ada kitab tak tulis حَدَّثَنَا tetapi ada hanya tulis نا atau ثنا sahaja, tetapi mesti baca حَدَّثَنَا .


Ada kitab tak tulis حَدَّثَنَاtetapi hanya  tulis أنا tetapi mesti baca أخبرنا

Setiap permulaan sanad kena baca dan tambah 
sendiri وبه قال حَدَّثَنَا kerana  hadits kena terima  hadits sahih bukhari yang bereti sanad penulis sampai kepada Imam bukhari (Sahih bukhari jilid 1)

Rangkaian sanad


dengan sesuatu, janganlah pada masa itu dikemukakan soalan. Jika soalan tidak dilayan, janganlah pula terkilan. Bagaimanapun semuanya bergantung kepada kemusykilan yang timbul. Jika kemusykilannya berkenaan dengan perkara wajib yang tidak boleh ditangguh-tangguh dan tidak boleh dilewatkan, maka ketika guru sibuk sekalipun ia boleh juga bertanya. Guru pula dalam keadaan itu hendaklah terus menjawab.

⁸ Biodata Muĥammad bin Sinān Muĥammad bin Sinān al-Bāhili al-`Aufi al-Bashri. Abu Bakr adalah kuniahnya. Imam Bukhāri, Abu Daud, dan Abu Ĥātim ar-Rāzi meriwayatkan ĥadīts daripadanya.
Kata Yahya bin Ma`īn, “Tsiqah, ma’mūn.” Abu Daud, Nasā’i dan Ibnu Mājah meriwayatkan ĥadīts daripadanya dengan perantaraan seseorang. Beliau meninggal dunia pada tahun 223H.

⁹ Biodata Fulaiĥ
Beliau ialah Fulaiĥ bin Sulaiman bin Abi al-Mughīrah iaitu Ĥunain anak saudara `Ubaid bin Ĥunain al-Khuzā`i al-Madani. Nama sebenar Fulaiĥ ialah `Abdul Malik. 
Fulaiĥ itu laqabnya (nama gelarannya), dan beliau lebih terkenal dengan laqabnya. Kuniahnya ialah Abu Yaĥya. 
Beliau meriwayatkan daripada Nāfi` dan ramai lagi perawi lain. `Abdullah bin Wahab, Yahya al-Wuĥāzhi, Ibnu A`yan, Syuraiĥ bin an-Nu`mān dan lain-lain adalah antara 
orang yang meriwayatkan daripadanya.
Kata Yahya bin Ma`īn, “Dia dha`if. Alangkah dekat kedudukannya dengan Ibnu Abi Uwais. Menurut satu riwayat lain daripada Yahya bin Ma`īn, beliau dinukilkan 
berkata tentang Fulaiĥ, “Tidak kuat dan tidak boleh dijadikan hujah.” Abu Ĥātim dan an-Nasā’i juga mengatakan dia tidak kuat. 
Ibnu `Adi pula berkata, “Bagiku, tidak mengapa dengannya. Bukhāri menerima riwayatya untuk Kitab Shaĥīĥnya. Zaid bin Abi Unaisah juga meriwayatkan daripadanya selain Bukhāri, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi. Kata al-Ĥākim,

“Kesepakatan Bukhāri dan Muslim dalam meriwayatkan ĥadīts-ĥadīts usul mereka di dalam kitab Shaĥīĥ mereka menguatkan kedudukannya. Hati lebih cenderung 
menta`dilkannya. Fulaiĥ meninggal dunia pada tahun 168H. 

Minit 1jam 28

¹⁰ Huruf ح
Didalam  teks asal berbahasa Arab ,sebelum  وَحَدَّثَنَا  هَنَّادَ terdapat huruf ح. Para ulamak hadits berbeza pendapat tentang hakikat dan erti huruf ح ini serta cara membacanya. Pendapat mereka antara lainnya adalah seperti berikut:
(1) Ia adalah huruf ح sebenar-benarnya tanpa sebarang titik حاء مُهْمَلَة مفردة, bukan  ج atau خ. Ia merupakan ringkasan kepada perkataan 
(a) التَّحَوُل ( perpindahan atau pertukaran sanad)
(b)التَّحْوِيل (pemalingan atau pemusingan sanad)
(c)الحديث (bacalah haditsnya nanti)
(d)صح (betul)
(e)الحَائِل (yang menyekat/menghalang )

Jika ia dipakai dengan erti (a) dan (b), maka ia dibaca dengan ح (ha) sahaja mengikut sesetengah ulamak hadis di sebelah timur (maksud ulamak hadits di  Bukhara, Iran ,Samarkhan). Mengikut sesetengah yang lain,ia dibaca dengan حاء(haa'). Ertinya ialah pertukaran sanad disini adanya. Menurut Maulana Muhamad Anwar Syah al-Kashmiri, ia lebih eluk dibaca dengan qashar(ha) , bukan mad (haa'). Alasan beliau ialah kata Sibawaih bahawa huruf ejaan bahasa Arab yang tunggal atau terdiri daripada dua huruf yang berakhir dengan alif jika berada dalam ayat akan dibaca dengan mad. Dalam keadaan bersendirian dan tidak berada didalam ayat pula ia akan dibaca dengan qashar.

Antara contohnya ialah sya'ir Hassaan bin Tsabit dalam memuji Rasullah saw. Kata beliau
ما قال لا قطّ إلا في تشهُّدِه <>  لو لا التَشْهُد لم تسمع له لاء
Bermaksud :Tidak pernah dia berkata tidak sama sekali kecuali dalam tasyahudnya. Kalau tidak kerana bertasyahud, nescaya  tidak dapat  didengar dia berkata tidak .(Lihat  kitab al-Kulliyyaat, karangan Abi al-Baqaa') Ulamak-ulamak hadits disebelah barat (مغاربة) (Andalusi) pula membacanya dengan berkata : تحويل (tahwil). Ertinya ialah pemusingan sanad berlaku atau ada disini. Jika ia  dipakai dengan erti(c) , maka pada hakikatnya الحديث yang disebutkan itu menjadi maf'ul bagi fi'il yang mahzuf. Taqdirnya ialah إقرأ الحدث (bacalah haditsnya nanti) atau  الحديث yang disebutkan  itu menjadi mubtada'  yang mahzuf (dibuang) khabarnya. Taqdirnya ialah حديثُه يأتي بعد (haditsnya akan datang nanti). Jika ia dipakai dengan erti (d), maka apabila sampai kepadanya disebutlah صح (betul). Dan jika ia dipakai dengan erti (e) pula, ia akan diabaikan tanpa disebut apa-apa apabila sampai kepadanya. Ia hanya dikira sebagai pemisah diantara dua sanad semat-mata. Ia sebenarnya adalah huruf خ bukan huruf ح seperti yang disebutkan tadi.
Samada ia adalah ringkasan kepada (a)إسناد أخر (ini isnad lain pula) atau إقرأ إلى أخره (bacalah hingga keakhir isnad atau hadits). Tahwil atau pertukaran isnad terbahagi kepada dua bentuk 
(1)Seseorang pengarang kitab hadits mempunyai dua sanad yang berbeza bagi sesuatu  hadits. Kemudian dua sanad itu bertemu pada seorang perawi . Perawi di  
mana bertemunya dua sanad yang berbeza tadi dipanggil مَدَارُ الاسناد ( perawi yang merupakan paksi kepada sesuatu hadits) atau مَخْرَجُ الإسناد ( perawi yang merupakan punca bagi sesuatu  hadits). Hadits pertama yang dikemukakan oleh  Tirmizi ini misalnya , diriwayatkan  oleh Qutaibah  dan Hannaad melalui dua saluran riwayat (sanad) yang berbeza . Kemudian  kedua-dua saluran riwayat mereka bertemu pada Simaak bin Harb. Dengan itu Simaak bin Harb adalah محدار الاسناد bagi hadits berkenaan .

(2)Sesaorang pengarang kitab hadits mempunyai satu saja sanad bagi sesuatu hadits di permulaannya. Tetapi ia berpecah dua di peringkat atas. Tahwil bentuk kedua ini jarang sekali terdapat didalam kitab-kitab Sihah Sittah . Sedangkan tahwil dalam bentuk pertama  banyak sekali terdapat didalamnya. Perlu juga diingatkan pada umumnya apabila terdapat tahwil didalam isnad pengarang sesebuah kitab hadits, matan yang dikemukakannya itu adalah matan bagi sanad yang lebih tinggi. Maksud sanad yang lebih tinggi ialah sanad yang perawi-perawinya lebih sedikit berbanding sanad yang satu lagi.  Sanad Tirmizi daripada Qutaibah  lebih tinggi berbanding sanad beliau daripada Hannaad. Kerana diantara beliau dengan Simaak didalam sanad Qutaibah  hanya ada dua orang perawi sahaja. Sedangkan didalam sanad beliau daripada Hannaad ada tiga orang perawi sebelum Simaak. Kerana itulah Imam Tirmizi mengemukakan matan yang diterimanya melalui sanad Qutaibah . Beliau menyebutkan perbezaan yang terdapat didalam riwayat Hannaad daripada riwayat Qutaibah secara berasingan  dengan katanya قال هنادٌ في حديثه إلأ بطهور  (Kata  Hannaad didalam hadits riwayatnya "melainkan dengan bersuci")  Maksud Imam Tirmizi ialah matan hadits yang diterimanya melalui riwayat Qutaibah adalah seperti  yang dikemukakannya diatas. Matan  hadits itu yang diterima  beliau  melalui riwayat Hannaad pula selengkapnya adalah begini
 لا تقبل صلاة إلأ بطهورٍ ولا صدقةٌ من غُلُولٍ.
Perbezaan diantara riwayat Qutaibah  dan riwayat Hannaad terletak pada بغير طهور dan إلا بِطُهُور sahaja. Yang lain-lain sama.


¹⁰ Biodata Ibrahim bin al-Mundzir.
Beliau ialah Ibrahim bin al-Mundzir bin `Abdillah bin al-Mundzir bin al-Mughīrah bin `Abdillah bin Khālid bin Ĥizām bin Khuwailid al-Qurasyi al-Ĥizāmi al-Madani. 
Kuniahnya Abu Ishaq. Selain Bukhāri, Abu Ĥātim, Abu Zur`ah, Ibnu Majah dan lain-lain meriwayatkan 
ĥadīts secara langsung daripadanya. Imam Bukhāri juga meriwayatkan daripadanya dengan perantaraan Muĥammad bin Ghālib. Imam an-Nasā’i juga meriwayatkan ĥadīts daripadanya dengan perantaraan seseorang. 
Ibrahim bin al-Mundzir merupakan salah seorang perawi Sunan at-Tirmidzi. An-Nasā’i berkata tentangnya, “Tidak mengapa dengannya.” Ibrahim meninggal dunia 
pada tahun 236H.

¹¹ Biodata Muĥammad bin Fulaiĥ
Muĥammad bin Fulaiĥ ialah anak perawi yang telah tersebut dalam saluran sanad pertama sebelum ini. Beliau meriwayatkan ĥadīts daripada Ĥisyām bin `Urwah dan 
lain-lain. Hārūn bin Musa al-Farawi dan lain-lain pula adalah antara orang yang meriwayatkan ĥadīts daripadanya. Imam Bukhāri, an-Nasā’i dan Ibnu Majah meriwayatkan ĥadīts-ĥadītsnya. Ibnu Ma`īn menganggapnya perawi yang lemah. Abu Ĥātim berkata tentangnya, 
“Tidak mengapa dengannya, tetapi ia tidak kuat (lemah).” Muĥammad bin Fulaiĥ meninggal dunia pada tahun197H.

¹² Biodata Hilāl bin `Ali
Hilāl bin `Ali bin Usāmah al-Fihri al-Qurasyi al-Madani. Ia dipanggil juga Hilāl bin Abi Maimūnah, Hilāl bin Abi Hilāl dan Hilāl bin Usaamah. Usāmah adalah datuknya. 
Sesetengah orang terkeliru sehingga menganggap mereka empat orang yang berlainan. Padahal sebenarnya ia adalah orang yang sama. Imam Malik menamakannya Hilāl bin 
Abi Usāmah. Usāmah bin Zaid al-Laitsi juga turut menamakannya demikian.Selain meriwayatkan daripada Anas, beliau juga meriwayatkan daripada `Abdur 
Rahman bin Abi `Amrah, Athā’ bin Yasār, Abu Salamah bin `Abdir Rahman bin `Auf dan lain-lain.
Orang-orang yang meriwayatkan daripadanya pula ialah Ziād bin Sa`ad, Sa`id bin Abi Hilāl, `Abdul `Aziz bin al-Mājisyun, Fulaiĥ bin Sulaiman, Malik bin Anas, Yahya bin 
Abi Katsīr dan lain-lain.Hilāl bin `Ali terbilang sebagai salah seorang Tābi`īn kecil. Gurunya dalam meriwayatkan ĥadīts ini pula terdiri dari kalangan Tābi`īn pertengahan. Kata Abu 
Ĥātim, “Ĥadītsnya boleh ditulis, dia seorang syeikh.” Hilāl bin `Ali meninggal dunia di penghujung pemerintahan Hisyām bin `Abdil Malik. Dan tahun terakhir pemerintahan Hisyām ialah 125H.

¹³ Daripada peristiwa ini dapat kita ketahui adab dan ilmu para Shaĥabat yang telah lama bersama Nabi s.a.w., mereka mengetahui bahawa soalan orang a`rābi itu 
didengari Baginda, cuma tidak dijawabnya kerana pertanyaan itu tidak kena dengan tempat dan masanya.
Daripada peristiwa ini juga diketahui bahawa kepandaian bertanya itu sendiri sudah merupakan sebahagian daripada ilmu. Kepandaian memutuskan di mana sepatutnya 
dikemukakan soalan menunjukkan seseorang itu telah mempunyai pengetahuan tentang adab dan disiplin ilmu.
Ada Shaĥabat menyimpan soalan yang ingin ditanya selama dua tahun, ada pula yang ingin menanyakan sesuatu tetapi merasakan ia tidak begitu perlu, lalu bertanya Shaĥabat yang lain sahaja tentangnya.

¹⁴ Mengapakah Nabi s.a.w. tidak terus menjawab orang yang bertanya di sini,sedangkan ada di dalam ĥadīts yang lain Baginda s.a.w. sedang berkhutbah, tiba-tiba 
ada orang datang bertanya, maka Baginda s.a.w. dengan segera menjawabnya? Tingkah laku Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan tidak semua soalan yang ditanya 
perlu diberikan jawapan dengan segera dan orang yang bertanya pula tidak boleh terkilan dengan soalannya yang diabaikan itu. 
Soalan tidak dijawab Rasulullah s.a.w. dengan segera kerana beberapa sebab: 
(1) Jawapannya masih belum sesuai dengan orang yang bertanya. 
(2) Jawapan bagi semua soalan tidak mesti diberikan segera. 
(3) Soalan yang dikemukakan tidak lebih penting daripada perkara yang sedang dibicarakan. 
(4) Perkara yang ditanya ialah perkara yang tidak wajib diketahui. Kalau tidak mengetahuinya pun tidak mengapa.
Oleh kerana Nabi s.a.w. adalah seorang utusan Allah, maka sekiranya soalan yang dikemukakan memang memerlukan jawapan segera, tentulah Baginda tidak akan 
berlengah-lengah dalam menjawabnya.

Ĥadīts ke-59 ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. tidak terus menjawab soalan orang yang bertanya. Walau bagaimanapun Baginda tidak mengherdik orang yang 
bertanya dan tidak juga memarahinya, cuma soalannya sahaja tidak dijawab untuk seketika.

Sebabnya ialah persoalan tentang hari kiamat secara terperinci dan bilakah ia akan berlaku dengan tepat tidak wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Apa yang wajib dipercayai hanyalah tentang kewujudannya yang akan tiba pada suatu hari nanti.Seorang guru yang menyembunyikan jawapan daripada seorang murid juga tidak bererti dia tergolong dalam golongan orang yang disebutkan dalam sabda Nabi s.a.w. ini:
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: Orang yang ditanya tentang sesuatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya, akan dikekang oleh Allah dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat nanti.
(Ĥadīts riwayat Abu Daud, Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān).

Kerana maksud daripada ilmu yang dilarang menyembunyikannya ialah ilmu yang diperlukan oleh seseorang pada ketika itu atau ilmu fardhu `ain.

¹⁵ Rangkai kata “saya fikir” atau di dalam teks asalnya "أراه" yang berada di antara dua tanda sengkang ini merupakan sisipan perawi (الراوي من مدرج ) yang menyatakan 
keraguannya terhadap lafaz yang sebenar dan yang tepat telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diterimanya daripada perawi di atasnya. 
Kata "أراه "juga boleh diterjemahkan dengan “saya rasa”. Perawi yang ragu di sini ialah Muĥammad bin Fulaiĥ. Sebabnya ialah murid-murid Fulaiĥ yang lain semuanya 
meriwayatkan tanpa menyatakan keraguan seperti itu. 
Pernyataan keraguan seperti ini tidak dianggap para `ulama’ ĥadīts sebagai suatu kekurangan dan kelemahan perawi, malah ia bagi mereka menunjukkan sikap cermat 
dan amanahnya seseorang perawi. Sering kali berlaku apabila guru hanya menyebutkan nama perawi tanpa nama bapanya, murid-murid akan berkata: يعني ابن فالن maksudnya ialah anak si fulan, dengan tujuan menjelaskan “bin fulan” yang tersebut itu adalah tambahan daripadamurid, bukan keterangan asal guru.

Semua ini dilakukan dalam periwayatan ĥadīts secara jujur dan sebagai langkah bercermat. Ia tidak menunjukkan perawi pelupa atau tidak cermat dalam menerima
ĥadīts. Sebaliknya menunjukkan perawi adalah seorang yang amanah, tidak menyembunyikan fakta dan tidak segan-segan menyatakan keraguannya dalam
keadaan ada sebarang keraguan.

Keraguan yang berlaku kepada mana-mana perawi dapat dipastikan dengan melihat riwayat-riwayat mutāba`ātnya. Riwayat-riwayat mutāba`āt tanpa keraguan pula akan 
menampung sedikit sebanyak kekurangan yang terdapat pada riwayat asal. 

¹⁶ Perbuatan Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa beliau menggalakkan pertanyaan dalam pembelajaran, kerana pertanyaan menunjukkan adanya minat dan perasaan 
ingin tahu pada pelajar. 
Pertanyaan seseorang juga menunjukkan ada niat dan hajatnya terhadap perkara yang ditanya, boleh jadi juga kefahamannya berkaitan dengan perkara yang ditanyakan itu tidak begitu jelas, kerana itu adalah tidak wajar mengherdik dan memarahi orang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu masalah yang mengganggu fikirannya.

Langkah bertanya itu juga bersesuaian dengan ĥadīts berhubung dengan kematian seorang Shaĥabat, akibat orang-orang yang menyuruhnya mandi untuk mengangkat 
hadats besar ketika sahabat berkenaan mengalami luka tidak bertanya cara-cara mengangkat hadats besar dalam keadaan itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَلَمْ يَكُنْ شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالَ
Bermaksud: Bukankah penawar kejahilan itu bertanya? (Ĥadīts riwayat Aĥmad, Abu Daud, Ibnu Majah, `Abdur Razzāq, at-Thabarāni, al-Ĥākim dan lain-lain).

Contoh ĥadīts bagi soalan yang sama tetapi jawapannya berlainan .
Soalan seperti ini sebenarnya telah dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w. oleh beberapa orang sahabat. Jawapan Rasulullah terhadap soalan yang lebih kurang sama 
itu adalah dengan melihat kepada maksud sebenar soalan dikemukakan.
Sebagai contoh, apabila Jibril a.s. datang dalam rupa seorang asing yang tidak dikenali sesiapa pun dari kalangan peserta, lalu beliau a.s. bertanya: متى الساعة ؟
(Bilakah akan berlaku kiamat?), Nabi s.a.w. memahami bahawa soalan itu bertanyakan tentang waktu sebenar berlakunya kiamat. Kerana itulah Baginda s.a.w. bersabda
مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ
Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Apabila ditanya oleh orang `Arab pedalaman (a`rābi) di dalam ĥadīts ke-59 ini, Nabi s.a.w. memahami soalan itu bertanyakan tentang tanda-tanda kiamat telah hampir. 
Kerana itulah Baginda menjawab dengan mengemukakan salah satu alamat kiamat telah hampir.
Setelah dikemukakan soalan yang sama oleh seseorang dalam peristiwa yang lain pula, Nabi s.a.w. bertanya kembali kepadanya, “Apakah yang kamu persiapkan untuknya?” 
Jawab yang bertanya, “Sembahyang saya tidaklah seberapa, puasa saya juga tidakseberapa. Tetapi saya sayang kepada Allah dan RasulNya.” Maka lantas Baginda
bersabda الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ seseorang itu akan bersama orang yang disayanginya). 
(Ĥadīts riwayat Aĥmad, Tirmidzi, Ibnu Ĥibbān dan lain-lain). 

Soalan bila kiamat oleh orang yang bertanya di dalam ĥadīts ini difahami Rasulullah s.a.w. sebagai pertanyaan tentang apa yang perlu disediakan sebelum hari kiamat 
untuk kebahagian selepas hari kiamat. 
Apabila soalan yang sama ditanyakan oleh orang lain pula, Nabi s.a.w. menjawab soalannya dengan bersabda: 
إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Apabila mati seseorang, bererti telah berlakulah kiamatnya. 
(Ĥadīts riwayat Ibnu Lāl di dalam Makārimul 
Akhlāq, Ibnu Abi ad-Dunya di dalam Kitab al-Maut dan ad-Dailami di dalam Zahrul Firdaus). 

Ĥadīts ini walaupun dha`if sanadnya, tetapi tidaklah ia terlalu dha`if, ma`nanya pula shaĥīĥ, bahkan ada beberapa syawahidnya di dalam Shaĥīĥ Bukhāri dan Shaĥīĥ Muslim. Antaranya ĥadīts `Aaishah di bawah ini, kata beliau: 
كَانَ الْأَعْرَابُ إِذَا قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوهُ عَنْ السَّاعَةِ مَتَى السَّاعَةُ فَنَظَرَ إِلَى أَحْدَثِ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ فَقَالَ إِنْ يَعِشْ هَذَا لَمْ يُدْرِكْهُ الْهَرَمُ قَامَتْ عَلَيْكُمْ سَاعَتُكُمْ
Bermaksud: Apabila orang-orang pedalaman `Arab datang kepada Rasulullah s.a.w., mereka bertanya Baginda tentang kiamat, “Bila kiamat?” Nabi s.a.w. pun melihat kepada orang yang paling muda di antara mereka seraya bersabda: “Kalau dia hidup, dia tidak akan sampai tua pun, (ketika itu pun) telah berlaku kiamat kepada kamu.” 
(Ĥadīts riwayat Muslim, `Abd bin Ĥumaid dan Ibnu Abi Syaibah). 

Maksud ĥadīts ini ialah pada ketika itu semua kamu telah pun mati. Bukan kiamat sebenar telah berlaku. 
Seolah-olahnya soalan itu bertanyakan tentang bilakan balasan amalan diterima oleh seseorang, adakah selepas beraku kiamat sebenar atau kiamat besar atau bagaimana? 
Jawapannya ialah pembalasan amalan sama ada baik atau buruk mulai berlaku sebaik sahaja seseorang meninggal dunia.

¹⁷ Amanah menurut erti biasanya ialah sesuatu yang dipercayakan kepada seseorang atau diserahkan kepadanya untuk disimpan dan dijaga, atau kepercayaan yang diletakkan pada seseorang. Dengan itu setiap orang yang bekerja, berjawatan, berpangkat, ibu, bapa, guru, murid, pemimpin, rakyat dan lain-lain semuanya adalah 
pemegang amanah tersendiri. 
Amanah tidak boleh diserahkan kepada bukan ahlinya, iaitu orang yang tidak berkelayakan dan tidak dapat menjaganya dengan baik. Ia bersesuaian dengan Firman 
Allah ini:
 An-Nisa' 4:58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan 
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil… (an-Nisā’:58)

Boleh jadi juga amanah yang tersebut di dalam ĥadīts ini bererti amanah agama yang dinyatakan di dalam firman Allah:
Al-Ahzab 33:72
إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka 
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat 
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (al-Aĥzāb:72)

Amanah agamalah yang diserahkan Allah kepada manusia. Merekalah yang dibebankan dengan iman dan segala tanggungjawab keagamaan yang lain.

Selain dari amanah menjaga agama, manusia yang beriman diamanahkan juga untuk menjaga dunia, kerana adanya orang-orang yang beriman di dunia ini seperti adanya 
ruh pada tubuh manusia. Apabila ketiadaan ruh, tubuh akan mereput dan binasa. 
Amanah dengan ma`na mu’min yang diberikan amanah agama ini, sesuai dengan ĥadīts Nabi s.a.w. berikut:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ اللَّهُ اللَّهُ
Bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi selagi ada seseorang berkata: Allah, Allah.”
(Ĥadīts riwayat Muslim, Aĥmad, Ibnu Ĥibbān, `Abdur Razzāq, `Abd bin Ĥumaid dan lain-lain). 

Langit, bumi, haiwan melata, bukit-bukau dan gunung-ganang bahkan malaikat sendiri pun tidak layak menanggung amanah ini, kerana mereka makhluk yang tidak terikat dengan dosa pahala, baik buruk dan balasannya, kerana itulah mereka tidak 
layak menanggung amanah untuk menjaga agama. 
Manusia juga disebut sebagai satu makhluk yang menzalimi dan menganiaya, tetapi pada hakikatnya manusia menganiayai dirinya sendiri kerana ia sedar tentang amanah kepada Tuhannya, dan hubungannya dengan Tuhan seperti hubungan kekasih yang tidak melihat berat atau ringannya tanggungjawab yang akan dipikul, tetapi melihat kepada apakah yang dikehendaki dan dipinta oleh kekasih hatinya. 

Kerana itulah orang yang tidak beriman melihat orang-orang mu’min seolah-olah menzalimi diri mereka sendiri dengan ibadat-ibadat dan `amal kebajikan yang kalau mereka tidak melakukannya pun mereka boleh hidup dengan aman damai.

Amanah juga bererti fitrah, iaitu fitrah semulajadi kemanusiaan, seperti suka melakukan perkara yang baik dan tidak suka pada perkara yang buruk, memberi makan, menghubungkan silatur rahim, berkata benar dan lain-lain. Semuanya adalah perkara yang baik menurut fitrah manusia.

Begitu juga sebaliknya, melakukan kezaliman, memutuskan silatur rahim, berkelakuan jahat, berdusta dan sebagainya dianggap oleh manusia sebagai perkara yang tidak baik menurut fitrahnya. Ĥadīts yang menyokong ta’wilan amanah dengan erti ini ialah sabda Nabi s.a.w.:
إِنَّ الأَمَانَةَ نَزَلَتْ فِي جِذْرِ الرِّجَالِ ثُمِّ نَزَلَ القُرْآنُ
Bermaksud: Amanah turun ke pangkal hati manusia (terlebih dahulu), kemudian (barulah) turun al-Qur’ān.
Ini bererti Allah menjadikan fitrah terlebih dahulu di dalam hati manusia yang menjadikannya inginkan kebenaran, kebaikan, kebahagiaan dan takutkan keburukan, 
kesedihan, kebimbangan dan sebagainya. 
Fitrah manusia yang asal sekiranya tidak terganggu akan mudah menerima wahyu al-Qur’ān, tetapi kalau fitrahnya sudah tercemar dan rosak, maka akan sukarlah 
kepadanya menerima wahyu.
Kerosakan fitrah akan membawa kemusnahan dan kehancuran kepada kemanusiaan.
Anda dapat melihat contohnya, apabila fitrah tidak boleh berkahwin sesama ahli keluarga dan sesama jantina ditinggalkan, maka musnahlah sistem kekeluargaan dan 
kemasyarakatan.
Walaupun terdapat banyak erti amanah, dan masing-masing daripadanya memang digunakan dalam istilah agama Islam, tetapi amanah yang tersebut di dalam ĥadīts ini lebih menunjukkan kepada jawatan, pangkat atau kedudukan yang diberi dan diserahkan kepada seseorang.
Daripada setinggi-tingginya sampailah serendah- rendahnya. Baik dalam institusi kerajaan atau bukan kerajaan. Sama ada sebagai seorang raja, presiden, perdana menteri, mufti, pengerusi dan sebagainya, hinggalah kepada ahli jawatankuasa biasa atau penghulu kampung.

Ketika menyebutkan “Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah kiamat”, Nabi s.a.w. sebenarnya telah memaksudkan erti itu, tetapi ia masih tidak jelas kepada
penanya. Apabila ia meminta penjelasan lanjut, Baginda menyebutkan dengan terang bahawa amanah yang dimaksudkan ialah jawatan, pangkat atau kedudukan. Apabila ia  diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kiamat! 

Dalam banyak-banyak alamat kiamat, Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan yang itu, memandangkan kuasa merupakan salah satu faktor terbesar dalam mema`murkan atau menghancurkan sesebuah masyarakat dan negara.
Pemimpin yang baik dan berkelayakan akan membawa ra`yat atau pengikutnya ke arah kemajuan dan kejayaan. Sementara pemimpin yang jahat dan tidak berkelayakan 
pula akan membawanya ke arah kemunduran dan kemusnahan. 

¹⁸ Nabi s.a.w. tidak menjawab dengan menceritakan semua tanda-tanda kiamat,kerana banyak tanda-tandanya dan dengan mengetahui satu sahaja pun sudah memadai, walaupun terdapat banyak ĥadīts-ĥadīts tentang alamat-alamat kiamat itu.
Jawapan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. di sini meskipun satu sahaja namun ia umum, sehingga boleh dikatakan kepada segala perkara yang disia-siakan dan tidak diletak 
pada orang yang sepatutnya. Semua perkara yang diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan akan menemui kemusnahan dan kehancuran akhirnya.
Kiamat di sini pula boleh jadi bermaksud kiamat yang besar dan boleh jadi juga kiamat kecil dengan erti kehancuran atau kematian, seperti tersebut di dalam ĥadīts
yang diriwayatkan oleh ad-Dailami bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:إذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَقَدْ قَامَتْ قِيَامَتُهُ
Bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia, maka (itu bererti) telah tibalah kiamatnya.

Kesesuaian ĥadīts ke-59 ini dengan tajuk babnya terletak pada kata perawi: ٌّ
Bermaksud: tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w. seorang lelaki pedalaman (a`rābi). Dia lantas bertanya: “Bila kiamat akan berlaku?”.جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مِتَى السَّعَةُ؟

¹⁹ Antara pengajaran, pedoman, panduan dan hukum- hakam yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:

(1) Ilmu bertambah dan berkembang dengan adanya soal jawab.
 
(2) Setiap soalan tidak perlu dijawab dengan segera. Guru yang tidak memberi jawapan dengan segera tidak boleh terus dianggap sombong dan ia tidak termasuk 
dalam kalangan orang yang menyembunyikan ilmu. 

(3) Perlu adanya kebijaksanaan guru dalam menjawab atau tidak menjawab soalan, kerana terdapat pelbagai cara menjawab soalan, sesuai dengan keadaan orang yang
bertanya. Antaranya ialah: 
(a) Tidak perlu dijawab segera. 
(b) Perlu dijawab segera. 
(c) Ada soalan yang memang tidak perlu dijawab langsung. 
(d) Ada yang perlu dijawab sebahagian sahaja, sesuai dengan keperluan orang yang bertanya.
(e) Ada yang perlu diberikan jawapan penuh berserta perinciannya. 
(f) Ada jawapan yang diperlukan hanya ringkas, padat dan menyampaikan maksud sahaja.
(g) Menjawab lebih daripada apa yang ditanya, kerana ada faedah dan maksud di sebalik jawapan yang lebih itu.
(h) Jawapan dengan isyarat semata-mata. 

(4) Pada dasarnya pelajar tidak elok mengemukakan sesuatu soalan ketika gurunya 
sedang sibuk mengajar orang ramai atau sedang bercakap dengan seseorang, ia 
seharusnya menunggu sehingga gurunya selesai mengajar atau bercakap dengan orang itu. 

(5) Sesuatu soalan juga sekiranya boleh dijawab, eloklah dijawab dengan segera.

(6) Dalam keadaan orang yang ditanya sedang sibuk mengajar, berbincang atau melakukan sesuatu pekerjaan, tidak perlulah ia berhenti untuk menjawab dengan
segera apa yang ditanya. Ia boleh saja meneruskan pekerjaannya. Setelah selesai semuanya barulah jawapan diberikan.

(7) Guru tidak sepatutnya terus marah kepada murid yang mencelah dengan pertanyaan ketika ia sedang berbicara atau mengajar. 

(8) Guru hendaklah terus berlembut dengan murid, walaupun murid kelihatan kurang beradab kerana kejahilannya.

(9) Orang yang berurusan terlebih dahulu berhak didahulukan daripada orang yang datang kemudian untuk berurusan.

(10) Orang jahil hendaklah meruju` kepada orang alim untuk mengetahui persoalan-persoalan agama.

20 Tajuk bab yang dibuat oleh Imam Bukhāri ini bertujuan memberitahu bahawa perkara yang sangat berharga seperti ilmu sememangnya mempunyai adab dan disiplin tersendiri untuk diperolehi.