Memaparkan catatan dengan label qawaid tafsir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qawaid tafsir. Papar semua catatan

Khamis, Disember 08, 2022

Qaedah Ketiga

Qawaid tafsir 2019 b q003
Qaedah Ketiga: Firman Allah s.w.t. 
Bermaksud: Dan janganlah kamu melupakan kelebihan di antara kamu.
(al-Baqarah:237).
وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلۡفَضۡلَ بَیۡنَكُمۡۚ 

-jika kita hanya nampak kita lebih kita akan jadi sombong.
-yg tidak ada pada kita ada pada orang lain,maka tidak akan ada sifat takkabur.
-saling melengkap antara satu sama lain.
-jgn menghina manusia kerana kerjanya.
-bahkan jgn lupa.
-jgn lupa kebaikan orang lain,baru ada kasihsayang.
-mengajar kita mengenang budi walau sekecil manapun

Qaedah Kedua

Qawaid tafsir 2019 b q002s###
D-tafsir Dkausar 2019-panduan hidup sesi 1


Qaedah Kedua: 
Firman Allah s.w.t. Bermaksud: 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahalia amat buruk bagimu
(al-Baqarah :2I 6).

وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـًٔا وَهُوَ خَیۡرٌ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمۡۚ 

-ada kaitan yg rapat dengan percaya kepada qadak dan qadar atau taqdir.
-pelajar suka tidur dari belajar.
-sayur tak disukai tapi sayur baik untuk kita.
-manis disukai tapi tak mesti baik untuk kita.
-kehilangan duit tapi telah menyebabkan kita insaf.
-kaya buat maksiat ,masuk neraka boleh terima miskin.
-ibu nabi musa.sedih sembunyikan dan hanyutkan nabi musa.kehendak allah apa jadi?
-ada kaitan dengan taqdir juga.
- bunuh budak oleh khidir.
-tiada anak.ada anak yg menyebabkan penderitaan ibubapa?
Berfikiran positif.dunia tidak berlaku kehendak kita dunia ini.
-hadis ,neraka dikelilingi perkara yg kita suka.
-contoh tertinggal kapalterbang.

Qaedah Pertama: وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسۡنًا

Qawaid tafsir 2019 b q001s 
D-tafsir Dkausar 2019-panduan hidup sesi 1


50 Qaedah Jelas Daripada Al-qur'an unfuk panduan Hidup Manusia

Qaedah Pertama: وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسۡنًا 
Ucapkanlah kata-kata yang baik
kepada manusia 
(al-Baqarah: 83).

-hadits bukhari
٥٥٥٩ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
5559. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari Abu Hashin dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berimana kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaknya ia memuliakan tamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaknya ia berkata baik atau diam."

-Ucapan yang  baik ialah cakap lembut , tidak kasar, tidak menyakiti hati 
-ucapan mengembirakan orang bukan merisaukan orang,menakutkan orang,mengugut orang yg menjadi dosa.
-bercakap perkara yang benar dan kalu mengajar yang baik.
-cakap yg mulia ,penuh rasa hormat,

Al-Isra' 17:23
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًاۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا 
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

-Juga ucapkanlah kata yang baik jika ada orang minta sedekah atau tanya ilmu kita atau kaya minta apa2  jangan kata huduh atau herdik atau tengking  atau ucapan yg tak baik untuk dia.

Ad-Dhuhaa 93:10 وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ 
Dan terhadap orang yang meminta-minta janganlah engkau mengherdik(nya).

-walaupun nak minta hutang. Jangan guna bahasa yang kasar. Hak kita ada tetapi bukan hak menyumpah menyeranah kepada penghutang.
Tidak boleh sumpah atau menyaranah.
-tak boleh kata jahil ,bodoh atau benak.
- walaupun dalam keadaan marah.
-manusia lupa kekurangan diri bila berhadapan dengan kekurangan orang lain .
-bangsa mana pun. tidak suka percakapan yg tidak baik.
- penipu tiada siapa pun alan suka.
- jangan memfitnah dan mengadu domba.
- luas maknanya.

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0013)-14 kaedah 11

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0013)-14 kaedah 11

قاعدة 11   إِذَا  دَخَلَ حَرْفُ الاِسْتِفْهَامِ  عَلَى فِعْلِ  التَّرَجِّي اَفَادَ تَقْرِيْرَ مَا هُوَ مُتَوَقَّعٌ وَأَشْعَرَ بِأَنَّهُ كَائِنٌ

Apabila tersebut sebelum "fiil tarajji" kata tanya 
(yakni حرف الاستفهام),  ia menghilangkan ma'na tarajji (iaitu makna semoga;mudah-mudahan,barangkali) dan menukarnya dengan ma'na kepastian dan keyakinan.Selain itu ia juga menunjukkan apa yang tersebut selepasnya akan berlaku. 

Lihat aplikasi qaedah ini pada firman Allah berikut:
Muhammad 47:22
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ 
Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan melakukan kerosakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? 
(Muhammad:22).

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0012)-13 kaedah 10

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0012)-13 kaedah 10

قاعدة 10 إِذَا اخْتَلَفَتِ الْأَلْفَاظُ، وَكَانَ مَرْجِعُهَا إِلَى أَمْرٍ وَاحِدٍ لَمْ يُوْجِبْ ذَلِكَ اخْتِلَافًا
Kaedah 10
Lafaz-lafaz yang berbeza, apabila semuanya menunjukkan perkara yang sama, tidak akan menyebabkan  percanggahan. 

Maksud qaedah ke-10 ini ialah jika terdapat perbezaan pada lafaz, ayat atau gaya bahasa, tetapi semuanya menunjukkan ma'na yang sama, maka dalam keadaan itu tidak boleh dikatakan ada percanggahan di antara satu sama lain.

Aplikasi qaedah ini dapat anda lihat pada dua firman Allah berikut:

Al-Balad 90:1لَآ أُقْسِمُ بِهَٰذَا ٱلْبَلَدِ 
Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah). 
(al-Balad:1).

At-Tin 95:3وَهَٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ 
dan demi kota (Mekah) ini yang aman. 
(at-Tiin:3).

Jika dilihat sepintas lalu kepada perkataan dan gaya bahasa yang digunakan di dalam dua firman Allah di atas, jelas sekali kelihatan perbezaannya. Ayat pertama pada zahirnya merupakan ayat manfi (منفي), ayat kedua pula mutsbat (مثبت) Di dalam ayat pertama digunakan perkataan أقسم(Aku bersumpah). Di dalam ayat kedua tiada penggunaan seperti itu. Begitu juga di dalam ayat pertama digunakan rangkai kata هذا البد  di dalam ayat kedua pula digunakan rangkai kata هذأ البلد الأمين  Maka apakah terdapat percanggahan di antara dua ayat itu? Jawabnya tidak, kerana kedua-duanya merupakan ayat qasam. Di dalam ayat pertama memang digunakan perkataan اقسم yang mengandungi erti sumpah. Di dalam ayat kedua meskipun tidak digunakan perkataan yang jelas menunjukkan erti sumpah, namun haraf و di permulaannya juga memberi erti sumpah, kerana ia adalah   واو القسم  Ayat pertama walaupun kelihatan seperti ayat منفي namun ia juga مثبت, kerana perkataan لا di permulaannya bukannya لاnafi, sebaliknya ia adalah لا za'idah yang digunakan orang-orang 'Arab sebagai penguat sumpah mereka semata-mata.
هذا البد dan هذاالبد الأمبن
kedua-duanya menunjukkan kota yang sama, iaitu Kota Mekah. Jadi sebenarnya tidak ada sebarang percanggahan di antara dua ayat tersebut, sama ada pada perkataan-perkataannya atau ayat-ayatnya. Kerana kedua-duanya menunjukkan maksud dan ma'na yang sama.




Qawaid tafsir 2018 nota 1(0011)-12 kaedah 9

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0011)-12 kaedah 9

قاعدة 9 
إذَا جَاءَ ذِكْرُ الطَّيِبَاتِ فِي مَعْرِضِ الْإِنْعَامِ فَيُرَادُ بِهِ الْمُسْتَلَذَّاتُ، وَإِذَا جَاءَ فِي مَعْرِضِ التَّحْلِيْلِ وَالتَّحْرِيْمِ فَيُرَا بِهِ الْحَلَالُ وَالْحَرَامُ
Kaedah 9
Apabila disebut (kita jumpa) perkataan  الطيبات sebagai ni'mat dan kurniaan Allah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah ni'mat-ni'mat Allah yang sedap-sedap dan lazat-lazat.Dan apabila disebut perkataan itu sebagai (ditempat menyatakan) hukum, maka yang dimaksudkan dengannya ialah hukum halal dan haram.Dan ia menunjukkan benda-benda yang halal.

Perkataan  الطيبات  jika terletak di halaman (dalam ayat) nafi atau nahi, maka ia akan memberi erti haram. Jika tidak begitu (yakni kalu ditempat menyatakan hukum), maka ia menunjukkan halal.

Contoh ia digunakan sebagai ni'mat dan kurniaan Allah ialah dua firman Allah berikut:
(1)Ghafir 40:64
ٱللَّهُ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ قَرَارًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْۖ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Allah-lah yang menjadikan bumi sebagai tempat menetap untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya, dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupamu, serta dikurniakan kepadamu sebahagian daripada benda-benda yang baik lagi sedap. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.(Ghafir:64).

(2) Al-Anfal 8:26
وَٱذْكُرُوٓا۟ إِذْ أَنتُمْ قَلِيلٌ مُّسْتَضْعَفُونَ فِى ٱلْأَرْضِ تَخَافُونَ أَن يَتَخَطَّفَكُمُ ٱلنَّاسُ فَـَٔاوَىٰكُمْ وَأَيَّدَكُم بِنَصْرِهِۦ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik dan lazat-lazat, supaya kamu bersyukur. (al-Anfaal :26).

Perkataan الطيبات yang  disebutkan sebagai hukum pula adalah seperti berikut:
(1)Al-Ma'idah 5:4
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمْۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَٰتُۙ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ ٱلْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُۖ فَكُلُوا۟ مِمَّآ أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَٱذْكُرُوا۟ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَيْهِۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ 
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?".Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan(buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah(dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah amat cepat hisabNya.(al-Maa'idah:4).

(2)Al-A'raf 7:32
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخْرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ مِنَ ٱلرِّزْقِۚ قُلْ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu(disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat". Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang(mahu) mengetahui.Al araf: 32 





Qawaid tafsir 2018 nota 1(0010)-11kaedah 8

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0010)-11kaedah 8


قاعدة 8

إِذَا جَاءَتْ مِنْ قَبْلَ الْمُبْتَدَإ، أَوِ الْفَاعِلِ، أَوِ الْمَفْعُوْلِ، فِهِيَ لِتَأْكِيْدِ النَّفْيِ وَزِيَادَةِ   التَّنْكِيْرِ،وَالتَّنْصِيْصِ فِي الْعُمُوْمِ

Kaedah 8
Apabila ada perkataan min sebelum mubtadak atau fail atau maful ,maka ia menguatkan ma'na nafi .Ia juga menjadikan ma'na nakirah pada sesuatu isim lebih kuat dan jelas lebih umum.


Contoh perkataan مِنْ sebelum mubtada' (subjek)ialah firman Allah ini.

Al-An'am 6:38
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا طَٰٓئِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمۚ مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَٰبِ مِن شَىْءٍۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ 
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (al-An' aam:38).

Contoh perkataan  مِنْ sebelum fa'il ialah firman Allah berikut:
Al-Ma'idah 5:19
يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ قَدْ جَآءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ ٱلرُّسُلِ أَن تَقُولُوا۟ 
مَا جَآءَنَا مِنۢ بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍۖ فَقَدْ جَآءَكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami(Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak(berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami . Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Maa'idah:19).

Dan contoh perkataan مِنْ sebelum maf'ul pula ialah firman Allah di bawah ini:

Maryam 19:98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًۢا 
Dan amatlah banyaknya Kami telah binasakan umat-umat sebelum mereka;Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?! (Maryam:98). 



Qawaid tafsir 2018 nota 1(0007)- kaedah 6

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0007)- kaedah 6

Kaedah 6 
قاعدة 6 إذَا اسْتُدِلَّ بِالْفِعْلِ لِشَيْئَيْنِ وَهُوَ فِيْ الحَقِيْقَةِ لِأَحَدِهِمَا يُقْدَّرُِ لِلْآخَرِ فِعْلٌ يُنَاسِبُهُ عَلَى الْأٌصَحِّ

Apabila sesuatu fi'il dikaitkan dengan dua isim, sedangkan fi'il itu hanya layak dikaitkan dengan satu sahaja daripada dua isim tersebut, maka mengikut pendapat yang lebih sahih (rajih), perlulah ditaqdirkan fi'il lain yang sesuai dengan isim yang satu lagi 

Qaedah ini boleh diaplikasikan pada firman Allah berikut:
Al-Hasyr 59:9
وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمَٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
9. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang tetah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabi'at bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.(al-Hasyr:9).

Perkataan  تبوءوا yang merupakan fi'il itu dikaitkan dengan dua isim sebagai maf'ulnya الإيمان dan الدار. Padahal perkataan الدار sahaja yang layak dijadikan sebagai
Maf'ulnya. Maka dalam keadaan ini perlu ditaqdirkan fiil lain yang sesuai dengan الإيمان sebagai mafulnya. Misalnya ditaqdirkan وأخلصوا sebelumnya. Dalam masalah ini terdapat khilaf di kalangan para 'ulama' tentang qaedah taqdirkah yang lebih baik dipakai atau qaedah tadhmin(تضمين) Kalau dipakai qaedah taqdir, maka taqdirnya adalah seperti yang diberikan tadi. Dan kalau qaedah tadhmin pula yang dipakai,maka semestinya perkataan  تبوءا itu dita'wilkan dengan fiil lain yang sesuai
menjadikan kedua-dua isim selepasnya sebagai mafulnya. Misalnya perkataan itu dita'wil (dipakai)dengan ma'na لزِمُوْا (melazimi), maka sesuailah kedua-dua isim yang tersebut selepasnya menjadi maful baginya.


Qawaid tafsir 2018 nota 1(0008)-10 kaedah 7

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0008)-10 kaedah 7
Kaedah 7
قاعدة 7
 إذَا تَعَقَبَتِ الضَّمَائِرُ فَالْأَصْلُ اَنْ يَتَّحِدَ مَرْجِعُهَا
Apabila beberapa dhamir datang selepas sesuatu isim, maka pada asalnya isim itulah merupakan marji' bagi dhamir-dhamir tersebut.

Qaedah ini berlaku apabila tidak ada qarinah yang menunjukkan dhamir-dhamir itu kembali kepada marji' yang berlainan, dan kembalinya kepada marji' yang sama pula tidak menjejaskan kefasihan bahasa. Dalam keadaan ada qarinah dan menjejaskan kefasihan bahasa, boleh saja dhamir-dhamir itu kembali kepada marji'-marji' yang berlainan.

Qaedah 7 ini boleh diaplikasikan pada beberapa firman Allah berikut:
(1)
An-Nisa' 4:157
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا ٱلْمَسِيحَ عِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُوا۟ فِيهِ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًۢا 
An-Nisa' 4:158
بَل رَّفَعَهُ ٱللَّهُ إِلَيْهِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا 
An-Nisa' 4:159
وَإِن مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِۦ قَبْلَ مَوْتِهِۦۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا 

Di dalam tiga ayat di atas terdapat lapan dhamir yang kembali kepada Al-Masih Isa Ibni Mariam.

157. Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada
sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
158. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
159. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi
saksi terhadap mereka. (an-Nisaa' : I57 -159).


(2)Thaa Ha 20:39
أَنِ ٱقْذِفِيهِ فِى ٱلتَّابُوتِ فَٱقْذِفِيهِ فِى ٱلْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ ٱلْيَمُّ بِٱلسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّى وَعَدُوٌّ لَّهُۥۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّى وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِىٓ 
Di dalam ayat ini pula terdapat tujuh dhamir yang kembali kepada (Nabi) Musa yang tersebut di dalam ayat sebelumnya 

Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
(Thaha:39).

Contoh dhamir-dhamir yang kembali kepada marji' yang berlainan pula dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:


Al-Kahfi 18:22
سَيَقُولُونَ ثَلَٰثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًۢا بِٱلْغَيْبِۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْۚ قُل رَّبِّىٓ أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَآءً ظَٰهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا 

Marji' dhamir pada فيهم ialah Ashaabul Kahfi. Sementara marji' dhamir منهم pada  pula adalah orang-orang Yahudi.

22. (Sebahagian dari) mereka  berkata: Bilangan Ashaa bul kahfi itu tiga orang,yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka secara meraba-raba dalam gelapakan sesuatu yang tidak diketahui dan sesetengah yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan yang kedelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana)yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta
penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang
membincangkannya). 
(al-Kahf:22)

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0005)-6 kaedah 4

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0005)-6 kaedah 4

Kaedah 4 
قاعدة 4  إِذَ اجْتَمَعَ فِي الضَّمَائِرِ مُرَاعَاةُ اللَّفْظِ وَالْمَعْنَى بُدِئَ بِاللَّفْظِ ثُمَّ بِالْمَعْنَى
Apabila dhamir-dhamir (kata ganti nama) dapat meraikan lafaz dan makna marji'nya, maka terlebih dahulu diraikan lafaz marji'nya, kemudian barulah diraikan makna marji'nya 

Qaedah ini dapat diaplikasikan pada banyak sekali ayat-ayat al-Qur'an. Antaranya
pada firman-firman Allah di bawah ini:
(1)Al-Baqarah 2:8
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ 
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan
kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(al-Baqarah:8).
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن 👈يَقُولُ 
-dalamnya ada هو
-perkataan يَقُولُ adalah mufrad.
-huwa هو itu balik kemana?
-dia balik kepada مَن ,sebab مَن mausul musytarok.
Bila mausul musytarok boleh untuk mufrad,musanna dan boleh untuk jamak.
-disini يَقُولُ dipakai untuk mufrad,jadi guna يَقُولُuntuk meraikan lafaz مَن
ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ 
-kami percaya pada Allah.
Sepatutnya dia percaya,kami ni ramai.tadi seorang .kenapa ramai .kerana dia merujuk kepada makna مَن bukan merujuk kepada lafaz مَن
وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
-perkataan وَمَا merujuk kepada مَن
-mereka tidak mukmin.
-perkataan هُم   بِمُؤْمِنِينَ ,jamak .
-perkataan هُم nak balik kepada siapa?
-setiap dhamir dia ada marji' dia.marji' nya adalah مَن

Ini lah kaedah tafsir
Tafsir syair tak mengapa.ini quran.

(2)Al-An'am 6:25
وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَۖ وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًاۚ وَإِن يَرَوْا۟ كُلَّ ءَايَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا۟ بِهَاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوكَ يُجَٰدِلُونَكَ يَقُولُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِنْ هَٰذَآ إِلَّآ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ 
Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka
daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan
mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu. (al-An'aam :25).

(3)At-Taubah 9:49
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ٱئْذَن لِّى وَلَا تَفْتِنِّىٓۚ أَلَا فِى ٱلْفِتْنَةِ سَقَطُوا۟ۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ 
49. Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku(supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
(at-Taubah:49).

Qawaid tafsir kaedah 3

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0005) kaedah 3

Kaedah 3 
قاعدة 3 إِذَا الشَّرْطُ والْجَزَاءُ لَفْظًا دَلًّ عَلَى الْفَخَامَةِ
Apabila syarat dan jaza' sama pada lafaznya, maka ia menunjukkan kehebatan atau kedahsyatannya.

Syarat dan jaza' yang tersebut di dalam qaedah ini tidaklah dipakai dengan erti biasa(mengikut nahu),
malah ia bererti suatu perkataan yang disusuli oleh perkataan yang sama dengannya,di mana perkataan terkemudian kelihatan sebagai jawab bagi perkataan pertama.
Antara contoh yang dapat diberikan untuk qaedah ini ialah:
(1)
Al-Haqqah 69:1ٱلْحَآقَّةُ 
Al-Haqqah 69:2مَا ٱلْحَآقَّةُ 
Al-Haqqah 69:3وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحَآقَّةُ 

1. Saat yang tetap berlaku (hari kiamat) itu;
2. Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
(al-Haaqqah:1-3).
*bila lafaz yg sama berulang adalah kedahsyatanya

(2)Al-Waqi'ah 56:8فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ 
Al-Waqi'ah 56:9وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ(9) 

8. Iaitu golongan kanan. Alangkah mulia dan bahagianya golongan kanan itu
9. Dan golongan kiri. Alangkah seksa dan sengsaranya golongan kiri itu.
(al-Waqi'ah:8-9).
*memberi makna hebat.

(3)
Al-Qadr 97:1إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
Al-Qadr 97:2 وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ 
Al-Qadr 97:3لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan
2.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. 
(al-Qa-dr:1-3)
*malam yg hebat dan istimewa.
*macam jawap atau penjelasan.

Isnin, Februari 07, 2022

Qawaid tafsir 2019 b q001s

Qawaid tafsir 2019 b q001s
D-tafsir Dkausar 2019-panduan hidup sesi 1


50 Qaedah Jelas Daripada Al-qur'an unfuk panduan Hidup Manusia

Qaedah Pertama: وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسۡنًا 
Ucapkanlah kata-kata yang baik
kepada manusia 
(al-Baqarah: 83).

-hadits bukhari
٥٥٥٩ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
5559. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari Abu Hashin dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berimana kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaknya ia memuliakan tamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaknya ia berkata baik atau diam."

-Ucapan yang  baik ialah cakap lembut , tidak kasar, tidak menyakiti hati 
-ucapan mengembirakan orang bukan merisaukan orang,menakutkan orang,mengugut orang yg menjadi dosa.
-bercakap perkara yang benar dan kalu mengajar yang baik.
-cakap yg mulia ,penuh rasa hormat,

Al-Isra' 17:23
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًاۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا 
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

-Juga ucapkanlah kata yang baik jika ada orang minta sedekah atau tanya ilmu kita atau kaya minta apa2  jangan kata huduh atau herdik atau tengking  atau ucapan yg tak baik untuk dia.

Ad-Dhuhaa 93:10 وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ 
Dan terhadap orang yang meminta-minta janganlah engkau mengherdik(nya).

-walaupun nak minta hutang. Jangan guna bahasa yang kasar. Hak kita ada tetapi bukan hak menyumpah menyeranah kepada penghutang.
Tidak boleh sumpah atau menyaranah.
-tak boleh kata jahil ,bodoh atau benak.
- walaupun dalam keadaan marah.
-manusia lupa kekurangan diri bila berhadapan dengan kekurangan orang lain .
-bangsa mana pun. tidak suka percakapan yg tidak baik.
- penipu tiada siapa pun alan suka.
- jangan memfitnah dan mengadu domba.
- luas maknanya.

Selasa, Oktober 19, 2021

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0001-0063

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0001-0063

قاعدة ١- الْأََصْلُ عَدَمُ تَكَرُّرِ النِّزُوْلِ
Kaedah 1-Pada Asalnya Turun Ayat Tidak Berulang

قاعدة ٢- الأَمْرُ الْوَارِدُ بَعْدَ الْحَظْرِ  يَعُوْدُ حُكْمِهُ إِلَى حِالِهِ قَبْلَ الْحَظْرِ.
Kaedah 2 -Perintah(Allah) yang datang selepas larangan
kembali hukumnya kepada keadaan sebelum larangan.
 
قاعدة ٣- إِذَا الشَّرْطُ والْجَزَاءُ لَفْظًا دَلًّ عَلَى الْفَخَامَةِ
Kaedah 3-Apabila syarat dan jaza' sama pada lafaznya, maka ia menunjukkan kehebatan atau kedahsyatannya.

قاعدة ٤- إِذَ اجْتَمَعَ فِي الضَّمَائِرِ مُرَاعَاةُ اللَّفْظِ وَالْمَعْنَى بُدِئَ بِاللَّفْظِ ثُمَّ بِالْمَعْنَى
Kaedah 4-Apabila dhamir-dhamir (kata ganti nama) dapat meraikan lafaz dan makna marji'nya, maka terlebih dahulu diraikan lafaz marji'nya, kemudian barulah diraikan makna marji'nya 

قاعدة ٥- إذَا لاا َخْبَرَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْ نَفْسِهِ  بِلَفْظِ "كَيْفَ"  فَهُوَ اِسْتِخْبَارٌ عَلَى طَرِيْقِ التَّنْبِيْهِ لِلْمُخَاطَبِ أَوِ التَّوْبِيْخِ
Kaedah 5-Apabila Allah menceritakan sesuatu perbuatan diriNya menggunakan perkataan كيف(kata tanya), maka itu bererti peringatan dan amaranNya atau celaanNya terhad mukhathab. Mungkin juga ia digunakan untuk menarik perhatian mukhathab kepada kekuasaan dan kehebatannya 

قاعدة ٦- إذَا اسْتُدِلَّ بِالْفِعْلِ لِشَيْئَيْنِ وَهُوَ فِيْ الحَقِيْقَةِ لِأَحَدِهِمَا يُقْدَّرُِ لِلْآخَرِ فِعْلٌ يُنَاسِبُهُ عَلَى الْأٌصَحِّ
Kaedah 6-Apabila sesuatu fi'il dikaitkan dengan dua isim, sedangkan fi'il itu hanya layak dikaitkan dengan satu sahaja daripada dua isim tersebut, maka mengikut pendapat yang lebih sahih (rajih), perlulah ditaqdirkan fi'il lain yang sesuai dengan isim yang satu lagi 


قاعدة ٧- إذَا تَعَقَبَتِ الضَّمَائِرُ فَالْأَصْلُ اَنْ يَتَّحِدَ مَرْجِعُهَا
Kaedah 7-Apabila beberapa dhamir datang selepas sesuatu isim, maka pada asalnya isim itulah merupakan marji' (tempat rujukan atau tempat kembali dhamir)bagi dhamir-dhamir tersebut.


قاعدة ٨-إِذَا جَاءَتْ مِنْ قَبْلَ الْمُبْتَدَإ، أَوِ الْفَاعِلِ، أَوِ الْمَفْعُوْلِ، فِهِيَ لِتَأْكِيْدِ النَّفْيِ وَزِيَادَةِ   التَّنْكِيْرِ،وَالتَّنْصِيْصِ فِي الْعُمُوْمِ
Kaedah 8-Apabila ada perkataan min sebelum mubtadak atau fail atau maful ,maka ia menguatkan ma'na nafi .Ia juga menjadikan ma'na nakirah pada sesuatu isim lebih kuat dan jelas lebih umum.


قاعدة ٩-إذَا جَاءَ ذِكْرُ الطَّيِبَاتِ فِي مَعْرِضِ الْإِنْعَامِ فَيُرَادُ بِهِ الْمُسْتَلَذَّاتُ، وَإِذَا جَاءَ فِي مَعْرِضِ التَّحْلِيْلِ وَالتَّحْرِيْمِ فَيُرَا بِهِ الْحَلَالُ وَالْحَرَامُ
Kaedah 9-Apabila disebut (kita jumpa)perkataan  الطيبات sebagai ni'mat dan kurniaan Allah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah ni'mat-ni'mat Allah yang sedap-sedap dan lazat-lazat.Dan apabila disebut perkataan itu sebagai(ditempat menyatakan) hukum, maka yang dimaksudkan dengannya ialah hukum halal dan haram.Dan ia menunjukkan benda-benda yang halal.
Perkataan  الطيبات  jika terletak di halaman (dalam ayat)nafi atau nahi, maka ia akan memberi erti haram. Jika tidak begitu(yakni kalu ditempat menyatakan hukum), maka ia menunjukkan halal.



قاعدة ١٠- إِذَا اخْتَلَفَتِ الْأَلْفَاظُ، وَكَانَ مَرْجِعُهَا إِلَى أَمْرٍ وَاحِدٍ لَمْ يُوْجِبْ ذَلِكَ اخْتِلَافًا
Kaedah 10
Lafaz-lafaz yang berbeza, apabila semuanya menunjukkan perkara yang sama,tidak akan menyebabkan  percanggahan. 
Maksud qaedah ke-10 ini ialah jika terdapat perbezaan pada lafaz, ayat atau gaya bahasa, tetapi semuanya menunjukkan ma'na yang sama, maka dalam keadaan itu tidak boleh dikatakan ada percanggahan di antara satu sama lain...


😄😄

قاعدة ١١-  إِذَا  دَخَلَ حَرْفُ الاِسْتِفْهَامِ  عَلَى فِعْلِ  التَّرَجِّي اَفَادَ تَقْرِيْرَ مَا هُوَ مُتَوَقَّعٌ وَأَشْعَرَ بِأَنَّهُ كَائِنٌ

Kaedah 11-Apabila tersebut sebelum "fiil tarajji" kata tanya 
(yakni حرف الاستفهام),  ia menghilangkan ma'na tarajji (iaitu makna semoga; mudah-mudahan, barangkali) dan menukarnya dengan ma'na kepastian dan keyakinan. Selain itu ia juga menunjukkan apa yang tersebut selepasnya akan berlaku. 


قاعدة ١٢- إِذَا دَخَلَتْ الأَلِفُ وَاللَّامُ عَلَى اسْمٍ مَوْصُوْفٍ اِقْتَضَتْ اَنَّهُ أَحَقُّ بِتِلْكَ مِنْ الصِّفَةِ مِنْ غَيْرِهِ
Kaedah 12-Apabila "Alif Laam" memasuki sesuatu isim maushuf, maka itu memberi ma'na ia paling berhak dan paling sempurna dalam mempunyai sifat yang tersebut selepasnya daripada orang-orang lain.


قاعدة ١٣-  إذا دخلت قد على تلمضارع المسند إلى اللَّه تعالى فهي للتحقيق دائمًا
 Kaedah 13- Apabila perkataan
 قد tersebut sebelum fiil mudhari' yang disandarkan kepada Allah, maka ia sentiasa memberi erti kepastian .


قاعدة ١٤- إِذَا دَخَلَتْ هَمْزَةُ الإِسْتِفْهَامِ عَلَى رَأَيْتَ اِمْتَنَعَ أَنْ تَكُوْنَ مِنْ رُؤْيَةِ تلْبَصَرِ أَوِ تلْقَلْبِ وَصَارَ بِمَعْنَي أَخْبِنِي

Kaedah 14- Apabila ada hamzah isifham sebelum perkataan  رأيت maka perkataan   رأيت  itu (pada kebiasaannya) tidak lagi memberi ma'na melihat atau fikir. sebaliknya ia memberi erti"tolong ceritalah kepada ku""terangkanlah kepadaku" "apakata mu jika", "bagaimana kalau" dan sebagainya.


قاعدة ١٥- إِذَا  رَتَّبَ الشَّرِعُ الْحُكْمَ عَلى أَنَّ ذَلِكَ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ ثُبُوْتَهُ لِأَجْلِهِ

Kaedah 15- Apabila Allah mengikat sesuatu hukum atau perkara dengan sesuatu sifat tertentu maka itu menunjukkan adanya hukum kerana adanya sifat tersebut.


😁😁



قاعدة ١٦- إذَ عُلِّقَ الْأَمْرُ عَلَى شَرْطٍ، أَوْ صِفَةٍ فَإِنَّهُ يَقْتَضِي التَّكْرَارَ
Kaedah 16-Apabila sesuatu perintah dikaitkan dengan sesuatu syarat atau sifat, maka ia menghendaki berulang (hukum berkenaan apabila ada syarat atau sifat itu).

Pada asalnya apa yang diperintahkan oleh Allah tidak menghendaki ia dilakukan berulang kali. Tetapi dalam keadaan ada dalil atau petunjuk yang menghendaki perintah itu diikut buat beberapa kali atau banyak kali, maka barulah ia menunjukkan apa yang diperintahkan perlu dibuat banyak kali.
-pada asal perintah hanya sekali.


قاعدة ١٧- إِذَا كَانَ ثُبُوْتُ شَيّءٍ أَوْ نَفْيُهُ يَدُلُّ عَلَى ثُبُوْتِ آخَرَ أَوْ نَفْيِهِ ،فَالْأَوْلَى الاِقْتِصَارُ عَلَى الدَّالِّ مِنْهُمَا، فَإِنْ ذُكِرَا  فَالْأَوْلَى تَأْخِيْرُ الدَّالِّ
Kaedah 17- Apabila ada sesuatu atau tiadanya menunjukkan adanya sesuatu yang lain atau tiadanya,maka yang terlebih utama ialah berpada dengan  الدال (yang menunjukkan) daripada keduanya. Jika kedua-duanya(الدال والمزلول) disebut pula, maka yang terlebih utama pula ialah menta'khirkan الدال (yang menunjukkan).
Maksud qaedah ini ialah apabila sesuatu mempunyai dua sifat dan salah satu daripada dua itu menunjukkan yang satu lagi, maka dalam keadaan itu yang lebih utamanya ialah berpada dengan yang menunjukkan (الدال) . Dan jika kedua-dua sifat disebutkan,maka yang lebih utamanya ialah menta'khirkan sifat yang menunjukkan (kepada sifat satu lagi yang tidak menunjukkan).


قاعدة ١٨-  إِذَ كَانَ فِي الْآيَةِ ضَمِيرٌ يُتَمَلُ عَوْدُهُ إِلَى أَكْثَرَ مِنْ مَذْكُرٍ، وَأَمْكَنَ الْحَمْلُ عَلَى الْجَمِعِ ،حُمِلَ عَلَيْهِ
Kaedah 18- Apabila di dalam ayat tertentu ada dhamir yang boleh diterima kembalinya kepada lebih banyak daripada satu yang disebut, dan ia boleh dikembalikan kepada semua, maka dikembalikanlah ia kepadanya.


قاعدة ١٩- إِذَا كَانَ مُتَعَلِّقُ الْخِطَابِ  مَقْدُوْرًا حُمِلَ عَلَيْهِ، وَإِنْ كَانَ غَيْرَ مَقْدُوْرٍ  صُرِفَ الْخِطَابُ لِثَمَرَتِهِ أَوْسَبَبِهِ
 Kaedah 19- Apabila sesuatu perintah berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukhathab(orang yang ditujukan perintah kepadanya), maka dengan ma'na hakikatnyalah ia dipakai.Dan jika ia berkaitan dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan (oleh mukhathab),maka pada ketika itu khithab(perintah) dipalingkan kepada buah atau sebab bagi apa yang diperintahkan.

قاعدة ٢٠- إِذَا وَرَدَ مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ وَجَاءَ بَعْدَهُمَا ضَمِيْرٌ،فَالْأَصْلُ عَوْدُهُ   لِلْمُضَافِ
Kaedah 20- Apabila tersebut mudhaf dan mudhaf ilaihi dan ada pula satu dhamir selepasnya, maka mengikut qaedah asalnya ialah dhamir itu hendaklah kembali kepada mudhaf.

قاعدة ٢١-إِذَا وَقَعَتِ النَّكِرَةُ فِي سِيَاقِ النَّفْيِ أَوِ النَّفْيِ أَوِ النَّهْيِ أَوِ الشَّرْطِ أَوِ الْاِسْتِفْهَامِ دَلَّتْ عَلَى تلْعُمُوْمِ
Kaedah 21- Apabila (isim) nakirah terletak selepas nafi, nahi, syarat atau istifham, maka ia menunjukkan erti umum.


٢٢-اِسْتِفْهَامُ الْإِنْكَارِ يَكُوْنُ مُضَمِّنًا مَعْنَى النَّفْيِ
Kaedah 22- Istifham inkari mengandungi ma'na nafi



قاعدة ٢٣-إِعَادَةُ الظَّاهِرِ بِمَعْنَاهُ أَحْسَنُ مِنْ إِعَادَتِهِ بِلَفْظِهِ ، وَإِعَادَتُهُ ظَاهِرً بَعْدَ الطُّوْلِ أَحْسَنُ مِنَ الْإِضْمَارِ
Kaedah 23- Mengulangi sebut ma'na sesuatu isim zahir lebih baik lagi daripada mengulangi sebut lafaznya, dan mengulangi sebut (sesuatu isim zahir) dalam bentuknya sebagai isim zahir setelah (agak) lama (ia disebutkan), lebih baik lagi daripada mengemukakannya dalam bentuk isim dhamir.
Qaedah yang dikemukakan di atas terbahagi kepada dua bahagian. 
Bahagian pertamanya ialah "Mengulangi sebut ma'na sesuatu isim zahir lebih baik lagi daripada mengulangi sebut lafaznya". 
Dan bahagian keduanya pula ialah  Mengulangi sebut sesuatu isim zahir dalam bentuknya sebagai isim zahir setelah lama atau agak jauh ia terpisah, lebih baik lagi daripada mengemukakannya dalam bentuk isim dhamir.



قاعدة ٢٤- اَلِاسْتِفْهَامُ عَقِبَ ذِكْرِ الْمَعَايِبِ أَبْلَغُ مَنَ الْأَمْرِ بِتَرْكِهَا
Kaedah 24 - Istifham (bertanya) setelah menyebutkan ke'aiban-ke'aiban(sesuatu), lebih mendalam lagi ma'nanya daripada perintah meninggalkannya.
Keterangan: Bertanya dengan maksud melarang, setelah ke'aiban sesuatu yang hendak dilarang lebih mendalam daripada melarang secara terang menyebutkan ke'aiban-lagi ma'na larangannya



قاعدة ٢٥- اَلِاسْمُ الْمَوْصُوْلُ يُفِيْدُ عِلِّيَّةَ الْحُكْمِ
Kaedah 25 - Isim maushul (dengan silahnya kadang2 diguna untuk) menyatakan 'ilat (sebab)hukum (sesuatu kenyataan yg diberikan)
#disini, sebab =ilat
Isim maushul (dengan shilahnya kadang-kadang diguna untuk)menyatakan 'illat hukum (sesuatu kenyataan yang diberikan)
*isim mausul adalah daripada isim makrifah
*silah adalah ayat yg berada selepas isim mausul


قاعدة ٢٦- اَلْأَصْلُ إِبْقَاءُ الْمُطْلَقِ عَلَى إِطْلَاقِهِ حَتَّى يَرِدَ مَا يَقَيِّدُهُ
Kaedah 26- Hukum yang Muthlaq dikekalkan dengan kemuthlaqannya selagi tidak ada dalil yang mengqaidkannya..


قاعدة ٢٧- الْأصْلُ  أَنَّ الْكَلَامَ  يُؤَكَّدُ إِذَا كَانَ الْمُخَاطَبُ كُنْكِرًا  أَوْمُتَرَدِّدًا، وَيَتَفَاوَتُ  الْتَّاكِيْد ُ بِحَسَبِ قُوَّةِ الْإِكَارِ وَضَعْفِهِ. وَقَدْ يُؤَكَّدُ  والْمُخَطَبُ غَيْرُ مُنْكِرٍ لِعَدَمِ جَرْيِهِ عَلَى مُقْتَضَى إِقْرَارِهِ ، فَيُنَزَّلُ مَنْزِلَةَ الْمُنْكِرِ. وَقَدْ يُتْرَكُ ااتَّأْكِدُ  مَعَ إِنْكَارِ الْمُخَطَبِ لِوُجُوْدِ. أَدِلَّةٍ ظَاهِرَةٍ، لَوْ تَأَمّٕلَهَا لَرَجَعَ عَنِ الْإِنْكَارِ
Kaedah 27-Sesuatu cerita pada asalnya perlu diperkuatkan apabila mukhathab(orang yang dihadap cakap) tidak menerimanya atau ragu-ragu tentangnya. Kata penguat yang hendak digunakan perlulah berbeza-beza sesuai dengan kekuatan dan kelemahan penolakannya. Kadang-kadang sesuatu cerita diperkuatkan, padahal mukhathab tidak pun menolaknya. Keadaan seperti itu berlaku apabila mukhathab bersikap tidak seperti orang yang menerima cerita berkenaan, maka ia dianggap seperti orang yang menolaknya juga. Kadang-kadang pula cerita tidak diperkuatkan, padahal mukhathab memang menolaknya. Keadaan itu berlaku apabila ada bukti-bukti terang yang jika diperhati dan direnungi oleh mukhathab, niscaya ia tidak menolaknya.


قاعدة ٢٨- اَلْأَصْلُ أَنَّ مَا أُبْهِمَ  فِي الْقُرْآنِ فَلَا طَائِلَ فِي مَعْرِفَتِهِ
Kaedah 28-Apa-apa yang disebut secara samar dan tidak terang di dalam al-Qur'an, tidak ada faedah mengetahuinya.


قاعدة ٢٩- الْأَصْلُ حَمْلُ نُصُوْصِ الْوَحْيِ عَلَى ظَوَاهِرِهَا إِلَّا لِدَلِيْلٍ
Kaedah 29- Nas-nas wahyu pada dasarnya dipakai menurut (ma'na) zahirnya, kecuali apabila ada dalil (yang memalingkannya daripada ma'na zahirnya).


قاعدة ٣٠- الْأصْلُ فِي صِفَاتِ الْمَدْحِ أَنْ يَنْتَقِلَ فِيْهَا  مِنَ الْأدْنَى  إِلَى الْأَلَى ، وَصِفَاتِ الذَّمَّ بِعَكْسِ ذلِكَ
Kaedah 30- Qaedah asal bagi sifat-sifat kepujian ialah ia bergerak (disebutkan) dari bawah ke atas,dan sifat-sifat kecelaan pula bergerak (disebutkan) sebaliknya(dari bawah ke atas).

قاعدة ٣١-  الْإِطْلَاقُ يَقْتَضِي الْمُسَاوَاةَ
Kaedah 31- Ithlaq menyebutkan  ssesuatu hukum secara muthlaq)menghendaki persamaan.
Apabila sesuatu hukum disebut secara mutlaq, maka ia kekal dengan kemutlaqannya.Ia tidak harus diqaid atau ditakhsiskan dengan sesuatu.


قاعده ٣٢- اَلِاقْتِرَانُ الْوَارِدُ فِي الْقُرْآنِ بَيْنَ بَعْضِ الْأَسْمَاءِ الْحُسْنَى ، يَدُلُّ عَلَى مَزِيْدٍ مِنَ الْكَمَالَاتِ
Kaedah 32-Tersebutnya beberapa nama Allah yang baik-baik (الأسماء الحسنى) dimana-mana tempat di dalam al-Qur'an menunjukkan ma'na kesempurnaan yang lebih.

Setiap nama sifat Allah yang tersebut di dalam al-Qur'an mengandungi kelebihan,keistimewaan dan maksudnya yang tersendiri. Seringkali kita dapati sesuatu ayat disudahi dengan menyebut dua nama Allah yang tertentu. Apakah rahsia disebaliknya? Perlulah diingat bahawa apabila dua nama sifat Allah disebutkan bersama pada mana-mana tempat, ia memberikan ma'na yang berlainan pula. Ia memberi ma'na kesempurnaan yang lebih. Kedua-dua nama sifat yang disebutkan itu tentunya mempunyai perkaitan yang rapat dengan apa yang dikemukakan sebelumnya.


قاعدة ٣٣-اَلْأَمْرُ الْمُطْلَقُ يَقْتَضِي الْوُجُوْبَ إِلَّا لِصَارِفِ
Kaedah 33-Perintah yang mutlaq memberi hukum wajib, kecuali apabila ada dalil yang memalingkannya daripada hukum wajib itu.
Keterangan: Maksud perintah mutlaq ialah perintah tanpa dalil wajib dan dalil tidak wajib. Perintah dalam keadaan mutlaq seperti itu dikira memberi hukum wajib, selagi tidak ada dalil yang memalingkannya kepada ma'na-ma'na yang lain. Dalam keadaan ada petunjuk dan dalil yang menunjukkan sesuatu perintah itu memberi ma'na yang lain selain wajib, maka mestilah ia dipakai dengan ma'na selain wajib. seperti sunat,harus dan lain-lain.


قاعدة ٣٤-أَلْأَمْرُ الْمُعَلَّقُ عَلَى اسْمٍ، هِلْ يَقْتَضِي الاِقْتِصَارَ عَلَى أَوَّلِهِ؟
Kaedah 34-Apakah dikira sudah memadai,melaksanakan yang paling rendah daripada sesuatu yang disuruh?


قاعدة ٣٥-أَمْرُ بِالشَّيْءِ  يَسْتَلْزِمُ النَّهْيَ عَنْ ضِدَّهِ
Kaedah 35-Perintah supaya melakukan sesuatu bererti juga melarang daripada melakukan lawannya.


قاعدة ٣٦- اَلْأَرُ بِوَاحِدٍ مُبْهَمٍ مِنْ أَشْيَاءَ مُخْتَلِفَةٍ مُعَيَّنَةٍ، هَلْ يُوْجِبُ وَاحِدًا مِنْهَا عَلَى اسْتِوَاءٍ
Kaedah 36- Perintah supaya melakukan salah satu daripada beberapa perkara tertentu yang berlainan jenisnya secara tidak tentu, adakah setiap satu daripadanya sama saja daripada segi taraf kewajibannya?

قاعدة ٣٧- اَلأَمْرُ لِجَمَاعَةٍ يَقْتَضِي وُجُوْبَهُ عَلَى كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ إِلَّا لِدَلِيْلٍ
Kaedah 37-Perintah kepada sekumpulan orang menghendaki kewajibannya atas setiap orang daripada mereka, kecuali kalau ada dalil(yang mengkhususkan sesiapa daripada mereka).


قاععدة ٣٨- اَلْأَوْصَافُ الْمُخْتَصَّةُ بِالْإِنَاثِ إِنْ أُرِيْدَ بِهَا الْقُوَّةُ جُرَّدَتْ مِنَ التَّاءِ
Kaedah 38- kata sifat yang khusus dengan wanita akan ada ة marbuthah diakhirnya, jika sesuatu sifat yang khusus dengan wanita itu sedang ada padanya. Jika sifat itu hanya boleh ada saja .Pada nya kerana ia seorang wanita tetapi belum lagi ada, maka pada ketika itu  ة marbuthah dibuang dari akhirnya'

قعادة ٣٩- اَلْآيَاتُ  الَّتي تُوْهِمُ التَّعَارُضَ يُحْمَلُ كُلُّ نَوْعٍ مِنْهَا عَلَى مَا يَلِيْقُ بِهِ وَيُنًاسِبُ الْمَقَامَ، كُلٌّبِحَسْبِهِ
Kaedah 39-Ayat-ayat yang secara zahirnya menampakkan (semacam ada)pertentangan antara satu sama lain, perlulah dipakai dengan ma'na dan keadaan yang sesuai dan selayak dengan masing-masing daripadanya.



قعادة ٤٠- الْإِيْمَانُ بِظَاهِرِ البَّنْزِيْلِ فَرْضٌ، وَمَا عَدَاهُ  فَمَوْضُوْعٌ عَنَّا تَكَلُّفُ عِلْمِهِ إِذَا لَمْ تَأْتِ بِالْبَيَانِ  عَنْهُ دَلَالَةُ مِنْ كِتَابٍ أَوْ خَبَرٍ عَنْ رَسُوْلِ الله صلى عليه وسلم
Kaedah 40-Percaya kepada (ma'na yang)zahir (daripada ayat al-Qur'an adalah fardhu (wajib). Apa-apa yang tidak terdapat keterangan jelas tentangnya daripada al-Qur'an atau as-Sunnah, tidaklah wajib kita mengetahuinya.


قعادة ٤١- التَّقِيْبُ بِالْمَصْدَرِ يُفِيْدُ  التَّعْظِيْمَ أَوِ الذَّمَّ
Kaedah 41- Penyusulan (sesuatu fiil yang dibuang) dengan mashdar adalah untuk memberi ma'na kemuliaan atau kecelaan.


قعادة ٤٢- اَلتَّفْسِيْرُ بَعْدَ الْإِبْهَامِ يَدُلُّ عَلَى التَّهْوِيْلِ وَالتَّعْظِيْمِ
Kaedah 42-Penjelasan yang diberikan selepas menyebut sesuatu Perkara secara samar-samar dan tidak jelas
menunjukkan kedahsyatan dan kehebatannya.


قاعدة ٤٣- التَّقَدُّمُ فِي الذَّكْرِ لَا يَعْنِي التَّقَدُّمَ فِي الْوُقُوْعِ وَالْحُكْمِ
Kaedah 43-Tersebut dahulu tidak bererti berlaku dahulu dan tidak juga bererti kedudukannya terdahulu lebih utama.


قاعدة ٤٤- التَّكْرِيْرُ يَدُلُّ عَلَى الاِعْتِنَاءِ
Kaedah 44- Mengulangi sebut sesuatu menunjukkan kepentingannya.


قاعدة ٤٥- اَلتَّنْصِيْصُ عَلَى الشَّيْءِ لَا يَلْزَمُ مِنْهُ النَّفْيُ عَمَّا عَدَاهُ
Kaedah 45- Menyebutkan hukum dengan  terang bagi sesuatu (benda atau perkara)tidak menafikan hukum yang sama daripada selainnya. 


قاعدة ٤٦- التّوْكِيْدُ يَنْفَِي احْتِمَتلَ الْمِجَازِ
Kaedah 46-Adanya taukid (kata penguat) menghilangkan kemungkinan mu'akkad (sesuatu perkataan yang diperkuatkan dengan taukid) dipakai sebagai majaz (bahasa kiasan).


قاعدة ٤٧- اَلْجُمْلَةُ الاِسْمِيَّةُ تَدُلُّ عَلَى الدَّوَامِ وَالثُّبُوْتِ وَالْفِعْلِيَّةُ تَدُلُّ عَلَى التَّجَدُّدِ
Kaedah 47-Jumlah ismiyyah menunjukkan ma'na terus dan tetap. Jumlah fi'liyyah (pula) menunjukkan ma'na perubahan dan tidak tetap.



😃😃


قاعدة ٤٨- الْحُكْمُ الْمُعَلَّقُ عَلَى وَصْفٍ يَقْوَى بِقُوَّتِهِ وَيَنْقُصُ بِنَقْصِهِ
Kaedah 48- Hukum yang dikaitkan dengan sesuatu sifat, kuat dan lemahnya bergantung kepada (kuat dan lemahnya) sifat yang dikaitkan dengannya.



قاعدة ٤٩٠- الشَّرْطُ لَا يَقْتَضِي جَوَازَ الْوُقِوْعِ
Kaedah 49-Syarat (yang disebut untuk sesuatu perkara) tidak semestinya menghendaki (bererti) keharusan berlakunya.
Keterangan: Menggantung sesuatu perkara dengan syarat tertentu tidak semestinya bererti syarat itu memang wujud dan mungkin berlaku. Adakalanya sesuatu perkara
dikaitkan dengan sesuatu yang memang mustahil dan tidak mungkin berlaku.


قاعدة ٥٠ - اَلشَّيْءُ الْوَاحِدّ إِذَا ذُكِرَ بِصِفَتَيْنِ مُتَلِفَيْنِ جَازَ عَطْفُ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى، تَنْزِيْلًا لِتَغَايُرِ الذَّوَاتِ
Kaedah 50- Sesuatu benda atau perkara apabila disebutkan dengan dua sifat yang berbeza, harus salah satu daripada sifatnya itu di'athafkan kepada sifatnya yang satu lagi, dengan anggapan sifat yang berbeza itu sebagai zat yang berbeza.


قاعده ٥١-  اَلصَّفَةُ وَقَعَتْ لِلنَّكِرَةِ فَهِيَ مُخَصِّصَةٌ وَإِنْ جَاءَتْ لِلْمَعْرِفَةِ فَهِيَ مُوَضِِحَةٌ
Kaedah 51- Sifat bagi isim nakirah mentakhsiskan(ma' na)nya. Jika ia menjadi sifat bagi isim ma'rifah,maka ia menerangkan  (ma' na)nya.


قاعدة ٥٢- الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ
Kaedah 52- Yang dikira ialah umum lafaz(ayat), bukan sebab (turun)nya yang khusus.


قاعدة ٥٣  العَطْفُ(بالْوَاوِ)يَقْتَضِي الْمُغَايَرَةَ بَيْنَ الْمَعْطُوفِ وَالْمَعْطُوْفِ عَلَيْهِ مَعَ اشْتِرَاكِهِمَا فِى الْحُكْمِ الَّذِيْ ذُكِرَ لَهُمَا
Kaedah 53- Athaf(dengan و)mengkehendaki ada kelainan dan perbezaan diantara ma'thuf dan ma'thuf'alaih,walaupun kedua2nya berkongsi pada perkara yg disebutkan untuk kedua2nya.



قاعده ٥٤  أَلْفَاظُ الشَّارِعِ مَحْمُوْلَةٌ عَلَى الْمَعَانِي الشَّرْعِيَّةِ فَإِنْ لَمْ
 تَكُنْ فَالْعُرْفِيَّةِ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ فَاللُّغَوِيَّةِ
Kaedah 54- Nas2 syari' dipakai menurut makna syariah.Jika tidak ,maka menurut makna uruf .Jika itupun tidak maka menurut makna bahasa.


قاعدة ٥٥ الْمُحتَرَزَاتُ فِي الْقُرْآنِ تَقَعُ فِي كُلِّ الْمَوَاضِعِ عِنْدَ الْحَاجَةِ   إِلَيْهَا
Kaedah 55- Kemungkinanan-kemungkinan salah faham di dalam mana-mana ayat al-Qur'an akan dihilangkan bila perlu.
Keterangan: Apabila terdapat kemungkinan salah faham
Qur'an, maka pasti akan ada sesuatu yang menghilangkannya.
Ia tidak akan dibiarkan begitu saja dalam keadaan mengelirukan.


قاعدة  ٥٦ اَلنَّيُ الْمَقْصُودُ بِهِ الْمَدْحُ لَا بُدَّ مِنْ أَنْ يَكُوْ مُتَضَمِّنًا لِإِثْبَاتِ كَمَالِ ضِدِّهِ
Kaedah tafsir 56-Penafian yg bermaksud pujian semestinya mengandungi  lawan yg dinafikan dalam keadaan yg paling sempurna.
Keterangan: Apabila dinafikan sesuatu daripada seseorang atau sesuatu yang lain dengan maksud memujinya, maka ia bererti lawan bagi sesuatu yang dinafikan adalah
paling sempurna ada padanya.


قاعدة ٥٧ اَلْفِعْلُ فِي سِيَاقِ النَّفْيِ وَمَا فِي مَعْنَاهُ يُفِيْدُ الْعُمُوْمَ
Kaedah 57-  Fiil yg terletak dihalaman nafi atau mulhaqaatnya memberi erti umum


قاعدة ٥٨  النَّكِرةُ إِذَا تَكَرَّرَتْ دَلَّتْ عَلَى التَّعَدَّدِ بِخَلَافِ ابْمَعْرِفَةِ
Kaedah 58-(Isim)Nakirah apabila berulang, menunjukkan beberapa, berbeza dengan ma'rifah.



قاعدة  ٥٩- اَلنَّكِرَةِ فِي سِيَاقِ الْإِثْبَاتِ لَا تَعُمُّ إِلَّا إِذَا أُضِيْفَ إِلَيْهَا كُلٌّ أَوْ كَانَتْ فِي سِيَاقِ الاِمْتِنَانِ

Kaedah 59- (Isim) Nakirah di halaman itsbat tidak memberi ma'na umum, kecuali apabila diidhafatkan kepadanya lafaz كل atau ia berada dalam ayat yang menyatakan ni'mat (maka pada ketika itu ia memberi erti umum).


قاعدة ٦٠ النَّهْيُ عَنِ اللَّازِمِ أَبْلَغُ فِي الدَّلَالَةِ عَلَى النَّهْيُ عَنِ الْمَلْزُمِ مِنَ النَّهْيِ عَنِ الْمَلْزُمِ اِبْتِدَاءً
Kaedah 60-  Larangan daripada perkara yang boleh membawa kepada sesuatu lebih mendalam ertinya daripada larangan daripada sesuatu itu sendiri awal-awal lagi.


قاعدة  ٦١ إِيْرَادُ الْإِنْشَاءِ بِصِيْغَةِ الْخَبَرِ أَبْلَغُ مِنْ إِيْرَادِهِ بِصِغَةِ الْإِنْشَاءِ
Kaedah 61-  Ma'na insya' (suruh, larang, doa
dan lain-lain) yang disampaikan
dengan lafaz khabar (خبرية لفظا إنشائية معنا)lebih mendalam ertinya
daripada menyampaikannya
dengan lafaz insya' sendiri.


قاعدة ٦٢   بَعْضُ الْأَسْمَا الْوَارِدَةِ فِي الْقُرْآنِ إِذَا أُفْرِدَ دَلَّ عَلَى الْمَعْنَى الْمُنَاسِبِ لَهُ ، وَإِذَا  قُرِنَ مَعَ غَيْرِهِ دَلَّ عَلَى بَعْضِ الْمَعْنِى  ، وَدَلَّ مَا قُرِنَ مَعَهُ عَلَى بَاقِيْهِ
Kaedah 62-Sesetengah kata nama di dalam al-Qur'an apabila disebut secara berasingan akan memberi erti yang sesuai dengannya. Apabila ia disertakan dengan kata nama yang lain, ia hanya menunjukkan sebahagian daripada ma'nanya sahaja. Ma'nanya yang sebahagian lagi pula diberikan oleh kata nama yang disertakan bersamanya.

قاعدة ٦٣ تُحْمَلُ نُصُوْصُ الْكِتَابِ عَلَى مَعْهُوْدِ الْأُمِّيِّنَ فِي الْخِطَابِ
Kaedah 63-  Ma'na nas-nas al-Qur'an hendaklah dipakai menurut apa yang ma'lum di kalangan orang orang 'Arab dalam percakapan mereka.


Ahad, Oktober 11, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0063

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0063

Kaedah 63

قاعدة ٦٣ تُحْمَلُ نُصُوْصُ الْكِتَابِ عَلَى مَعْهُوْدِ الْأُمِّيِّنَ فِي الْخِطَابِ

Ma'na nas-nas al-Qur'an hendaklah dipakai menurut apa
yang ma'lum di kalangan orang orang 'Arab dalam percakapan mereka.

Keterangan: Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa 'Arab tulen, kerana itu ia mestilah difahami menurut bahasa itu. Simpulan bahasa, perbandingan dan perumpamaan yang
digunakan di dalamnya adalah berdasarkan apa yang dima'lumi dan lumrah dikalangan mereka. Kerana itu apabila menyebutkan tentang ni'mat-ni'mat syurga al-Qur'an hanya menyebutkan makanan, minuman atau buah-buahan yang lumrah terdapat di kalangan mereka sahaja. Contohnya dapat dilihat pada firman Allah
berikut:
Al-Waqi'ah 56:27
وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ 
Al-Waqi'ah 56:28
فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ 
Al-Waqi'ah 56:29
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ 
Al-Waqi'ah 56:30
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ 

27 Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu
28. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29.Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
30. Dan naungan yang tetap terbentang. 
(al-Waqi'ah 27-30).

Tidak tersebut di dalam mana-mana ayat al-Qur'an buah durian, buah rambutan atau buah cempedak dan lain-lain sebagai buah-buahan syuga, padahal tentu sekali
semuanya ada di dalam syurga nanti, bahkan lebih lagi daripada itu pun ada. Tetapi ia tidak disebut kerana ia tidak lumrah di kalangan bangsa 'Arab di tanah 'Arab.
Apabila hendak menyatakan kehebatan dan keajaiban qudrat Allah pada kejadian binatang pula untalah yang dipilih. Tidak pula pernah tersebut tentang kejadian
zirafah. Firman Allah:

Al-Ghashiyah 88:17
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ 
Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?(al-Ghasiyah:17)

Tidak kerana lain zirafah tidak disebutkan melainkan kerana ia bukan binatang yang lumrah di tanah 'Arab. Bukan juga kerana tidak ada keajaiban qudrat Allah pada kejadiannya. Demikian juga dengan penggunaan perkataan-perkataan tertentu di dalam al-Qur'an, ia seharusnya difahami berdasarkan muhawarah bahasa 'Arab tulen. 

Sebagai contoh lihat saja perkataan يد di dalam dua firman Allah berikut:
(1)Al-Ma'idah 5:64
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغْلُولَةٌۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا۟ بِمَا قَالُواۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَٰنًا وَكُفْرًاۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوْقَدُوا۟ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ 
Orang-orang Yahudi berkata: "Tangan Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia belanjakan sebagaimana yang Dia kehendaki. (al-Maa' idah: 64).

(2)Sad 38:75
قَالَ يَٰٓإِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَىَّۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ ٱلْعَالِينَ 
Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangimu daripada turut sujud kepada (Adam) yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih)tinggi?" (Shaad:75).

Sesetengah ahli tafsir memakai perkataan يد yang tersebut di dalam ayat-ayat seperti itu dengan erti ni'mat atau kuasa dan lain-lain. Padahal pemakaian يد dengan erti-erti
itu tidak ma'lum dan lumrah di kalangan orang-orang 'Arab dalam percakapan mereka. Mereka tidak pernah berkata:  فعلته بيدي dengan erti aku telah melakukannya dengan ni'matku!

132

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0062

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0062


قاعدة ٦٢   بَعْضُ الْأَسْمَا الْوَارِدَةِ فِي الْقُرْآنِ إِذَا أُفْرِدَ دَلَّ عَلَى الْمَعْنَى الْمُنَاسِبِ لَهُ ، وَإِذَا  قُرِنَ مَعَ غَيْرِهِ دَلَّ عَلَى بَعْضِ الْمَعْنِى  ، وَدَلَّ مَا قُرِنَ مَعَهُ عَلَى بَاقِيْهِ

Kaedah 62
Sesetengah kata nama di dalam al-Qur'an apabila disebut secara berasingan akan memberi erti yang sesuai dengannya. Apabila ia disertakan dengan kata nama yang lain, ia hanya menunjukkan sebahagian daripada ma'nanyansahaja. Ma'nanya yang sebahagian lagi pula diberikan oleh kata nama yang disertakan bersamanya.

Keterangan: Di dalam al-Qur'an ada perkataan-perkataan yang apabila digunakan secara berasingan ia akan memberi ma'nanya yang umum dan luas, dan apabila ia digunakan bersama perkataan-perkataan tertentu pula ia akan menunjukkan sebahagian daripada ma'nanya sahaja. Sementara ma'na-ma'nanya yang lain akan diberikan oleh perkataan tertentu yang disebutkan bersamanya itu.
Sebenarnya perkataan dalam bahasa 'Arab ada dua macam. Pertama perkataan yang menunjukkan satu ma'na tertentu sahaja, tidak kira sama ada ia disebut secara berasingan atau disebutkan bersama perkataan lain. Kedua ialah perkataan yang apabila disebut secara bersendirian dalam ayat ia akan memberi ma'nanya yang lengkap, dan jika ia disebutkan bersama perkataan lain yang hampir sama erti
dengannya, maka ia akan menunjukkan sebahagian daripada ma'nanya sahaja, adapun ma'na-ma'nanya yang lain maka diberikan oleh perkataan yang disebutkan
bersamanya itu.

Lihat contoh-contohnya pada beberapa firman Allah di bawah ini:
(a)Al-Baqarah 2:273

لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa
saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 
(al-Baqarah: 273).

(b)At-Taubah 9:60

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ 
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang
dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) AllahMaha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (atTaubah: 60).

Di dalam contoh (a) perkataan الفقراء tersebut secara bersendirian dan berasingan, tidak disebutkan bersamanya perkataan المساكين sebagaimana dalam contoh (b)Maka menurut qaedah ke-62 yang sedang dibincangkan sekarang. Perkataan الفقراءdi dalam contoh (a) memberi ertinya yang lengkap dan sempurna. Ia merangkumi ma'na الفقراء dan   المساكين juga kedua-kedua sekali. Ma'na faqir ialah orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya. Ma'na miskin pula ialah orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan
kekurangan. Di dalam contoh (b) pula perkataan الفقراء disebutkan bersamanya perkataan  المساكين maka dalam keadaan ini الفقراءmemberi ma'na faqir sahaja dan المساكين
 pula memberi ma'na miskin sahaja.

(c)Ibrahim 14:11
وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ 
Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mu'min bertawakkal(berserah diri). (Ibrahim: 11).


(d)Al-Ahzab 33:35
إِنَّ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَٰتِ وَٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلْخَٰشِعِينَ وَٱلْخَٰشِعَٰتِ وَٱلْمُتَصَدِّقِينَ وَٱلْمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلْحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَٱلْحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
Sesungguhnya laki-laki yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan
perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan 
perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuanyang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan
yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatafinya,laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk
mereka ampunan dan pahala yang besar. (al-Ahzaab: 35).

Di dalam contoh (c) perkataan المؤمنون tersebut secara bersendirian dan berasingan,tidak disebutkan bersamanya perkataan المسلمين sebagaimana dalam contoh (d). Maka
menurut qaedah ke-62, perkataan   المؤمنون di dalam contoh (c) memberi ertinya yang lengkap dan sempuma.Ia merangkumi ma'na المؤمنون dan juga ma'na المسلمين kedua-
kedua sekali. Ma'na iman yang selengkapnya merangkumi تصديق (membenarkan dengan hati), انقياد (menurut perintah dengan melakukan apa yang diperintah), dan إقرار
(mengaku dengan lidah). Sementara islam pula bererti melaksanakan segala amalan zahir yang dituntut agama.

Oleh kerana perkataan المؤمنونdi dalam contoh (d) disebut bersama المسلمين, maka dalam keadaan itu masing-masing daripada dua perkataan itu memberi erti yang khusus dengannya sahaja. Ma'na yang khusus dengan iman ialah تصديق (membenarkan dengan hati) semata-mata.

(e) Perkataan  البِرّ dan   التقوى  apabila masing-masing daripadanya digunakan berasingan akan memberi erti yang sama, ertinya ialah menjunjung segala titah perintah Allah
dan menjauhi segala laranganNya, tetapi apabila kedua-duanya digunakan bersama, maka erti yang diberikan oleh kedua-duanya adalah berlainan dan berbeza .
Contoh Perkataan   البِرّ yang digunakan bersendirian, tidak bersama-sama perkataan  التقوى di dalam firman Allah ialah:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Aali 'Imraan:92).

Perkataan البِرّ di dalam ayat ini sama saja ertinya dengan التقوي  kerana ia telah digunakan secara berasingan daripada perkataan التقوى Adapun kalau kedua-duanya digunakan bersama maka ertinya akan berlainan, erti masing-masing daripadanya akan terhad dan terbatas.

Contoh kedua-duanya digunakan bersama dapat dilihat pada firman Allah berikut:
(f)Al-Ma'idah 5:2

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ 
... Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan,dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (al-Ma'idah: 2).

Di dalam ayat ini perkataan البر dan التقوى  telah digunakan bersama, erti kedua-duanya jadi lebih sempit daripada ertinya ketika digunakan secara berasingan. Erti البرى
sekarang ialah segala ucapan dan perbuatan yang disukai dan diredhai Allah baik zahir mahupun batin. Dan erti التقوى pula ialah meninggalkan segala perkara yang
diharamkan oleh Allah s.w.t.

Demikian juga dengan perkataan  الإثم dan العدوان  yang terdapat di dalam ayat 2 Surah al-Maa'idah yang dikemukakan di atas. Dalam keadaan kedua-duanya digunakan secara berasingan, ertinya sama sahaja. Erti الإثم dan العدون  apabila digunakan secara berasingan merangkumi segala-gala ma'shiat yang menyebabkan pelakunya berdosa. Tidak kira sama ada dosa yang dilakukannya hanya berkaitan dengan Allah sahaja atau ia juga melibatkan manusia lain. Tetapi dalam keadaan kedua-duanya digunakan bersama pula, erti kedua-duanya jadi terhad dan terbatas. Adapun apabila kedua-duanya digunakan bersama seperti di dalam ayat di atas maka erti الإثم  hanyalah dosa hamba kepada Allah sahaja. Dan العدوان pula hanyalah dosa kerana menceroboh hak-hak orang lain, sama ada berkaitan dengan darah, harta benda atau maruah mereka.




Sabtu, Oktober 10, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0061

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0061

Kaedah 61

قاعدة  ٦١ إِيْرَادُ الْإِنْشَاءِ بِصِيْغَةِ الْخَبَرِ أَبْلَغُ مِنْ إِيْرَادِهِ بِصِغَةِ الْإِنْشَاءِ

Ma'na insya' (suruh, larang, doa
dan lain-lain) yang disampaikan
dengan lafaz khabar (خبرية لفظا إنشائية معنا)
lebih mendalam ertinya
daripada menyampaikannya
dengan lafaz insya' sendiri.

Keterangan: Sebabnya ma'na insya' yang disampaikan dengan lafaz khabar (cerita)
lebih mendalam ertinya daripada ma'na insya' yang disampaikan oleh lafaz insya'
sendiri ialah kerana lafaz khabar menunjukkan kekuatan dan kepentingan sesuatu
yang diperintah atau 
disuruh (مأمور بة ).Seolah-olahnya sesuatu yang disuruh begitu penting dan ia terus dilaksanakan. Setelah itu barulah diceritakan tentang apa yang
telah dilaksanakan dan telah dibuat. Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut: لا تعبدون الا الله
Walaupun jumlah ini khabariyyah pada lafaz dan pada zahirnya kerana perkataan لا di
dalamnya merupakan لا nafi, namun dari segi ma'nanya ia adalah jumlah insya'iyyah,
perkataan لا padanya dipakai sebagai perkataan لا  nahi, bukan   لا nafi. Walaupun ma'na lafzinya ialah kamu tidak boleh menyembah selain Allah, tetapi ma'na sebenar yang
dikehendaki daripadanya ialah ma'na insya'nya iaitu janganlah kamu menyembah selain Allah.
Apabila dikatakan kamu tidak boleh menyembah selain Allah, bererti kamu dilarang
daripada menyembah selain Allah. Seolah-olahnya dikatakan kepadamu, 'Jangan
kamu menyembah selain Allah".


Insya' dalam rupa khabar (خبريه لفظا إنشائية معنا) itu terbahagi kepada dua:
(1) Sighah nafi dipakai dengan erti nahi.
(2) Sighah mudhari' dipakai dengan erti amar (perintah / suruh).
Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh sighah nafi dipakai dengan erti nahi:

(1)
ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ مَّعۡلُومَـٰتٌۚ فَمَن فَرَضَ فِیهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِی ٱلۡحَجِّۗ وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرٍ یَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَیۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ


197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dima'lumi, barang siapa yang
menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, [maka tidak boleh rafats.
berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masamengerjakan haji]. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan
sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepadaKu hai orang-
orang yang berakal. 
(al-Baqarah:197).


Bahagian ayat yang bergaris di bawahnya atau [..]adalah
خبريه لفظا إنشائية معنا. 
Nafi yang
terdapat di dalamnya dipakai dengan ma'na nahi. Taqdir kalamnya ialah:
فلا تر فثواولا تفسقو ولا تجادلوا في الحج
(Jangan kamu melakukan rafats, jangan berbuat fasik dan jangan
berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji).

(2)
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٌ كَرِیمٌ
77. Sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Qur'an yang mulia.

فِی كِتَـٰبٍ مَّكۡنُونٍ

78.Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara (Lauhul Mahfuzh),

[لَّا یَمَسُّهُۥۤ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ]
79. tidak dapat menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan
تَنزِیلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ
80. Ia diturunkan dari (Allah) Tuhan sekalian alam. 
(al-Waqi'ah: 77-80).

Ayat ke-79 dipakai sebagai    خبريه لفظا إنشائية معناoleh segolongan 'ulama'. Bagi mereka,ia seharusnya ditaqdirkan: فلا تمسوه إلا وأنتم طاهرون
(Maka janganlah kamu
menyentuhnya melainkan dalam keadaan  suci). 

Dari situlah mereka
menyimpulkan al-Qur'an tidak harus disentuh melainkan dalam keadaan seseorang
suci daripada hadats kecil dan hadats besar. Kenapa tidak digunakan saja sighah nahi
seperti yang ditaqdirkan itu? Jawapannya ialah qaedah ke-61 yang sedang
dibincangkan ini, iaitu: 
إِيْرَادُ الْإِنْشَاءِ بِصِيْغَةِ الْخَبَرِ أَبْلَغُ مِنْ إِيْرَادِهِ بِصِغَةِ الْإِنْشَاءِ
Contoh sighah mudhari' (khabar) yang dipakai dengan erti amar (insya') pula adalah seperti berikut:

(1)
۞ وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ یُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَیۡنِ كَامِلَیۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن یُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَاۤرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَیۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوۤا۟ أَوۡلَـٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَیۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّاۤ ءَاتَیۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرٌ

233. Para ibu [hendaklah menyusukan anak-anak nya] selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. . . . (al-Baqarah:233) .



Bahagian bergaris  atau [..]di dalam ayat di atas adalah yang berkenaan. Jika dilihat kepada
lafaznya maka ia merupakan sighah mudhari' yang memberi erti para ibu boleh
menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Ia hanya satu cerita (khabar).
Tetapi dalam terjemahan yang diberikan di atas sebagai contohnya, sighah mudhari'
yang merupakan khabar (cerita) itu telah dipakai dengan erti insya'. Kerana itulah ia
diterjemahkan dengan para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya. 
Perkataan
يرضعن dita'wilkan dengan لِيُرْضِعْن
Di sini juga qaedah ke-61 digunakan.

(2)
وَٱلۡمُطَلَّقَـٰتُ یَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَـٰثَةَ قُرُوۤءٍۚ وَلَا یَحِلُّ لَهُنَّ أَن یَكۡتُمۡنَ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ فِیۤ أَرۡحَامِهِنَّ إِن كُنَّ یُؤۡمِنَّ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِی ذَٰلِكَ إِنۡ أَرَادُوۤا۟ إِصۡلَـٰحًاۚ وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِی عَلَیۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَیۡهِنَّ دَرَجَةٌۗ وَٱللَّهُ عَزِیزٌ حَكِیمٌ


Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 228

228. Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru
(suci daripada haidh). . .. 
(a1-Baqarah:228).

Di dalam ayat ini sama seperti ayat yang diberikan sebelum ini, sighah mudhari' yang memberi erti cerita (khabar) digunakan, tetapi dalam terjemahan yang diberikan
untuknya, sighah mudhari' yang merupakan khabar (cerita) itu telah dipakai dengan erti insya' "hendaklah menahan diri". Dengan taqdir dan ta'wil لتربصن . Kenapakah
tidak digunakan saja sighah insya' itu? Jawabnya juga sama, qaedah ke-61,
إِيْرَادُ الْإِنْشَاءِ بِصِيْغَةِ الْخَبَرِ أَبْلَغُ مِنْ إِيْرَادِهِ بِصِغَةِ الْإِنْشَاءِ



Jumaat, Oktober 09, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0060

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0060

Kaedah 60

قاعدة ٦٠ النَّهْيُ عَنِ اللَّازِمِ أَبْلَغُ فِي الدَّلَالَةِ عَلَى النَّهْيُ عَنِ الْمَلْزُمِ مِنَ النَّهْيِ عَنِ الْمَلْزُمِ اِبْتِدَاءً

Larangan daripada perkara yang boleh membawa kepada sesuatu lebih mendalam ertinya daripada larangan daripada sesuatu itu sendiri awal-awal lagi.


Keterangan: Larangan daripada melakukan sesuatu ada dua bentuknya:
(1) Larangan daripada melakukan sesuatu itu sendiri. Contohnya ialah firman Allah:
لا تأكلو الربا
 (Jangan kamu makan riba). Memang riba itulah yang dilarang kamu makan
(2) Larangan daripada melakukan sesuatu atau apa-apa yang boleh membawa kepada
sesuatu yang sebenar-benarnya hendak dilarang.

 Contohnya ialah firman Allah: 
لا تقربوا الزنا
(Jangan kamu hampiri zina). Yang sebenar-benarnya hendak dilarang dan ditakuti
sangat manusia melakukannya ialah zina. Tetapi Allah tidak melarang terus
melakukan perbuatan itu, Dia sebaliknya melarang daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina itu.
juga haram dilakukan, walaupun tidaklah seteruk haramnya zina itu sendiri. Jika dilihat kepada kedalaman erti larangan yang terdapat pada dua bentuk larangan itu,
maka larangan dalam bentuk kedua lebih mendalam berbanding bentuk pertama.Kerana ia bererti mendekati perkara-perkara yang membawa kepada zina pun dilarang
Allah, apatah lagi melakukannya, medekati zina sendiri tentulah lebih terlarang, bagaimana pula dengan melakukan zina itu sendiri? Tentu lebih-lebih lagilah terlarangnya.

Contoh-contoh untuk qaedah ke-60:
(1)
۞ قُلۡ تَعَالَوۡا۟ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمۡ عَلَیۡكُمۡۖ أَلَّا تُشۡرِكُوا۟ بِهِۦ شَیۡـًٔاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۖ وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَوۡلَـٰدَكُم مِّنۡ إِمۡلَـٰقٍ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكُمۡ وَإِیَّاهُمۡۖ [وَلَا تَقۡرَبُوا۟ ٱلۡفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَۖ] وَلَا تَقۡتُلُوا۟ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِی حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ
Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan
kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh
anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki
kepada kamu dan kepada mereka dan [janganlah kamu hampiri kejahatan- kejahatan
(zina) yanq terang daripadanya dan yang tersembunyi ]dan janganlah kamu membunuh
jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak
(yang dibenarkan oleh Syara'). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,
supaya kamu memahaminya. (al-An'aam: 151 )

Jika dilihat kepada ayat di atas, ada beberapa perbuatan dilarang Allah di dalamnya.Semuanya dilarang kita melakukannya secara langsung. Bahagian yang bergaris di
bawahnya atau dalam kurungan [...] sahaja yang dilarang Allah kita mendekatinya. Tetapi ia tidaklah bererti kita dilarang mendekatinya sahaja, adapun melakukannya maka tidak dilarang! Melakukannya juga dilarang, malah lebih-lebih lagi dilarang, mendekatinya sahaja pun sudah dilarang!

(2)
وَلَا تَقۡرَبُوا۟ مَالَ ٱلۡیَتِیمِ إِلَّا بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ حَتَّىٰ یَبۡلُغَ أَشُدَّهُۥۚ وَأَوۡفُوا۟ ٱلۡكَیۡلَ وَٱلۡمِیزَانَ بِٱلۡقِسۡطِۖ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۖ وَإِذَا قُلۡتُمۡ فَٱعۡدِلُوا۟ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰۖ وَبِعَهۡدِ ٱللَّهِ أَوۡفُوا۟ۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

152[Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim], kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan
dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar
kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil,
kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu
diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat

152. [Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya)], sehingga dia baligh (dewasa, serta layak
mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah segala sukatan dan
timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan
melainkan sekadar kesanggupannya dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa
membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu
ada hubungan kerabat (dengan kamu) dan perjanjian (perintah-perintah)Allah  hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan
kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya). 
(al-An' aam : 152)

Bahagian yang bergaris di dalam ayat di atas sahaja yang berkenaan. Allah melarang anda daripada mendekati harta anak yatim dengan carayang tidak baik. Memakannya
dengan cara yang salah lebih-lebih lagilah terlarang, mendekatinya dengan cara yang tidak baik saja pun sudah dilarang dan ia sudah merupakan satu kesalahan dan dosa,
apatah lagi memakannya. Allah hanya membenarkan anda mendekati harta anak yatim dengan cara yang baik sahaja.

(3)
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا [فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفٍّ] وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلًا كَرِیمًا

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, [maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Oh"] dan janganlah engkau membentak mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). 
(al-
Israa':23).

Maksud sebenar Allah melarang seseorang anak daripada berkata "Oh" kepada kedua
ibu bapa atau salah seorang dari keduanya ialah melarangnya daripada menyakiti
mereka. ooOh" sahaja pun sudah dilarang, apalagi kalau dikatakan o'babi" atau "anjing"
dan sebagainya kepada mereka. Lebih-lebih lagilah terlarang dan haram jika mereka
dipukul atau didera.
Menurut qaedah ke-60 yang sedang dibincangkan sekarang, melarang mengatakan
"oh" sahaja kepada ibu atau bapa lebih mendalam lagi erti larangan dan haramnya berbanding melarang terus daripada memukulnya. Ini kerana ia menyatakan lapisan-
lapisan larangan dan perkara-perkara yang diharamkan, daripada yang paling rendah
kepada yang lebih tinggi. Menyakiti ibu atau bapa dengan menyumpah, menyeranah
dan memukul mereka tentulah lebih-lebih lagi terlarang dan tinggi level keharamannya berbanding "oh" yang dilarang itu.

Peringatan:
Qaedah ini tidak hanya berlaku pada fiil nahi sahaja, Ia juga berlaku pada fiil manfi
(fi'il yang menafikan sesuatu perkara). Ini bererti menafikan lazim fiil lebih
mendalam ma'nanya daripada menafikan fiil itu sendiri.
Antara contohnya ialah firman Allah di bawah ini:

أَیۡنَمَا تَكُونُوا۟ یُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِی بُرُوجٍ مُّشَیَّدَةٍۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٌ یَقُولُوا۟ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَیِّئَةٌ یَقُولُوا۟ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَۚ قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ فَمَالِ هَـٰۤؤُلَاۤءِ ٱلۡقَوۡمِ[ لَا یَكَادُونَ یَفۡقَهُونَ] حَدِیثًا

78. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu
di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan,
mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu
bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)".
Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu
(orang munafik) [hampir-hampir tidak memahami ] pembicaraan sedikitpun. (an-Nisaa':
78).

Bahagian yang bergaris di bawahnya atau kurungan[..] di dalam ayat di atas sahaja yang berkenaan.
Mengatakan hampir-hampir tidak memahami lebih mendalam lagi ertinya daripada mengatakan tidak memahami sahaja. Ayat di atas adalah ayat manfi, bukan ayat
manhi. Kerana perkataan لا yang tersebut di situ adalah لا nafi, bukan لا nahi


Selasa, Oktober 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0058.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0058.

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0109)

Kaedah 58.

قاعدة ٥٨  النَّكِرةُ إِذَا تَكَرَّرَتْ دَلَّتْ عَلَى التَّعَدَّدِ بِخَلَافِ ابْمَعْرِفَةِ

(Isim)Nakirah apabila berulang, menunjukkan beberapa, berbeza dengan ma'rifah.

Keterangan: Mana-mana isim apabila disebut dua kali atau berulang kali, ia tidak
akan terlepas daripada empat keadaan berikut:
(1) Isim ma'rifah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia
disebutkan dalam bentuk ma'rifah.
(2) Isim nakirah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia disebutkan
dalam bentuk nakirah.
(3) Mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kernudian disebut dalam bentuk
nakirah.
(4) Mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian disebut dalam bentuk
ma'rifah.

Jika sesuatu isim ma'rifah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka pada
kebiasaannya, isim ma'rifah kedua adalah isim ma'rifah yang pertama juga.

Jika sesuatu isim nakirah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka biasanya
isim nakirah kedua lain daripada nakirah pertama.

Jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut
dalam bentuk ma'rifah, maka yang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifah itu tidak
lain, isim nakirah pertama jua.

Dan jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru
disebut dalam bentuk nakirah, maka dalam keadaan ini penentuan hendaklah dibuat
berdasarkan qarinah (petunjuk yang ada dalam ayat).

Peringatan: Hukum-hukum yang diberikan untuk empat keadaan isim di atas adalah
berdasarkan kebiasaan atau kebanyakannya. Bukanlah ia suatu yang mesti dan tidak
dapat tidak. Kadang-kadang kerana adanya qarinah-qarinah tertentu, hukumnya lain
daripada apa yang diberikan tadi.

Contoh-contoh:
Contoh aplikasi isim dalam bentuk pertama iaitu isim ma'rifah disebut dua kali di
dalam ayat, dan pada kedua kalinya ia digunakan dalam bentuk ma'rifah, ialah firman
Allah berikut:

(1)
إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ(5)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ( 6)

5. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
6. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan ni'mat kepada mereka, 
(al-Fatihah: 5-6).

Perkataan  ٱلصِّرَٰطَ   tersebut dua kali di situ. Pada kedua kalinya ia digunakan dalam
bentuk ma'rifah. Mula-mula ia ma'rifah dengan ال(Alif Laam), selepas itu ia ma'rifah
kerana diidhafatkan kepada isim ma'rifah yang lain. Dalam keadaan ini  ٱلصِّرَٰطَ  kedua
tidak lain adalah ٱلصِّرَٰطَ yang pertama jua. Pendek kata, yang dimaksudkan dengan
kedua-dua  ٱلصِّرَٰطَ ,itu ialah ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیم

(2)
وَقِهِمُ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ وَمَن تَقِ ٱلسَّیِّـَٔاتِ یَوۡمَىِٕذٍ فَقَدۡ رَحِمۡتَهُۥۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

9. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan- kejahatan (yang dilakukannya)
dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan)
kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah
mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar
(nilainya). (Ghafir: 9).

(balasan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh mereka)ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ yang tersebut
dahulu di dalam ayat di atas, itulah juga.   ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ   yang tersebut selepasnya.

Contoh aplikasi isim dalam bentuk kedua iaitu Isim nakirah disebut dua kali atau berulang kali, setiap kali disebut, ia disebutkan dalam bentuk nakirah adalah firman
Allah berikut:
(1)
۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ ضَعۡفًا وَشَیۡبَةًۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ
54. Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas
berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui,lagi Maha Kuasa. 
(ar-Ruum: 54).

Di dalam ayat ini perkataan  ضَعۡفٍ   berulang sebanyak tiga kali. Pada ketiga-tiga
kalinya ia digunakan dalam bentuk nakirah. Kerana itu ma'nanya juga berbeza dan
ada beberapa. Yang dimaksudkan dengan kelemahan pertama ialah ketika manusia
sebagai nuthfah atau ketika ia merupakan tanah. Yang dimaksudkan dengan
kelemahan kedua ialah ketika manusia sebagai janin di dalam perut ibu. Dan yang
dimaksudkan dengan kelemahan ketiga pula ialah kelemahan manusia ketika baru
dilahirkan dan ketika masih kanak-kanak. Mungkin juga yang dimaksudkan dengan
kelemahan ketiga ialah kelemahan manusia semasa tuanya.

(2)
وَٱتَّقُوا۟ یَوۡمًا لَّا تَجۡزِی نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٍ شَیۡـًٔا وَلَا یُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَـٰعَةٌ وَلَا یُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡلٌ وَلَا هُمۡ یُنصَرُونَ
48. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanyaseseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. 
(al-Baqarah: 48).

Perkataan نَفۡسٌ  diulang sebanyak dua kali di dalam ayat di atas. Pada kedua kalinya ia
disebutkan dalam bentuk nakirah. Dari itu difahami bahawa نَفۡسٌ ke-dua lain
hakikatnya daripada hakikat   نَفۡسٌ di pertama.

Contoh aplikasi isim dalam bentuk ketiga iaitu apabila sesuatu isim mula-mula
disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut dalam bentuk ma'rifah ialah:

(1)
إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ رَسُولًا شَـٰهِدًا عَلَیۡكُمۡ كَمَاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولًا
15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau
menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang
Rasul.

فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذًا وَبِیلًا
16. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat- beratnya. (al-Mazzammil: 15-16)

Di dalam ayat ke-15 perkataan رَسُولًا telah digunakan dalam bentuk nakirah. Di dalam
ayat ke-16 pula perkataan    رَسُولًا digunakan dalam bentuk ma'rifah. Ini bererti
perkataan itu telah disebutkan dua kali. Pertama dalam bentuk nakirah dan kedua
dalam bentuk ma'rifah.
Dalam keadaan begini perkataan ٱلرَّسُولَyang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifahitu tidak lain, ia sebenarnya adalah  رَسُولًا   pertama  yang  tersebut di akhir ayat ke-15
jua. Rasul pertama yang diutus Allah kepada Fir'aun dan rasul yang diderhakai Fir'aun adalah orang yang sama, dia adalah Nabi Musa a.s.

(2)
وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعۡدَ ظُلۡمِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا عَلَیۡهِم مِّن سَبِیلٍ
إِنَّمَا ٱلسَّبِیلُ عَلَى ٱلَّذِینَ یَظۡلِمُونَ ٱلنَّاسَ وَیَبۡغُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ
41. Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
42. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan
tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa  yang tidak berperi sakitnya. (asy-Syura : 41-42).

Terdapat dua kali perkataan   سَبِیلٍ   dalam dua ayat di atas. 
Di dalam ayat ke-41 ia
digunakan dalam bentuk nakirah. Di dalam ayat ke-42 pula ia digunakan dalam bentuk ma'rifah   سَبِیلٍ. Pada hakikatnya perkataan   سَبِیلٍ  yang disebut di dalam ayat
ke-42 dalam bentuk ma'rifah itu tidak lain, ia sebenarnya adalah   سَبِیلٍ yang tersebut di
akhir ayat ke-41 jua. Ma'na kedua-duanya adalah sama.
Contoh aplikasi isim dalam bentuk ke-empat iaitu apabila sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuk nakirah ialah:

(1)
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا (5)
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا(6)

5. Bahawa sesungguhnya tiaptiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kernudahan. 
(as-Syarh: 5-6).

Di dalam dua ayat di atas perkataan  ٱلۡعُسۡرِ disebut dua kali. Pada ke-dua-dua kalinya ia disebut dalam bentuk ma'rifah. Begitu juga dengan perkataan   یُسۡرًا 
ia juga disebut
dua kali. Pada kedua-dua kalinya ia disebut dalam bentuk ma'rifah. Maka berdasarkan
qaedah ke-58 yang sedang dipelajari sekarang, ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) kedua yang tersebut
di dalam ayat ke-6 tidak lain adalah ,   ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) pertama yang tersebut di dalam
ayat ke-5 sebelumnya.      یُسۡرًا (kemudahan) kedua yang tersebut di dalam ayat ke-6 pula
adalah lain daripada   یُسۡرًا  kemudahan) pertama yang tersebut di dalam ayat ke-5
sebelumnya. Ini bererti ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) lebih sedikit jumlahnya berbanding
یُسۡرًا   kemudahan). Kalau ٱلۡعُسۡرِ   (kesukaran) anda terpaksa hadapi, maka یُسۡرًا   
(kemudahan) pula anda dapat dua. Ia mengisyaratkan kepada kesukaran yang dialami
manusia dalam kehidupannya lebih sedikit berbanding kemudahan yang dikurniakan
oleh Allah kepadanya.
Apa yang disebut di dalam dua ayat di atas diperincikan lagi oleh rasulullah s.a.w.
menerusi sabda Baginda berikut: 
لَنْ يَغْلِبَ عُسْرٌ يُسْريْنِ
Bermaksud: Satu kesukaran sekali-
kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan.
(Hadits mursal riwayat al-Haakim didalam Mustadrakj.2 m/s 575).

(2)
وَلَقَدۡ ءَاتَیۡنَا مُوسَى ٱلۡهُدَىٰ وَأَوۡرَثۡنَا بَنِیۤ إِسۡرَٰۤءِیلَ ٱلۡكِتَـٰبَ
هُدًى وَذِكۡرَىٰ لِأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
53. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayat petunjukdan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,
54. Sebagai hidayat petunjuk dan peringatan bagi orang- orang yang berakal sempurna. 
(Al Mu'min: 53-54).

Perkataan  ٱلۡهُدَىٰ  dalam ayat 53 telah digunakan dalam bentuk ma'rifah. Di
permulaan ayat 54 pula ia disebut sekali lagi, tetapi dalam bentuk nakira   هُدًى. 
Perkataan  ٱلۡهُدَىٰ di dalam dua ayat ini merupkan dua entiti yang berbeza. Yang pertama
bererti muk jizat, shuhuf dan syariah. Dari segi i'rabnya, ia dii'rab sebagai maful bihi
bagi   ءَاتَیۡنَا .   Sementara yang kedua pula adalah هُدًى    . Ia bererti petunjuk. Dari segi
i'rabnya pula ia menjadi maful li ajlih bagi       َأَوۡرَثۡنَا     . Boleh juga ia dii'rab sebagai haal
.Telah pun disebutkan sebelum ini bahawa bentuk-keempat iaitu apabila sesuatu isim
mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuk
nakirah, bergantung kepada qarinah (petunjuk yang ada dalam ayat) untuk
menentukan sama ada hakikat yang kedua sama dengan hakikat yang pertama atau
tidak.
Contoh isim dalam bentuk ke-empat yang ada qarinah menunjukkan hakikat kedua-
duanya sama ialah firman Allah berikut:
وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِی هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمۡ یَتَذَكَّرُونَ
27. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia
berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
قُرۡءَانًا عَرَبِیًّا غَیۡرَ ذِی عِوَجٍ لَّعَلَّهُمۡ یَتَّقُونَ
28. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa. (az-Zumar;27 -28).

Perkataan    ٱلۡقُرۡءَانِ  telah digunakan dua kali. Pada kali pertama di dalam ayat ke-27, ia
digunakan dalam bentuk ma'rifah. Kali kedua pula ia digunakan dalam bentuk
nakirah dalam ayatke-28. Adakah hakikat kedua-duanya atalu tidak? Jawabnya, sama.
Sebab qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya sama, lantaran tidak ada dua al-
Qur'an yang berbeza dalan dunia ini. Semuanya sama.
Contoh isim dalam bentuk ke-empat yang ada qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya tidak sama, bahkan berlainan sama sekali ialah firman Allah berikut:

وَیَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ یُقۡسِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ مَا لَبِثُوا۟ غَیۡرَ سَاعَةٍۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا۟ یُؤۡفَكُونَ
55. Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu
sa'at sahaja; dernikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar). 
(ar-Rum: 55).

Perkataan   ٱلسَّاعَةُ  telah digunakan dua kali di dalam ayat di atas. Mula-mula ia
digunakan dalam bentuk ma'rifah(ٱلسَّاعَةٍُۚ )Kemudian ia digunakan dalam bentuk
nakirah    سَاعَةٍۚ .Kedua-duanya mempunyai hakikat yang berlainan. Kerana ma'na yang
pertamanya ialah hari kiamat. Sedangkan makna yang kedua pula ialah satu sa'at.
Kelainan ma'nanya kedua-duanya merupakan qarinah yang menunjukkan entiti kedua
berbeza, tidak sama.