Memaparkan catatan dengan label sahih bukhari bhg 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahih bukhari bhg 1. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 04, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 402-413)s

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 402-413)s

باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلاَّ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذَّبًا.
وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ، مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ. 
وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلاَّ مُؤْمِنٌ، وَلاَ أَمِنَهُ إِلاَّ مُنَافِقٌ. وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ}

37.Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  tidak sedar . 

Ibrahim fit-Taimi³³⁰ Berkata,  Tidak Aku Rentangkan Kata-kataku Atas Amalanku melainkan Aku Bimbang Aku menjadi Pendusta.³³¹  Ibn Abi mulaikah³³² berkata:
Aku bertemu  dengan  30 sahabat Rasullah saw ,semua
bimbang berlaku nifaq pada diri mereka.³³³ Tidak ada sesiapa pun dari mereka mengatakan bahawa dia berada diatas imam   Jibrail dan Mikail³³⁴.
Dan  disebut daripada Hasan bahawa beliau berkata tidak takut kepadanya  (nifaq/Allah) kecuali orang mukmin. Dan tidak akan berasa aman (terhadap  nifaq dan Allah )kecuali orang  munafik³³⁵.
Dan³³⁶  bab ancaman daripada terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat³³⁷ kerana firman Allah"
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Bermaksud: Dan mereka Tidak Berterusan Atas Apa Yang mereka Lakukan³³⁸ Dalam keadaan mereka Sedar.³³⁹

٤٨ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا وَائِلٍ عَنْ الْمُرْجِئَةِ فَقَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

48-Muhammad bin 'Ar'arah (al-Bashri m.213H) meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu'bah meriwayatkan kepada kami daripada Zubaid (bin al-Haarits bin 'Abdil Karim al-Yaami al-Kufi m.123H), katanya: saya bertanya kepada Abu Waa'il (Syaqiq bin Salamah al-Asadi al-Kufi m.82H) tentang Murji'ah,³⁴⁰ dia berkata bahawa 'Abdullah (bin Mas'ud) meriwayatkan kepada saya, sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Memaki orang muslim itu adalah perbuatan fasiq dan memeranginya adalah perbuatan kafir.³⁴¹

٤٩ - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ

49-Qutaibah bin Sa'id meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ja'far meriwayatkan kepada kami daripada Humaid (at-Thawil bin Abi Humaid Tiir al-Khuza'i
Qadar itu pada malam ke-(dua puluh) tujuh, ke-(dua puluh) sembilan dan ke-(dua puluh) lima (Ramadhan).³⁴⁵

____________________
³²⁹ Perkaitan dan kesinambungan bab ini dengan bab sebelumnya terletak pada menyembahyangkan jenazah dan mengiringinya memanglah mendatangkan pahala yang amat besar. Tetapi ia baru diperolehi seseorang apabila dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan. la dilakukan kerana Allah semata-mata, bukan kerana apa-apa kepentingan duniawi. Bab ini pula menyatakan bahawa kadang-kadang ketika seseorang melakukan sesuatu amalan atau setelah ia melakukannya, rupa-rupanya ada sesuatu yang menyebabkan ia tidak mendapat langsung pahala yang dijanjikan, atau kalau dapat pun, maka tidak sepenuhnya. la berlaku tanpa disedarinya. Oleh itu perlu sekali orang yang melakukan sesuatu ibadat atau amal saleh berwaspada dan mengelak diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mensiasiakan pahala amalan-amalannya. Tajuk bab ini sebenamya mengandungi dua bahagian utama. Pertamanya ialah:  خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:  (Kebimbangan Orang Mu'min Akan Terhapus Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedar). Dan keduanya ialah: مَا يُحْذَرُ مِنَ الإصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تِوْبَةِ
(Ancaman Daripada Terus Berperang Dan Melakukan Kederhakaan Tanpa Bertaubat). Untuk membuktikan kebenaran bahagian pertama bab, Imam Bukhari
mengemukakan kata-kata Ibrahim at-Taimi dan Iain-Iain. Untuk membuktikan kebenaran bahagian kedua pula beliau mengemukakan dua hadits di bawah bab ini. Oleh kerana tidak ada tersebut dengan jelas di dalam kedua-dua hadits yang dikemukakan ma'na terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat, Imam Bukhari cuba menampungnya dengan mengemukakan firman Allah yang bermaksud: Dan mereka tidak berterusan atas apa yang mereka lakukan dalam keadaan mereka sedar.

Tujuan utama Imam Bukhari mengadakan bab ini ialah untuk menolak dan membantah fahaman golongan Murji'ah. Tetapi caranya berbeza daripada bab-bab yang lalu. Di dalam bab-bab yang lalu Imam Bukhari menyatakan perkara-perkara yang menyempurnakan iman dan Islam seseorang. Menerusi bab ini pula beliau menyatakan perkara-perkara yang merosak dan membahayakan iman dan Islamnya.

Golongan Murji'ah berpendapat, amalan baik tidak memberi apa-apa erti pun kepada iman. Amalan bukan juzu' sebenar iman dan bukan juga juzu' penyempurnanya. Hingga kepada bab اتباع الجنائز terus menerus Imam Bukhari mengadakan sekian banyak bab yang diakhiri dengan kata  من الإسلام ،من الإيمان atau من الدين untuk membuktikan betapa banyaknya amalan-amalan yang merupakan juzu' (komponen) iman yang sempurna dan iman menjadi sempurna dengannya. Iman menjadi subur, bertambah dan berseri kerananya. Menerusi bab ini pula Imam Bukhari mengkritik golongan Murji'ah dari sudut yang Iain, iaitu dari sudut perkara-perkara yang boleh menghapus dan merosakkan pahala amalan-amalan. Ini kerana golongan itu juga berpendapat, dalam keadaan seseorang telah beriman apa pun amalan ma'shiat yang dilakukannya tidak akan menjejaskan imannya. Imam Bukhari membuktikan bahawa amalan ma'shiat memang membahayakan iman. Kalau ma'shiat tidak membahaya dan menjejaskan iman, kenapa Allah berfirman: إن تحبط أعمالكم (jangan sampai amalan baikmu terhapus)? Ini menunjukkan amalan baik seseorang boleh rosak kerana ma'shiat. Kadang-kadang ma'shiat yang dilakukannya secara berterusan tanpa diiringi taubat boleh membawanya kepada kekufuran.

Orang mukmin sepatutnya sentiasa berwaspada dan berasa takut akan terhapus amalan kebaikannya dengan sia-sia tanpa disedarinya. Inilah yang tersebut di dalam bahagian pertama tajuk bab ini: خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:(Kebimbangan Orang Mu'min Akan Terhapus
Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedar). la sebenarnya merupakan inti sari daripada firman Allah berikut:
Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang Iain, supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu dalam keadaan kamu tidak sedar. (al-Hujuraat:2).

Menerusi ayat ini Allah mengajar dan membimbing manusia agar beradab sopan dengan RasulNya. Mereka diajar agar tidak mengangkat suara ketika bercakap dengan Baginda dan tidak mengeraskan suara terhadapnya, sebagaimana mereka mengeraskan suara ketika bercakap dengan orang-orang Iain. Kerana dengan berkelakuan begitu amalan-amalan kebaikan yang telah dilakukan mungkin terhapus dan hilang sia-sia tanpa disedari. Kadang-kadang sesuatu perkara atau benda itu kelihatan kecil sahaja, tetapi ia sangat membahayakan dan boleh
menghancurleburkan segala-galanya. Lihat saja dinamit, bukankah ia dapat menghancurleburkan bukit dan gunung yang begitu besar?

Di sini timbul satu persoalan bahawa, bukankah Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama'ah bersepakat tentang ma'shiat biar bagaimana besar sekalipun, selagi ia bukan kekufuran, tidak menghapuskan secara total amalan kebaikan seseorang mu'min? Berbeza sekali dengan golongan Mu'tazilah, kerana mereka memang menganggap ma'shiat mengeluarkan pelakunya daripada iman. Kerana itu patutlah kalau ia menghapuskan amalan kebaikannya. Az-Zamakhsyari telah beristidlal dengan firman Allah di dalam Surah al-Hujuraat itu, kerananya beliau berkata, mengangkat suara melebihi suara Nabi itu bukanlah kufur yang nyata, namun kenapa dikatakan juga أن تحبط أعمالكم (dibimbangi pahala amalanmu akan terhapus)? Bukankah ia menunjukkan selain kufur, ma'shiat-ma'shiat lain juga boleh menghapuskan pahala amalan?

Beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulama' terhadap kemusykilan ini. Antara jawapan terbaik pernah diberikan ialah jawapan Ibnu al-Munaiyyir yang terdapat di dalam hasyiyah Tafsir al-Kassyaaf. Jawapan beliau itu berasaskan dua perkara berikut:
(1) Meninggikan suara di hadapan orang-orang tua atau orang-orang yang mulia, dan mengeraskan suara lebih dari sepatutnya ketika bercakap dengan mereka, adakalanya membuatkan mereka berasa terkilan dan tersinggung perasaan.
(2) Menyakiti Nabi s.a.w. dengan apa cara sekalipun, termasuk bercakap kasar dengannya atau meninggikan suara melebihi sepatutnya merupakan suatu kekufuran dengan ijma' para 'ulama'. Allah s.w.t. telah mengisytiharkan azab seksa yang teruk terhadap orang-orang yang menyakiti NabiNya menerusi firmanNya ini:
At-Taubah 9:61
وَمِنْهُمُ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلنَّبِىَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْۚ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bermaksud: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya, (at-Taubah:61)

Oleh kerana tidak dapat dipastikan dengan tepat takat atau kadar mengangkat suara di hadapan Nabi s.a.w. dan bercakap kasar dengan Baginda s.a.w. yang boleh membawa kepada kekufuran kerana menyakiti Baginda, maka umat Islam dilarang daripada semua bentuk mengangkat suara. Dengan harapan mereka terselamat daripada kekufuran tanpa disedari yang boleh membuatkan segala amalan kebaikan mereka terhapus. Untuk itu maka ayat daripada Surah al-Hujuraat berkenaan diturunkan.
Keadaannya sama seperti firman Allah berikut:
Al-Hujurat 49:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Jangan (juga) kamu mengumpat satu sama lain.
Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Sudah tentulah kamu merasa jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujuraat: 12).

Allah menjelaskan bahawa sebahagian dari prasangka sahaja yang secara pastinya berdosa. Walaupun begitu, oleh kerana agak sukar mempastikan mana prasangka yang berdosa dan mana pula yang tidak berdosa, maka Dia memerintahkan orang-orang yang beriman supaya menjauhi kebanyakan prasangka dengan harapan ia terhindar daripada prasangka yang berdosa.

³³⁰ Nama beliau selengkapnya adalah seperti berikut: Ibrahim bin Yazid bin Syarik at-Taimi alKufi. Beliau dinisbahkan kepada Taim ar-Ribaab. Ibrahim at-Taimi adalah seorang yang 'abid, zahid dan wa'izh. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-92 Hijrah ketika belum lagi menjangkau umur 40 tahun.

³³¹ Untuk membuktikan kebenaran bahagian pertama tajuk bab, mula-mula sekali bukhari mengemukakan kata-kata Ibrahim at-Taimi. Maksud kata-kata Ibrahim at-Taimi "Aku menjadi pendusta" ialah aku menjadi pendusta kepada ajaran agama yang aku anuti. Bila saja aku membanding-bandingkan di antara kata-kataku dan amalanku, aku risau, taku-takut aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendustakan agama. Perkataan مُكَذِّبًا dibaca sebagai isim fa'il dan juga isim maful. Kedua-duanya tsabit dalam riwayat. Walau bagaimanapun, kebanyakan pensyarah hadits mentarjihkan riwayat sebagai isim fa'il. Jika ia dibaca sebagai isim fa'il, maka ada dua kemungkinan untuk taqdirnya. (1)  مُكَذِّبًا لِلدِّيْنِ (aku menjadi pendusta kepada ajaran agama yang aku anuti). (2) مُكَذِّبًا لِنَفْسِي(aku menjadi pendusta kepada diriku sendiri). Maksud taqdir (1) ialah apabila aku tidak mengamalkan ajaran agama sesuai dengan tuntutan iman, maka itu bererti aku mendustakan ajaran agama yang aku anuti dan imani. Kerana jika amalan-amalan yang dituntut Oleh iman benar-benar berguna dan berfaedah, kenapa aku tidak melakukannya? Bukankah tidak melakukannya dan hanya berkata ia baik sahaja, tidak lebih daripada da'waan semata-mata? la juga boleh bererti مُشَابِهًا لِلْمُكَذِّبِيْنَ . Maksudnya ialah bila saja aku membanding-bandingkan di antara kata-kataku dan amalanku, aku risau, aku menyerupai orang-orang yang mendustakan agama. Ini kerana orang-orang munafiq yang mendustakan agama juga daripada segi percakapan dan da'waannya bukan main, tetapi di segi amalan mereka kosong. Maksud taqdir (2) pula ialah apabila aku tidak mengamalkan ajaran agama sesuai dengan tuntutan iman, maka aku takut aku mendustak'an diriku sendiri. Kerana jika da'waanku benar, tentulah aku mengamalkannya.

Jika مُكَذَّبًا dibaca dengan sighah matul pula, maka maksudnya ialah bila saja aku membanding-bandingkan di antara kata-kataku dan amalanku, aku risau, takut-takut aku didustakan. Memandangkan amalanku tidak sesuai dengan kata-kataku, maka mungkin sekali setiap orang yang menemuiku akan mendustakan daku. Kata-kata Ibrahim at-Taimi ini sebenarnya mengisyaratkan kepada firman Allah berikut:
As-Saf 61:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

As-Saf 61:3
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan (2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan (3) (as-Shaff:2-3).

³³²Nama sebenar beliau ialah 'Abdullah bin 'Ubaidillah al-Qurasyi at-Taimi al-Makki. Ibnu Abi Mulaikah terkenal juga dengan laqab (gelaran) al-Ahwal (orang yang bemata juling). Beliau pernah menjadi muadzzin dan hakim di zaman pemerintahan Ibnu az-Zubair. Beliau meninggal dunia pada tahun 117 Hijrah. Ibnu Abi Mulaikah meriwayatkan hadits daripada sahabat-sahabat utama Rasulullah s.a.w. seperti 'Aaishah, 'Abdullah bin 'Abbaas, 'Abdullah bin 'Umar, Abdullah bin Amar bin al-'Aash, Abdullah bin az-Zubair, Abu Mahdzurah, 'Uqbah bin alHaarits, Miswar bin Makhramah, Ummu Salamah dan Asmaa' binti Abi Bakar as-Shiddiq. Imam Bukhari mengemukakan kata-kata Ibnu Abi Mulaikah selepas kata-kata Ibrahim at-Taimi untuk membuktikan kebenaran bahagian pertama tajuk bab ini.

³³³ Besar kemungkinan nifaq yang dibimbangi para sahabat Rasulullah s.a.w. itu berlaku pada diri mereka ialah nifaq amali. Mungkin juga kedua-dua nifaq dibimbangi mereka, iaitu nifaq amali dan nifaq i'tiqadi. Kata-kata Ibnu Abi Mulaikah ini secara tidak langsung menolak fahaman golonan Murji'ah yang langsung tidak menganggap amalan sebagai suatu yang penting di samping iman. Hati dan jiwa para sahabat sememangnya ma'mur dengan takut dan gerun kepada Allah s.w.t. namun mereka tetap bimbang akan nifaq. Saiyyidina 'Umar r.a. yang telah mendengar sendiri jaminan syurga oleh Rasulullah s.a.w. untuk dirinya, tetap bertanya Hudzaifah yang terkenal sebagai sahabat penyimpan rahsia Nabi s.a.w. bahawa adakah nama beliau tersenarai dalam senarai nama orang-orang munafiq atau tidak? Adanya kebimbangan seperti itu tidaklah sama sek'ali bererti mereka memang munafiq.

³³⁴Maksudnya ialah tiada siapapun di antara mereka orang yang yakin seratus peratus tentang kesempurnaan iman dan keikhlasannya sepertimana diyakini tentang iman Jibrail dan Mikail. Lantaran mereka adalah makhluk yang ma' shum. Tidak berlaku kepada mereka berdua apa yang
Imam Bukhari menyebutkan atsar Hasan al-Bashri di sini dengan sighah tamridh  وَيٍذْكَرً عَنِ bukan untuk mengisyaratkan kepada kedhaifannya. Meskipun selalunya ia menunjukkan demikian. Ini kerana atsar Hasan itu sahih. Imam Bukhari selalu juga menggunakan sighah tamridh untuk mengisyaratkan kepada matan atau teks sesuatu riwayat Yang diringkaskan. Beliau juga selalu menggunakan sighah tersebut apabila sesuatu riwayat dikemukakan mengikut ma' nanya (بالمعنى).

³³⁶Dari sini bermula bahagian kedua tajuk bab. و di permulaannya adalah 'athaf. Taqdirnya ialah وَبَابُ مَا يُحَذَّرُمِن . boleh dibaca dengan takhfif dan tasydid dalam sighah majhul. Hafiz Ibnu Hajar mentarjihkan bacaan dengan tasydid.

³³⁷  Menurut riwayat Abu Dzarr dan Abul Waqt, di tempat perkataan التقاتل terletak  النفاق perkataan . Tetapi perkataan التقاتل lebih sesuai dengan hadits di bawah bab ini, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda وقتاله كفر dan ia merupakan riwayat Abi Dzarr juga selain riwayat al-Ashili dan Ibnu  Asaakir. Ma'na keduanya juga sahih, namun mengikut Hafiz Ibnu Hajar riwayatnya tidak tsabit. Tetapi berdasarkan nuskhah riwayat Abi Dzarr dan nuskhah as-Samisathi ia juga tsabit. Atsar-atsar yang terletak di antara dua bahagian tajuk bab adalah jumlah-jumlah mu'taridhah di antara ma'thuf dan ma'thuf 'alaih. Kedua-dua bahagian dipisahkan dengannya kerana atsar-atsar itu berkaitan dengan bahagian pertama sahaja. Adapun dua hadits yang akan disebutkan di bawah tajuk bab nanti, maka yang mula-mula daripadanya untuk membuktikan bahagian kedua tajuk bab. Sementara hadits kedua pula untuk membuktikan bahagian pertama tajuk bab. Menurut istilah ilmu Balaghah, penyusunan seperti itu dipanggil (الف والنشر الغير المرتب) Maksud Bukhari ialah menolak fahaman golongan Murji'ah. Kerana mereka menganggap apabila seseorang telah beriman, maka tidak ada ma'shiat yang akan menjejaskan imannya. Mafhum ayat al-Qur'an yang dikemukakan di akhir tajuk bab juga menolak fahaman mereka itu. Demikian kata al-Qasthallani.

³³⁸  Maksudnya ialah mereka tidak terus menerus melakukan dosa-dosa tanpa beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Justeru Rasulullah s.a.w. telah bersabda menurut apa yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain daripada hadits Abu Bakar as-Shiddiq r.a.bahawa: مَا أَصَرَّ مَنْ اسْتَغْفَرَ وَلَوْ فَعَلَهُ فِي الْيَوْمِ سَبْعِينَ مَرَّةً
bermaksud: "Tidak berterusan (melakukan dosa) orang yang beristighfar, walaupun ia kembali melakukan (dosa yang telah dilakukannya) dalam satu hari sebanyak tujuh puluh kali."

³³⁹  Imam Ahmad mengemukakan satu hadits yang diriwayatkan oleh 'Abdullah bin 'Amar bin al-Aash secara marfu'begini    وَيْلٌ لِلْمُصِّينِ يُصِرُّونِ عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ  :
Bermaksud; "Kecelakaan untuk al-mushirrin, iaitu orang-orang yang terus menerus melakukan dosa-dosa sedangkan mereka sedar." Mereka sedar bahawa Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat, walaupun begitu mereka tidak beristighfar. Demikianlah kata Mujahid dan lain-lain sebagai mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke-135 Surah Aali 'Imraan itu. Firman Allah yang dikemukakan oleh Bukhari di akhir tajuk bab ini adalah sebahagian daripada ayat ke-135 Surah Aali 'Imraan.

Aal-e-Imran 3:135
وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzhalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.

³⁴⁰  Satu golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Antara fahaman mereka ialah amal bukan sebahagian daripada iman. Amalan yang baik tidak memberi apa-apa erti kepada iman. Amalan yang jahat pula tidak menjejaskan iman. Dan pelaku dosa-dosa besar tidak menjadi fasiq. Zubaid bertanya Abu Waa'il tentang golongan ini, sama ada mereka berada di atas landasan yang benar atau salah.

³⁴¹Berdasarkan hadits ini tidak mungkin golongan itu berada di atas kebenaran. Kerana mereka mengatakan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar tidak jadi fasiq. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda di dalam hadits ini bahawa memaki orang muslim itu adalah kefasiqan (perbuatan fasiq). Kalaulah amalan jahat tidak menjejaskan iman seseorang, kenapa orang yang memaki orang muslim dikatakan fasiq oleh Rasulullah s.a.w. dan kenapa pula perbuatan memerangi orang muslim dikatakan kekufuran? Daripada hadits ini diketahui penyelewengan golongan itu daripada landasan sebenarnya. Perkataan كفر (kekufuran) yang tersebut di dalam hadits ini tidaklah semestinya dipakai dengan erti kekufuran sebenar yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Disebut kufur, untuk memberi erti mubalaghah (menampakkan terlajak teruk), supaya pendengar berwaspada dan berhati-hati dengannya. Ini kerana berdasarkan dalil-dalil yang Iain perbuatan seperti itu masih belum lagi mengeluarkan seseorang muslim daripada agamanya. Boleh jadi juga dikatakan kufur, kerana perbuatan seperti itu menyerupai perbuatan orang-orang yang ber'aqidah kufur. Lantaran merekalah yang menghalalkan darah orang-orang Islam. Mungkin juga perkataan kufur dipakai dalam erti bahasanya, kerana kufur menurut bahasa 'Arab yang asal bererti menutupi. Dengan memerangi orang muslim, seseorang itu seolah-olahnya telah menutupi dan tidak menghiraukan hak-hak saudara seagamanya. Padahal sepatutnya dia membela, membantu dan menolongnya. bukan menyakiti dan memeranginya.

³⁴² Tujuan Bukhari mengemukakan hadits ke-49 ini adalah untuk menyatakan kebenaran apa yang disebutnya di dalam bahagian kedua tajuk bab, iaitu:وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ (Ancaman Daripada Terus Berperang Dan Melakukan Kederhakaan Tanpa Bertaubat), bahawa umat Islam hendaklah berasa takut daripada terus-menerus berperang, kerana ia boleh menghapuskan pahala amalan mereka. Walaupun apa yang berlaku kepada dua orang sahabat yang tersebut di dalam hadits ke-49 itu tidaklah betul-betul perang dan berlakunya pula bukanlah secara berterusan, ia bahkan hanya berupa pertengkaran dan pergaduhan yang menyebabkan suara mereka meninggi di dalam masjid sahaja, namun itu pun sudah menyebabkan hilang keberkatan, sehingga umat terhalang daripada mendapat Malam Qadar secara pasti dan tepat. Bagaimana agaknya kalau perang benar-benar berlaku, dan berlakunya pula secara berterusan? Tentulah umat akan bergelumang dalam dosa dan tentulah mereka terhalang daripada mendapat banyak sekali keberkatan dalam kehidupan ini!! Dua orang Islam yang sedang bertengkar itu menurut Ibnu Dihyah ialah Ibnu Abi Hadrad dan Kîab bin Malik. Menurut sesetengah riwayat, Ibnu Abi Hadrad ada berhutang dengan Ka'ab bin Malik. Dia sepatutnya telah membayar hutang ketika itu, kerana masa pembayaran telah berlalu. Ka'ab bin Malik meminta supaya hutangnya dibayar. Itulah perkaranya yang menyebabkan akhirnya mereka bertegang urat leher.

³⁴³Maksudnya ialah pengetahuan secara pasti tentang Malam Qadar itu diangkatlah dari ingatanku. Menurut Hafiz Ibnu Hajar, inilah ma'nanya yang paling boleh dipegang, sebabnya ialah ia berlandaskan penjelasan daripada hadits Abu Sa'id yang dikemukakan oleh Muslim berhubung dengan kisah ini. Lihat hadits Muslim berkenaan di bawah ini:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَأَبُو بَكْرِ بْنُ خَلَّادٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَشْرَ الْأَوْسَطَ مِنْ رَمَضَانَ يَلْتَمِسُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ قَبْلَ أَنْ تُبَانَ لَهُ فَلَمَّا انْقَضَيْنَ أَمَرَ بِالْبِنَاءِ فَقُوِّضَ ثُمَّ أُبِينَتْ لَهُ أَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فَأَمَرَ بِالْبِنَاءِ فَأُعِيدَ ثُمَّ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّهَا كَانَتْ أُبِينَتْ لِي لَيْلَةُ الْقَدْرِ وَإِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِهَا فَجَاءَ رَجُلَانِ يَحْتَقَّانِ مَعَهُمَا الشَّيْطَانُ فَنُسِّيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ الْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ قَالَ قُلْتُ يَا أَبَا سَعِيدٍ إِنَّكُمْ أَعْلَمُ بِالْعَدَدِ مِنَّا قَالَ أَجَلْ نَحْنُ أَحَقُّ بِذَلِكَ مِنْكُمْ قَالَ قُلْتُ مَا التَّاسِعَةُ وَالسَّابِعَةُ وَالْخَامِسَةُ قَالَ إِذَا مَضَتْ وَاحِدَةٌ وَعِشْرُونَ فَالَّتِي تَلِيهَا ثِنْتَيْنِ وَعِشْرِينَ وَهِيَ التَّاسِعَةُ فَإِذَا مَضَتْ ثَلَاثٌ وَعِشْرُونَ فَالَّتِي تَلِيهَا السَّابِعَةُ فَإِذَا مَضَى خَمْسٌ وَعِشْرُونَ فَالَّتِي تَلِيهَا الْخَامِسَةُ و قَالَ ابْنُ خَلَّادٍ مَكَانَ يَحْتَقَّانِ يَخْتَصِمَانِ
Bermaksud: Kata Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w. pernah beri'tikaf pada sepulum malam pertengahan bulan Ramadhan untuk Inencari Lailatul Qadar sebelum hal itu dijelaskan kepada Baginda. Sctelah sepuluh malam pcrtengahan itu berlalu, Rasulullah s.a.sv. memerintahkan supaya khemah yang telah dipasang untuknya ditutup. Kemudian dijelaskanlah kepada Baginda, bahawa Lailatul Qadar ada pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, lalu Baginda memerintahkan supaya dipasang kembali khemah untuknya. Kemudian Baginda keluar kepada orang ramai dan bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah dijelaskkan kepadaku tentang Lailatul Qadar, dan aku keluar untuk memberitahukan kepada kamu tentangnya. Tiba-tiba datang dua orang yang sama-sama mengaku benar, sedangkan mereka ditemani oleh syaitan. Sehingga Lailatul Qadar terlupakan olehku. Maka carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, cari lah Lailatul Qadar pada malam kesembilan, ketujuh dan kelima (dalam sepuluh malam terakhir itu)."

Kata perawi, aku pun berkata: "Wahai Aba Sa'id! Kamu tentü lebih tahu tentang bilangan itü daripada kami." Abu Said menjawab, "Tentü kami lebih mengetahui tentangnya daripada kamu.” Kata perawi, aku bertanya (lagi beliau), "Apa yang dimaksudkan dengan malam kesembilan, ketujuh dan kelima itu?" Beliau menjawab, "Jika malam kedua puluh satu telah lewat, maka (malam) yang berikutnya adalah kedua puluh dua, dan itulah yang dimaksudkan dengan malam kesembilan. Dan apabila malam kedua puluh tiga telah berlalu, maka berikutnya adalah malam ketujuh, dan jika malam kedua puluh lima telah berlalu, maka berikutnya adalah malam kelima.” Ibnu Khallaad menyebutkan perkataan (berkelahi, bertengkar) di tempat يحتقان (samasama mengaku benar).
(Lihat Sahih Muslim j.3 m/s172).

Mungkin kamu berkata, "Kenapa pertengkaran dalam menuntut hak itü tercela? Jawabnya ialah kerana ia telah berlaku di dalam masjid. Masjid adalah tempat dzikir (ingat kepada Allah), bukan tempat lagha, leka dan melakukan perkara dosa. Tambahan pula pertengkaran itü berlaku di bulan Ramadhan, bulan puasa. Jadi tercelanya itü bukanlah kerana semata-mata menuntut hak, tetapi kerana ia telah menyebabkan kedua pihak mengangkat suara dan berkasar di hadapan Rasulullah s.a,w. di dalam masjid. Sedangkan itü termasuk perkara yang dilarang Allah menerusi firmanNya:
Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat şuara kamu melebihi şuara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan şuara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak terhapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (al-Hujuraat:2).

Di sinilah terletak kesesuaian hadits dengan tajuk babnya. Demikian kata Hafiz İbnu Hajar.
(Lihat Fathul Baari j. I m/s 206).

Kalau ada orang berkata, firman Allah yang bermaksud: "supaya amal-amal kamu tidak terhapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya” di penghujung ayat ke-2 Surah al-Hujuraat itü menghendaki amalan yang dikira salah dan menyebabkan pahalanya terhapus hanyalah yang dilakukan dengan sengaja, ada pun yang dilakukan dengan tidak sengaja, maka ia tidak termasuk dalam ancaman tersebut. Maka jawapannya ialah apa yang dikatakan Allah di dalam ayat itu, "sedang kamu tidak menyedarinya" ialah kamu tidak menyedari pahala amalanmu terhapus kerana kamu menganggap ia hanya satu dosa kecil sahaja. Kadang-kadang seseorang mengetahui apa yang dilakukannya merupakan dosa. tetapi ia tidak menganggapnya dosa besar. Padahal ia memang dosa besar. Keadaannya sama seperti dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. lihat apa sabda Rasulullah s.a.w. tentang mereka: إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير
Bermaksud: "Mereka berdua sedang diseksa. Tidak mereka diseksa kerana sesuatu dosa besar." Maksudnya pada
anggapan mereka. Kerana bukankah seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: وإنه لكبير   Bermaksud:"Sedangkan ia memang dosa besar.” Cuma mereka saja tidak menyedari dan mengetahuinya.

³⁴⁴Mafhumnya ialah jika pengetahuan tentangnya tidak diangkat, maka itulah yang terlebih baik. Kerana Lailatul Qadar dapat dicapai dengan tepat dan mudah. Akan tetapi, dengan tidak mengetahuinya kamu akan lebih banyak melakukan amal saleh dan lebih banyak mendapat pahala. Justeru pahala Lailatul Qadar tetap juga akan diperolehimu, apabila kamu secara berterusan beramal di setiap malam bulan Ramadhan. Sementara pahala melakukan ibadat pada malam-malam yang lain juga akan diperolehimu, kerana kamu beramal saleh dan beribadat pada setiap malamnya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya ”Mudahmudahan ia baik untukmu”. Dengan begitu, terlupa Nabi s.a.w. juga menyebabkan umat berpeluang mendapat lebih banyak pahala. Kalaulah Malam Qadar diketahui secara pasti, mungkin sekali mereka hanya melakukan ibadat pada malam itu sahaja.
Hadits ini tidak menunjukkan Malam Qadar itu telah diangkat terus, dengan erti ia tiada lagi di mana-mana malam dalam bulan Ramadhan, seperti anggapan sesetengah orang. Malam Qadar tetap ada, akhir hadits yang sama menunjukkan ia ada, cuma ketentuan tentangnya sahaja diangkat. Kalau sudah tiada lagi, apa ertinya Rasulullah s.a.w. bersabda, ”carilah Lailatul Qadar pada malam kesembilan, ketujuh dan kelima (dalam sepuluh malam terakhir itu).” Ia cuma tidak dapat dikatakan secara pasti pada malam tertentu, pada malam ke-27 Ramadhan misalnya. Apakah yang diangkat itu hanya melibatkan tahun berkenaan sahaja, atau untuk tahun-tahun yang lain juga? Apakah Malam Qadar itu tetap pada malam tertentu sahaja setiap tahun sampai bila-bila?? Atau ia berubah-ubah dan berpindah-pindah pada setiap tahun??? Sudah tidak ada Iagi pengetahun tentangnya secara jelas dan pasti! .

³⁴⁵Maksudnya ialah carilah Malam Qadar itu pada malam ke-27, ke-29 dan ke-25 Ramadhan. Di dalam sekian banyak riwayat tersebut, Malam Qadar itu hendaklah dicari pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Antara pengajaran, panduan dan pedoman yang terdapat di dalam hadits ini ialah:
(1) Pertengkaran dan pekelahian adalah suatu yang tercela. (2) la menyebabkan manusia terhalang daripada mendapat rahmat dan limpah kurnia Allah.
(3) Hadits ini juga menunjukkan keberkatan dan kebaikan diangkat dari tempat yang ada syaitan.
(4) Walaupun kita berada di pihak yang benar dan kita menuntut hak kita, tetapi biarlah di tempat dan masa yang sesuai. Di masjid, ditambah pula dengan di bulan puasa, bukanlah tempat dan masa yang sesuai untuk menuntut hak, kerana kemungkinan berlaku perkara yang tidak baik seperti kebisingan dan keadaan bertegang urat leher adalah amat besar sekali.
(5) Kesalahan orang-orang tertentu kadang-kadang membawa kepada kerugian orang ramai.
(6) Hadits ini juga menggalakkan umat berusaha mencari dan mendapatkan Malam Qadar.
(7) la juga menunjukkan masjid bukan tempat untuk melakukan sesuatu perbuatan yang keji atau kerja yang sia-sia dan melalaikan.
(8) Ketentuan Malam Qadar telah diangkat kerana pertengkaran dan pergaduhan dua orang sahabat. Ini membuktikan pertengkaran dan pergaduhan menjauhkan manusia daripada rahmat Allah.
(9) Semata-mata menuntut hak di dalam masjid walaupun di bulan Ramadhan dan di hadapan Nabi s.a.w. bukanlah suatu yang haram dan tidak diharuskan, yang diharam dan tidak diharuskan hanyalah tuntutan hak yang mencetuskan keadaan hingar-bangar, ketegangan dan pergaduhan. Itulah yang telah berlaku kepada dua orang sahabat berkenaan.

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 408)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 408)



48-Muhammad bin 'Ar'arah (al-Bashri m.213H) meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu'bah meriwayatkan kepada kami daripada Zubaid (bin al-Haarits bin 'Abdil Karim al-Yaami al-Kufi m.123H), katanya: saya bertanya kepada Abu Waa'il (Syaqiq bin Salamah al-Asadi al-Kufi m.82H) tentang Murji'ah,³⁴⁰ dia berkata bahawa 'Abdullah (bin Mas'ud) meriwayatkan kepada saya, sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Memaki orang muslim itu adalah perbuatan fasiq dan memeranginya adalah perbuatan kafir.³⁴¹

٤٩ - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ

49-Qutaibah bin Sa'id meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ja'far meriwayatkan kepada kami daripada Humaid (at-Thawil bin Abi Humaid Tiir al-Khuza'i
____________
³⁴⁰  Satu golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Antara fahaman mereka ialah amal bukan sebahagian daripada iman. Amalan yang baik tidak memberi apa-apa erti kepada iman. Amalan yang jahat pula tidak menjejaskan iman. Dan pelaku dosa-dosa besar tidak menjadi fasiq. Zubaid bertanya Abu Waa'il tentang golongan ini, sama ada mereka berada di atas landasan yang benar atau salah.

³⁴¹Berdasarkan hadits ini tidak mungkin golongan itu berada di atas kebenaran. Kerana mereka mengatakan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar tidak jadi fasiq. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda di dalam hadits ini bahawa memaki orang muslim itu adalah kefasiqan (perbuatan fasiq). Kalaulah amalan jahat tidak menjejaskan iman seseorang, kenapa orang yang memaki orang muslim dikatakan fasiq oleh Rasulullah s.a.w. dan kenapa pula perbuatan memerangi orang muslim dikatakan kekufuran? Daripada hadits ini diketahui penyelewengan golongan itu daripada landasan sebenarnya. Perkataan كفر (kekufuran) yang tersebut di dalam hadits ini tidaklah semestinya dipakai dengan erti kekufuran sebenar yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Disebut kufur, untuk memberi erti mubalaghah (menampakkan terlajak teruk), supaya pendengar berwaspada dan berhati-hati dengannya. Ini kerana berdasarkan dalil-dalil yang Iain perbuatan seperti itu masih belum lagi mengeluarkan seseorang muslim daripada agamanya. Boleh jadi juga dikatakan kufur, kerana perbuatan seperti itu menyerupai perbuatan orang-orang yang ber'aqidah kufur. Lantaran merekalah yang menghalalkan darah orang-orang Islam. Mungkin juga perkataan kufur dipakai dalam erti bahasanya, kerana kufur menurut bahasa 'Arab yang asal bererti menutupi. Dengan memerangi orang muslim, seseorang itu seolah-olahnya telah menutupi dan tidak menghiraukan hak-hak saudara seagamanya. Padahal sepatutnya dia membela, membantu dan menolongnya. bukan menyakiti dan memeranginya.

408

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 412)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 412)

٣٨.باب سُؤَالِ جِبْرِيلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الإِيمَانِ وَالإِسْلاَمِ وَالإِحْسَانِ وَعِلْمِ السَّاعَةِ: 
وَبَيَانِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ ثُمَّ قَالَ: ((جَاءَ جِبْرِيلُ- عَلَيْهِ السَّلاَمُ- يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ)). فَجَعَلَ ذَلِكَ كُلَّهُ دِينًا، وَمَا بَيَّنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِوَفْدِ عَبْدِ الْقَيْسِ مِنَ الإِيمَانِ، وَقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ}. 

38—Bab: Jibril Bertanya nabi s.a.w. Tentang Iman, Islam, Ihsan (Dan Pengetahuan Tentang Qiamat, Serta keterangan nabi s.a.w. Kepadanya. Kemudian Baginda Bersabda: "Jibril Datang untuk mengajarkan Kepadamu Agamamu. Disebutnya semua Itu Sebagai Agama, Dan (Bab) Penjelasan nabi s.a.w. Kepada Rombongan  Abdul Qais Tentang Iman. Dan (Bab) fiman Allah:d-a p-:-à'l ¿sa' (Sesiapa mencari Selain Islam Sebagai Agama, Niscaya la Sama Sekali Tidak Akan (Diterima Daripadanya).³⁴⁶

_______
diharuskan hanyalah tuntutan hak yang mencetuskan keadaan hingar-bangar, ketegangan dan pergaduhan. Itulah yang telah berlaku kepada dua orang sahabat berkenaan.


³⁴⁶ Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan di dalam Tarajim Abwabnya menulis: "Imam Bukhari menyebutkan tiga perkara di dalam tajuk bab ke-38 ini. Pertama, soalan Jibril, ada empat kesemuanya. Nabi s.a.w. telah menjawab kesemua soalannya di dalam hadits ke-50 di bawah bab ini. Kedua, perintah Nabi s.a.w. kepada kumpulan 'Abdil Qais supaya beriman dan huraian Baginda tentang iman kepada mereka. Ketiga, tentang firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesiapa mencari selain Islam sebagai agama, niscaya ia sama sekali tidak akan diterima daripadanya." Tujuan Bukhari mengemukakan perkara pertama telah dinayatakan oleh beliau sendiri bahawa: "Nabi s.a,w. menyebutkan semuanya itu (sebagai) sebahagian daripada iman. Maksudnya ialah segala usul, furu', 'aqidah, amalan, iman, Islam, ikhlas, budi pekerti mulia dan lain-lain semuanya tennasuk dalam agama. Dan semuanya juga merupakan iman dalam erti katanya yang luas, Perkara pertama inilah yang paling utama daripada tiga perkara yang disebut beliau di dalam tajuk bab ini, dan ia merupakan maksud sebenar Bukhari. Kerananyalah Bukhari mengemukakan hadits ke-50 di bawah tajuk bab ini. Malah semua perkara yang telah tersebut di dalam bab-bab yang lalu termasuk di bawah bab ini di samping beberapa perkara lain. Iman yang dimaksudkan di dalam hadits ke-50 di bawah bab ini ialah membenarkan dengan hati. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: pula ialah mentauhidkan Tuhan dengan lidah. Dengan itu 'termasuklah juga di dalamnya kalimah syahadah sebagaimana ditegaskan oleh al-'Allamah asSindi. Semua perkara tersebut itu di dalam hadits 'Abdil Qais dinamakan imam Dan di dalam firman Allah berkenaan pula, Islam dikatakan agama (sebenar). Maka berdasarkan nas-nas itu, perkataan Islam, iman dan agama boleh digunakan untuk satu sama lain. Para Salaf memang suka

412

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 411)


Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 411)

Qadar itu pada malam ke-(dua puluh) tujuh, ke-(dua puluh) sembilan dan ke-(dua puluh) lima (Ramadhan).³⁴⁵
_______
 anggapan mereka. Kerana bukankah seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: وإنه لكبير   Bermaksud:"Sedangkan ia memang dosa besar.” Cuma mereka saja tidak menyedari dan mengetahuinya.

³⁴⁴Mafhumnya ialah jika pengetahuan tentangnya tidak diangkat, maka itulah yang terlebih baik. Kerana Lailatul Qadar dapat dicapai dengan tepat dan mudah. Akan tetapi, dengan tidak mengetahuinya kamu akan lebih banyak melakukan amal saleh dan lebih banyak mendapat pahala. Justeru pahala Lailatul Qadar tetap juga akan diperolehimu, apabila kamu secara berterusan beramal di setiap malam bulan Ramadhan. Sementara pahala melakukan ibadat pada malam-malam yang lain juga akan diperolehimu, kerana kamu beramal saleh dan beribadat pada setiap malamnya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya ”Mudahmudahan ia baik untukmu”. Dengan begitu, terlupa Nabi s.a.w. juga menyebabkan umat berpeluang mendapat lebih banyak pahala. Kalaulah Malam Qadar diketahui secara pasti, mungkin sekali mereka hanya melakukan ibadat pada malam itu sahaja.
Hadits ini tidak menunjukkan Malam Qadar itu telah diangkat terus, dengan erti ia tiada lagi di mana-mana malam dalam bulan Ramadhan, seperti anggapan sesetengah orang. Malam Qadar tetap ada, akhir hadits yang sama menunjukkan ia ada, cuma ketentuan tentangnya sahaja diangkat. Kalau sudah tiada lagi, apa ertinya Rasulullah s.a.w. bersabda, ”carilah Lailatul Qadar pada malam kesembilan, ketujuh dan kelima (dalam sepuluh malam terakhir itu).” Ia cuma tidak dapat dikatakan secara pasti pada malam tertentu, pada malam ke-27 Ramadhan misalnya. Apakah yang diangkat itu hanya melibatkan tahun berkenaan sahaja, atau untuk tahun-tahun yang lain juga? Apakah Malam Qadar itu tetap pada malam tertentu sahaja setiap tahun sampai bila-bila?? Atau ia berubah-ubah dan berpindah-pindah pada setiap tahun??? Sudah tidak ada Iagi pengetahun tentangnya secara jelas dan pasti! .

³⁴⁵Maksudnya ialah carilah Malam Qadar itu pada malam ke-27, ke-29 dan ke-25 Ramadhan. Di dalam sekian banyak riwayat tersebut, Malam Qadar itu hendaklah dicari pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Antara pengajaran, panduan dan pedoman yang terdapat di dalam hadits ini ialah: 
(1) Pertengkaran dan pekelahian adalah suatu yang tercela. (2) la menyebabkan manusia terhalang daripada mendapat rahmat dan limpah kurnia Allah. 
(3) Hadits ini juga menunjukkan keberkatan dan kebaikan diangkat dari tempat yang ada syaitan. 
(4) Walaupun kita berada di pihak yang benar dan kita menuntut hak kita, tetapi biarlah di tempat dan masa yang sesuai. Di masjid, ditambah pula dengan di bulan puasa, bukanlah tempat dan masa yang sesuai untuk menuntut hak, kerana kemungkinan berlaku perkara yang tidak baik seperti kebisingan dan keadaan bertegang urat leher adalah amat besar sekali. 
(5) Kesalahan orang-orang tertentu kadang-kadang membawa kepada kerugian orang ramai. 
(6) Hadits ini juga menggalakkan umat berusaha mencari dan mendapatkan Malam Qadar. 
(7) la juga menunjukkan masjid bukan tempat untuk melakukan sesuatu perbuatan yang keji atau kerja yang sia-sia dan melalaikan. 
(8) Ketentuan Malam Qadar telah diangkat kerana pertengkaran dan pergaduhan dua orang sahabat. Ini membuktikan pertengkaran dan pergaduhan menjauhkan manusia daripada rahmat Allah. 
(9) Semata-mata menuntut hak di dalam masjid walaupun di bulan Ramadhan dan di hadapan Nabi s.a.w. bukanlah suatu yang haram dan tidak diharuskan, yang diharam dan tidak
411

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 410)



Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 410)
memerintahkan supaya dipasang kembali khemah untuknya. Kemudian Baginda keluar kepada orang ramai dan bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah dijelaskkan kepadaku tentang Lailatul Qadar, dan aku keluar untuk memberitahukan kepada kamu tentangnya. Tiba-tiba datang dua orang yang sama-sama mengaku benar, sedangkan mereka ditemani oleh syaitan. Sehingga Lailatul Qadar terlupakan olehku. Maka carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, cari lah Lailatul Qadar pada malam kesembilan, ketujuh dan kelima (dalam sepuluh malam terakhir itu)."

Kata perawi, aku pun berkata: "Wahai Aba Sa'id! Kamu tentü lebih tahu tentang bilangan itü daripada kami." Abu Said menjawab, "Tentü kami lebih mengetahui tentangnya daripada kamu.” Kata perawi, aku bertanya (lagi beliau), "Apa yang dimaksudkan dengan malam kesembilan, ketujuh dan kelima itu?" Beliau menjawab, "Jika malam kedua puluh satu telah lewat, maka (malam) yang berikutnya adalah kedua puluh dua, dan itulah yang dimaksudkan dengan malam kesembilan. Dan apabila malam kedua puluh tiga telah berlalu, maka berikutnya adalah malam ketujuh, dan jika malam kedua puluh lima telah berlalu, maka berikutnya adalah malam kelima.” Ibnu Khallaad menyebutkan perkataan (berkelahi, bertengkar) di tempat يحتقان (samasama mengaku benar). 
(Lihat Sahih Muslim j.3 m/s172).

Mungkin kamu berkata, "Kenapa pertengkaran dalam menuntut hak itü tercela? Jawabnya ialah kerana ia telah berlaku di dalam masjid. Masjid adalah tempat dzikir (ingat kepada Allah), bukan tempat lagha, leka dan melakukan perkara dosa. Tambahan pula pertengkaran itü berlaku di bulan Ramadhan, bulan puasa. Jadi tercelanya itü bukanlah kerana semata-mata menuntut hak, tetapi kerana ia telah menyebabkan kedua pihak mengangkat suara dan berkasar di hadapan Rasulullah s.a,w. di dalam masjid. Sedangkan itü termasuk perkara yang dilarang Allah menerusi firmanNya:
Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat şuara kamu melebihi şuara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan şuara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak terhapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (al-Hujuraat:2).

Di sinilah terletak kesesuaian hadits dengan tajuk babnya. Demikian kata Hafiz İbnu Hajar. 
(Lihat Fathul Baari j. I m/s 206).

Kalau ada orang berkata, firman Allah yang bermaksud: "supaya amal-amal kamu tidak terhapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya” di penghujung ayat ke-2 Surah al-Hujuraat itü menghendaki amalan yang dikira salah dan menyebabkan pahalanya terhapus hanyalah yang dilakukan dengan sengaja, ada pun yang dilakukan dengan tidak sengaja, maka ia tidak termasuk dalam ancaman tersebut. Maka jawapannya ialah apa yang dikatakan Allah di dalam ayat itu, "sedang kamu tidak menyedarinya" ialah kamu tidak menyedari pahala amalanmu terhapus kerana kamu menganggap ia hanya satu dosa kecil sahaja. Kadang-kadang seseorang mengetahui apa yang dilakukannya merupakan dosa. tetapi ia tidak menganggapnya dosa besar. Padahal ia memang dosa besar. Keadaannya sama seperti dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. lihat apa sabda Rasulullah s.a.w. tentang mereka: إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير
 Bermaksud: "Mereka berdua sedang diseksa. Tidak mereka diseksa kerana sesuatu dosa besar." Maksudnya pada

410

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 409)


Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 409)

Al-Bashri m.143H), katanya: Anas bin Malik meriwayatkan kepadaku, katanya: 'Ubaadah bin as-Shamit meriwayatkan kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. keluar untuk menceritakan tentang Malam Qadar, tetapi ketika itu ada dua orang Islam sedang bertengkar.³⁴². Nabi s.a.w. bersabda: "Tadi aku keluar untuk menceritakan kepadamu
(tentang) Malam Qadar (secara pasti), tiba-tiba ada si pulan dan si pulan itu bertengkar, maka diangkatlah ketentuan itu.³⁴³ Mudah-mudahan ia baik untukmu,³⁴⁴   carilah Malam
________

³⁴² Tujuan Bukhari mengemukakan hadits ke-49 ini adalah untuk menyatakan kebenaran apa yang disebutnya di dalam bahagian kedua tajuk bab, iaitu:وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ (Ancaman Daripada Terus Berperang Dan Melakukan Kederhakaan Tanpa Bertaubat), bahawa umat Islam hendaklah berasa takut daripada terus-menerus berperang, kerana ia boleh menghapuskan pahala amalan mereka. Walaupun apa yang berlaku kepada dua orang sahabat yang tersebut di dalam hadits ke-49 itu tidaklah betul-betul perang dan berlakunya pula bukanlah secara berterusan, ia bahkan hanya berupa pertengkaran dan pergaduhan yang menyebabkan suara mereka meninggi di dalam masjid sahaja, namun itu pun sudah menyebabkan hilang keberkatan, sehingga umat terhalang daripada mendapat Malam Qadar secara pasti dan tepat. Bagaimana agaknya kalau perang benar-benar berlaku, dan berlakunya pula secara berterusan? Tentulah umat akan bergelumang dalam dosa dan tentulah mereka terhalang daripada mendapat banyak sekali keberkatan dalam kehidupan ini!! Dua orang Islam yang sedang bertengkar itu menurut Ibnu Dihyah ialah Ibnu Abi Hadrad dan Kîab bin Malik. Menurut sesetengah riwayat, Ibnu Abi Hadrad ada berhutang dengan Ka'ab bin Malik. Dia sepatutnya telah membayar hutang ketika itu, kerana masa pembayaran telah berlalu. Ka'ab bin Malik meminta supaya hutangnya dibayar. Itulah perkaranya yang menyebabkan akhirnya mereka bertegang urat leher.

³⁴³Maksudnya ialah pengetahuan secara pasti tentang Malam Qadar itu diangkatlah dari ingatanku. Menurut Hafiz Ibnu Hajar, inilah ma'nanya yang paling boleh dipegang, sebabnya ialah ia berlandaskan penjelasan daripada hadits Abu Sa'id yang dikemukakan oleh Muslim berhubung dengan kisah ini. Lihat hadits Muslim berkenaan di bawah ini:
 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَأَبُو بَكْرِ بْنُ خَلَّادٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَشْرَ الْأَوْسَطَ مِنْ رَمَضَانَ يَلْتَمِسُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ قَبْلَ أَنْ تُبَانَ لَهُ فَلَمَّا انْقَضَيْنَ أَمَرَ بِالْبِنَاءِ فَقُوِّضَ ثُمَّ أُبِينَتْ لَهُ أَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فَأَمَرَ بِالْبِنَاءِ فَأُعِيدَ ثُمَّ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّهَا كَانَتْ أُبِينَتْ لِي لَيْلَةُ الْقَدْرِ وَإِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِهَا فَجَاءَ رَجُلَانِ يَحْتَقَّانِ مَعَهُمَا الشَّيْطَانُ فَنُسِّيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ الْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ قَالَ قُلْتُ يَا أَبَا سَعِيدٍ إِنَّكُمْ أَعْلَمُ بِالْعَدَدِ مِنَّا قَالَ أَجَلْ نَحْنُ أَحَقُّ بِذَلِكَ مِنْكُمْ قَالَ قُلْتُ مَا التَّاسِعَةُ وَالسَّابِعَةُ وَالْخَامِسَةُ قَالَ إِذَا مَضَتْ وَاحِدَةٌ وَعِشْرُونَ فَالَّتِي تَلِيهَا ثِنْتَيْنِ وَعِشْرِينَ وَهِيَ التَّاسِعَةُ فَإِذَا مَضَتْ ثَلَاثٌ وَعِشْرُونَ فَالَّتِي تَلِيهَا السَّابِعَةُ فَإِذَا مَضَى خَمْسٌ وَعِشْرُونَ فَالَّتِي تَلِيهَا الْخَامِسَةُ و قَالَ ابْنُ خَلَّادٍ مَكَانَ يَحْتَقَّانِ يَخْتَصِمَانِ
Bermaksud: Kata Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w. pernah beri'tikaf pada sepulum malam pertengahan bulan Ramadhan untuk Inencari Lailatul Qadar sebelum hal itu dijelaskan kepada Baginda. Sctelah sepuluh malam pcrtengahan itu berlalu, Rasulullah s.a.sv. memerintahkan supaya khemah yang telah dipasang untuknya ditutup. Kemudian dijelaskanlah kepada Baginda, bahawa Lailatul Qadar ada pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, lalu Baginda

409

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 413)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 413)

٥٠. حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ، فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ فَقَالَ مَا الإِيمَانُ قَالَ: ((الإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَبِلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ)). قَالَ مَا الإِسْلاَمُ قَالَ: ((الإِسْلاَمُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكَ بِهِ، وَتُقِيمَ الصَّلاَةَ، وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ)). قَالَ مَا الإِحْسَانُ قَالَ: ((أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ)). قَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ: ((مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ، وَسَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا إِذَا وَلَدَتِ الأَمَةُ رَبَّهَا، وَإِذَا تَطَاوَلَ رُعَاةُ الإِبِلِ الْبُهْمُ فِي الْبُنْيَانِ، فِي خَمْسٍ لاَ يَعْلَمُهُنَّ إِلاَّ اللَّهُ)). ثُمَّ تَلاَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ} الآيَةَ. ثُمَّ أَدْبَرَ فَقَالَ: ((رُدُّوهُ)). فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا. فَقَالَ: ((هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ)). قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ جَعَلَ ذَلِكَ كُلَّهُ مِنَ الإِيمَانِ. 
 
50- Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma•il bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hayyan al-Taimi meriwayatkan kepada kami daripada Abi Zur'ah daripada Abi Hurairah, katanya: "Pernah Nabi s.a.w. muncul pada suatu hari di hadapan orang ramai, tiba-tiba datang seorang lelaki, dia bertanya: "Apa itu iman?” Nabi menjawab, "Bahawa kamu beriman dengan Allah,³⁴⁸ para MalaikatNya,³⁴⁸ beriman akan
_______________

menggunakan perkataan-perkataan yang digunakan di dalam nas-nas. Mereka tidak suka pergi kepada perbahasan-perbahasan Ilmul Kalam yang dirumuskan oleh orang-orang kemudian. Demikianlah disebutkan oleh para pensyarah Sahih Bukhari. Dengan adanya bab ini, terbukti benarlah sekalian bab yang lalu, di mana perkataan-perkataan tersebut digunakan silih berganti di tempat satu sama lain.”

³⁴⁷Maksud percaya kepada Allah ialah membenarkan dan menerima kewujudanNya. Di samping mempercayai Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci daripada segala sifat kekurangan.

³⁴⁸Maksud percaya kepada malaikat ialah mempercayai kewujudan mereka dengan sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah di dalałn al-Qur'an dan Nabi s.aăv. di dałam hadits-haditsnya yang sahih. Antara sifat mereka yang disebutk'an ialah:
(1) Mereka adalah hamba-hamba (Allah) yang dimuliakan. (al-Ambiyaa':26). 
(2) Mereka selalu bertasbih (beribadat) malam dan siang dengan tidak berhenti-henti. (al-Ambiyaa':20). 
(3) Mereka tidak menderhaka kepada Allah dałam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (at-Tahrim:6). (4) Boleh menjelma dałam rupa manusia. (Maryam:17). 
(5) Mereka tidak lelaki atau jantan dan tidak juga perempuan atau betina. 
(6) Tidak makan dan tidak minum.
(7) Hidup dan mati seperti jin dan manusiajuga. Cuma umur mereka jauh lebih panjang daripada





Sabtu, Oktober 02, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 403)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 403)
______
mengemukakan kata-kata Ibrahim at-Taimi dan Iain-Iain. Untuk membuktikan kebenaran bahagiann kedua pula beliau mengemukakan dua hadits di bawah bab ini. Oleh kerana tidak ada tersebut dengan jelas di dalam kedua-dua hadits yang dikemukakan ma'na terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat, Imam Bukhari cuba menampungnya dengan mengemukakan firman Allah yang bermaksud: Dan mereka tidak berterusan atas apa yang mereka lakukan dalam keadaan mereka sedar.

Tujuan utama Imam Bukhari mengadakan bab ini ialah untuk menolak dan membantah fahaman golongan Murji'ah. Tetapi caranya berbeza daripada bab-bab yang lalu. Di dalam bab-bab yang lalu Imam Bukhari menyatakan perkara-perkara yang menyempurnakan iman dan Islam seseorang. Menerusi bab ini pula beliau menyatakan perkara-perkara yang merosak dan membahayakan iman dan Islamnya.

Golongan Murji'ah berpendapat, amalan baik tidak memberi apa-apa erti pun kepada iman. Amalan bukan juzu' sebenar iman dan bukan juga juzu' penyempurnanya. Hingga kepada bab اتباع الجنائز terus menerus Imam Bukhari mengadakan sekian banyak bab yang diakhiri dengan kata  من الإسلام ،من الإيمان atau من الدين untuk membuktikan betapa banyaknya amalan-amalan yang merupakan juzu' (komponen) iman yang sempurna dan iman menjadi sempurna dengannya. Iman menjadi subur, bertambah dan berseri kerananya. Menerusi bab ini pula Imam Bukhari mengkritik golongan Murji'ah dari sudut yang Iain, iaitu dari sudut perkara-perkara yang boleh menghapus dan merosakkan pahala amalan-amalan. Ini kerana golongan itu juga berpendapat, dalam keadaan seseorang telah beriman apa pun amalan ma'shiat yang dilakukannya tidak akan menjejaskan imannya. Imam Bukhari membuktikan bahawa amalan ma'shiat memang membahayakan iman. Kalau ma'shiat tidak membahaya dan menjejaskan iman, kenapa Allah berfirman: إن تحبط أعمالكم (jangan sampai amalan baikmu terhapus)? Ini menunjukkan amalan baik seseorang boleh rosak kerana ma'shiat. Kadang-kadang ma'shiat yang dilakukannya secara berterusan tanpa diiringi taubat boleh membawanya kepada kekufuran.

Orang mukmin sepatutnya sentiasa berwaspada dan berasa takut akan terhapus amalan kebaikannya dengan sia-sia tanpa disedarinya. Inilah yang tersebut di dalam bahagian pertama tajuk bab ini: خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:(Kebimbangan Orang Mu'min Akan Terhapus
Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedar). la sebenarnya merupakan inti sari daripada firman Allah berikut:
Al-Hujurat 49:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَٰلُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang Iain, supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu dalam keadaan kamu tidak sedar. (al-Hujuraat:2).

Menerusi ayat ini Allah mengajar dan membimbing manusia agar beradab sopan dengan RasulNya. Mereka diajar agar tidak mengangkat suara ketika bercakap dengan Baginda dan tidak mengeraskan suara terhadapnya, sebagaimana mereka mengeraskan suara ketika bercakap dengan orang-orang Iain. Kerana dengan berkelakuan begitu amalan-amalan kebaikan yang telah dilakukan mungkin terhapus dan hilang sia-sia tanpa disedari. Kadang-kadang sesuatu perkara atau benda itu kelihatan kecil sahaja, tetapi ia sangat membahayakan dan boleh

403

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 402-)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 402-)

باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ: 
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلاَّ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذَّبًا. 
وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ، مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ.  
وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلاَّ مُؤْمِنٌ، وَلاَ أَمِنَهُ إِلاَّ مُنَافِقٌ. وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ}

37.Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  tidak sedar .  

________________
bin Sirin sahaja. Imam Bukhari seolah-olahnya mahu menyatakan pegangan sebenar beliau dalam menerima riwayat ini ialah Muhammad bin Sirin.

Imam Bukhari mengemukakan riwayat mutaba'ah 'Utsman al-Mu'adzzin dengan menyebutkan perkataan di akhirnya adalah untuk menyatakan riwayat mutaba'ah itu lafaznya tidak seratus peratus sama dengan riwayat al-Manjufi yang telah dikemukakannya sebagai riwayat usul. Memang benar ia tidak sama, kerana Abu Nu'aim di dalam Mustakhrajnya mengemukakan riwayat 'Utsman al-Mu'adzzin dengan lafaz فلزمها di tempat perkataan وكان معه yang terdapat di dalam riwayat al-Manjufi. Di tempat rangkai kata حتى يفرغ من دفنها (sehingga ia selesai mengebumikannya) pula tersebut (sehingga ia dikebumikan), dan di tempat فإنه يرجع بقيراط (maka sesesungguhnya ia kembali dengan membawa satu qirath) pula tersebut (maka ia mendapat satu qirath). Adapun yang lain-lain, maka sama semuanya.

³²⁹ Perkaitan dan kesinambungan bab ini dengan bab sebelumnya terletak pada menyembahyangkan jenazah dan mengiringinya memanglah mendatangkan pahala yang amat besar. Tetapi ia baru diperolehi seseorang apabila dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan. la dilakukan kerana Allah semata-mata, bukan kerana apa-apa kepentingan duniawi. Bab ini pula menyatakan bahawa kadang-kadang ketika seseorang melakukan sesuatu amalan atau setelah ia melakukannya, rupa-rupanya ada sesuatu yang menyebabkan ia tidak mendapat langsung pahala yang dijanjikan, atau kalau dapat pun, maka tidak sepenuhnya. la berlaku tanpa disedarinya. Oleh itu perlu sekali orang yang melakukan sesuatu ibadat atau amal saleh berwaspada dan mengelak diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mensiasiakan pahala amalan-amalannya. Tajuk bab ini sebenamya mengandungi dua bahagian utama. Pertamanya ialah:  خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:  (Kebimbangan Orang Mu'min Akan Terhapus Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedar). Dan keduanya ialah: مَا يُحْذَرُ مِنَ الإصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تِوْبَةِ
(Ancaman Daripada Terus Berperang Dan Melakukan Kederhakaan Tanpa Bertaubat). Untuk membuktikan kebenaran bahagian pertama bab, Imam Bukhari

402

Jumaat, Oktober 01, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 426)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 426)

daripada perkara syubahat (dengan tidak melakukannya), bererti dia telah menjaga kesucian agamanya dan kehormatannya³⁷¹, dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubahat, dia seperti pengembala yang melepaskan binatang ternakannya di sekitar kawasan larangan,³⁷² lambat-laun binatang ternakannya itu akan termasuk ke tempat larangan. Ketahuilah bahawa setiap pemerintah itu ada tempat larangan,³⁷³  ketahuílah

______________
seperti arak, babi, bangkai, air kencing dan darah yang mengalir. Demikian juga zina, dusta, mengumpat, mengacum, memandang perempuan bukan mahram (dengan penuh nafsu) dan seumpamanya. Dan ketiganya ialah perkara-perkara atau benda-benda syubhat. Perkara atau benda syubhat itu ialah sesuatu yang tidak terang halal haramnya ."

³⁷⁰Terdapat lima riwayat berhubung dengan perkataan مُشَبَّهَاتٌ ini:
Pertama (1)مُشْتَبِهَاتٌ 
Kedua(2)مُتَشَبِّهَاتٌ
Ketiga(3)مُشَبَّهَاتٌ
Keempat(4)مُشَبِّهَاتٌ
Kelima(5)مُشْبِهَاتٌ


³⁷⁰ Potongan sabda Nabi s.a.w. ini menunjukkan bukan tidak ada langsung manusia yang dapat mengetahui hukumnya menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang sah di sisi agama. Memang ada, tetapi keputusannya mungkin dipertikaikan oleh pihak lain yang juga berautoriti. Dalam menghadapi perkara atau benda yang syubhah (tidak jelas halal haramnya), orang-orang yang berusaha menjaga kesucian agamanya akan mengelak diri daripadanya. Itulah orang-orang yang warak menurut istilah para 'ulama'.
Di sana terdapat banyak sebab yang menimbulkan syubhah atau kesamaran pada hukum. Antaranya ialah kerana terdapat pertentangan di antara dua dalil atau kerana ketiadaan nas (dalil) yang terang mengenainya.
Syubhah menurut Imam Ahmad adalah sesuatu yang diperselisihi tentang halal memakannya seperti kuda atau meminumnya seperti nabiz (air rendaman buah kurma kering atau kismis), atau memakainya seperti kulit binatang buas. Pada pandangan Imam Syaffe, Ahmad dan jumhur 'ulama', kuda halal dimakan. Menurut Malikiyyah pula haram. Nabiz boleh diminum menurut pandangan Abu Hanifah, sedangkan di sisi Syafl'e ia haram. Jumhur ulama' mengharuskan penggunaan kulit binatang buas setelah disamak, termasuk memakainya. Sedangkan golongan Hanabilah tidak mengharuskannya walaupun setelah disamak.

³⁷¹Maksudnya ialah dari sebarang tuduhan orang yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya. Seseorang Islam memanglah dikehendaki sedapat mungkin menjauhi perkara syubhat dan perkara yang mendatangkan tuduhan serta sangkaan yang buruk dari orang lain, supaya terpelihara agama dan kehormatan dirinya. Andaikata ia melakukan juga perkara itu hingga ada orang-orang yang menuduhnya dengan mengumpat atau mencelanya, maka janganlah ia menyesal, kerana ia tidak memelihara dirinya sendiri.

³⁷² Kawasan larangan yang dimaksudkan di sini ialah padang ragut khas untuk orang atau golongan tertentu.


³⁷³ yang ditegah orang lain memasukinya. Orang yang memasukinya dikira bersalah dan boleh dihukum. Oleh itu, setiap orang mestilah mengetahui dan mematuhinya. Demikianlah kalau raja atau manusia yang lainnya menetapkan sesuatu kawasan lamngan. Maka Allah Tuhan Yang Maha Agung dari sekalian agung, lebih-lebih Iagilah ada laranganNya.


426

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 425)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 425)

Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apa yang halal itü terang,³⁶⁷ dan apa yang haram itü (juga) terang.³⁶⁸ Di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang samar (tidak
terang) ³⁶⁹ kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.³⁷⁰ Sesiapa yang memelihara diri
___________________
³⁶⁷ Kerana ada nas yang terang menunjukkan halalnya, atau kerana ada kaedah dan prinsip umum yang jelas membolehkan sekian banyak perkara atau benda dihukum sebagai halal. Sebagai contohnya firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:29
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalü dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah:29).

Daripada firman Allah ini dapat disimpulkan bahawa pada dasarnya segala yang ada di bumi ini adalah halal untuk kita, kecuali yang membahayakan atau memudharatkan kita dan kecuali apa yang disebutkan dengan jelas tentang haramnya oleh Syara. Ini kerana huruf J pada perkataan لَكُم adalah   للنفع atau للمنفعة . la memberi erti boleh diguna oleh kamu.
Apa yang halal itü terang. Anda tidak dilarang melakukannya. Seperti memakan makanan berupa bijirin, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan atau daging binatang yang halal. Meminum minuman berupa air, susu dan lain-lain yang jelas dibenarkan oleh agama Islam. Memakai pakaian yang diperbuat daripada segala macam benang, bulu binatang dan lain-lain bahan yang dibenarkan. Begitu juga berkerja dan berusaha mencari rezeki yang halal. Semuanya halal dan terang hukumnya.

³⁶⁸Kerana ada nas yang terang menunjukkan haramnya, seperti memakan bangkai, darah, daging, tulang, lemak dan lain-lain dari binatang yang jelas haram dimakan, meminum minuman yang memabukkan atau memudharatkan kesihatan, berkerja dan berusaha mendapatkan rezeki dan keuntungan dengan cara yang salah seperti dengan mencuri, menyamun, berjudi, memakan riba, menipu dan sebagainya. Semua yang tersebut itü haram belaka dan terang hükum haramnya. Demikian juga perkara-perkara yang dikenakan hukuman had atau denda menurut Syara' apabila anda melakukannya. Apa yang haram juga dikira terang apabila ada kaedah dan prinsip umum yang jelas mengharamkan. Sebagai contohnya sabda Nabi s.a.w. ini: كل مسكر حرام  (setiap yang memabukkan adalah haram). Maka termasuklah di bawahnya segala yang memabukkan hingga kiamat, walaupun ia belum wujud lagi ketika Rasulullah bersabda begitu.

³⁶⁹ Tidak terang hukum halal haramnya kepada orang ramai, kerana nas yang terang tentangnya tidak ada. Perkara atau benda seperti itulah yang dikatakan di dalam hadits ke-52 ini. مشتبهات adalah perkara atau benda yang tidak dapat dipastikan hükum halal atau haramnya dengan cara biasa berdasarkan nas yang terang. la hanya diketahui dan dapat dipastikan oleh segelintir manusia yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok hukum-hakam agama. An-Nawawi berkata, "Hükum halal haram bagi segala perkara atau benda ada tiga. Pertamanya ialah apa yang terang halalnya. Halalnya tidak tersembunyi (kepada kebanyakan orang Islam) seperti roti, buah-buahan, minyak masak, madu, minyak sapi, susu binatang yang halal dimakan dagingnya, telumya dan lain-lain makanan. Demikian juga bercakap, memandang, berjalan dan lain-lain tindakan dan perbuatan (seumpamanya). Halal semua perkara itü terang dan jelas. Tidak ada sebarang keraguan tentang halalnya. Keduanya ialah apa yang terang haramnya,

425

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 424)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 424)

«52» حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ: سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: الْحَلاَلُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلاَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ. أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.

52- Abu Nu'aim (al-Fadhl bin Dukain m.219H) meriwayatkan kepada kami, katanya: Zakariya' (bin Abi Zaa'idah m. 149H) meriwayatkan kepada kami daripada 'Aamir (bin Syurahil asy-Sya'bi m. 103 H), katanya: Aku mendengar an-Nu' man bin Basyir³⁶⁶ berkata:
__________________
kepada maqam ihsan itu. la dapat dicapai apabila seseorang menjaga hatinya berpandukan ajaran agama dan mengelak diri daripada parkara-perkara syubahat.

(6) Boleh jadi juga Imam Bukhari mengadakan bab ini dengan tujuan menolak pegangan golongan Murji'ah. Mereka mengatakan, لا تضر الإيمان معصية (ma'shiat tidak memudharatkan orang yang beriman). Maksud mereka ialah iman tidak terjejas dengan ma'shiat. Bab ini membatalkan pegangan mereka itu, kalaulah ma'shiat memang tidak menjejas dan memudharatkan iman, kenapakah hadits di bawahnya dengan terang menganjurkan supaya kita mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat demi menjaga kesucian agama kita, padahal masih belum jelas lagi haramnya? Bukankah itu menunjukkan ma'shiat dan dosa memang menjejaskan iman. Malah menurut hadits di bawah bab ini, tidak mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat juga menjejaskan iman dan kesucian agama??

Ada satu perkara lagi berkaitan dengan tajuk bab yang mungkin menimbulkan kemusykilan, iaitu lafaz tajuk bab diambil Bukhari daripada hadits ke-52 yang dikemukakan di bawahnya: فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ (Sesiapa yang memelihara diri daripada perkara syubahat, bererti dia telah menjaga kesucian agamanya dan kehormatannya). 

Di dalamnya tersebut اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ, kenapa Bukhari hanya mengambil setakat sahaja, beliau tidak mengambil juga bersama? Jawapannya ialah dengan memelihara kesucian agama, kesucian kehormatan akan terjamin dengan sendirinya. Kerana itu Imam Bukhari  merasakan ia tidak perlu disebutkan di dalam tajuk bab. Seolah-olahnya kesucian kehormatan yang disebutkan di dalam hadits itu adalah hasil dan buah daripada memelihara kesucian agama.

³⁶⁶ bin Sa'ad al-Anshari al-Khazraji. Ibunya ialah 'Amrah binti Rawahah. Nu'man bin Basyir adalah anak golongan Anshar yang mula-mula sekali dilahirkan setelah hijrah Rasulullah s.a.w. kedua-ibu bapanya juga sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau terbunuh pada tahun 65 Hijrah, Haditsnya di dalam Sahih al-Bukhari ada enam sahaja. Orang-orang yang menukilkan daripada penduduk Madinah bahawa mereka mengatakan, "Tidak sahih sama' (mendengar) Nu'man daripada Nabi s.a.w. adalah tidak benar, kerana dalam hadits ini beliau dengan jelas menyebutkan sama' nya (mendengarnya) daripada Nabi s.a.'.v.

424

Rabu, September 29, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 423-430)s


Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 423-430)s

باب فَضْلِ مَنِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ: 
40 Bab: Kelebihan Orang yang menjaga Kesucîan Agamanya.³⁶⁵

«52» حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ: سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: الْحَلاَلُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلاَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ. أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.

52- Abu Nu'aim (al-Fadhl bin Dukain m.219H) meriwayatkan kepada kami, katanya: Zakariya' (bin Abi Zaa'idah m. 149H) meriwayatkan kepada kami daripada 'Aamir (bin Syurahil asy-Sya'bi m. 103 H), katanya: Aku mendengar an-Nu' man bin Basyir³⁶⁶ berkata:Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apa yang halal itü terang,³⁶⁷ dan apa yang haram itü (juga) terang.³⁶⁸ Di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang samar (tidak
terang) ³⁶⁹ kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.³⁷⁰ Sesiapa yang memelihara diri daripada perkara syubahat (dengan tidak melakukannya), bererti dia telah menjaga kesucian agamanya dan kehormatannya³⁷¹, dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubahat, dia seperti pengembala yang melepaskan binatang ternakannya di sekitar kawasan larangan,³⁷² lambat-laun binatang ternakannya itu akan termasuk ke tempat larangan. Ketahuilah bahawa setiap pemerintah itu ada tempat larangan,³⁷³  ketahuílah bahawa kawasan larangan Allah di bumi  adalah perkara-perkara yang diharamNya³⁷⁴ ingatlah bahawa di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak. maka rosaklah seturuh jasad. Ketahuilah ia adalah jantung³⁷⁵.

___________________________________________________________

³⁶⁵ Kesinambungan bab ini dengan bab sebelumnya menurut Hafiz al-Aini, terletak pada bab sebelum ini berbicara tentang iman, Islam, ihsan, kiamat dan alamat-alamatnya, bahawa semua Yang tersebut iłu termasuk dałam "Diin" iaitu ugama. Menjaga kesucian agama juga merupakan sebahagian daripada urusan agama dan ia juga melibatkan iman, Islam, ihsan dan lain-lain. Kalau begitu tidak syak lagi menjaga kesucian agama itu termasuk sebahagian daripada agama.

Para 'ulama' berbeda pendapat tentang maksud Bukhari mengadakan bab ini:
(1) Hafiz Ibnu Hajar berpendapat, "Imam Bukhari semacam hendak menyatakan bahawa sifat warak itu merupakan salah satu penyempurna dan pelengkap iman. Kerana itu beliau menjadikan bab ini sebagai salah satu bab di bawah Kitab al-lman.

(2)  Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan berkata, "Imam Bukhari melalui bab ke-37 iaitu:  باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:  telah mengancam orang-orang Islam daripada terusmenerus melakukan mâshiat dan dosa. Melalui bab ini beliau naik setingkat lagi dengan menyatakan bahawa dalam usaha menjaga kesucian agama, kita semua perlu mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat. Beliau juga secara halus mengingatkan bahawa jangan sekali-kali seseorang iłu berasa sedap hati melakukan ma'shiat, lantaran masih ada peluang untuk bertaubat. Ini kerana maîshiat, lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berterusan boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat taufiq daripada Allah s.w.t. Termasuk juga tidak mendapat taufiq untuk bertaubat. Oleh itu, orang-orang Islam hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan dosa-dosa dan perkara-perkara syubahat demi menjaga kesucian agama dan kehormatannya."

(3)  Menurut Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi, Imam Bukhari  melalui bab ini hendak menyatakan tahap dan darjat iman manusia itu tidak sama. Ini dapat dilihat pada sikap mereka yang berbeda-beda dałam menjaga kesucian agamanya. Dari itu dapatlah disimpulkan bahawa tahap dan darjat keimanan seseorang iłu memang berbeda-beda.

(4)  Syeikhul Hadits Maulana Zakariya berpendapat, melalui bab ke-37 iaitu:   باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:    
Al Imam Bukhari telah mengancam orang-orang Islam daripada perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. Menerusi bab ini pula beliau mahu menunjukkan satu jalan ikhtiar supaya pahala amalan yang dibuat tidak terhapus. Jalannya ialah menjaga kesucian agama dengan mengelak diri daripada parkara-perkara syubahat.

(5)  Maulana Zakariya mengemukakan satu lagi pendapatnya bahawa mungkin juga bab ini diadakan Bukhari sebagai pelengkap bagi bab ke-39 sebelumnya. Di dalam hadits Jibril yang dikemukakan di bawah bab itu tersebut pertanyaan Jibril tentang ihsan dan jawapan Nabi s.a.w. kepada soalannya itu. Bab ke-40 ini pula diadakan untuk memberi tahu jalan yang membawa kepada maqam ihsan itu. la dapat dicapai apabila seseorang menjaga hatinya berpandukan ajaran agama dan mengelak diri daripada parkara-perkara syubahat.

(6) Boleh jadi juga Imam Bukhari mengadakan bab ini dengan tujuan menolak pegangan golongan Murji'ah. Mereka mengatakan, لا تضر الإيمان معصية (ma'shiat tidak memudharatkan orang yang beriman). Maksud mereka ialah iman tidak terjejas dengan ma'shiat. Bab ini membatalkan pegangan mereka itu, kalaulah ma'shiat memang tidak menjejas dan memudharatkan iman, kenapakah hadits di bawahnya dengan terang menganjurkan supaya kita mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat demi menjaga kesucian agama kita, padahal masih belum jelas lagi haramnya? Bukankah itu menunjukkan ma'shiat dan dosa memang menjejaskan iman. Malah menurut hadits di bawah bab ini, tidak mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat juga menjejaskan iman dan kesucian agama??

Ada satu perkara lagi berkaitan dengan tajuk bab yang mungkin menimbulkan kemusykilan, iaitu lafaz tajuk bab diambil Bukhari daripada hadits ke-52 yang dikemukakan di bawahnya: فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ (Sesiapa yang memelihara diri daripada perkara syubahat, bererti dia telah menjaga kesucian agamanya dan kehormatannya). 

Di dalamnya tersebut اسْتَبْرَأَ لِدِيِنِهِ وَعِرْضِهِ, kenapa Bukhari hanya mengambil setakat sahaja, beliau tidak mengambil juga bersama? Jawapannya ialah dengan memelihara kesucian agama, kesucian kehormatan akan terjamin dengan sendirinya. Kerana itu Imam Bukhari  merasakan ia tidak perlu disebutkan di dalam tajuk bab. Seolah-olahnya kesucian kehormatan yang disebutkan di dalam hadits itu adalah hasil dan buah daripada memelihara kesucian agama.

³⁶⁶ bin Sa'ad al-Anshari al-Khazraji. Ibunya ialah 'Amrah binti Rawahah. Nu'man bin Basyir adalah anak golongan Anshar yang mula-mula sekali dilahirkan setelah hijrah Rasulullah s.a.w. kedua-ibu bapanya juga sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau terbunuh pada tahun 65 Hijrah, Haditsnya di dalam Sahih al-Bukhari ada enam sahaja. Orang-orang yang menukilkan daripada penduduk Madinah bahawa mereka mengatakan, "Tidak sahih sama' (mendengar) Nu'man daripada Nabi s.a.w. adalah tidak benar, kerana dalam hadits ini beliau dengan jelas menyebutkan sama' nya (mendengarnya) daripada Nabi s.a.w

³⁶⁷ Kerana ada nas yang terang menunjukkan halalnya, atau kerana ada kaedah dan prinsip umum yang jelas membolehkan sekian banyak perkara atau benda dihukum sebagai halal. Sebagai contohnya firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:29
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalü dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah:29).

Daripada firman Allah ini dapat disimpulkan bahawa pada dasarnya segala yang ada di bumi ini adalah halal untuk kita, kecuali yang membahayakan atau memudharatkan kita dan kecuali apa yang disebutkan dengan jelas tentang haramnya oleh Syara. Ini kerana huruf J pada perkataan لَكُم adalah   للنفع atau للمنفعة . la memberi erti boleh diguna oleh kamu.
Apa yang halal itü terang. Anda tidak dilarang melakukannya. Seperti memakan makanan berupa bijirin, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan atau daging binatang yang halal. Meminum minuman berupa air, susu dan lain-lain yang jelas dibenarkan oleh agama Islam. Memakai pakaian yang diperbuat daripada segala macam benang, bulu binatang dan lain-lain bahan yang dibenarkan. Begitu juga berkerja dan berusaha mencari rezeki yang halal. Semuanya halal dan terang hukumnya.

³⁶⁸Kerana ada nas yang terang menunjukkan haramnya, seperti memakan bangkai, darah, daging, tulang, lemak dan lain-lain dari binatang yang jelas haram dimakan, meminum minuman yang memabukkan atau memudharatkan kesihatan, berkerja dan berusaha mendapatkan rezeki dan keuntungan dengan cara yang salah seperti dengan mencuri, menyamun, berjudi, memakan riba, menipu dan sebagainya. Semua yang tersebut itü haram belaka dan terang hükum haramnya. Demikian juga perkara-perkara yang dikenakan hukuman had atau denda menurut Syara' apabila anda melakukannya. Apa yang haram juga dikira terang apabila ada kaedah dan prinsip umum yang jelas mengharamkan. Sebagai contohnya sabda Nabi s.a.w. ini: كل مسكر حرام  (setiap yang memabukkan adalah haram). Maka termasuklah di bawahnya segala yang memabukkan hingga kiamat, walaupun ia belum wujud lagi ketika Rasulullah bersabda begitu.

³⁶⁹ Tidak terang hukum halal haramnya kepada orang ramai, kerana nas yang terang tentangnya tidak ada. Perkara atau benda seperti itulah yang dikatakan di dalam hadits ke-52 ini. مشتبهات adalah perkara atau benda yang tidak dapat dipastikan hükum halal atau haramnya dengan cara biasa berdasarkan nas yang terang. la hanya diketahui dan dapat dipastikan oleh segelintir manusia yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok hukum-hakam agama. An-Nawawi berkata, "Hükum halal haram bagi segala perkara atau benda ada tiga. Pertamanya ialah apa yang terang halalnya. Halalnya tidak tersembunyi (kepada kebanyakan orang Islam) seperti roti, buah-buahan, minyak masak, madu, minyak sapi, susu binatang yang halal dimakan dagingnya, telumya dan lain-lain makanan. Demikian juga bercakap, memandang, berjalan dan lain-lain tindakan dan perbuatan (seumpamanya). Halal semua perkara itü terang dan jelas. Tidak ada sebarang keraguan tentang halalnya. Keduanya ialah apa yang terang haramnya, seperti arak, babi, bangkai, air kencing dan darah yang mengalir. Demikian juga zina, dusta, mengumpat, mengacum, memandang perempuan bukan mahram (dengan penuh nafsu) dan seumpamanya. Dan ketiganya ialah perkara-perkara atau benda-benda syubhat. Perkara atau benda syubhat itu ialah sesuatu yang tidak terang halal haramnya ."

³⁷⁰Terdapat lima riwayat berhubung dengan perkataan مُشَبَّهَاتٌ ini:
Pertama (1)مُشْتَبِهَاتٌ 
Kedua(2)مُتَشَبِّهَاتٌ
Ketiga(3)مُشَبَّهَاتٌ
Keempat(4)مُشَبِّهَاتٌ
Kelima(5)مُشْبِهَاتٌ


³⁷⁰ Potongan sabda Nabi s.a.w. ini menunjukkan bukan tidak ada langsung manusia yang dapat mengetahui hukumnya menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang sah di sisi agama. Memang ada, tetapi keputusannya mungkin dipertikaikan oleh pihak lain yang juga berautoriti. Dalam menghadapi perkara atau benda yang syubhah (tidak jelas halal haramnya), orang-orang yang berusaha menjaga kesucian agamanya akan mengelak diri daripadanya. Itulah orang-orang yang warak menurut istilah para 'ulama'.
Di sana terdapat banyak sebab yang menimbulkan syubhah atau kesamaran pada hukum. Antaranya ialah kerana terdapat pertentangan di antara dua dalil atau kerana ketiadaan nas (dalil) yang terang mengenainya.
Syubhah menurut Imam Ahmad adalah sesuatu yang diperselisihi tentang halal memakannya seperti kuda atau meminumnya seperti nabiz (air rendaman buah kurma kering atau kismis), atau memakainya seperti kulit binatang buas. Pada pandangan Imam Syaffe, Ahmad dan jumhur 'ulama', kuda halal dimakan. Menurut Malikiyyah pula haram. Nabiz boleh diminum menurut pandangan Abu Hanifah, sedangkan di sisi Syafl'e ia haram. Jumhur ulama' mengharuskan penggunaan kulit binatang buas setelah disamak, termasuk memakainya. Sedangkan golongan Hanabilah tidak mengharuskannya walaupun setelah disamak.

³⁷¹Maksudnya ialah dari sebarang tuduhan orang yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya. Seseorang Islam memanglah dikehendaki sedapat mungkin menjauhi perkara syubhat dan perkara yang mendatangkan tuduhan serta sangkaan yang buruk dari orang lain, supaya terpelihara agama dan kehormatan dirinya. Andaikata ia melakukan juga perkara itu hingga ada orang-orang yang menuduhnya dengan mengumpat atau mencelanya, maka janganlah ia menyesal, kerana ia tidak memelihara dirinya sendiri.

³⁷² Kawasan larangan yang dimaksudkan di sini ialah padang ragut khas untuk orang atau golongan tertentu.


³⁷³ yang ditegah orang lain memasukinya. Orang yang memasukinya dikira bersalah dan boleh dihukum. Oleh itu, setiap orang mestilah mengetahui dan mematuhinya. Demikianlah kalau raja atau manusia yang lainnya menetapkan sesuatu kawasan lamngan. Maka Allah Tuhan Yang Maha Agung dari sekalian agung, lebih-lebih Iagilah ada laranganNya.

³⁷⁴ Perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah itulah yang wajib dihormati, bukan saja oleh sekalian manusia, bahkan juga oleh raja-raja yang mempunyai kawasan larangan itu sendiri. Sebabnya ialah larangan Allah itu umum untuk semua dan meliputi setiap lapisan masyarakat. Kawasan larangan Allah ialah segala macam maksiat yang ditegah kita melakukannya, sama ada yang berkaitan dengan nyawa atau jiwa mahupun yang berkaitan dengan kehormatan, harta benda dan Iain-lain, seperti pembunuhan, perzinaan, pencurian, meminum minuman yang memabukkan, pendustaan, tuduhan, acuman, penghinaan, pencabulan kehormatan, mengambil, menguasai dan memakan harta benda dengan cara yang tidak sah menurut hukum (Islam dan sebagainya.

³⁷⁵Akhir sekali Rasulullah s.a.w. memberitahu kita tentang sumber bagi segala kebaikan dan kejahatan yang berlaku pada seseorang manusia, supaya setiap orang yang beriman dapat mengetahui serta berusaha mengawasinya. Sumber yang dimaksudkan itu ialah kalbu atau hati atau jiwa yang ada di dalam batin diri manusia. la sangat sukar dikawal kerana keadaannya yang selalu saja berubah-ubah. lalah merupakan punca bagi segala gerak-geri dan amal perbuatan manusia. Daripadanya timbul segala yang baik dan yang buruk. Hati yang baik ialah yang sentiasa ingat kepada Allah, mematuhi perintahNya, menjauhi laranganNya,  menghindari perkara-perkara yang syubhah(samar/tidak jelas) kerana takut terjatuh kepada haram. Dengan demikian turut baiklah sekalian badan. Terhentilah anggota dari berbuat sesuatu yang ditegah.

Dan hati yang rosak pula ialah hati yang telah dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan keinginan yang jahat, hingga tidak diendahkan lagi segala perintah. segala yang diharam atau yang syubhah. 

Baginya yang baik ialah apa yang disukai hawa nafsu, walaupun dengan melanggar perintah Allah. Yang baik ialah yang penuh dengan kelazatan, kesukaan dan kesenangan. Dengan demikian, rosaklah pula sekalian badan dan anggota kerana menurut kehendak hati yang rosak dengan melakukan segala larangan yang menyebabkan bencana bagi diri, akal, kehormatan dan harta benda.

Pendek kata, hati adalah raja bagi sekalian anggota, Sekalian anggota menta'atinya tidak menyalahinya. Kalau ia menjadi raja yang baik. Sekalian anggota menjadi rakyat yang baik. Sebaliknya kalau ia menjadi raja yang rosak, maka sekalian anggota turut pula menjadi rakyat yang rosak. Kerana itu maka wajiblah tiap-tiap orang memelihara kesucian hatinya.

Para 'ulama' bersepakat tentang kepentingan dan keluasan erti hadits ini. Mereka menganggap ia salah satu paksi bagi ajaran Islam. Sesetengah 'ulama' mengatakan ia sepertiga ajaran agama Islam, kerana Islam itu semua sekali berkisar sekitar tiga hadits utama sahaja, iaitu 
pertamanya ialah hadits bab ini: 
Keduanya ialah hadits  الأعمال بالنيات dan 
ketiganya ialah hadits  من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
(salah satu tanda keelokan Islam seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya). Imam Ahmad menyebut di tempat 
ketiga hadits berikut  من أحث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد: 

Ada juga 'ulama yang menyebutkan di tempat ketiga hadits ini  از هد في النيا يحبك الله: para  ulama menganggap hadits bab ini antara terpenting ialah kerana melalui Nabi saw menjelaskan kepada umatnya tentang apa yang halal berupa makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Melaluinya Nabi saw. menunjukan jalan utk mencapai yang halal itu di samping berpesan juga kepada mereka supaya menjauhi perkara-perkara syubahat.

Dengan mengelak diri daripada perkara syubahat, umat dapat menjaga kesucian agama dan maruahnya. Semuanya dikemukakan dalam bentuk perbandingan. Dan akhir sekali Baginda menekankan tentang keperluan menjaga punca bagi segala kebaikan dan keburukan pada manusia, ia adalah hati.

Nabi s.a.w. bagaimanapun menggunakan perkataan untuk menunjukkan erti hati itu. Sedangkan erti sebenar القلب di dalam badan manusia ialah jantung, bukan hati. Oleh kerana di dalam bahasa 'Arab, perkataan itu dipakai juga dengan erti akal, maka seringkali dalam bahasa Melayu ia diterjemahkan sebagai hati dengan erti akal. Al-Farraa' sebagai contohnya telah mentafsirkan perkataan yang terdapat di dalam firman Allah di bawah ini dengan akal:
Qaf 50:37
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى ٱلسَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya pada (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak Iagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya. (Qaaf:37).

Ibnu Batthaal beristidlal dengan hadits ini tentang tempat beradanya akal di dalam tubuh manusia. Bagi beliau, berdasarkan hadits ini jantung adalah tempat beradanya akal. Akal yang terdapat di dalam kepala (otak) berpunca daripada jantung juga. Hafiz Ibnu Hajar memandang elok istidlal itu- Imam an-Nawawi pula berpendapat, tidak ada dalil di dalam hadits ini tentang akal itu berada di dalam jantung. Dalam masalah ini sebenarnya terdapat khilaf di kalangan 'ulama'. Kebanyakan Syafeiyyah, Mutakallimin dan ahli Falsafah berpendapat, akal berada di dalam jantung. Sementara Imam Abu Hanifah dan kebanyakan doktor pula berpendapat, ia berada di dalam otak. 

Zahir nas al-Qur'an dan hadits ke-52 ini menyokong pendapat pertama. Lihatlah sebagai contohnya beberapa firman Allah di bawah ini:
Al-Hajj 22:46
أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَٰرُ وَلَٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ 
Bermaksud: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada jantung (hati) yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (alHajj:46).

Qaf 50:37
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى ٱلسَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya pada (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak Iagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya. (Qaaf:37).

Muhammad 47:24
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ 
Bermaksud: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad:24).

Imam Abu Hanifah dan para doktor yang sependapat dengannya berhujah, bahawa bila rosak otak, maka rosaklah akal. İni menunjukkan akal itü berada di dalam otak. (Lihat İbnu Batthaal—Syarh İbnu Batthaal j.1 m/s 1 17, al-Aini - Umdatu al-Qaari j.1 m/s 302).

Maulana Anwar Shah al-Kashmiri menerima kedua-duanya sebagai tempat berada akal. Tetapi tempat asal akal dan punca sebenamya ialah jantung. Oleh kerana perhubungan di antara jantung dan otak sangat rapat, kadang-kadang pengkaji pun terkeliru sehingga mengatakan otaklah tempat dan punca akal, sedangkan punca sebenamya ialah jantung. 

Cetusan bermula di jantung, gambaran cetusan pula nyata di otak. Perhubungan jantung dan otak boleh diumpamakan dengan mentol lampu elektrik dan suisnya. Bila saja dipetik suis, terus bernyalalah mentol. Jantung ibarat suis dan otak pula ibarat mentol lampu. (Lihat Maulana Muhammad 'Utsman Ghani - Nashru alBaari j.1 m/s 351, Maulana Saleemullah Khan - Kasyfu al-Barij.2 m/s 193 — 194).

Antara pengajaran, panduan dan pedoman yang terdapat di dalam hadits ini ialah: 
(1) Ada benda atau perkara halal yang terang halalnya, kerana telah ditetapkan hukumnya dengan dalil yang terang dan tegas, hingga tidak dapat diragukan lagi tentang halalnya. Dan ada juga benda atau perkara haram yang terang haramnya, kerana telah ditetapkan hukumnya dengan dalil yang terang, hingga tidak dapat diragukan lagi tentang haramnya. 
(2) Selain dua yang terang itu terdapat satu lagi benda atau perkara yang tidak terang halal atau haramnya. Kerana dalilnya tidak terang dan tegas. la disebut Nabi s.a.w. sebagai benda-benda atau perkara-perkara syubahat. 
(3) Benda-benda atau perkara-perkara syubahat itu, hukum halal haramnya tidak diketahui ramai orang. Bagaimanapun, tetap ada satu golongan manusia yang dapat mengetahui dan menentukan hukumnya, sama ada ia halal atau haram. Mereka ialah para mujtahidin atau orang-orang yang mendalam ilmu agamanya. 
(4) Nabi s.a.w. menganjurkan umatnya supaya menjauhi benda-benda atau perkara-perkara syubahat, dengan menjauhinya agama dan maruah mereka akan selamat. 
(5) Mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat adalah salah satu langkah bercermat dalam beragama yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. 
(6) Orang yang terlibat dengan perkara syubahat diumpamakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan pengembala yang melepaskan binatang temakannya di sekitar kawasan larangan. Lambat-laun binatang ternakannya itü akan termasuk ke tempat larangan. Begitulah orang yang terlibat dengan perkara syubahat, lambat-laun ia akan terjerumus ke dalam perkara yang memang haram. 
(7) Nafsu manusia diumpamakan dengan binatang ternakan yang tidak berakal. la memang tidak dapat membezakan di antara yang halal dan yang haram. Setelah memakan rumput sebagai contohnya, di kawasan sekitar dan ia nampak rumput dalam kawasan larangan lebih menarik, ia akan ke sana, terutamanya apabila kawasan itü tidak berpagar. 
(8) Kita dilarang menceroboh mana-mana kawasan larangan, terutamanya kawasan larangan pihak yang mempunyai kuasa seperti raja. Dengan menceroboh mana-mana kawasan lamngan seseorang boleh dikenakan hukuman yang berat. Allah juga ada kawasan laranganNya. Kawasan larangan Allah ialah apa-apa yang diharamkanNya. la tidak boleh dicerobohi. Dengan melakukan apa yang diharaınkan oleh Allah, manusia boleh dikenakan hukuınan siksaan yang berat di akhirat kelak. 
(9) Kebaikan dan kejahatan seseorang bergantung kepada hati atau jiwanya. Hati mendorong sekalian anggota badan melakukan kehendaknya, sama ada baik atau buruk. Sekalian anggota badan menjadi khadamnya. Kerana itü hati perlu sekali dijaga, dihidup dan disuburkan dengan akidah yang benar, kepercayaan yang luhur dan keyakinan yang bersih daripada segala macam unsur jahat lagi kotor. 
(10) Hati yang tidak dijaga akan dihinggapi oleh bermacam-macam penyakit yang merosak dan mencacatkan iman dan akhlak. 
(11) Hadits ini merupakan salah satu punca bagi terdapatnya qaedah سد الذريعة atau سد الذرانع dalam  Ilmu Qawa'id al-Fiqh. la bererti menutup segala jalan yang boleh membawa kepada kerosakan. Sebagai contohnya perzinaan diharamkan, Maka diharamkan juga segala sebab yang membawa kepadanya seperti mendedahkan aurat, berkhalwat atau bersepi-sepi antara lelaki dan perelnpuan yang bukan mahram dan lain-lain