Ahad, Oktober 04, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081-087

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms081-087
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14

Misykatul masabiih 81

Orang-orang Yang Mendapat Pahala Dua Kali ganda

٩-وَعَنْ أَبِي مُوْسَى الأَشْعَرِيرَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثَةٌ لَهُمْ أِجْرَانِ : رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَآمَنَ بِمُحَمَّدٍ  صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ    وَالْعَبْدُ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَدَّى حَقَّ اللهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ وَرَجُلٌ كَانَتْ عِنْدَهُ أَمَةٌ يَطَؤُهَا فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنً تَعْلِيمَهَا ثُمًّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا فَلَهَ أَجْرَانِ- متفق عليه


 
9- Abu Musa al-Asy'ari r.a.⁹⁷ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. telah bersabda:'Tiga macam orang mendapat dua (kali ganda) pahala. (Pertama) Seseorang daripada
___________________________________________________________
⁹⁷ Beliau ialah 'Abdullah bin Qais bin Salim bin Hadhaar al-Asy'ari. Beliau terkenal dengan nama sebenar ('Abdullah) dan nama kunyah (nama panggilan Abu Musa), kedua-duanya sekali. Sesetengah 'ulama' berpendapat, Abu Musa al-Asyari r.a. pergi ke Mekah sebelum zaman para sahabat dan Rasulullah s.a.w. brrhijrah ke Madinah Iagi. Setelah memeluk agama Islam, beliau berhijrah ke Habsyah. Kemudian datang ke Madinah selepas pembukaan Khaibar bcrsama-sama para sahabat yang pulang dengan menaiki dua buah kapal. Sestengah yang lain pula berpendapat, beliau tidak berhijrah ke Habsyah selepas pergi ke Mekah. Malah pulang ke tanah airnya Yaman. Beberapa lama kemudian, Abu Musa al-Asy'ari r.a. dan rakan-rakan menaiki sebuah kapal dengan maksud berhijrah ke Madinah, Tetapi kapal yang dinaikinya dipukul badai, membawanya sampai ke neseri Habsyah. Di sana mereka bertemu Ja' far bin Abi Thalib dan para sahabat yang lain. Mereka tinggal bersama para sahabat di sana beberapa lama. Kemudian baru berhijrah ke Madinah bersama Ja'far dan para sahabat yang lain pada tahun ketujuh hijrah setelah jatuhnya Khaibar ke tangan Rasulufiah s.a.w. Pendapat kedua ini adalah berdasarkan riwayat yang sahih dan ia diterima kebanyakan 'ulama'. Rasulullah s.a.w. pernah melantik beliau sebagai pegawai pemerintah di beberapa bahagian negeri Yaman, seperti 'Ubaid, 'Aden dan lain-lain. Saiyyidina 'Umar pernah melantik beliau sebagai gabenor di Bashrah selepas Mughirah r.a. Di zaman itulah Abu Musa al-Asy'ari r.a sempat menakluki Ahwaaz dan Isfahan. Di zaman pemerintahan Saiyyidina  Utsman, beliau dilantik Khalifah  Utsman ra sebagai gabenor yang memerintah Kufah. Abu Musa al-Asysari r.a. telah dilantik sebagai diplomat di pihak Saiyyidina 'Ali r.a. dalam peristiwa Tahkim (rundingan damai) yang berlaku di antara 'Ali dan Muaawiah r.a. di Shiffin. Beliau kemudiannya menarik diri daripada kedua-dua pihak yang bertelagah itu. Suara Abu Musa al-Àsy'ari sangat merdu. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memuji kemerduan suaranya, apabila mendengar beliau membaca alQur'an. Sabda Baginda saw.  لَقَدْ أُوتِيَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام
Maksudnya: Sesungguhnya beliau (Abu Musa al-Asy'ari) telah dikurniakan satu seruling (suara yang sangat merdu) daripada seruling-seruling Daud a.s. 
(Nasaa'i, al-Bazzaar, Abu Nu'aim, Ibnu 'Asaakir dan lain-lain).

 Kata Abu 'Utsman an-Nahdi, "Pernah saya bersembahyang di belakang Abu Musa alAsyari. Tidak pernah (pula) saya dengar bunyi apa-apa alat muzik, sama ada canang, kecapi atau seruling Iebih merdu daripada suara beliau (Abu Musa al-Asy'ari) membaca al-Qur'an."

81

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms082

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.

Misykatul masabiih 82

Ahli  Kitab percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad d s.a.w.⁹⁸ (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan
___________________________________________________________
 
Sâidina Umar bila bertemu Abu Musa al-Asyaari  berkata, Wahai Aba Musa! Buatlah kami ingat  kepada Țuhan (dengan membaca al-Qur'an).Di dalam satu riwayat yang lain beliau berkata : Buatlah berasa rindu kepada Tuhan (dengan membaca al-Qur'an), wahai Aba Musa' atas permintaan Umar itu, Abu Musa al-Ăsyaari pun membaca al-Qur'an di hadapannya.  Abu Abu Musa al-Asyaari adalah antara sahabat yang bertanggungjawab mengajar al-Qur'an dan agama secara mendalam kepada penduduk Basrah. Banyak sekalilah kelebihan dan keistimcwaan beliau, jika hendak disebutkan. Sebanyak tiga ratus enam puluh hadits (360) telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyaari. Bukhari dan Muslim bersepakat (sama-sama) meriwayatkan Iima puluh hadits daripadanya Bukhari bersendirian tanpa 'Muslim dalam meriwayatkan empat hadits dan Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari dalam meriwayatkan dua puluh lima hadits daripada jumlah tersebut itu. Ramai sekali para tabiin telah meriwayatkan hadits daripada beliau. Meninggal dunia di Kufah pada tahun 50H. Kata sesetengah selepas itu lagi, ketika berumur 63 tahun.

⁹⁸ Perkataan Kitab walaupun zahirnya rnenunjukkan suatu erti yang umum, tetapi ia semestinya dipakai dengan erti khusus. Maksudnya ialah kitab yang diturunkan dari sisi Allah iaitu Kitab Taurat dan Kitab Injil. Al-Quran juga dipanggil al-Kitab. Kerana ia juga diturunkan dan sisi Allah. Apabila dikatakan "Menurut al-Kitab dan as-Sunnah', maka maksudnya ialah menurut al-Quran dan as-Sunnah. Para  ulama' berbeda pendapat tentang siapakah  golongan Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di dalam hadits di atas. 

Dalam menentukannya mereka terbahagi kepada dua kumpulan.
(1) Kumpulan yang berpendapat, Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di sini ialah golongan Nashara sahaja.
Antara tokoh yang berpendapat begini ialah Abu 'Abdil Malik al-Buni, al-țAllamah at-Turpasyti dan lain-lain.
Antara alasan yans menjadi pegangan mereka ialah
(a) Hadits Abu Musa al-Asysari yang di atas juga, tetapi menerusi saluran riwayat yang lain. Lafaz hadits berdasarkan riwayat ini di dalam Sahih Bukhari bersama-sama dengan terjemahannya adalah seperti berikut:
 عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ  رَسُولُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِذَا أَدَّبَ الرَّجُلُ أَمَتِهُ  فَاَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا  وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا  كَانَ لَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا آمَنَ بِعِيسَى ثُمَّ آمَنَ بِي فَلَهُ أَجْرَانِ وَالعَبْدُ إِذَا  اتَّقى رَبَّه وَأَطَاعَ مَوَالِيَهُ فَلَهُ أَجْرَانِ

Rasulullah s.a-w. bersabda, 'Mendapat dua pahala orang yang mendidik dan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada hamba sahaya wanitanya dengan sempurna. Kemudian setelah dimerdekakan, dikahwininya hamba sahaya wanita itu. Mendapat dua pahala orang yang beriman kepada Kemudian beriman pula kepadaku. Mendapat dua pahala juga hamba, jika ia bertaqwa kepada Tuhan dan ta'at juga kepada tuan-tuannya." 

(b) Agama Yahudi telah pun termansukh dengan kedatangan agama Nashrani. Berpegang dengan agama yang telah dimansukhkan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagaimana orang yang berpegang dengannya akan mendapat pahala? 

(2) Kumpulan yang berpendapat bahawa yang

82

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms083

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.


Misykatul masabiih 83.

Ahlil kitab yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad saw ⁹⁸. (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan  hak Allah dan hak tuan-tuannya( dengan
___________________________________________________________

dimaksudkan dengan Ahlil Kitab di dalam hadits ini ialah kalangan Yahudi yang percaya kepada Nabi Musa a.s. dan kalangan Nashara yang percaya kepada Nabi  Isa a.s. Antara tokoh yang termasuk dalam kumpulan ini ialah at-Thibi, al-Kirmaani, Hafiz Ibnu Hajar, Mulla  Ali al-Qaari dan lain-lain. Imam Bukhari r.a. juga termasuk dalam kumpulan kedua ini. Terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang menunjukkan dua golongan itulah yang dimaksudkan dengan Alili al-Kitab. Antara dalil berupa hadits ialah hadits berikut ini Abu Umamah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda
 من أَسْلَمَ من أَهْلِ الكِتَابَيْنِ فَلَهُ أَجْرُهُ مَرَّتَيْنِ وَلَهُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا وَمَنْ أَسْلَمَ من المُشْرِكِينَ فَلَهُ أَجْرُهُ وَلَهُ مِثْلُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا
Sesiapa dari kalangan Ahli dua buah kitab (suci) yang maklum (iaitu Taurat dan Injil) memeluk agama Islam, ia mendapat pahala dua kali (ganda). Dia berhak mendapat (keistimewaan)seperti yang kita (orang-orang Islam) dapat dan bertanngungjawab juga seperti kita. Orang-orang musyrikin yang menleluk agama Islmn akan mendapat pahalanya. Dia berhak mendapat (keistimewaan) seperti yang kita (orang-orang Islarn) dapat dan bertanggungjawab juga seperti kita. 
(at-Thahaawi di dalam Musykilu al-Aatsaar, at-Thabaarani di dalam al-Mu'jamu al-Kabir dan Aluuad di dalam Musnadnya). 

Apa yang tersebut di dalam hadits Abu Umaamah dan hadits Abu Musa al-Asyari di atas bertepatan benar dengan firman Allah berikut ini
 
Al-Qasas 28:52
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِهِۦ هُم بِهِۦ يُؤْمِنُونَ 
Al-Qasas 28:53
وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِهِۦٓ إِنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّنَآ إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِۦ مُسْلِمِينَ 

Al-Qasas 28:54
أُو۟لَٰٓئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا۟ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ 

Maksudnya: orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran. mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu. (52) 
dan apabila dibacakan (Al-Quran itu) kepada mereka, mereka berkata "Kami beriman kepadanya; Al-Quran itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan Kami,  Kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya)." (53) 
mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (54). 
(Al-Qashash:52-54). 

Jika dilihat kepada sebab nuzul bagi ayat-ayat ini, niscaya dapat diketahui siapa yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab di dalam hadits di atas. 

At-Thabaraani mengemukakan satu riwayat  daripada Rifaa sah al-Quradzi r.a. Kata beliau:  
نَزَلَتْ هذه الاياتُ فِيَّ وَفِيْمَنْ آمَنَ مَعِي

Maksudnya: Ayat-ayat ini turun berkenaan denganku dan orang-orang yang telah beriman bersamaku. Thabaraani juga mengemukakan satu riwayat daripada 'Ali bin Rifaaah.

Kata beliau
 خرج عشرة من اهل الكتاب منهم أبي رفاعة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمنوا به فأوا فنرلت الذين آتَيْنَاهُمُ تلْكِتَابِ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُون
Maksudnya:Sepuluh orang Ahli Kitab, termasuk ayah saya pergi kepada Nabi s.a.w. Lalu mereka beriman kepadanya dan mereka diganggu (oleh orang-orang yang tidak beriman). 

Maka turunlah firman Allah: "Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran, mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu." 

Orang-orang yang terlibat dalam peristiwa ini semuanya dari kalangan Bani Isra'il. Kitab yang mereka percayai pula adalah Kitab Taurat. Kata Qataadah ayat yang dikemukakan tadi turun berkenaan dengan  Abdullah

83

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms084

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.


Misykatul masabiih 84.

bin Salaam dan Salman al-Faraisi. Sebagaimana dimaklumi semua,Abdullah bin Salaam adalah pendeta Yahudi. Salman al-Faarisi pula scbelum memeluk agama Islam adalah penganut agama Nashrani. Jadi ini dalil yang kukuh tentang siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab. Mereka ialah pengikut-pengikut Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Soal hadits Bukhari di atas yang zahirnya menunjukkăn allli Kitab yang dimaksudkan adalah orang Nasrani sahaja iaitu orang yang beriman kepada Nabi  Isa a.s, maka para ulama' hadits mengatakan hadits itu sebenarnya adalah hadits ringkas. Hadits yang lengkap ialah seperti diriwayatkan oleh kebanyakan perawinya. Para ulamak 'juga berbeda pendapat tentang Ahli Kitab Yang tersebut di dalam hadits ini, adakah ia melibatkan semua sekali Ahli Kitab atau ia terhad setakat Ahli Kitab yang tidak terlibat dalam penyelewengan Kitab Taurat dan Injil dan tidak pula nłengjkut kitab-kitab yang telah diselewengkan? Imam at- Thahaawi dan alQurthubi berpendapat, Ahli Kitab yans tersebut di dalam hadjts di atas hanyalah yang tidak terlibat dalam pcnyelewengan kitab-kitab suci berkenaan dan tidak juga mengikut kitab-kitab yang telah diselewengkan. Alasan mereka berdua ialah pahala diperolehi hanya kerana mengikut sesuatu yang betul dan benar. 'Allamah Sirajuddin al-Bulqini, Hafiz Ibnu Hajar, al'Aini dan Mulla 'Ali al-Qaari pula berpendapat, Ahlil Kitab yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas merangkumi semua sekali Ahlil Kitab tanpa kecuali. 
Antara alasan mereka ialah: 

(a) Ayat-ayat Surah al-Qashash yang dikemukakan tadi diturunkan selepas kitab-kitab Turat dan Injil telah diselewengkan. 

(b) Di dalam surat Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada Hiraql tertulis begini:   
أسلم تسلم يؤك الله أجرك مرتين
 Maksudnya: Terimalah Islam, niscaya anda selamat. Allah juga akan memberikan pahala kepadamu dua kali. 

Hiraql tentunya telah memeluk agama Nasrani setelah ia diselewengkan. Dua dalil ini sudah cukup untuk membuktikan Ahli Kitab yang disebutkan oleh rasulullah s.a.w, di dalam hadits di atas adalah merangkumi semua sekali Ahlil Kitab tanpa kecuali. Hadits Abu Musa al-Asyî ari itu zahirnya menampakkan seolah-olah tiga macam orang itu sahaja yang mendapat pahala amalan dua kali ganda. Padahal banyak sangat kemusykilan akan timbul jika dipercayai begitu. Antara kemusykilan yans akan timbul ialah bagaimana dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang dikatakan mendapat pahala dua kali ganda juga apabila mereka melakukan sesuatu amal saleh? Lihat misalnya firman Allah di bawah ini:

Al-Ahzab 33:31
وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعْمَلْ صَٰلِحًا نُّؤْتِهَآ أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا 
Maksudnya: dan sesiapa di antara kamu semua (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang saleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali sanda, dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia. (al-ahzaab:31).

 'Allamah Sirajuddin al-Bulqini cuba menjawab kemusykilan itu dengan katanya, keistimewaan seperti itu khusus dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sahaja. Ia pula tidak umum sampai ke hari kiałnat. Berbeza dengan tiga macam yang disebut Rasuluilah s.a.w. di dalam hadits di atas. la umum dan berlaku sampai bila-bila pun untuk orang-orang yang bersifat demikian.


84

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms085

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.


Misykatul masabiih 85

Jawapan al-BuIqini itu disangkal orang dengan mengemukakan beberapa alasan yang tidak bersifat khusus dan tidak terhad dengan suatu jangka masa tertentu. Sebagai contohnya lihat saja dua hadits berikut ini: 
(a) Rasulullah s.a.w. bersabda 

مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ
 
Maksudnya, (al-Qur'an) orang   berpandukan ingatannya akan bersama  jurutulis-jurutulis(al-Quran)yang  mulia. Dan orang yang membaca al-Qur'an dengan mengulang-ngulang dan penuh dengan kesukaran pula akan mendapat dua pahala. (Bukhari, Ahmad, Nasaa'i, Said bin Manshur, al-Baihaqi dan lain-lain). 

(b) Baginda sa.w. juga bersabda,
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ 
Maksudnya: Hakim yang bersungguh-su.uh (mengkaji dan meneliti) ketika hendak memutuskan kes, kemudian keputusannya tepat, akan mendapat dua pahala. Jika ia bersungguh-sungguh (mengkaji dan meneliti kes), kemudian tersalah, ia akan mendapat satu pahala. 
(Bukhari, Muslim. Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Abu 'Awaanah, Abu Ya' Ia. Ibnu Majah dan lain-lain).

Kedua-kedua hadits ini jelas menunjukkan, soal mendapat pahala dua kali ganda itu tidak khusus dengan tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits Abu Musa al-Asyari.

Adad (bilangan) yang disebutkan di dalamnya itu bukan bersifat ihtiraazi (untuk menafikan bilangan-bilangan yang lain). Malah mengikut qaul yang sahih, mafhum adad bukan sesuatu yang mus tabar. la tidak seharusnya dipegang sangat. Menurut al-Azizi di dalam as-Siraju al-Munir dan Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari, berdasarkan apa yang tersebut di dalam nas-nas al-Qur'an dan as-Sunnah, orang yang mendapat dua kali ganda pahala setiap amalan kebajikan yang dilakukannya itu bukan tiga macam sahaja, malah ia melebihi dua puluh macam. 

Kalau begitu, kenapa agaknya tiga macam orang itu disebut secara khusus akan mendapat pahala berganda? 

Apakah sebab sebenarnya yang membuatkan mereka memperolehi dua pahala atau dua kali sanda pahala? 

Ada khilaf sebenarnya tentang perkara ini. 

(1) Ada yang berpendapat, oleh kerana mereka telah melakukan dua amalan, patutlah mereka mendapat dua pahala. Pendapat ini lemah dan telah dibantah dengan alasan. kalau itulah sebabnya, tidak ada lagi apa-apa kelebihan pada amalan yang dilakukan oleh tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits itu. Kerana orang yang melakukan dua amalan atau lebih lagi dari itu memanglah patut pun mendapat pahala yang lebih daripada satu. Bukankah itu adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah untuk apa saja amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang? 

(2) Setiap amalan yang dilakukan oleh tiga macam orang tersebut akan diganda oleh Allah pahalanya. Kerana keistimewaan mereka di sisi Allah. 

(3) Oleh kerana ada semacam perebutan dan kesukaran pada amalan seseorang yang berada dalam situasi tiga macam orang yang tersebut di dalam hadits Abu Musa al-Asfari, maka pahala amalan mereka digandakan. Bukan senang hendak meninggalkan agama nenek moyang yang sudah sekian lama dianuti. Bukan senang juga hendak menjaga hak-hak Allah dan hak-hak tuan dalam masa yang sama dengan sebaik-baiknya. Ada ketikanya berlaku perebutan atau pertentangan di antara dua hak itu. Demikian juga bukan senang hendak mengangkat darjat

85

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms086

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.

Misykatul masabiih 86

baik). (Ketiga) Seseorang yang memiliki hamba wanita yang dapat (halal) disetubuhinya." Dia mendidik dan mengajarkan (ilmu pengetahuan kepada) hamba wanita itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian setelah memerdekakannya, dia mengahwininya.¹⁰⁰  Orang ini (juga) mendapat dua (kali ganda) pahala." (Bukhari Muslim). ¹⁰¹
___________________________________________________________  
 
orang lain dengan menurunkan darjat sendiri. (4) Gandaan pahala amalan tiga macam orang itu melebihi gandaan pahala amalan orang-orang lain. Seseorang akan mendapat pahala daripada sesuatu amalan yang dilakukannya hingga sepuluh kali ganda misalnya.  Perkara ini ada tersebut dengan jelas pun di dalam al-Qur'an .Lihat sebagai contohnya firman Allah berikut:
 
Maksudnya: sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan. ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama densannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (al-Anaam:160).

 Maka tiga macam orang tersebut akan mendapat dua puluh kali ganda pahala kerana melakukan amalan kebaikan yang sama. Pendapat ini diutarakan oleh Syeikh 'Abdul Haq al-Muhaddits ad-Dihliwi di dalam Syarah Misykatnya, Asyf aatu al-lamaat.

⁹⁹ Tujuan Nabi s.a.w. menyebutkan qaid "yang dapat (halal) disetubuhinya" adalah untuk menggambarkan betapa tuan punya hamba sahaya wanita itu tidak perlu mengahwini hamba sahaya wanita miliknya untuk menghalalkan persetubuhan dengannya. Tuan punya hamba sahaya wanita sememangnya dihalalkan bersetubuh dengan hamba sahaya wanita miliknya, walaupun tanpa berkahwin dengannya terlebih dahulu. Kalau begitu, kenapa ia memerdekakannya, kemudian berkahwin pula dengannya? Tidak kerana lain melainkan untuk mengangkat darjat dan kedudukan hamba sahaya wanitanya di mata masyarakat Meskipun perbuatan tuan punya hamba itu mengundang kerugian dan dipandang  rendah oleh masyarakat semasa. Dengan memberi pelajaran yang tinggi kepada seseorang hamba dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya, menambahkan lagi nilai dan harganya. Seseorang tuan punya hamba juga terpaksa menghabiskan belanja yang agak besar untuk mencapai maksudnya itu. Tetapi tuan punya hamba ini tidak mendidik dan memberi pelajaran yang tinggi kepada hambanya dengan tujuan komersial. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjadikan hamba sahaya wanitanya itu seorang manusia merdeka yang sempurna ilmu pengetahuan dan peribadinya. Itulah sebabnya tuanmas seperti ini diberikan ganjaran berganda untuk setiap amalan kebajikan yang dilakukannya.


¹⁰⁰ Ketika sistem perhambaan berleluasa di dunia ini, hamba merupakan satu bentuk harta kekayaan. Orang yang memiliki hamba adalah orang yang berharta. Semakin ramai hamba

86

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms087

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 15
26 jan-14

Misykatul masabiih 87

Perintah Memerangi Orang-orang Kafir Harbi

١٠-وَعَنْ ابْنْ عُمَرَ   أَنَُ رَسُولَ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوِالَهُمْ إِلَّا بِحَق الإسلام وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ--متفق عليه. إلا أن مسلما لم يذكر " إلا بحقِّ الإِسْلامِ


10. Ibnu 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diiperintah supaya memerangi manusia¹⁰² sehingga mereka bersaksi bahawa sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad iłu adalah utusan Allah,¹⁰³ mendirikan sembahyang¹⁰⁴  dan memberikan zakat. Apabila mereka melakukan
 ___________________________________________________________

dipunyai, bererti semakin kayalah dia. Orang yang memerdekakan hamba pula adalah orang yang mengorbankan sebahagian daripada hartanya. Islam menyanjung tinggi orang-orang yang memerdekakan hamba semata-mata kerana Allah s.w.t. Pada pandangan masyarakat yang hidup dałam sistem perhambaan, seseorang hamba meskipun telah dimerdekakan, tetap rendah tarafnya berbanding orang yang tidak pernah menjadi hamba. Kerana itu, berkahwin dengan bekas hamba bererti menjatuhkan darjat sendiri. Maka jarang sekali ada orang yang berani tampil mengahwini hamba atau bekas hamba di zaman iłu. Berdasarkan hadits di atas, manusia dari jenis ketiga ini juga termasuk dałam orang-orang yang mendapat pahala berganda-ganda apabila melakukan sesuatu amalan kebaikan. Sebabnya ialah dia telah melakukan suatu perkara yang sangat mulia demi mengangkat darjat kemanusiaan. Suatu tindakan yang jarang sekali orang berani melakukannya.

¹⁰¹ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini turut diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasaa'i dan Ibnu Majah.


¹⁰² Manusia yang diperintah supaya diperangi itu bukan sekalian manusia. tetapi orang-orang kafir dan musyrikin yang jelas sangat permusuhannya dengan orang-orang Islam atau dengan kata lain kafir harbi. Mereka sahaja sebenarnya yang diperintah oleh Allah akan rasulNya supaya diperangi. Antara buktinya ialah hadits Nasaa'i berikut 
أمرت أن أقاتل المشركين 
(aku diperintah supaya memerangi orang-orang musyrikin). Hadits Muslim berikut juga menunjukkan perkara yang sama,
 مَنْ وَحَّدَ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ
(orang yang nłengesakan Allah dan kufur terhadap apa-apa yang disembah selain Allah, haram harta benda dan darahnya. Soal hati mereka, iłu terserah kepada Allah.


¹⁰³  Maksud aku diperintah ialah oleh Allah. Kerana tidak ada yang memerintah atau menyuruh Rasulullah s.a.w. melakukan sesuatu selain Allah. Kemusykilan timbul kerana perintah iłu zaliirnya terhenti setakat dua tiga perkara yang tersebut di dałam hadits ini sahaja, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang dan berzakat. Apabila tiga perkara ini dilaksanakan, seolah-olahnya tidak ada lagi perintah Allah iłu. Walaupun dengan

87






















Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms087

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms087

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 15
26 jan-14

Misykatul masabiih 87

Perintah Memerangi Orang-orang Kafir Harbi

١٠-وَعَنْ ابْنْ عُمَرَ   أَنَُ رَسُولَ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوِالَهُمْ إِلَّا بِحَق الإسلام وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ--متفق عليه. إلا أن مسلما لم يذكر " إلا بحقِّ الإِسْلامِ


10. Ibnu 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diiperintah supaya memerangi manusia¹⁰² sehingga mereka bersaksi bahawa sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad iłu adalah utusan Allah,¹⁰³ mendirikan sembahyang¹⁰⁴  dan memberikan zakat. Apabila mereka melakukan
 ___________________________________________________________

dipunyai, bererti semakin kayalah dia. Orang yang memerdekakan hamba pula adalah orang yang mengorbankan sebahagian daripada hartanya. Islam menyanjung tinggi orang-orang yang memerdekakan hamba semata-mata kerana Allah s.w.t. Pada pandangan masyarakat yang hidup dałam sistem perhambaan, seseorang hamba meskipun telah dimerdekakan, tetap rendah tarafnya berbanding orang yang tidak pernah menjadi hamba. Kerana itu, berkahwin dengan bekas hamba bererti menjatuhkan darjat sendiri. Maka jarang sekali ada orang yang berani tampil mengahwini hamba atau bekas hamba di zaman iłu. Berdasarkan hadits di atas, manusia dari jenis ketiga ini juga termasuk dałam orang-orang yang mendapat pahala berganda-ganda apabila melakukan sesuatu amalan kebaikan. Sebabnya ialah dia telah melakukan suatu perkara yang sangat mulia demi mengangkat darjat kemanusiaan. Suatu tindakan yang jarang sekali orang berani melakukannya.

¹⁰¹ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini turut diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasaa'i dan Ibnu Majah.


¹⁰² Manusia yang diperintah supaya diperangi itu bukan sekalian manusia. tetapi orang-orang kafir dan musyrikin yang jelas sangat permusuhannya dengan orang-orang Islam atau dengan kata lain kafir harbi. Mereka sahaja sebenarnya yang diperintah oleh Allah akan rasulNya supaya diperangi. Antara buktinya ialah hadits Nasaa'i berikut 
أمرت أن أقاتل المشركين 
(aku diperintah supaya memerangi orang-orang musyrikin). Hadits Muslim berikut juga menunjukkan perkara yang sama,
 مَنْ وَحَّدَ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ
(orang yang nłengesakan Allah dan kufur terhadap apa-apa yang disembah selain Allah, haram harta benda dan darahnya. Soal hati mereka, iłu terserah kepada Allah.


¹⁰³  Maksud aku diperintah ialah oleh Allah. Kerana tidak ada yang memerintah atau menyuruh Rasulullah s.a.w. melakukan sesuatu selain Allah. Kemusykilan timbul kerana perintah iłu zaliirnya terhenti setakat dua tiga perkara yang tersebut di dałam hadits ini sahaja, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang dan berzakat. Apabila tiga perkara ini dilaksanakan, seolah-olahnya tidak ada lagi perintah Allah iłu. Walaupun dengan

87

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(178)Sesi 10(22,23).

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(178)
Sesi 10(22,23).


2. Perbantahan orans-orang musyrikin tanpa ilmu dan dalil.
Di dalam Surah al-Hajj tersebut tiga kali perbantahan orang-orang musyrikin Mekah tanpa dalil dan
ilmu (Ayat: 3, 8 dan 68).

Al-Hajj 22:3
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَٰنٍ مَّرِيدٍ 
Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para setan yang sangat jahat.

Al-Hajj 22:8
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَٰبٍ مُّنِيرٍ 
Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang memberi penerangan.

Al-Hajj 22:68
وَإِن جَٰدَلُوكَ فَقُلِ ٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ 
Dan jika mereka membantah engkau, maka katakanlah, “Allah lebih tahu tentang apa yang kamu kerjakan.”



(a) Dikatakan dengan terang bahawa orang-orang musyrikin menentang seruan Rasulullah s.a.w. tanpa mempunyai alasan ilmu yang kukuh, mereka hanya mengikut syaitan yang terkutuk (Ayat: 3).

(b) Dikatakan dengan terang bahawa orang-orang kafir Quraisy tanpa dalil dan bukti daripada kitab telah
menolak seruan Rasulullah s.a.w. (Ayat 8).

(c) Rasulullah s.a.w. ditenangkan dengan kenyataan bahawa Allah amat mengetahui tentang cara
perdebatan orang-orang Quraisy itu dan akan membuat keputusan terhadapnya pada hari kiamat nanti
(Ayat:68).

3. Keraguan tentang hari akhirat.
Kepada orang-orang yang ragu tentang hari kebangkitan dan hari akhirat dan menolaknya, dikemukakan satu dalil ,/Lii bahawa manusia akan tetap dibangkitkan dari kubur-kubur mereka dan kiamat pasti akan
berlaku (Ayat: 5-7). 
Kepada orang-orang yang tidak percaya itu dikatakan, mereka akan terus berada dalam keraguan hingga hari kiamat (Ayat: 55).

Al-Hajj 22:5
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓا۟ أَشُدَّكُمْۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔاۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيجٍ 
Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah.

Al-Hajj 22:6

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ وَأَنَّهُۥ يُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 

Yang demikian itu karena sungguh, Allah, Dialah yang hak dan sungguh, Dialah yang menghidupkan segala yang telah mati, dan sungguh, Dia Mahakuasa atas segala sesuatu

Al-Hajj 22:7

وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ ٱللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِى ٱلْقُبُورِ 

Dan sungguh, (hari) Kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya; dan sungguh, Allah akan membangkitkan siapa pun yang di dalam kubur.



4. Dua sikap berhubung dengan tauhid doa.
(a) Sikap pertama adalah sikap orang-orang musyrikin yang sesat, mereka menyeru orang-orang yang tidak dapat memudharatkan dan memberi apa-apa faedah kepada mereka (Ayat: 12).

Al-Hajj 22:12
يَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُۥ وَمَا لَا يَنفَعُهُۥۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلضَّلَٰلُ ٱلْبَعِيدُ 
Dia menyeru kepada selain Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan bencana dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Itulah kesesatan yang jauh.


(b) Berbeza keadaannya dengan sikap Rasulullah s.a.w. yang diarahkan supaya hanya menyeru dan berdoa hanya kepada Allah (Ayat:67).

Al-Hajj 22:67
لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُۖ فَلَا يُنَٰزِعُنَّكَ فِى ٱلْأَمْرِۚ وَٱدْعُ إِلَىٰ رَبِّكَۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُّسْتَقِيمٍ 
Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang (harus) mereka amalkan, maka tidak sepantasnya mereka berbantahan dengan engkau da-lam urusan (syariat) ini dan serulah (mereka) kepada Tuhanmu. Sungguh, engkau (Muhammad) berada di jalan yang lurus.



5. Di dalam surah ini disebutkan tentang  نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ (pelindung terbaik) dan  بِئْسَ ٱلْمَوْلَىٰ pelindung terburuk 
(Ayat: 78 dan 13).

(a) Di dalam ayat ke-78 di akhir Surah al-Hajj tersebut perkataan  نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ  sebagai jawapan kepada apa
yang tersebut di dalam ayat ke-13 surah yang sama iaitu لَبِئْسَ ٱلْمَوْلَىٰ وَلَبِئْسَ ٱلْعَشِيرُ

Al-Hajj 22:78

وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ 
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek mo-yangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, agar Rasul (Mu-hammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah shalat; tunaikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pe-lindung dan sebaik-baik penolong.


Al-Hajj 22:13
يَدْعُوا۟ لَمَن ضَرُّهُۥٓ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِۦۚ لَبِئْسَ ٱلْمَوْلَىٰ وَلَبِئْسَ ٱلْعَشِيرُ 
Dia menyeru kepada sesuatu yang (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sungguh, itu seburuk-buruk penolong dan sejahat-jahat kawan.



(b) Manusia apabila berdoa kepada  مِنْ دُوْنِ الله  bererti mereka telah sampai ke kemuncak kesesatan,
mereka sebenarnya berdoa kepada makhluk yang merupakan  لَبِئْسَ ٱلْمَوْلَىٰ وَلَبِئْسَ ٱلْعَشِيرُ    iaitu pelindung yang
paling jelik dan teman yang paling teruk.   نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ  adalah pelindung dan pembantu yang terbaik.

6. Dua sunnatullah terhadap manusia.manusia yang durjana. pertama diberi peluang dan seterusnya

178

Sabtu, Oktober 03, 2020

K185.Mak Ayah Kena Ajar Anak Masa Kecil, Bukan Biasakan. Takut Terbawa Hingga Dewasa.

K185.Mak Ayah Kena Ajar Anak Masa Kecil, Bukan Biasakan. Takut Terbawa Hingga Dewasa.

Ingat tak masa anak kecil, mak ayah boleh tengok dan suka lihat gelagat anak-anak. Kadang-kadang apa yang anak buat masa kecil dibiarkan sahaja. Kononnya, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Sedangkan masa anak kecil inilah mak ayah kena main peranan dan tunjuk contoh yang baik supaya kelakuan anak-anak tidak terbawa-bawa bila dewasa nanti.

Perkongsian daripada Fariza Nurbaya ini ada benarnya. Anak umpama kain putih dan mak ayahlah yang kena mencoraknya, sama ada kain itu cantik, contang canting dan sebagainya.

Jangan biasakan
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.

2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan sebagainya?
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!

3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.

1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.

2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.

3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.

4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.

5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.

6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.

7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.

8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.

Fariza

Doa selepas solat ferdu

Doa selepas solat ferdu

Doa lepas solat

0.Doa untuk ibu bapa.

Al-Isra' 17:24
 رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا 
 “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil


1.Doa mohon diperbaiki urusan dunia &akhirat
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي 
 وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ  الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي 
وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي 
وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ  خَيْرٍ 
وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Ya Allah perbaikilah pegangan agamaku yg dengannya aku mengurus kehidupan ini.
Perbaikilah akhirat ku yg merupakan tempat aku kembali.
Jadikanlah hidup ku ini sebagai tambahan bg ku dlm setiap kebaikan .
Serta jadikanlah matiku sebagai kebebasan dari segala keburukan.


2.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[البقرة :201]
 Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.[QS 2:201]



3. Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [QS 25:74]
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[الفرقان :74]

4.Doa untuk anak
Ibrahim 14:40
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ 
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Al-Furqan 25:74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Al-Ahqaf 46:15
 رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 

“Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau ridhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sungguh, aku termasuk orang muslim.”


5.Doa  diwaktu pagi ,memohon ilmu yg bermanfaat
اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا   وَرِزْقًا طَيِّبـًا  وَعَلًا مُتَقَبَّلًا
Ya Allah Sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yg bermanfaat,rezeki yg baik dan amalan yg diterima.

6.Doa agar diberi manfaat ilmu & ilmu yg bermanfaat
اللّٰهُمَّ انْفَعَنِى  بِمَا عَلَّمْتَنِى 
وَعَلِّمْنِى مَا يَنْفَعُنِى
وَزِدْنِى عِلْمًا
Wahai Allah ,Berikanlah kepada ku manfaat dengan ilmu yg telah Engkau ajarkan kepada ku,
Dan ajarkanlah kepada ku ilmu yg bermanfaat bg ku dan berilah aku tambahan ilmu.

7.Doa perlindungan dr ilmu yg tidak bermanfaat
اللّٰهُمَّ إِنِّى أَعُوْذَبِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ  
وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ
وَمِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ
اللّٰهُمَّ إِنِّى أَعُوْذَبِكَ مِن هَؤٌلَاءِ الْأَرْبَعِ
Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari hati yg tidak khusyuk.
Dan dari doa yg tidak didengar
Dan dari jiwa yg tidak pernah puas.
Dan dari ilmu yg tidak bermanfaat.
Ya Allah, Aku berlindung kepada  Mu dari 4 perkara itu.



8.Doa al afwa dan al afiyah
Doa pagi dan petang

اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَافِيَةَ فِي الدُّنْيَاوَالآخِرَةِ
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَ العَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي
اَللّٰهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي  
اَللّٰهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ  وَ مِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ 
شِمَالِي  وَ مِنْ فَوْقِي وَأَعُوذ  ُبِعَظَمَتِكَ أَنْأُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Ya Allah ,sesungguhnya aku memohon al afiyah didunia dan diakhirat.
Ya Allah aku memohon ampunan dan al afiyah pad agama ,keluarga dan hartaku.
Ya Allah tutuplah aurat ku (aib dan sesuatu yg tak layak dilihat atau diketahui orang)dan tenteramkanlah aku dari rasa takut .
Ya Allah peliharalah aku dari depan ,belakang ,kanan dan kiri dan dari atas ku.
Aku berlindung dengan kebesaran Mu agar  aku tidak disambar dari bawah ku.

 

9.Doa agar diberi hati yg selamat  & lidah yg jujur.

اللّٰهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الْأَمْر ِوَالْعَزِيمَةَ عَلَى  الرُّشْدِ
وَ أسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ
وَ أسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ
وَ أسْأَلُكَ قَلْبًا سَلِيمًا وَلِسَانًا صَادِقًا
وَ أسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمُ
وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ  إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Ya Allah ,Aku memohon kepada Mu keteguhan dalam segala perkara,tekad kuat untuk meniti petunjuk.
Aku memohon kepada Mu segala yg boleh mendatangkan rahmat Mu dan segala yg boleh mengundang ampunan Mu.
Aku memohon kepadaMu rasa syukur atas nikmat Mu dan ibadah yg bagus.
Aku juga memohon hati yg selamat  dan lisan yg jujur.
Aku juga memohon kepada Mu kebaikan yg Wngkau ketahui.
Aku berlindung  kepada Mu dari keburukan yg Engkau ketahui.
Aku meminta ampunan kepada Mu atas dosa yg Engkau ketahui.
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Memgetahui perkara2 ghaib


10.Doa bahagia dunia dan akhirat.
اللَّهُمَّ إِنَّي  أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى 
 Ya Allah ,Aku memohon kepada Mu petunjuk,ketakwaan,iffah(kebersihan dan kesucian) dan kekayaan.


11.Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. [QS 7:23]
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
[الأعراف :23]

12.Doa Meminta perlindungan dari kesusahan yang menyengsarakan(dari bala yg teruk/dashyat)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ سُوءِ الْقَضَاءِ وَمِنْ دَرَكِ الشَّقَاءِ وَمِنْ شَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ وَمِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ
berlindung dari takdir buruk, kesialan, dan cacian musuh (karena kemalangan diri), dan dari ujian yang memayahkan

0013. Doa iftitah dlm qiamulail.

اللّٰهُمَّ رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ  وَإِسْرَافِيْلَ 

فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ

أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ

اهْدِنِى لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْقِّ بِإِذْنِكَ 

إِنَّكَ تَهْدِى مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ


Ya Allah ,Rabbnya Jibrail dan Mikail dan Israfil
Pencipta langit dan bumi.
Yang Mengetahui yg ghaib dan yg terlihat.
Engkau memberi keputusan pada masalah yg diperselisihkan diantara para hamba Mu.
Berilah aku petunjuk kepada kebenaran dari sesuatu yg diperselisihkan dengan izin Mu,
Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada siapa saja yg Engkau kehendaki menuju jalan yg lurus.

0007. Doa berlindung dr hilang nikmat Allah swt.

اللَّهُمَّ إِنِّ أَعُوذُبِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ 

وَتُحَوُّلِ عَافِيَتِكَ 

وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ   وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Wahai Allah  aku berlindung kepada Mu dari lenyapnya  kenikmatan Mu 
dan berubahnya afiyah (kesejahteraan) dari Mu 
dan aku berlindung dari kemurkaan Mu  yg datang dgn tiba2 dan seluruh kemarahan Mu.


0009.Doa diakhir  solat witir.

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ 

وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْك

َ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ 

أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Ya allah sesungguhnya aku berlindung dengan  keridhaan Mu dari kemarahan Mu dan dengan keselamatan Mu dari ancaman Mu .
Aku tidak mampu menghitung pujian  dan sanjungan kepada Mu.
Engkau adalah sebagaimana yg Engkau sanjungkan kepada diriMu sendiri.


Doa selepas tasyahud sebelum salam

1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، 

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، 

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam,
daripada azab kubur, 
daripada fitnah kehidupan dan kematian, 
dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masaalah Hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،

 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ،

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ 

وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ 

وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي,

 أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, 

لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

“Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian,
 yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, 
yang aku melampau dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. 
Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” 
(Hadis Riwayat Muslim no. 1762).



5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً 

وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. 

فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، 

إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. 
Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, 

maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. 

Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” 

(Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari)

9) Doa Mohon Ampun Dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)

10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(175)Sesi 10(22,23)

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(175)
Sesi 10(22,23)

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
1. Surah al-Hajj adalah Surah Makkiyyah dan juga Madaniyyah, di dalam surah ini terdapat kedua-dua
warnanya. 24 ayat di permulaan surah, besar sekali kemungkinannya diturunkan pada tahun ke-13
Kenabian sebelum hijrah. 54 ayat selebihnya diturunkan di Madinah sebaik sahaja berlaku peristiwa hijrah. Pada tahun pertama Hijrah, selain Surah al-Hajj, turun juga Surah at-Taghabun, pada tahun ke-2 Hijrah, turun Surah al-Baqarah dan juga Surah at-Thalaq. Sebelum peperangan Badar pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, turun Surah Muhammad. Selepas perang Badar pula turun Surah al-
Anfaal. Itu adalah zaman di mana gerakan Islam sedang memasuki era baharu dalam keadaan cukup sensitif. Setelah berda'wah selama 13 tahun, dizalimi dan dianiayai, juga setelah bermacam-macam perancangan jahat dirancang terhadap Rasulullah termasuk untuk menghalau Rasulullah dari Mekah dan juga membunuh Baginda, ketika itulah Allah mentaqdirkan Madinah al-Munawwarah sebagai pangkalan pergerakan Islam. Di situlah asas negara Islam mula bertapak.
2. Surah al-Hajj adalah surah pertama di mana orang-orang Islam diperintahkan supaya berperang demi
mempertahankan diri, sebelum itu anak-anak muda Islam dipesan agar mengawal diri daripada bertindak balas كُفُّوٓا۟ أَيْدِيَكُمْ  (an-Nis aa' , Ayat:77).

An-Nisa' 4:77
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوٓا۟ أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ ٱلنَّاسَ كَخَشْيَةِ ٱللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةًۚ وَقَالُوا۟ رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا ٱلْقِتَالَ لَوْلَآ أَخَّرْتَنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍۗ قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا 
Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, ”Tahanlah tanganmu (dari berperang), laksanakanlah shalat dan tunaikanlah zakat!” Ketika mereka diwajibkan berperang, tiba-tiba sebagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih takut (dari itu). Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tunda (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?” Katakanlah, “Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa (mendapat pahala turut berperang) dan kamu tidak akan dizhalimi sedikit pun.”


3. Di dalam surah ini juga disebutkan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan pemimpin-pemimpin kafir Quraisy, dikemukakan juga di.dalarnnya keharusan berperang dan berjihad menentang mereka. Pemimpin-pemimpin Quraisy yang angkuh tidak lagi mengikut jejak langkah moyang mereka Nabi Ibrahim a.s., mereka terlibat dalam kesyirikan dan keraguan terhadap kewujudan hari kemudian. Saki-baki sembahyang, tawaf dan ibadat-ibadat haji yang ditinggalkan Nabi Ibrahim
telah pun dipenuhi dengan bermacam-macam bid'ah. Dengan membuat undang-undang halal dan haram
dengan sendiri, mereka telah mencabar haakimiyyah Allah. Walaupun mereka terlibat dengan aqidah-aqidah yang salah dan jenayah-jenayah yang begitu berat, namun mereka masih lagi menjadi orang-orang yang bertanggungjawab menjaga Ka'bah. Kemuliaan orang-orang Quraisy di mata orang-orang Arab yang lain di serata negeri disebabkan mereka menjaga Ka'bah. Ekonomi orang-orang Quraisy bergantung kepada perdagangan semata-mata, ia menjadi maju kerana kedudukan keagamaan mereka di
sisi orang-orang Arab. Pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah sebenarnya adalah orang-orang yang dianggap sebagai ketua-ketua agama yang kosong jiwa mereka daripada takutkan Allah dan hari kemudian, keadaan mereka tak ubah seperti boneka atau patung yang kosong daripada roh ajaran agama Nabi Ibrahim yang sebenarnya. Walaupun begitu, tanpa ada alasan logik dan warisan keagamaan yang sah, mereka tetap berbantah dan mempertikaikan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. semata-

175

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(177)Sesi 10(22,23)

Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(177)
Sesi 10(22,23)


2. Ragu dan syak terhadap hari akhirat (Ayat:5,7)

Ragu dan tidak percaya kepada syurga, neraka, hari akhirat dan hari pembalasan.

Percaya dan yakin sepenuhnya tentang adanya hari akhirat dan hari pembalasan.

3. Tauhid ibadat (Ayat: 11,71,77)

Beribadat kepada selain Allah disamping beribadat juga
kepada Allah Hanya beribadat kepada Allah

4. Tauhid doa (Ayat: 12-13). 

Berdoa kepada selain Allah .

Berdoa hanya kepada Allah.

5. Keadaan tuhan yang diseru dan disembah (Ayat: 13,78)

لَبِئْسَ ٱلْمَوْلَىٰ وَلَبِئْسَ ٱلْعَشِيرُ 
13. Demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan
seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu.


فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ 
78. Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Pemberi pertolongan.

Al-Hajj 22:13
يَدْعُوا۟ لَمَن ضَرُّهُۥٓ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِۦۚ لَبِئْسَ ٱلْمَوْلَىٰ وَلَبِئْسَ ٱلْعَشِيرُ 
Dia menyeru kepada sesuatu yang (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sungguh, itu seburuk-buruk penolong dan sejahat-jahat kawan.

Al-Hajj 22:78
وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ 
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek mo-yangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, agar Rasul (Mu-hammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah shalat; tunaikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pe-lindung dan sebaik-baik penolong.


6. Mengkhianati amanah tauhid إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ 
38. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur

Al-Hajj 22:38
إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ 
Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhia-nat dan kufur nikmat.


Kepimpinan yang sangat خَوَّانٍ (sangat khianat), dan 
sangat كَفُورٍ (sangat tidak bersyukur) yang tidak layak menjaga Ka'bah.

Kepimpinan yang mewarisi agama Nabi Ibrahim dan
memperjuangkan agama tauhid,mempunyai kelayakan yang cukup untuk menjaga Ka'bah.

7. Cara berbahas (Ayat: 3, 8 dan 68)

Penolakan dan bantahan mereka terhadap ajaran Islam tidak berasaskan ilmu, dalil, bukti, petunjuk dan kitab.

Kepimpinan yang mempunyai dalil'aqli dan naqli yang cukup,mereka mempunyai akhlak danperibadi mulia berpandukan wahyu ilahi.

8. Haq dan bathil (Ayat: 62).

Al-Hajj 22:62
ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ هُوَ ٱلْبَٰطِلُ وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْكَبِيرُ 
Demikianlah (kebesaran Allah) karena Allah, Dialah (Tuhan) Yang Hak. Dan apa saja yang mereka seru selain Dia, itulah yang batil, dan sungguh Allah, Dialah Yang Mahatinggi, Mahabesar.

Pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan dan
menegakkan kebathilan.مِن دُونِ adalah bathil.

Kepimpinan yang mendokong dan menegak kebenaran dan memperjuangkannya.
وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْكَبِيرُ 

177

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms086

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms086

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.

Misykatul masabiih 86

baik). (Ketiga) Seseorang yang memiliki hamba wanita yang dapat (halal) disetubuhinya." Dia mendidik dan mengajarkan (ilmu pengetahuan kepada) hamba wanita itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian setelah memerdekakannya, dia mengahwininya.¹⁰⁰  Orang ini (juga) mendapat dua (kali ganda) pahala." (Bukhari Muslim). ¹⁰¹
___________________________________________________________  
 
orang lain dengan menurunkan darjat sendiri. (4) Gandaan pahala amalan tiga macam orang itu melebihi gandaan pahala amalan orang-orang lain. Seseorang akan mendapat pahala daripada sesuatu amalan yang dilakukannya hingga sepuluh kali ganda misalnya.  Perkara ini ada tersebut dengan jelas pun di dalam al-Qur'an .Lihat sebagai contohnya firman Allah berikut:
 
Maksudnya: sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan. ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama densannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (al-Anaam:160).

 Maka tiga macam orang tersebut akan mendapat dua puluh kali ganda pahala kerana melakukan amalan kebaikan yang sama. Pendapat ini diutarakan oleh Syeikh 'Abdul Haq al-Muhaddits ad-Dihliwi di dalam Syarah Misykatnya, Asyf aatu al-lamaat.

⁹⁹ Tujuan Nabi s.a.w. menyebutkan qaid "yang dapat (halal) disetubuhinya" adalah untuk menggambarkan betapa tuan punya hamba sahaya wanita itu tidak perlu mengahwini hamba sahaya wanita miliknya untuk menghalalkan persetubuhan dengannya. Tuan punya hamba sahaya wanita sememangnya dihalalkan bersetubuh dengan hamba sahaya wanita miliknya, walaupun tanpa berkahwin dengannya terlebih dahulu. Kalau begitu, kenapa ia memerdekakannya, kemudian berkahwin pula dengannya? Tidak kerana lain melainkan untuk mengangkat darjat dan kedudukan hamba sahaya wanitanya di mata masyarakat Meskipun perbuatan tuan punya hamba itu mengundang kerugian dan dipandang  rendah oleh masyarakat semasa. Dengan memberi pelajaran yang tinggi kepada seseorang hamba dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya, menambahkan lagi nilai dan harganya. Seseorang tuan punya hamba juga terpaksa menghabiskan belanja yang agak besar untuk mencapai maksudnya itu. Tetapi tuan punya hamba ini tidak mendidik dan memberi pelajaran yang tinggi kepada hambanya dengan tujuan komersial. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjadikan hamba sahaya wanitanya itu seorang manusia merdeka yang sempurna ilmu pengetahuan dan peribadinya. Itulah sebabnya tuanmas seperti ini diberikan ganjaran berganda untuk setiap amalan kebajikan yang dilakukannya.


¹⁰⁰ Ketika sistem perhambaan berleluasa di dunia ini, hamba merupakan satu bentuk harta kekayaan. Orang yang memiliki hamba adalah orang yang berharta. Semakin ramai hamba

86

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0056

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0056

Kaedah tafsir 56

قاعدة  ٥٦ اَلنَّيُ الْمَقْصُودُ بِهِ الْمَدْحُ لَا بُدَّ مِنْ أَنْ يَكُوْ مُتَضَمِّنًا لِإِثْبَاتِ كَمَالِ ضِدِّهِ

Penafian yg bermaksud pujian semestinya mengandungi  lawan yg dinafikan dalam keadaan yg paling sempurna.

Keterangan: Apabila dinafikan sesuatu daripada seseorang atau sesuatu yang lain dengan maksud memujinya, maka ia bererti lawan bagi sesuatu yang dinafikan adalah
paling sempurna ada padanya.

Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:
(1)
وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡحَیِّ ٱلَّذِی لَا یَمُوتُ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِهِۦۚ وَكَفَىٰ بِهِۦ بِذُنُوبِ عِبَادِهِۦ خَبِیرًا
Dan bertawakkallah (berserahlah) engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui
secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya. 
(al-Furqaan: 58).

Rangkai kata "Yang tidak mati" juga disebutkan sebagai sifat Allah seperti   ٱلۡحَیِّ (Yang
Hidup) yang tersebut sebelumnya. Cuma yang tidak mati adalah sifat salbiyyah Allah,
dan Yang Hidup pula adalah sifat mutsbatah (sifat yang ditsabitkan ada pada Allah).
Kedua-duanya bagaimanapun dikemukakan sebagai pujian kepada Allah. Maka
'Yang tidak mati" di situ bererti tuhan yang hidupNya kekal dan sempurna sifat hidupnya. Kerana lawan bagi yang tidak mati ialah yang hidup.

(2)
 وَلَا یَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
...dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada sesiapa pun. (al-Kahf: 49).

Lawan bagi tidak berlaku zalim ialah berlaku adil. Tidak berlaku zalim disebut di situ sebagai pujian kepada Allah. Maka ia bererti Tuhanmu berlaku adil seadil-adilnya.

(3)
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَـٰبُ لَا رَیۡبَۛ فِیهِۛ هُدًى لِّلۡمُتَّقِینَ
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (al-Baqarah:2).

Lawan keraguan ialah keyakinan. Dikatakan tidak ada sebarang keraguan di dalam al-Qur'an dengan maksud memuji al-quran. Maka maksudnya ialah al-Qur'an itu adalah kitab yang dapat diyakini sepenuhnya.

(4)
لِلۡفُقَرَاۤءِ ٱلَّذِینَ أُحۡصِرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ لَا یَسۡتَطِیعُونَ ضَرۡبًا فِی ٱلۡأَرۡضِ یَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِیَاۤءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِیمَـٰهُمۡ لَا یَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافًاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنۡ خَیۡرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمٌ
 (Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 
(al-Baqarah 273).

Disebutkan یَسۡـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافًاۗ   sebagai memuji sikap para sahabat yang berjuang dan
berjihad. Maksudnya ialah mereka adalah orang-orang mulia dan memelihara diri
daripada meminta-minta.



Tafsir asas quran nota 6(093).

Tafsir asas quran nota 6(093).

Allah itu oleh kerana suatu yang pasti akan berlaku. Maka ia disambut seperti disambut ayat qasam. Seolah-olahnya dikatakan begini: أقسم الله ليستخلفنهم
(6) perktaan كتب Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Mujadila 58:21
كَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا۠ وَرُسُلِىٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ 
Bermaksud: Allah telah menetapkan: Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (À-Mujadilah:21).

(7) perkataan  يعلم. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Ya Sin 36:16
قَالُوا۟ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ 
Bermaksud: Mereka berkata: "Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepada kamu". (Yaasin: 16).

Kata az-Zamakhsyari,  رَبُّنَا يَعْلَمُ  dalam kekuatannya sama seperti ayat qasam.

(8)perkataan  يشهد. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Al-Munafiqun 63:1

إِذَا جَآءَكَ ٱلْمُنَٰفِقُونَ قَالُوا۟ نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ 
Bermaksud: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar- benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (al-Munafiqun:1)"


Di dalam al-Kasysyaaf Zamakhsyari berkata perkataan  نَشْهَدُ  dan  يَشْهَدُ di dalam firman Allah ini sama seperti sumpah. Kerana di tempat yang boleh digunakan sumpah sebagai
penguat, di situ syahadah (penyaksian) bertindak sebagai sumpah.

(9)perkataan  أَخَذَ  مِيثَٰقَ . Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:

Aal-e-Imran 3:187
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka

93