Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 013)
sedang mereka alami pada ketika itu. Apabila menemui Nabi Nuh a.s.. mereka berkata kepadanya: أنت أول الرسل
(Engkaulah Rasul yang pertama). Bagaimanapun kenyataan ini tidaklah menafikan Nabi Adam a.s. sebagai salah seorang rasul. Kerana kata-kata "Rasul yang pertama" Yang diucapkan di dalam hadits tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri. Antara maksudnya ialah ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh a.s. kepada umatnya adalah dalam bentuk yang lebih luas ajarannya bukan hanya berkaitan dengan soal-soal Takwini dan Thabi'e seperti makan-minum, nikah kahwin dan sebagainya sahaja. Malah ia mencakupi bidang syaraat, undang-undang, masyarakat dan sebagainya. Adapun wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Nuh, ia hanyalah berkenaan dengan cara bercucuk tanam, penyediaan makanan, perkahwinan dan sekitar bimbingan asas untuk meneruskan kitaran kehidupan dan penghidupan manusia semata-mata. Wahyu yang diturunkan kepada mereka selaku bangsa manusia yang mula-mula menghuni bumi ini setelah turun daripada syurga hanyalah berkaitan dengan perkara-perkara tersebut, iaitu bimbingan ke arah pengembangan populasi manusia dan cara untuk meneruskan survival kehidupan mereka. Rasul pertama yang membawa risalah penjana sifat-sifat dan akhlak-akhlak mulia sebagai suatu unsur atau materi untuk meneraju sesebuah tamaddun yang terbilang adalah Nabi Nuh a.s. Oleh sebab itulah Allah menyifatkan wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah wahyu yang sama dengan wahyu yang pernah diterima Nabi Nuh a.s. Ia lengkap dan ajarannya pula menyeluruh, bukan seperti wahyu yang diturunkan kepada Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain sebelum Nabi Nuh. Justeru tahap pemikiran dan perkembangan ilmu manusia pada peringkat tersebut bolehlah diibaratkan seperti masih berada di peringkat bayi atau kanak-kanak. Kemudian setelah zaman beredar seiring dengan bimbingan wahyu dan perkembangan ilmu, perkembangan paradigma manusia mula meningkat ke suatu tahap yang boleh diibaratkan sebagai baru memasuki alam remaja. Di peringkat itu sudah tentulah tidak wajar mereka dibebani dengan hukum-hukum syari'at dan peraturan-peraturan hidup yang kompleks. Setelah manusia maju beberapa tapak ke hadapan dan mereka telah benar-benar bersedia untuk menerima petunjuk-petunjuk agama, hasil perkembangan wahyu semenjak daripada zaman datuk mereka Adam a.s. sehingga ke zaman Nabi Nuh a.s. pada ketika itulah wahyu mula memperkenalkan syari'at yang mencakupi semua bidang kehidupan sebagai pedoman untuk mereka dalam mempertingkatkan perhambaan kepada Tuhan. Pemikiran manusia yang hidup di zaman Nabi Nuh a.s. sudah berada pada tahap yang lebih matang dan bolehlah diibaratkan sebagai manusia yang berada pada usia baligh. Akhirnya apabila perjalanan kehidupan manusia sampai ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. tahap minda dan spiritual manusia betul-betul telah berada di kemuncak kematangan. Seiring dengan itulah wahyu yang diturunkan kepada mereka merupakan wahyu yang paling lengkap dan istimewa sejajar dengan usia manusia pada ketika itu yang boleh diibaratkan sebagai manusia dewasa yang bukan setakat hanya ingin menjadi penerima malah mereka juga ingin menjadi penyumbang kepada tamaddun kemanusiaan. Kemajuan akal dan sumbangan-sumbangan manusia pada masa tersebut telah mencapai ke suatu peringkat Yang amat mengkagumkan. Lalu berdasarkan realiti tersebutlah Imam Bukhari telah membuat tajuknya dengan pertnulaan wahyu yang mengisyaratkan seolah-olahnya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a,w adalah wahyu (versi baharu) yang baru turun bukannya merujuk kepada peristiwa mula-mula Nabi mendapat wahyu.
13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan