Surah ini takhwif tentang akhirat dan sifat degil orang kafir.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 1
وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 2
Isi bumi termasuk segala perkara bernilai diatas dunia.
وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 3
يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 4
👉Bumi menceritakan berita2 manusia yg duduk diatasnya.
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 5
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 6
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 7
👉Tidak akan sia2 ,akan dibalas.
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
-Sura Az-Zalzalah, Ayah 8
👉Yg tak sempat bertaubat akan dibalas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan