Khamis, November 04, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 008s

Tafsir quran dgn quran sesi 008s

Al-Baqarah 2:17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَٰتٍ لَّا يُبْصِرُونَ 
Al-Baqarah 2:18 صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ 
Al-Baqarah 2:19
أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمْ فِىٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلْمَوْتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ 
Al-Baqarah 2:20
يَكَادُ ٱلْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَٰرَهُمْۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوْا۟ فِيهِ وَإِذَآ أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا۟ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَٰرِهِمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 

Al-Baqarah 2:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Al-Baqarah 2:22
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 

Perumpamaan (keadaan) mereka (golongan munafiq itu) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya ⁴²,(tiba-tiba) Allah padamkan api (yang menerangi) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (suatu apa pun).⁴³ [17]

Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]


Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apablla gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya).⁴⁸ Jika Allah menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[20]

Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu⁴⁹ supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit,⁵⁰ lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah,⁵¹ padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa⁵² [22]

Minit 3

Al-Baqarah 2:17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَٰتٍ لَّا يُبْصِرُونَ
Perumpamaan (keadaan) mereka (golongan munafiq itu) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya ⁴²,(tiba-tiba) Allah padamkan api (yang menerangi) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (suatu apa pun).⁴³ [17]

⁴²mereka tidak mempedulikannya, mereka tidak berasa perlu pun kepadanya,sehinggalah ia terpadam dengan tiba-tiba.

⁴³ Demikianlah keadaan orang-orang munafiq yang menyaksikan kebenaran ajaran Allah di sebalik ayat-ayatNya yang terang-benderang dan hujah-hujahNya yang kuat,namun mereka tidak mempedulikannya. Sebagai akibatnya, Allah tidak mempedulikan mereka.
- bila Allah tak peduli akan sesat sesatnya.

Lihatlah akibat buruk sikap mereka pada firman Allah berikut
At-Taghabun 64:6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓا۟ أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا۟ وَتَوَلَّوا۟ۚ وَّٱسْتَغْنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ 
Bermaksud: (Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, tetapi mereka berkata: "Patutkah manusia (yang seperti kami menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran), (akibatnya) Allah tidak mempedulikan mereka. (Kerana) Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. 
- manusia dapat petunjuk tetapi jika tak dipedulikan Allah juga akan tidak mempedulikan manusia. Allah Maha Kaya.
-bila Allah bagi  cahaya ambillah.


Al-Baqarah 2:18 صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ 
Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]

⁴⁴ Zahir firman Allah ini menunjukkan orang-orang munafiq itu memang bersifat dengan pekak, tuli dan buta pada fizikalnya. Tetapi di tempat lain di dalam Al-Qur'an Allah menjelaskan bahawa pekak, tuli dan buta itu bukanlah pada fizikal mereka, sebaliknya kerana tidak bergunanya deria pendengaran, penglihatan dan hati mereka dalam menerima kebenaran. Maka mereka laksana orang-orang bisu, tuli dan buta yang tidak berguna kepada mereka segala deria yang tersebut itu. 
- buta mata hati.
- tuli pun begitu.
- ini akibat munafik atau kafir.
- bila tidak ambil manfaat jadi sia-sia.

Lihatlah maksud sebenarnya pada firman Allah ini
Al-Ahqaf 46:26
وَلَقَدْ مَكَّنَّٰهُمْ فِيمَآ إِن مَّكَّنَّٰكُمْ فِيهِ وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَٰرًا وَأَفْـِٔدَةً فَمَآ أَغْنَىٰ عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلَآ أَبْصَٰرُهُمْ وَلَآ أَفْـِٔدَتُهُم مِّن شَىْءٍ إِذْ كَانُوا۟ يَجْحَدُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka(dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Mekah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
-bila tidak digunakan maka seperti tiada.
-manusia tidak seperti binatang.

Rahsia mereka menjadi pekak, tidak dapat mendengar kebenaran, bisu, tidak dapat berkata benar, dan buta, tidak nampak kebenaran pula, telah didedahkan oleh Allah di
dalam ayat di bawah ini sebab-sebabnya:

Al-A'raf 7:179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam ramai dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Minit 19
- makhluk mukalaf jin dan manusia.
-kita tak tahu kenapa sesaorang jadi ahli neraka seperti mana kenapa sebiji kelapa ada yang dijadikan sabut bukan santan.
-tetapi buah kelapa tiada pilihan.
-manusia ada pilihan dan akal.
- malaikatpun tiada pilihan , dia hanya pandai  yang baik.
- lalat hanya boleh pilih yang busuk
-mereka seperti binatang ternak malah lebih lagi.


Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]

⁴⁵ Kerana kemampuan untuknya telah hilang terus daripada mereka. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah di dalam ayat berikut:
At-Tin 95:5ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ
Bermaksud: Kemudian Kami kembalikannya ke serendah-rendah tahap orang-orang yang rendah. 
- malaikat kagum kepada manusia.


Al-Baqarah 2:19
أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمْ فِىٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلْمَوْتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ 
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]

- langit itu kukuh sekali
-kadang-kadang langit diberitahu ada pintu tak boleh masuk  sesuka hati

- langit berkait dengan hujan, maksudnya  awan.

⁴⁶ Maksud langit (السماء)di dalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan. Hakikat ini dapat dilihat pada beberapa firman Allah berikut

An-Naba' 78:14  وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا
Bermaksud: dan Kami turunkan dari awan air (hujan) yang banyak mencurah-curah. 
- perkataan ٱلْمُعْصِرَٰتِbermakna perah

Al-Waqi'ah 56:68 أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ 
Bermaksud: Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

Al-Waqi'ah 56:69 ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ 
Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?
(68)Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yangmenurunkannya? 
-perkataan ٱلْمُزْنِ awan
-dalam ayat lain disebutٱلسَّحَابَ ٱلثِّقَالَ awan tebal atau berat
Ar-Ra'd 13:12 هُوَ ٱلَّذِى يُرِيكُمُ ٱلْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ ٱلسَّحَابَ ٱلثِّقَالَ 
Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung.
-semua tentang hujan.

Ar-Rum 30:48
ٱللَّهُ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُۥ فِى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُۥ كِسَفًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ 
Bermaksud: Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langitsebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; Ialu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabilaAllah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira. 
- sifat-sifat awan yang Allah sebut.
- ada kitab  yang sebut bukan-bukan  tentang hujan dan kata mereka ahlu sunnah, dan yang sesuai dengan sains dikata Muktazilah.
- hanya yang taksub tuduh Muktazilah.
- ada ke dalil  hujan dari syurga?
- jadi dakwaan merepek itu memalukan sahaja .
- cuma jangan keliru dengan peristiwa Nabi naik kelangit sehingga ke Sidratilmuntaha. Jadi hujan ni dari situ ke? Jangan  . Jelas dalam quran hujan dari awan. Dan awan tidak jauh dari kita 15000kaki kelangit awan dibawah kaki  kita.
- Tuhan beritahu awan itu langit, maka kita kena terima walaupun bukan itu sahaja yang ada seperti jirim-jirim  yang ada di cekrawala yang semuanya termasuk langit. Dan yang dekat adalah awan.


Al-A'raf 7:57
وَهُوَ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ ٱلْمَآءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ ٱلْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakannya ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Begitulah Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu mengambil pelajaran daripadanya.

An-Nur 24:43
أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزْجِى سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُۥ ثُمَّ يَجْعَلُهُۥ رُكَامًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِنۢ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصْرِفُهُۥ عَن مَّن يَشَآءُۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِۦ يَذْهَبُ بِٱلْأَبْصَٰرِ 
Bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. 
- langit ada awan atau yang berada diatas kita.
- hujan datang dari awan.
- tafsir saintifik.



Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]

KursiNya meliputi langit dan bumiوَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ
-kursi = sistem alam.
-kursi atau asry
- meliputi kekuasaanNya dan pengetahuanNya
- sebut meliputi sebagai ancaman

Al-Baqarah 2:255
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ 
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.


⁴⁷ Pengetahuan dan kekuasaan Allah dikatakan meliputi orang-orang yang kafir secara khusus di sini, semata-mata untuk mengancam mereka. Kerana ilmu dan kuasa (yang meliputi) Allah bukan sahaja meliputi mereka, malah meliputi sekalian makhluknya. Bukti kekuasaan Allah meliputi sekalian makhluknya ialah firman Allah ini:
Minit 42


Ya Sin 36:83
فَسُبْحَٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Bermaksud: Maka Maha Suci (Allah)kekuasaaan atas segala sesuatu dan pada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Bukti bahawa kekuasaan Allah dan ilmunya meliputi segala sesuatu juga dapat dilihat pada firman Allah berikut:

At-Thalaq 65:12
ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ وَمِنَ ٱلْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًۢا 
Allah yang menciptakan tujuh langit dan (Dia menciptakan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku terus-menerus diantara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.
- isim fail kepada أَحَاطَ, Allah meliputi محبط
- yang meliputi kuasa dan ilmunya.


Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apablla gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya).⁴⁸ Jika Allah menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[20]

⁴⁸ Sebagaimana orang-orang yang ditimpa hujan lebat dari langit, disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat kebingungan, begitulah orang-orang munafiq kebingungan dalam Islam. Allah berfirman tentang mereka di dalam ayat lain begini:
Al-An'am 6:71
قُلْ أَنَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰٓ أَعْقَابِنَا بَعْدَ إِذْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ كَٱلَّذِى ٱسْتَهْوَتْهُ ٱلشَّيَٰطِينُ فِى ٱلْأَرْضِ حَيْرَانَ لَهُۥٓ أَصْحَٰبٌ يَدْعُونَهُۥٓ إِلَى ٱلْهُدَى ٱئْتِنَاۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰۖ وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfa'at kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudharat kepada kita dan (patutkah) kita kembali (berundur) kebelakang (menjadi kafir musyrik), setelah kita diberi petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di pesawanganyang menakutkan dalam keadaan bingung, sedang dia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya kepada petunjuk (dengan berkata kepadanya): "Marilahbersama-sama kami." Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yangmemelihara dan mentadbirkan sekalian alam." 

Allah mengumpamakan Al-Qur'an dan hidayat yang diturunkanNya dengan hujan lebat yang turun dari langit dan kilat di dalam ayat ke-19 dan ke-20. Ia adalah perumpamaan yang dibuat Allah untuk menggambarkan kecelaruan jiwa orang-orang munafiq dalam menghadapinya. Di satu pihak mereka gembira dengan hujan lebat yang turun dan kilat yang menerangi mereka dengan sinar cahayanya, di pihak yang lain pula mereka ketakutan yang amat sangat kerana berada dalam gelap gelita dan sedang menghadapi guruh, petir serta halilintar yang sabung menyabung tanpa henti. Demikianlah keadaan jiwa orang-orang munafiq, mereka hanya bergembira dengan ayat-ayat Al-Qur'an yang sesuai dengan keinginan dan kehendak hati mereka disamping menguntungkan mereka sahaja. Ayat-ayat yang tidak bersesuaian dengan kehendak hati mereka dan menuntut pengorbanan serta kesetiaan pula tidak diendahkan, malah mereka berpaling terus daripadanya. 
-ini munafik yang sebenar.

Sikap mereka itulah yang didedahkan oleh Allah melalui dua firmanNya di bawah ini:
An-Nur 24:48
وَإِذَا دُعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ 
An-Nur 24:49وَإِن يَكُن لَّهُمُ ٱلْحَقُّ يَأْتُوٓا۟ إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ

Bermaksud: Apabila mereka diajak kepada Allah (Kitab Allah) dan Rasulnya (Sunnah RasulNya) supaya menjadi hakim dalam mengadili (sesuatu perkara) di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling (menolak ajakan itu jika keputusannya tidak menguntungkan mereka).(48)
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu menguntungkan mereka, mereka segera datang kepada Rasul dengan patuh (menerima hukumnya).(49). 

Al-Hajj 22:11
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍۖ فَإِنْ أَصَابَهُۥ خَيْرٌ ٱطْمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ 
Bermaksud: Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa ujian kesusahan, berbaliklah dia ke belakang(kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan di akhirat.Itulah kerugian yang terang nyata. 
Munafik dah habis...


Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu⁴⁹ supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit,⁵⁰ lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah,⁵¹ padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa⁵² [22]

⁴⁹Sembahlah Tuhan Yang Maha Pencipta, bukan tuhan-tuhan yang tidak mencipta apa-apa pun. Tuhan Yang Maha Pencipta sahajalah yang layak disembah. Allah berfirman:
An-Nahl 16:17
أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَّا يَخْلُقُ اَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: "Apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak menciptakan (apa-apa)?" Mengapa tidak kamu fikirkan?
-Tuhan tanya.
1jam 04
- naluri hendak kepada sembah Tuhan salah satu dari naluri yang ada pada manusia.

⁵⁰ Seperti telah disebutkan pada nota ke-46 yang lalu, bahawa maksud langit (السماء) didalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan. Lihat nota ke-46 untuk mendapat dalil-dalilnya daripada Al-Qur'an.وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ
-satu lagi konsep langit adalah بِنَآءً (bangunan yng kukuh)

Al-Baqarah 2:22
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 
(Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan (sekutu-sekutu) bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
-ada laillahaillah iaitu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan (sekutu-sekutu) bagi Allah,
-ada makna ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
- lailahaillah sangat penting dalam hidup kita.

Al-Baqarah 2:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.


⁵¹dengan menyembahnya selain Allah, atau menyintainya sama seperti menyintai Allah. Perbuatan seperti itu tidak dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:165
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ 
Bermaksud: Di antara manusia ada orang-orang yang menyembah sekutu-sekutu yang lain dari Allah; mereka mencintainya sama seperti mereka mencintai Allah. Adapun  orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan andainya orang-orang yang zahm itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat keras azabnya (tentulah mereka tidak mempersekutui Allah). 
Minit 1.11
-orang syirik dikatakan zalim.إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 
- orang syirik dijanjikan azab يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ
- bila Allah azab tiada siapa yang boleh di azab.
- orang kafir cerdik masih tidak lepas dari kebodohan syirik.
Kasihan kat mereka .



Luqman 31:13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ”Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar.”


⁵² Manusia secara tabi'i dan semula jadinya, apabila berada dalam keadaan sangat terdesak hanya akan memohon pertolongan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa semata-mata. Allah berfirman:
Al-'Ankabut 29:65
فَإِذَا رَكِبُوا۟ فِى ٱلْفُلْكِ دَعَوُا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمْ إِلَى ٱلْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Apabila mereka naik kapal (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya. 
-setiap manusia ada benih keimanan.
- sejarah nabi saw tidak pernah naik kapal,  alquran banyak sebut keadaan laut, ini bukti alquran adalah wahyu.
- keadaan orang musyirik yang pada ketikanya terserlah keimanan

Menerusi dua ayat ini (ayat ke-21 dan ke-22) Allah mengisyaratkan kepada tiga bukti besar daripada bukti-bukti tentang adanya (hari) kebangkitan sesudah mati. 
- Budha bukan agama kerana tiada 3 perkara .
1.Ketuhanan
2.Kerasulan
3.Hari kemudian

Di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain Allah mengemukakannya secara terperinci.

Bukti pertama ialah kejadian dan penciptaan -manusia buat kali pertama. Ia diisyaratkan menerusi firman Allah: 
اعْبُدُوْا رَبَّكُمُ الَّذِىْ خَلَقَكُمْ وَالَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ(2:21)
kerana kemampuan menciptakan manusia buat kali pertama merupakan bukti bagi kemampuan menciptakannya buat kali kedua. 

Perkara ini diperjelaskan di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain. Antaranya ialah:
Ar-Rum 30:27
وَهُوَ ٱلَّذِى يَبْدَؤُا۟ ٱلْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِۚ وَلَهُ ٱلْمَثَلُ ٱلْأَعْلَىٰ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ 
Bermaksud: Dan Dialah yang memulakan kejadian manusia, kemudianmengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagiNya. Dan bagiNyalah sifat yang tertinggi di langit dan dibumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Al-Anbiya 21:104
يَوْمَ نَطْوِى ٱلسَّمَآءَ كَطَىِّ ٱلسِّجِلِّ لِلْكُتُبِۚ كَمَا بَدَأْنَآ أَوَّلَ خَلْقٍ نُّعِيدُهُۥۚ وَعْدًا عَلَيْنَآۚ إِنَّا كُنَّا فَٰعِلِينَ 
Bermaksud: (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya. 

Al-Isra' 17:51
أَوْ خَلْقًا مِّمَّا يَكْبُرُ فِى صُدُورِكُمْۚ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَاۖ قُلِ ٱلَّذِى فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۚ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَۖ قُلْ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ قَرِيبًا 
Bermaksud: atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu". Mereka pula akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kita kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata (secara mengejek): "Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! " 

Ya Sin 36:79
قُلْ يُحْيِيهَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya kali yang pertama. Dia Maha Mengetahui tentang segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya). 

Qaf 50:15
أَفَعَيِينَا بِٱلْخَلْقِ ٱلْأَوَّلِۚ بَلْ هُمْ فِى لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ 
Bermaksud: Maka adakah Kami telah letih dengan penciptaan yang pertama?Sebenamya mereka dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan yang baharu. 

Al-Hajj 22:5
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓا۟ أَشُدَّكُمْۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔاۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيجٍ 
Bermaksud: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskankepada kamu (kekuasaan Kami), dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dengan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (al-Hajj:5).

Al-Waqi'ah 56:62
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama,maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?


Itulah sebabnya Allah menyebutkan bahawa orang yang tidak menerima adanya hari kebangkitan sebenarnya ia lupa akan kejadian pertamanya. Lihatlah pula beberapa firman Allah di bawah ini:

Ya Sin 36:78
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِىَ خَلْقَهُۥۖ قَالَ مَن يُحْىِ ٱلْعِظَٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ 
Bermaksud: Ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan ia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancurluluh?" 


Maryam 19:67
أَوَلَا يَذْكُرُ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْـًٔا 
Bermaksud: Tidak ingatkah manusia itu bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, ketika itu, ia tidak ada sama sekali? 

Bukti kedua ialah kejadian langit dan bumi yang diisyaratkan dengan firmanNya:
الَّذِىْ جَعَلَ لَكُمُ الْاَرْضَ فِرَاشًا وَّالسَّاءَ بِمَا ء ً(2:22)
Kerana kedua-duanya adalah antara kejadian Allah yang sangat besar. Tuhan yang berkuasa menjadikan makhlukNya yang begitu besar, tentu sekali lebih berkuasa menjadikan makhluk-makhluk kerdil seperti manusia. Bukti ini diterangkan oleh Allah pada beberapa tempat di dalam Al-Qur'an.Antaranya ialah

Ghafir 40:57
لَخَلْقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar daripada penciptaan manusia (dan menghidupkannya semula sesudah matinya);akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 

Ya Sin 36:81
أَوَلَيْسَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلْخَلَّٰقُ ٱلْعَلِيمُ 
Bermaksud: Bukankah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. 

Al-Ahqaf 46:33
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَلَمْ يَعْىَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰۚ بَلَىٰٓ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Bermaksud Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allahyang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pemah merasa letih keranamenciptakannya, berkuasa (pula) menghidupkan orang-orang mati? Ya (bahkan),sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Al-Isra' 17:99
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ قَادِرٌ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلًا لَّا رَيْبَ فِيهِ فَأَبَى ٱلظَّٰلِمُونَ إِلَّا كُفُورًا 
Bermaksud: Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yangmenciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang-orang yang seperti mereka(dalam bentuk yang baru), padahal Dia telahpun menentukan bagi mereka tempohyang tidak ada syak padanya? Dalam pada itu, orang-orang yang zalim engganmenerima melainkan kekufuran.

ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا اَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا(779:2)رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّهَا(79:28)
Bermaksud Wahai golongan  yang ingkar kebangkitan semula! Kamu kah sukar diciptkan atau langit dengan kukuh(27).
Dia meninggikan bangunan langit lalu menyempurnakanya(28)

Bukti ke tiga ialah menghidupkan bumi  setelah matinya. Ia adalah sebesar-besar bukti bagi adanya kebangkitan setelah mati. Disini ia diisyaratkan menerusi firman Nya

Bukti ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa ayat yang lain. Lihat sebagai contoh  ayat2 dibawah ini.
Fushshilat 41:39
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنَّكَ تَرَى ٱلْأَرْضَ خَٰشِعَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْۚ إِنَّ ٱلَّذِىٓ أَحْيَاهَا لَمُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰٓۚ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Dan sebagian dari tanda-tanda (kebesaran)-Nya, engkau melihat bumi itu kering dan tandus, tetapi apabila Kami turunkan hujan di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya (Allah) yang menghidupkannya pasti dapat menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.


Qaf 50:11
رِّزْقًا لِّلْعِبَادِۖ وَأَحْيَيْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ ٱلْخُرُوجُ 
(sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur).


Ar-Rum 30:19
يُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ وَيُحْىِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَاۚ وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ 
Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).

Al-A'raf 7:57
وَهُوَ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ ٱلْمَآءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ ٱلْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 
Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

Demikian 3 bukti manusia dihidupkan kembali..

Rabu, November 03, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 007s

Tafsir quran dgn quran sesi 007s
Ayat 7-16
Disini akan bincang Ayat 7 dan seterusnya

Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Al-Baqarah 2:8
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ 
Al-Baqarah 2:9
يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ 
Al-Baqarah 2:10
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًاۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 
Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada selaput (penutup). Dan untuk mereka (pula disediakan) azab siksa yang amat besar²⁵[7] 
Di antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian," padahal mereka sebenarnya tidak beriman ²⁶  [8] 
Mereka hendak menipu Allah²⁷  dan orang-orang yang beriman, sedangkan mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri,²⁸ tetapi mereka tidak sedar.²⁹ [9]
Di dalam hati mereka ada penyakit,³⁰ 
lalu ditambah Allah penyakitnya;³¹
 dan untuk mereka (disediakan) azab yang amat pedih, disebabkan mereka berdusta.³² [10]


Sebelum ini berhenti disini;
-salah satu tafsir quran adalah melihat dari sudut bahasanya.
-bahasa ada kaitan yang rapat dengan i'raab.
- misalnya
Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Boleh dibaca 2 cara
1. Berhenti خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ
Berhenti وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ
2.berhenti خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
Berhenti lagi وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ
Berhenti lagi وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ
- disini iraab ada kaitan dengan tafair quran dengan quran.
Maka terpaksalah dibincang dari sudut iraab.
- perbincangannya;
Jika dilihat dari sudut I'raab pula, maka perkataan و pada firman Allah:   وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ  dan  وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِم   boleh dii'raab dengan tiga cara. 

Cara pertamanya 
ialah kedua-duanya diterima sebagai  ِوَاو العَطْف .
Dan   مَعْطُفْ عَليه   baginya ialah ُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ    yang tersebut sebelum itu. Ia akan memberi erti 
Allah bukan sahaja mengunci mati hati mereka, tetapi pendengaran dan penglihatan mereka juga. 
Semuanya dikunci mati.
Minit 7
Cara keduanya 
ialah perkataan و pada firman Allah  وَعَلَىٰ سَمْعِهِم  dan    وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ diterima sebagai ْواو الإِسْتِئْنَف.
-sebenarnya واو الإِسْتِئْنَف adalah pada وَعَلَىٰ سَمْعِهِم 
Dan  وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ ini jadi atof kepada وَعَلَىٰ سَمْعِهِم
Jadi و ini pada hakikatnya الإِسْتِئْنَف juga sebab maktuf kepada الإِسْتِئْنَف maka الإِسْتِئْنَف juga kira-kiranya.

Dan َعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ     serta عَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ    menjadi ْخَبَرْ مُقَدَم bagi  غِشَوَةَ selepasnya yang menjadi   مبتدأ مُؤَخَّر . 

Sebabnya  غِشَوَةَ (baris depan ta tu)itu dikemudiankan ialah kerana ia isim nakirah. 
Minit 9
Antara perkara yang mengharuskan (مسوغ musawik ) , isim nakirah menjadi mubtada' ialah apabila khabarnya dalam bentuk syibih jumlah ( جَا ومَجْرُور)didahulukan. Itulah yang berlaku di sini. Jika diterima begini, maka  firman Allah itu memberi erti yang dikunci mati oleh Allah hanyalah hati mereka. خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ● وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ
Sementara pendengaran dan penglihatan mereka tidak. Pada kedua-duanya bahkan ada penutup. Penutup itulah yang menyebabkan mereka tidak dapat mendengar dan tidak dapat melihat. 

Cara ketiganya 
ialah seperti cara kedua juga, tetapi yang diterima sebagai واو الإستئنف hanyalah و pada وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمsahaja.
Bacanyaخَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ ●وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ
Adapun و pada وَعَلَىٰ سَمْعِهِم maka itu واو العاتف.Danمعطوف عليه baginya ialah  عَلَىٰ قُلُوبِهِم yang tersebut sebelum itu.
Dalam keadaan ini firman Allah ini akan memberi erti Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka (sahaja). Adapun penglihatan mereka, maka ia berselaput, menyebabkan mereka tidak nampak. 
Habis perbincangan...maktabahsyamillah
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ
Kitab tafsir yang menumpu kepada ikraab.
Panjang dan sedap penerangannya.
Bahkan ada lebih lagi perbahasannya.
Banyak lagi yang mmay tak sebu
Semua boleh pakai!


Antara tiga cara i'raab itu, cara i'raab ketiga inilah yang terbaik kerana ada ayat lain yang menyokong dan menjelaskan demikian.
Lihat ayat berkenaan di bawah ini
Al-Jatsiyah 45:23
أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Apa katamu tentang orang yang mempertuhankan hawa nafsunya dan Allah membiarkannya sesat sesudah ia tahu (dan sedar), dan Allah (juga) mengunci mati pendengaran serta hatinya, selain menutupi penglihatannya? Siapakah (lagi) yang dapat memberinya petunjuk selain Allah? Tidakkah kamu mahu mengambil pengajaran?
-ini menyokong ikraab ke3.
- tapi sebut pendengaran dulu kemudian hati
-tetapi ikraab yang lain juga ada dalil.
- orang yang ada asas bahasa arab akan lebih mudah.

Ayat ini(ayat 7) menjelaskan bahawa yang dikunci mati oleh Allah ialah hati dan pendengaran, tidak termasuk penglihatan. Adapun penglihatan, maka ia ditutupi Allah dengan sesuatu tutupan.

Orang-orang yang menerima cara i'raab yang pertama pula boleh berdalil dengan firman Allah berikut:
An-Nahl 16:108
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَٰرِهِمْۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 
Bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya  telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. 
(an-Nahl:108).
-perkataan طَبَعَ ٱللَّه= خَتَمَ ٱللَّهُ
-perbincangannya banyak lagi...
-cara ikrab pertama ini dalilnya.
Ayat ini (ayat 7)menunjukkan hati, pendengaran dan penglihatan mereka, ketiga-tiganya dikunci mati oleh Allah. 
Perkataan و pada'   وَ سَمْعِهِم dan    وَأَبْصَٰرِهِمْ adalah ٍواو العَطْف. Dan معطوف عليه baginya ialah قُلُوبِهِمْ yang tersebut sebelumnya. 

Perkataan  طَبَعَ yang tersebut di dalam ayat ini seharusnya dipakai sebagai kata seerti (ْمُرَادِف) bagi perkataan خَتَمَ didalam ayat ke-7 Surah al-Baqarah yang sedang dibincangkan sekarang.
-ini kafir yang kemuncak.
- memang ada.
- perangai atau sifat tertentu nenyebabkan dikunci mati


Di antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian," padahal mereka sebenarnya tidak beriman ²⁶  [8] 
- ini tentang orang munafik yang sebenar, nifaq iktiqadi
- sebenar atau hakikat tidak beriman.
- ada  3
1.orang Islam.
2.orang kafir.
3.orang munafik.
- ini zaman Nabi saw dan zaman lain pun ada jadi perlu berhati-hati.

²⁶  Dpd ayat ke-8 ini bermula pula cerita tentang orang-orang munafiq, iaitu orang-orang yang berpura-pura Islam dan mengaku beriman. Tetapi tidak diperjelaskan siapakah mereka dan di mana mereka berada (semasa hidup nabi s.a.w.). 

-ramai juga munafik yg berubah menjadi orang beriman yg baik yg memperjuangkan Islam.
- merekalah yang berjuang mengembangkan Islam keserata dunia.
- jika berjaya mengubah mereka akan mendaoat kejayaan yang besar.

Firman Allah di dalam Surah at-Taubah ini menjelaskannya:
At-Taubah 9:101
وَمِمَّنْ حَوْلَكُم مِّنَ ٱلْأَعْرَابِ مُنَٰفِقُونَۖ وَمِنْ أَهْلِ ٱلْمَدِينَةِۖ مَرَدُوا۟ عَلَى ٱلنِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْۚ سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ 
Bermaksud: Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafiq; dan juga di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafiqannya. Engkau (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali, kemudian merekaakan dikembalikan kepada azab yang besar.
-siapakah munafik itu?
- hanya yang Allah bagi tau baru tahu sebab hanya Allah sahaja yang tahu perkara dalam hati

Di dalam  Surah al-Hujuraat pula Allah berfirman:
Al-Hujurat 49:14
قَالَتِ ٱلْأَعْرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا۟ وَلَٰكِن قُولُوٓا۟ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ ٱلْإِيمَٰنُ فِى قُلُوبِكُمْۖ وَإِن تُطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَٰلِكُمْ شَيْـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah(wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah kami telah Islam(tunduk)", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Dia (Allah) tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

Melalui ayat ini Allah mendedahkan rahsia orang-orang munafiq, bahawa mereka belum beriman, meskipun mulut dan perbuatan mereka menampakkan seolah-olah mereka telah beriman kerana mengamalkan beberapa ajaran Islam yang zahir. Tetapi Allah tahu apa yang tersimpan di dalam hati mereka.

An-Nisa' 4:145
إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرْكِ ٱلْأَسْفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا 
Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.
- 2 kali kena siksa, paling bawah, berat siksaannya.


Mereka hendak menipu Allah²⁷  dan orang-orang yang beriman, sedangkan mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri,²⁸ tetapi mereka tidak sedar.²⁹ [9]

²⁷ Maksud hendak menipu Allah ialah hendak menipu RasulNya dengan berpura-pura menyatakan keimanan mereka kepadanya. 

Allah berfirman , Al-Munafiqun 63:1
إِذَا جَآءَكَ ٱلْمُنَٰفِقُونَ قَالُوا۟ نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ
Bermaksud: Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (wahai Muhammad),mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar- benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya,serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Seringkali di dalam Al-Qur'an, sesuatu perkara (kaedah) dikaitkan dengan Allah, padahal sebenarnya ia secara langsung berkait dengan RasulNya. Tujuan dikatakan begitu adalah sebagai isyarat bahawa berurusan dengan rasul bererti berurusan dengan Allah.Taat kepada rasul bererti taat kepada Allah. 

Lihat sebagai contohnya dua firman Allah di bawah ini:
Al-Fath 48:10
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيْهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad untuk berjuang menentang musuh), mereka sebenarnya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Tangan Altah diatas tangan mereka. Oleh itu, sesiapa yang melanggar janji setianya, niscaya bahayanya hanya akan menimpa dirinya dan sesiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. 
- nabi yang hulur tangan..

An-Nisa' 4:80
مَّن يُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ ٱللَّهَۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا 
Bermaksud: Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi penjaga mereka. 
-dikaitkan ktaat kepada Rasul sebagai taat kepada Allah.

²⁸ Kerana akibat buruk perbuatan keji mereka hanya menimpa diri mereka sendiri.
Firman Allah: Fushshilat 41:46
مَّنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulangkepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepadahamba-hambaNya. 

FirmanNya lagi:Al-Jatsiyah 45:15
مَنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۖ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmulah kamu dikembalikan.
- menipu Allah dan Rasul, diri sendiri yang rugi.
- Hanya syaitan yang nak tak eluk, Allah dan Rasul tidak.

²⁹ bahawa mereka dengan perbuatan keji seperti itu membahayakan dan merugikan diri sendiri.

-jika ibubapa pun kebanyakannya hanya inginkan kebaikan setakat dunia sahaja.

Al-Baqarah 2:10
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًاۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 
Di dalam hati mereka ada penyakit,³⁰ lalu ditambah Allah penyakitnya;³¹dan untuk mereka (disediakan) azab yang amat pedih, disebabkan mereka berdusta.³² [10]

Ayat 11
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan apabila mereka dinasihatkan "Janganlah kamu melakukan kerosakan dibumi". Mereka menjawab: "sesungguhnya kami orang-orang yang hanya berbuat kebaikan."[11]

Rosak=tidak duduk dgn nabi shj.tapi juga dengan geng yang tidak beriman
Nasihat para sahabat kepada munafikin.
Mereka jwb , bukan nak buat rosak  tapi nak mendamaikan.
Nak satukan syirik dgn tauhid.

Ayat 12
أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang sebenar-benarnya melakukan kerosakan, tetapi mereka tidak sedar' [12]

Jika hawa nafsu tidak boleh dibezakan dgn wahyu dan  ini juga tak akan dapat hidayah.
Tahkhaliah,membuang perkara buruk
Tahliah,hiasi dgn perkara baik.
Sahabat2 Beriman sungguh2 dgn hati. 

Ayat 13
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu  sebagaimana orang itu telah berimannya ³³ mereka menjawab "Patutkah kami ini beriman sebagaimana orang yg bodoh itu? ³⁴ ketahuilah! Sesungguhnya merekalah sebenarnya orang-orang yang bodoh,³⁵ tetapi mereka tidak mengetahui  (hakikat yang sebenarnya)³⁶ [13].

Semakin terserlah kemunafikan dr jawapannya.

Ayat 14
وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
Apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:Kami (juga) telah beriman", dan apabila mereka pergi secara rahsia kepada syaitan-syaitan mereka,³⁷mereka berkata pula: "sesungguhnya kami tetap bersama kamu, kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman) sahaja. [14]

Sekadar keperluan dunia, hati dan minat mereka adalah belah sana.
Ketua2 munafikin dipanggil شَيَاطِينِهِمْoleh allah,manusia yg telah masuk syaitan.

Ayat 15
اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
Allah (membalas) memperolok-olok mereka³⁸
dan membiarkan merekameraba-raba dalam kesesatan mereka³⁹ [15] 



³⁰ Kenapakah manusia melakukan perbuatan keji yang membahaya dan merugikan diri sendiri dan kenapa mereka tidak sedar akan akibat buruknya? Melalui ayat ke-10 ini  Allah memberikan jawapannya, iaitu kerana di dalam hati mereka ada penyakit kufur nifaq.

³¹ Kedatangan Al-Qur'an yang sepatutnya menjadi penawar jiwa manusia sebaliknya menambah parah lagi penyakit jiwa orang-orang munafiq. Itulah yang disebut Allah melalui firmanNya ini:

Al-Isra' 17:82
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا 
Bermaksud: Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan ia (Al-Qur'an itu) tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. 

Antara penyakit yang ditambah Allah kepada orang-orang munafiq ialah sifat-sifat hati yang jelik dan keji seperti perasaan dendam, dengki dan sedih apabila melihat kemenangan, kejayaan dan pertolongan Allah kepada orang-orang mu'min. Itulah yang disebut Allah di dalam ayat di bawah ini:

At-Taubah 9:124
وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ 
At-Taubah 9:125
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كَٰفِرُونَ 
Bermaksud: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antaramereka (yang munafiq) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambah imannya dan mereka bergembira (dengan turunnya). (124)
Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati dalam keadaan kafir. (125). 

³² apabila mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian".Padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


³³ Di dalam Surah al-A'raaf Allah berfirman tentang orang-orang yang tidak beriman begini
Al-A'raf 7:179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam ramai dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. 

Orang-orang yang tidak beriman dikatakan seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi daripada binatang ternak. Di dalam ayat ke-13 Surah al-Baqarah ini pula Allah menggunakan perkataan ,الناس(manusia yang sempurna) untuk orang-orang yang telah beriman di zaman Rasulullah s.a.w. Mereka ialah para sahabat baginda yang bistari. 
Secara tersirat ia menyatakan orang-orang yang tidak beriman itu bukan الناس (manusia yang sempurna) dalam erti kata yang sebenarnya.

³⁴ Orang-orang kafir dari zaman Rasulullah s.a.w. mengatakan para sahabat yang telah beriman adalah orang-orang bodoh. Itu juga yang dikatakan oleh orang-orang kafir dizaman Nabi Nuh a.s. dahulu kepada para pengikut baginda a.s.
Allah berfirman: Hud 11:27
فَقَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ مَا نَرَىٰكَ إِلَّا بَشَرًا مِّثْلَنَا وَمَا نَرَىٰكَ ٱتَّبَعَكَ إِلَّا ٱلَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِىَ ٱلرَّأْىِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍۭ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَٰذِبِينَ 
Bermaksud: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya (Nabi Nuh a.s.):Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami' bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta. 


³⁵ kerana tidak beriman. Firman Allah di bawah ini adalah buktinya: Al-Baqarah 2:130
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَٰهِۦمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصْطَفَيْنَٰهُ فِى ٱلدُّنْيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ 
Bermaksud: Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim (agama Islam),melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sesungguhnya Kamitelah memilihnya (sebagai seorang rasul) di dunia dan sesungguhnya dia di akhiratkelak benar-benar termasuk dalam golongan orang-orang yang saleh. 

³⁶ Bagaimana mereka akan mengetahui kalau mereka lalai seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi daripada binatang ternak!

³⁷Ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin orang-orang munafiq dan kafir disebut Allah sebagai syaitan-syaitan, kerana mereka serupa dengan syaitan-syaitan daripada segi menyesatkan pengikut-pengikutnya. Itulah yang difirmankan Allah di dalam ayat yang lain:
Aali-Imran 3:175
إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (orang-orang kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

³⁸ dengan mendedahkan hakikat mereka yang sebenarnya, serta menghina dan mengutuk mereka di hadapan umum di dalam dunia, seperti tersebut di dalam firmanNya ini:
Al-Munafiqun 63:4
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْۖ وَإِن يَقُولُوا۟ تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْۚ هُمُ ٱلْعَدُوُّ فَٱحْذَرْهُمْۚ قَٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ 
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu .Mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh-rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. 
Mereka itulah musuh yang sebenar-bertanya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?
-pendedahan  dari Allah tentang orang munafik.

Di akhirat pula keadaan mereka seperti digambarkan oleh Allah di dalam beberapa ayat di bawah ini:
Al-Hadid 57:13
يَوْمَ يَقُولُ ٱلْمُنَٰفِقُونَ وَٱلْمُنَٰفِقَٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱنظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ٱرْجِعُوا۟ وَرَآءَكُمْ فَٱلْتَمِسُوا۟ نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُۥ بَابٌۢ بَاطِنُهُۥ فِيهِ ٱلرَّحْمَةُ وَظَٰهِرُهُۥ مِن قِبَلِهِ ٱلْعَذَابُ 
Al-Hadid 57:14
يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنتُمْ أَنفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَٱرْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ ٱلْأَمَانِىُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمْرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلْغَرُورُ 
Al-Hadid 57:15
فَٱلْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنكُمْ فِدْيَةٌ وَلَا مِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ۚ مَأْوَىٰكُمُ ٱلنَّارُۖ هِىَ مَوْلَىٰكُمْۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ 
Minit 1:15
Bermaksud: Pada hari (kiamat) ketika orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan(yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu".(Maka) Dikatakan (kepada mereka secara memperolok-olok): "Kembalilah kamu kebelakang dan carilah (sendiri) cahaya (untukmu)". Lalu diadakanlah di antara mereka(yang beriman dan yang munafiq itu) tembok yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat (Syurga dan ni'mat) dan di sebelah luarnya, dari situ ada siksa.(13)
Orang-orang munafiq itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata:"Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka (orang-orang mukmin) menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri (dengan perbuatan munafiq) dan menunggu (kehancuran kami umat Islam) dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta tertipu oleh angan-angan kosong(untuk mencapai maksud kamu) sehingga datanglah ketetapan Allah (kematianmu);dan kamu telah tertipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu. (14)
Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka. Nerakalah tempat berlindungmu. Dan ia adalah seburuk-buruk tempat kembali." (15). 
-ini ancaman kepada orang munafik
- mereka tipu diri mereka sendiri.
- Allah akan balas olok-olakan mereka sebagaimana mereka mengolok-olokan orang beriman di dunia.
-inilah akibatnya.


³⁹ Supaya semakin banyak dosa dan semakin jauh mereka daripada Allah. Itulah akibatnya apabila Allah membiarkan manusia meraba-raba dalam kesesatan. Perkara ini disebut Allah di dalam firmanNya ini:
Aali-Imran 3:178
وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّمَا نُمْلِى لَهُمْ خَيْرٌ لِّأَنفُسِهِمْۚ إِنَّمَا نُمْلِى لَهُمْ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِثْمًاۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ 
Bermaksud: Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu lebih baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya semakin bertambah dosa mereka (di dunia); dan mereka pula beroleh azab siksa yang menghinakan (di akhirat kelak). 
- kesihatan atau kesenangan kerana Allah nak sempurnakan balasan teruk yang  banyak terhadap dosa mereka.


1jam 23
Al-Baqarah 2:16
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَٰرَتُهُمْ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ 
Al-Baqarah 2:17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَٰتٍ لَّا يُبْصِرُونَ 
Al-Baqarah 2:18
صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ 
Al-Baqarah 2:19
أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمْ فِىٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلْمَوْتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ 
Al-Baqarah 2:20
يَكَادُ ٱلْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَٰرَهُمْۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوْا۟ فِيهِ وَإِذَآ أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا۟ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَٰرِهِمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 

Mereka itulah orang-orang yang membeli (menukar) kesesatan dengan hidayah, maka tiadalah beruntung perniagaan⁴⁰ mereka dan tidak pula mereka mendapat petunjuk.⁴¹ [16]
Perumpamaan (keadaan) mereka (golongan munafiq itu) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya ⁴²,(tiba-tiba)Allah padamkan api (yang menerangi) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (suatu apa pun).⁴³ [17]
Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apablla gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya).⁴⁸ Jika Allah menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[20]


Al-Baqarah 2:16
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَٰرَتُهُمْ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ 
Mereka itulah orang-orang yang membeli (menukar) kesesatan dengan hidayah, maka tiadalah beruntung perniagaan⁴⁰ mereka dan tidak pula mereka mendapat petunjuk.⁴¹ [16]

⁴⁰ Malah mereka mendapat kerugian yang nyata, seperti apa yang difirmankan Allah
di dalam dua ayat di bawah ini:
Al-An'am 6:31
قَدْ خَسِرَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِلِقَآءِ ٱللَّهِۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَتْهُمُ ٱلسَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوا۟ يَٰحَسْرَتَنَا عَلَىٰ مَا فَرَّطْنَا فِيهَا وَهُمْ يَحْمِلُونَ أَوْزَارَهُمْ عَلَىٰ ظُهُورِهِمْۚ أَلَا سَآءَ مَا يَزِرُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang kepada mereka secara mengejut, mereka berkata: "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!", sambil memikul dosa-dosa di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. 
- menyesal diakhirat tiada gunanya.

Al-Hajj 22:11
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍۖ فَإِنْ أَصَابَهُۥ خَيْرٌ ☆ٱطْمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ☆ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ 
Bermaksud: Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia ke belakang(kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan di akhirat.Itulah kerugian yang terang nyata. 
☆tanwin jumpa hamzatul wasal  ada nun kecil...baca fitnatunin.

Minit 1:28

⁴¹(tidak mendapat petunjuk) dalam perniagaan mereka, disebabkan mereka telah menukar sesuatu yang tinggi nilainya dengan sesuatu yang hina. Mereka telah menukar kehidupan yang abadi dengan kehidupan dunia yang sementara. Sedangkan Allah telah pun menyatakan nilai kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat melalui sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Salah satunya ialah melalui firman Allah berikut:

Ar-Ra'd 13:26
ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا مَتَٰعٌ 
Bermaksud: Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. 
Minit 1:30

Habis sesi 


Selasa, November 02, 2021

K999.Sebelum anak boleh membaca, anak perlu ada kemahiran pra membaca

K999.Sebelum anak boleh membaca, anak perlu ada kemahiran pra membaca

Kemahiran pra membaca ialah:
-kemahiran fokus yang baik
-auditory (kemampuan mendengar)+visual memory (ingat benda yang nampak)
- visual motor (alat melihat)
-visual perception(tanggapan yang nampak) + discrimination(mampu membuat perbezaan)
- sequancing (menyusun atau mengatur)
- phonemic awareness ( kesedaran..)
- vocabulary(perbendaharaan kata)

Bila anak ada ke ahiran pra- membaca yang cukup, tak payah pakda pun anak akan kuasai dengan mudah 

dan 
Membantu anak dapat pengalaman belajar yang mengembirakan.

(Biar anak minat, bukan trauma belajar)

Wawa shauqi

Sahih bukhari kitab iman sesi 73 @32ssss

Sahih bukhari kitab iman sesi 73 @32ssss

باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ: 
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلاَّ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذَّبًا. 
وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ، مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ.  
وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلاَّ مُؤْمِنٌ، وَلاَ أَمِنَهُ إِلاَّ مُنَافِقٌ. وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ(ada yang kata taqwa) وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ}
Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  dalam keadaan tidak sedar .  
Ibrahim Al Taimi³³⁰ berkata; Tidak aku rentangkan kata-kataku atas amalanku melainkan aku bimbang aku menjadi pendusta³³¹(atau didustakan). 
Ibnu Abi Mulaikah³³² berkata:
Aku bertemu  dengan  30 sahabat Rasullah saw , semua
bimbang berlaku nifaq pada diri mereka.³³³ Tidak ada sesiapa pun dari mereka mengatakan bahawa dia berada diatas imam   Jibrail dan Mikail³³⁴. 
Dan  disebut daripada Hasan bahawa beliau berkata tidak takut kepadanya  (nifaq/Allah) kecuali orang mukmin. Dan tidak akan berasa aman (terhadap  nifaq dan Allah )kecuali orang  munafik³³⁵.
Dan³³⁶  bab ancaman daripada terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat³³⁷ kerana firman Allah وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Bermaksud dan mereka tidak berterusan atas apa yang mereka lakukan³³⁸ dalam keadaan mereka sedar"³³⁹.


Ke 2 hadits yang ke 48.

٤٨- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا وَائِلٍ عَنِ الْمُرْجِئَةِ، فَقَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سِباب الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ 
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ar'arah berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Zubaid berkata: Aku bertanya kepada Abu Wa'il tentang Murji`ah, maka dia menjawab: Telah menceritakan kepadaku Abdullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "mencerca(memaki) orang muslim adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur". 

Sekali lagi pergi kepada tajuk.

٢ -  الإيمان » ٣٦ -  خوف المؤمن من أن يحبط عمله وهو لا يشعر
2. Iman » 36. Kekhawatiran seorang mu'min bila amalnya terhapus tanpa sadar  

باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ: 
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلاَّ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذَّبًا. 
وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ، مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ. 
[تحفة 15613 ب]. 
وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلاَّ مُؤْمِنٌ، وَلاَ أَمِنَهُ إِلاَّ مُنَافِقٌ. وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ}

Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  dalam keadaan tidak sedar .  
Ibrahim Al Taimi³³⁰ berkata; Tidak aku rentangkan kata-kataku atas amalanku melainkan aku bimbang aku menjadi pendusta³³¹(atau didustakan). 
Ibnu Abi Mulaikah³³² berkata:
Aku bertemu  dengan  30 sahabat Rasullah saw , semua
bimbang berlaku nifaq pada diri mereka.³³³ Tidak ada sesiapa pun dari mereka mengatakan bahawa dia berada diatas imam   Jibrail dan Mikail³³⁴. 
Dan  disebut daripada Hasan bahawa beliau berkata tidak takut kepadanya  (nifaq/Allah) kecuali orang mukmin. Dan tidak akan berasa aman (terhadap  nifaq dan Allah )kecuali orang  munafik³³⁵.
Dan³³⁶  bab ancaman daripada terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat³³⁷ kerana firman Allah وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Bermaksud dan mereka tidak berterusan atas apa yang mereka lakukan³³⁸ dalam keadaan mereka sedar"³³⁹.

Minit  6
Hadit 48;
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ar'arah berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Zubaid berkata: Aku bertanya kepada Abu Wa'il tentang Murji`ah, maka dia menjawab: Telah menceritakan kepadaku Abdullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "mencerca(memaki) orang muslim adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur". 

-tajuk dah bincang sebelum ini.
-tak ulang sepenuhnya.
minit 8

👉Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  dalam keadaan tidak sedar .  
-dibahagi kepada dua bahagian.
-ini bhg pertama.


Ibrahim Al Taimi³³⁰ berkata; Tidak aku rentangkan kata-kataku atas amalanku melainkan aku bimbang aku menjadi pendusta³³¹(atau didustakan). 
Ibnu Abi Mulaikah³³² berkata:
-ini bukti bhg pertama
-ini atsar.

Aku bertemu  dengan  30 sahabat Rasullah saw , semua
bimbang berlaku nifaq pada diri mereka.³³³ 

Tidak ada sesiapa pun dari mereka mengatakan bahawa dia berada diatas imam   Jibrail dan Mikail³³⁴. 
Dan  disebut daripada Hasan bahawa beliau berkata tidak takut kepadanya  (nifaq/Allah) kecuali orang mukmin. Dan tidak akan berasa aman (terhadap  nifaq dan Allah )kecuali orang  munafik³³⁵.


Dan³³⁶  bab ancaman daripada terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat³³⁷ kerana firman Allah وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
-ini bhg kedua.
-ini perlu sekali diketahui, ia terbahagi kepada berapa bahagian.

Bermaksud dan mereka tidak berterusan atas apa yang mereka lakukan³³⁸ dalam keadaan mereka sedar"³³⁹.

-sering kali kita buat kebaikan tetapi tidak dapat apa-apa.
-dan kita perlu bimbang  tidak seperti Murjiah.

³³⁰ Nama beliau selengkapnya adalah seperti berikut: Ibrahim bin Yazid bin Syarik at-Taimi alKufi. Beliau dinisbahkan kepada Taim ar-Ribaab. Ibrahim at-Taimi adalah seorang yang 'abid, zahid dan wa'izh. Beliau meninggal dunia pada tahun ke-92 Hijrah ketika belum lagi menjangkau umur 40 tahun.


³³¹ Untuk membuktikan kebenaran bahagian pertama tajuk bab, mula-mula sekali bukhari mengemukakan kata-kata Ibrahim at-Taimi. Maksud kata-kata Ibrahim at-Taimi "Aku menjadi pendusta" ialah aku menjadi pendusta kepada ajaran agama yang aku anuti. Bila saja aku membanding-bandingkan di antara kata-kataku dan amalanku, aku risau, taku-takut aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendustakan agama. Perkataan مُكَذِّبًا dibaca sebagai isim fa'il dan juga isim maful. Kedua-duanya tsabit dalam riwayat. Walau bagaimanapun, kebanyakan pensyarah hadits mentarjihkan riwayat sebagai isim fa'il. 

Jika ia dibaca sebagai isim fa'il, maka ada dua kemungkinan untuk taqdirnya. 
(1) pertama مُكَذِّبًا لِلدِّيْنِ (aku menjadi pendusta kepada ajaran agama yang aku anuti). 
(2)kedua مُكَذِّبًا لِنَفْسِي(aku menjadi pendusta kepada diriku sendiri). 
-perbuatan perlu sama dengan kata-kata.
Minit 24
-contoh-contoh perbuatan dan kata-kata yang tak sama.

Maksud taqdir (1) ialah apabila aku tidak mengamalkan ajaran agama sesuai dengan tuntutan iman, 
-Murjiah tidak 

maka itu bererti aku mendustakan ajaran agama yang aku anuti dan imani.
-kita berbohong dengan Allah dan tidak berhenti.
- jika tak rasa begitu ia akan berbahaya pada agama kita.

Kerana jika amalan-amalan yang dituntut Oleh iman benar-benar berguna dan berfaedah, kenapa aku tidak melakukannya? Bukankah tidak melakukannya dan hanya berkata ia baik sahaja, tidak lebih daripada da'waan semata-mata? la juga boleh bererti مُشَابِهًا لِلْمُكَذِّبِيْنَ .
-menyerupai orang-orang yang mendustakan agama

Maksudnya ialah bila saja aku membanding-bandingkan di antara kata-kataku dan amalanku, aku risau, aku menyerupai orang-orang yang mendustakan agama. Ini kerana orang-orang munafiq yang mendustakan agama juga daripada segi percakapan dan da'waannya bukan main, tetapi di segi amalan mereka kosong. 
- macam orang munafik yang  mendustakan agama.
- jika ada kebimbangan manusia akan berubah
- agama bukan sesuai dengan sahabat sahaja
- dan orang beragama itu bijak.

Maksud taqdir (2) pula ialah apabila aku tidak mengamalkan ajaran agama sesuai dengan tuntutan iman, maka aku takut aku mendustakan diriku sendiri. Kerana jika da'waanku benar, tentulah aku mengamalkannya.
Jika مُكَذَّبًا dibaca dengan sighah maf'ul pula, maka maksudnya ialah bila saja aku membanding-bandingkan di antara kata-kataku dan amalanku, aku risau, takut-takut aku didustakan. Memandangkan amalanku tidak sesuai dengan kata-kataku, maka mungkin sekali setiap orang yang menemuiku akan mendustakan daku. 
- kita didustakan sebagai penganut agama Islam; pengotor, tak maju dan lain-lain

Kata-kata Ibrahim at-Taimi ini sebenarnya mengisyaratkan kepada firman Allah berikut:
As-Saf 61:2يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
As-Saf 61:3كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan (2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan (3) (as-Shaff:2-3).
-bagi Murjiah perbuatan tak sama dengan perkataan  tiada masalah.
-ayat ini nak, kita buat apa yang kita cakap.
- Murjiah mendakwa Islam tetapi bila tidak sesuai dengan quran, tak sesuai dengan hadits , tak sesuai dengan amalan salaf , sahabat, tabiin,  qurun yang terbaik maka ia telah tidak mencerminkan Islam yang sebenar.

Minit 38
³³²Nama sebenar beliau ialah 'Abdullah bin 'Ubaidillah al-Qurasyi at-Taimi al-Makki.
- kena jelas siapa dia.
- ini cara orang Arab.

Ibnu Abi Mulaikah terkenal juga dengan laqab (gelaran) al-Ahwal (orang yang bermata juling). 
-Ibnu Abi Mulaikah adalah nama kunyah
-dengan maksud memperkenalkan bukan menghina.

Beliau pernah menjadi muadzzin dan hakim di zaman pemerintahan Ibnu az-Zubair. Beliau meninggal dunia pada tahun 117 Hijrah. Ibnu Abi Mulaikah meriwayatkan hadits daripada sahabat-sahabat utama Rasulullah s.a.w. seperti 'Aaishah, 'Abdullah bin 'Abbaas, 'Abdullah bin 'Umar, Abdullah bin Amar bin al-'Aash, Abdullah bin az-Zubair, Abu Mahdzurah(tukang azan Nabi di Mekah), 'Uqbah bin alHaarits, Miswar bin Makhramah, Ummu Salamah dan Asmaa' binti Abi Bakar as-Shiddiq.
-dia salah seorang tabiin

Imam Bukhari mengemukakan kata-kata Ibnu Abi Mulaikah selepas kata-kata Ibrahim at-Taimi untuk membuktikan kebenaran bahagian pertama tajuk bab ini.
- tajuk babkan dibahagi dua


👉Aku bertemu  dengan  30 sahabat Rasullah saw , semua
bimbang berlaku nifaq pada diri mereka.³³³ 

³³³ Besar kemungkinan nifaq yang dibimbangi para sahabat Rasulullah s.a.w. itu berlaku pada diri mereka ialah nifaq amali. Mungkin juga kedua-dua nifaq dibimbangi mereka, iaitu nifaq amali dan nifaq i'tiqadi. 
-nifaq itiqadi hakikatnya kafir.
- perlu berdoa untuk elakan nya

Kata-kata Ibnu Abi Mulaikah ini secara tidak langsung menolak fahaman golonan Murji'ah yang langsung tidak menganggap amalan sebagai suatu yang penting di samping iman. 
- kalu tidak jejaskan iman kenapa sahabat takut sangat.
- Murjiah tidak bimbang langsung.
- sahabat tiada yang Murjiah.
- bahkan sahabat sangat takut sebab boleh hilang  atau  paling tidak akan kurang pula.
-kata beriman tetapi ada unsur syirik sebab perangai orang musyrikin. Beramal tetapi masih ada unsur syirik dan bidah
Minit 53
-syirik sangat luar termasuk syirik khafi.
-semua itu beri kesan jadi hasilnya tidak sama.
- perlu ilmu untuk kesan apakah yanb menyebabkannya

Hati dan jiwa para sahabat sememangnya ma'mur dengan takut dan gerun kepada Allah s.w.t. namun mereka tetap bimbang akan nifaq. Saiyyidina 'Umar r.a. yang telah mendengar sendiri jaminan syurga oleh Rasulullah s.a.w. untuk dirinya, tetap bertanya Hudzaifah yang terkenal sebagai sahabat penyimpan rahsia Nabi s.a.w. bahawa adakah nama beliau tersenarai dalam senarai nama orang-orang munafiq atau tidak? Adanya kebimbangan seperti itu tidaklah sama sekali bererti mereka memang munafiq.

³³⁴Maksudnya ialah tiada siapapun di antara mereka (sahabat)orang yang yakin seratus peratus tentang kesempurnaan iman dan keikhlasannya sepertimana diyakini tentang iman Jibrail dan Mikail. Lantaran mereka adalah makhluk yang tidak ma' shum.

³³⁵Imam Bukhari menyebutkan atsar Hasan al-Bashri di sini dengan sighah tamridh  وَيٍذْكَرً عَنِ bukan untuk mengisyaratkan kepada kedhaifannya. Meskipun selalunya ia menunjukkan demikian. Ini kerana atsar Hasan itu sahih. Imam Bukhari selalu juga menggunakan sighah tamridh untuk mengisyaratkan kepada matan atau teks sesuatu riwayat Yang diringkaskan. Beliau juga selalu menggunakan sighah tersebut apabila sesuatu riwayat dikemukakan mengikut ma' nanya (بالمعنى).

Minit 58
👉Dan  disebut daripada Hasan 
-ini atsar
-Hasan Basri juga tabiin.

bahawa beliau berkata tidak takut kepadanya  (nifaq/Allah) kecuali orang mukmin. Dan tidak akan berasa aman
-kita tidak terpelihara dari 
 (terhadap  nifaq dan Allah )kecuali orang  munafik³³⁵.

³³⁵Imam Bukhari menyebutkan atsar 
-3 atsar yang disebut

Hasan al-Bashri di sini dengan sighah tamridh ( وَيُذْكَرُ عَنِ)
-kalu belajar bahqsa sikit sudah tahu tentang sighah  tamridh
- ini adalah  feel binak majhul وَيُذْكَرُ huruf mula-mula kena baris depan dan huruf sebelum akhir keana baris atas , itu kaedahnya. Orang panggil sighah taridh. Bila Imam Bukhari guna macam ni , dia ada maksud dia.
-satu feel lagi binak makruf yakni وَيَذْكَرُ maknanya dia menyebutkan.

bukan untuk mengisyaratkan kepada kedhaifannya. Meskipun selalunya ia menunjukkan demikian. Ini kerana atsar Hasan itu sahih. Imam Bukhari selalu juga menggunakan sighah tamridh untuk mengisyaratkan kepada matan atau teks sesuatu riwayat Yang diringkaskan. Beliau juga selalu menggunakan sighah tersebut apabila sesuatu riwayat dikemukakan mengikut ma' nanya (بالمعنى).
-Tadi dia sebut jelas(sighah tamridh) Ibnu Taimi dan Ibju mulaikah biasanya bererti dia nak   isyarat menunjukan dhaif walaupun bukanlah sentiasa.Atsar Hasan Basri sahih tetapi dia sebut begitu  juga ,itulah keyunikannya.
Juga dia gunakan sighah tamridh  untuk menunjukan dia telah ringkaskan.
Juga dia guna sighah tamridh bila riwayat itu ada riwayat denan makna.
-imam bukhari  kadang2, bila dia nak kemuka pendapat sesaorang dia ambil mafhum bukan lafaz iaitu يُذْكَرُ. Dia tak sebut Hasan sebut (يَذْكَرُ) atau bila dhaif (sebut  يُذْكَرُ) jadi kita kena semak.
1:08
-Ibnu Abi Syaibah banyak mengumpulkan atsar sahabat dan tabiin.
-Imam Bukhari nak royat,riwayat bil makna boleh.

👉Dan³³⁶  bab ancaman daripada terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat³³⁷ kerana firman Allah 
-ini menunjukan kederhakaan kepada Allah ada kesan kepada iman.
- tapi  cara dia kritik dia tak sebut ,caranya sangat halus.
-jangan berterusan , kesannya sangat teruk walaupun tak besar iaitu merugikan orang yang derhaka.


³³⁶Dari sini bermula bahagian kedua tajuk bab. و di permulaannya adalah wau  'athaf. Taqdirnya ialah وَبَابُ مَا يُحَذَّرُ مِن . boleh dibaca dengan takhfif dan tasydid dalam sighah majhul. Hafiz Ibnu Hajar mentarjihkan bacaan dengan tasydid.
- tengok teks asal
باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ 
وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ
[Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  dalam keadaan tidak sedar .
Dan tidak akan berasa aman (terhadap  nifaq dan Allah) kecuali orang  munafik³³⁵]
-Ini sebenarnya tajuk,  yang lain, di panggil jumlah muktaridhoh(selingan).
Minit 1:18
-Dan bab ancaman dari terus berperang


³³⁷  Menurut riwayat Abu Dzarr 
-pemilik nuskah
-perkataan يُحْذَرُ boleh juga يُحَذَرُ

Minit 1:31
dan Abul Waqt, di tempat perkataan التَقَاتُل terletak  النفاق perkataan . Tetapi perkataan التقاتل lebih sesuai dengan hadits di bawah bab ini, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda وقتاله كفر dan ia merupakan riwayat Abi Dzarr juga selain riwayat al-Ashili dan Ibnu  Asaakir. Ma'na keduanya juga sahih, namun mengikut Hafiz Ibnu Hajar riwayatnya tidak tsabit. Tetapi berdasarkan nuskhah riwayat Abi Dzarr dan nuskhah as-Samisathi ia juga tsabit. Atsar-atsar yang terletak di antara dua bahagian tajuk bab adalah jumlah-jumlah mu'taridhah (kata-kata selingan) di antara ma'thuf dan ma'thuf 'alaih. Kedua-dua bahagian dipisahkan dengannya kerana atsar-atsar itu berkaitan dengan bahagian pertama sahaja. 

Adapun dua hadits yang akan disebutkan di bawah tajuk bab nanti, maka yang mula-mula daripadanya untuk membuktikan bahagian kedua tajuk bab. Sementara hadits kedua pula untuk membuktikan bahagian pertama tajuk bab. 
-terbalik pula
- boleh dapat setelah diperhati

Menurut istilah ilmu Balaghah, penyusunan seperti itu dipanggil (ْاَلَّفّ وَالنَّشْرُ الغَيْرُ المُرَتَب) 
-susun tapi tak teratur.
-ini dalam ilmu balaghah.
-cara sebut  ..  top ten, kita pun buat
-Imam Bukhari guna semua ilmu yang ada padanya untuk buat tajuk hadits

Maksud Bukhari ialah menolak fahaman golongan Murji'ah. Kerana mereka menganggap apabila seseorang telah beriman, maka tidak ada ma'shiat yang akan menjejaskan imannya. Mafhum ayat al-Qur'an yang dikemukakan di akhir tajuk bab juga menolak fahaman mereka itu. Demikian kata al-Qasthallani.

ْ

³³⁸  Maksudnya ialah mereka tidak terus menerus melakukan dosa-dosa tanpa beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Justeru Rasulullah s.a.w. telah bersabda menurut apa yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain daripada hadits Abu Bakar as-Shiddiq r.a.bahawa: مَا أَصَرَّ مَنْ اسْتَغْفَرَ وَإِنْ عَادِ  فِي الْيَوْمِ سَبْعِينَ مَرَّةً
bermaksud: "Tidak berterusan (melakukan dosa) orang yang beristighfar, walaupun ia kembali melakukan (dosa yang telah dilakukannya) dalam satu hari sebanyak tujuh puluh kali."
-jangan tiada taubat, jangan malu nak bertaubat
-jangan serik untuk ulang

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ 
Sungguh, Allah menyukai orang yang tobat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

Al-Baqarah 2:222
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْمَحِيضِۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَٱعْتَزِلُوا۟ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلْمَحِيضِۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ 
Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “Itu adalah sesuatu yang kotor.” Karena itu jauhilah istri pada waktu haid; dan jangan kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka sesuai dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah menyukai orang yang tobat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

-makna ٱلتَّوَّٰبِينَ, ini isyarat kamu banyak melakuan dosa...
-yang Allah tak suka ialah orang yang tidak bertaubat...




³³⁹  Imam Ahmad mengemukakan satu hadits yang diriwayatkan oleh 'Abdullah bin 'Amar bin al-Aash secara marfu'begini    وَيْلٌ لِلْمُصِّينِ يُصِرُّونِ عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ  : 
Bermaksud; "Kecelakaan untuk al-mushirrin, iaitu orang-orang yang terus menerus melakukan dosa-dosa sedangkan mereka sedar." 
-perlu ulang dan ulang

Mereka sedar bahawa Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat, walaupun begitu mereka tidak beristighfar. Demikianlah kata Mujahid dan lain-lain sebagai mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke-135 Surah Aali 'Imraan itu. Firman Allah yang dikemukakan oleh Bukhari di akhir tajuk bab ini adalah sebahagian daripada ayat ke-135 Surah Aali 'Imraan.

Aal-e-Imran 3:135
وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzhalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.



³⁴⁰  Satu golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Antara fahaman mereka ialah amal bukan sebahagian daripada iman. Amalan yang baik tidak memberi apa-apa erti kepada iman. Amalan yang jahat pula tidak menjejaskan iman. Dan pelaku dosa-dosa besar tidak menjadi fasiq. Zubaid bertanya Abu Waa'il tentang golongan ini(murjiah), 
-kahwin tanpa tukar agama.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ar'arah berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Zubaid berkata: Aku bertanya kepada Abu Wa'il tentang Murji`ah, maka dia menjawab: Telah menceritakan kepadaku Abdullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "mencerca(memaki) orang muslim adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur".
- murjiah kata tidak fasiq
-jika amalan jahat tidak menjejaskan iman kenapa hadits ni kata cerca orang muslim fasiq.
-disebut kufur untuk memberi erti mubalaghah

sama ada mereka berada di atas landasan yang benar atau salah.


 

³⁴¹Berdasarkan hadits ini tidak mungkin golongan itu berada di atas kebenaran. Kerana mereka mengatakan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar tidak jadi fasiq. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda di dalam hadits ini bahawa memaki orang muslim itu adalah kefasiqan (perbuatan fasiq). Kalaulah amalan jahat tidak menjejaskan iman seseorang, kenapa orang yang memaki orang muslim dikatakan fasiq oleh Rasulullah s.a.w. dan kenapa pula perbuatan memerangi orang muslim dikatakan kekufuran? Daripada hadits ini diketahui penyelewengan golongan itu daripada landasan sebenarnya. Perkataan كفر (kekufuran) yang tersebut di dalam hadits ini tidaklah semestinya dipakai dengan erti kekufuran sebenar yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Disebut kufur, untuk memberi erti mubalaghah (menampakkan terlajak teruk), supaya pendengar berwaspada dan berhati-hati dengannya. Ini kerana berdasarkan dalil-dalil yang Iain perbuatan seperti itu masih belum lagi mengeluarkan seseorang muslim daripada agamanya. Boleh jadi juga dikatakan kufur, kerana perbuatan seperti itu menyerupai perbuatan orang-orang yang ber'aqidah kufur. Lantaran merekalah yang menghalalkan darah orang-orang Islam. Mungkin juga perkataan kufur dipakai dalam erti bahasanya(mubalaghah), kerana kufur menurut bahasa 'Arab yang asal bererti menutupi. Dengan memerangi orang muslim, seseorang itu seolah-olahnya telah menutupi dan tidak menghiraukan hak-hak saudara seagamanya. Padahal sepatutnya dia membela, membantu dan menolongnya. bukan menyakiti dan memeranginya.
1jam 48

K999.[ Teknik Untuk Tenangkan Anak ]

K999.[ Teknik Untuk Tenangkan Anak ]

👉 Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah.

Anak menangis atau mengamuk tak dapat apa yang dia nak (contoh tak dapat jajan)

Cara Tenangkan :

1. Peluk dan gosok belakang badan (tenangkan fizikal dia)

2. Peluk sambil cium ubun ubun kepala (tenang dan transfer rasa sayang kita)

3. Anak dah bertenang baru jelaskan kenapa kita tak bagi, kalau boleh terang dengan cara yang kelakar. (supaya dia faham dan tak buat lagi)

Isnin, November 01, 2021

K999.Bila anak suka bergaduh

K999.Bila anak suka bergaduh

Cara kawal
1.sentiasa berlaku adil.
Kesalahan boleh datang dari anak yang kecil.
Pastikan beli barang untuk semua orang.

2.Ada kan rutin bersama
-Saling membantu
-Makan bersama
-menyediakan makanan bersama
-amalkan berkongsi ; berkongsi cerita
-Solat berjemaah
-Berehat bersama.

3.Biasakan saling membantu

4. Jadi role model yang baik.

5. Terapkan nilai ambil berat.

Tafsir quran dgn quran sesi 006s

Tafsir quran dgn quran sesi 006s

Ayat 1الم
Ayat 2ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ayat 3الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Ayat 4وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Ayat 5أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Alif laam miim [1]
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang keraguan padanya¹³(ia) petunjuk¹⁴ bagi mereka yang bertaqwa¹⁵ [2] 
Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)kepada perkara ghaib¹⁶ dan  mendirikan shalat¹⁷ serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan  kepada mereka¹⁸ [3]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)¹⁹ dan apa yang diturunkan sebelummu²⁰  serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)²¹ [4]
Mereka²² itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya²³ [5]


Ayat 3 الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)kepada perkara ghaib¹⁶ dan  mendirikan shalat¹⁷ serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan  kepada mereka¹⁸ [3]

¹⁶ Perkara ghaib ialah apa yang tersembunyi kepada anda dan tidak dapat dikesan dengan pancaindera hakikatnya. Termasuklah dalam beriman kepada perkara ghaib itu beriman kepada kewujudan zat, sifat dan af aal (perbuatan-perbuatan) Allah, malaikat-malaikatNya, ni'mat syurga , azab neraka dan lain-lain. 

Lihat beberapa firman Allah dibawah ini sebagai bukti dan keterangan tentangnya:
Al-Hadid 57:3
هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Bathin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. 
-Yang awal هُوَ ٱلْأَوَّلُ =sediakala
-Yang akhir وَٱلْءَاخِرُ=abadi/kekal buat selama-lamanya
- Yang zahir =lihat kepada tanda-tandanya sangat jelas
- Yang batin=banyak juga yang tersembunyi/tidak diketahui hakikatnya.

Al-Furqan 25:22
يَوْمَ يَرَوْنَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشْرَىٰ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا 
Bermaksud: (Ingatkanlah) hari mereka nampak malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah, dan mereka akan berkata:"Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)". 
-hari ini malaikat  termasuk perkara ghaib dan akan nampak nanti.

As-Sajdah 32:17
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّآ أُخْفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Tak seorang pun mengetahui berbagai ni'mat yang dirahsiakan kepada mereka, yang amat indah dipandang, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. 
-ini nikmat syurga perkara ghaib


¹⁷ Maksud mendirikan shalat ialah mengerjakannya dengan sempurna, dengan segala rukun, syarat dan adabnya, sesuai dengan apa yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. 
- detailnya ditunjukkan oleh Rasullah saw.
Minit 8
Ini kerana Allah s.w.t. telah berfirman:
An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan (berupa mu'jizat) yang jelas nyata (membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci(yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Qur'an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. 
-ayat yang bagi tau ; supaya engkau(Rasullah saw) menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. 

Antara kaifiat shalat berjama'ah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah: 
تَسْوِيَةُ الصَّفْ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاة
Bermaksud: Membetulkan saf termasuk salah satu perkara yang menyempurnakan shalat (berjama' ah). 
(Hadits riwayat al-Bukhari).

Antara firman Allah yang menerangkan rukun-rukun shalat pula ialah:

Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ 
Bermaksud: Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku'lah bersama-sama orang-orang yang ruku'. 
-rukuk adalah rukun solat sebab di sebut dalam quran.


Al-'Alaq 96:19
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب۩ 
Bermaksud: Sekali-kali jangan, janganlah engkau (wahai Muhammad) patuh kepadanya; sebaliknya sujudlah dan dampingkan dirimu (kepada Allah dengan ta'at dan beramal saleh). 
- sujud juga rukun.

Az-Zumar 39:9
أَمَّنْ هُوَ قَٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ ٱلْءَاخِرَةَ وَيَرْجُوا۟ رَحْمَةَ رَبِّهِۦۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Bermaksud: (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau orang yang ta'at beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah:"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran dan peringatan. 
- sujud rukun.
- qiam rukun.

Al-Muzzammil 73:20
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلْقُرْءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى ٱلْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِۙ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنْهُۚ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًاۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًاۚ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ 
Bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri(sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran (dalam shalat). Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah(bagimu) dari Al-Qur'an (dalam shalat) dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . 
-baca apa yang mudah فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ ini yang ada dalam quran  , bukan bacaan alfatihah
-Sebab itu Imam Abu Hanifah kata, rukun  kena ada dalam quran .
- jadi bacaan fatihah rukun jadi khilaf.
- quran dalil yang sangat tinggi 
- detail sah batal dari hadits
- hadas kecil atau besar juga dalam quran.
- baca quran  rukun  danfatihah sebhg dari quran.
 Fatihah syarat wajib bg Imam Abu Hanifah, bukan rukun

-begitulah syarat solat iaitu berwuduk
 فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ
Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub, maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.

-juga syarat solat mengadap kiblat, فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ

Al-Baqarah 2:144
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ 
Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahwa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.
-jika disebut dalam quran, maka sepakat itu rukun
- detail nabi terangkan..
- kaifiat solat, nabi terangkan.

Ayat 3الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)kepada perkara ghaib¹⁶ dan  mendirikan shalat¹⁷ serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan  kepada mereka¹⁸ [3]

¹⁸ Salah satu sifat al-muttaqin yang disebutkan di dalam ayat ke-3 Surah al-Baqarah ini ialah mereka membelanjakan sebahagian(sikit) daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka.

Erti sebahagian itu diperolehi daripada perkataanمِنْ تَبْعِيضِيَة pada مِمَّا.
Ia menunjukkan Allah tidak hendak semua harta seseorang dibelanjakan atau didermakan di jalan Allah, sebaliknya sebahagian sahaja daripadanya. Mungkin sebagai zakat yang difardhukan atau sebagai derma sukarela yang disunatkan. Jika sebagai zakat, maka panduan terperinci mengenainya boleh ditemui di dalam Sunnah Nabi s.a.w.

Dan jika sebagai derma sunat pula apa panduannya? Sebanyak manakah seharusnya dibelanjakan dan sebanyak mana pula harus disimpan, tidak dinyatakan disini. Ia diterangkan pada ayat berikut:

Al-Baqarah 2:219
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ 
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: "Apakah yang mereka harus belanjakan(dermakan)? Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan(mu). Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir. 
-yang lebih dari keperluan ٱلْعَفْوَۗ

Ayat ini menyatakan harta yang lebih daripada keperluan dan tanggungan seseorang sahaja dianjurkan supaya dibelanja atau didermakan.

Berhubung dengan soal perbelanjaan terdapat beberapa lagi panduan di dalam Al-Qur'an. Sebagai contohnya firman Allah ini:

Al-Isra' 17:29
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ ٱلْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا 
Bermaksud: Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di tengkukmu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan tercela lagi sengsara. 
-boros pun tidak kedekut pun tidak.
- inilah panduan untuk berbelanja secara bersederhana.

Firman Allah ini melarang kita menjadi orang kedekut dan boros, kerana kedua-duanya mengakibatkan seseorang jadi tercela dan sengsara.Apa yang dikehendaki Allah sebenarnya ialah bersederhana dalam perbelanjaan.Hakikat ini tersebut dengan jelas di dalam ayat berikut:

Al-Furqan 25:67
وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا۟ لَمْ يُسْرِفُوا۟ وَلَمْ يَقْتُرُوا۟ وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا 
Bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah) itu, apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas (boros) dan tiada pula bakhil kedekut, sebaliknya pertengahan di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. 
-caranya tengah-tengah.

Tempat berbelanja atau kepada siapa elok dibelanjakan harta juga ada panduannya didalam Al-Qur'an. Lihat firman Allah ini sebagai contohnya:

Al-Baqarah 2:215
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang akan mereka belanjakan dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda yang kamu belanjakan, hendaklah diberikan kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan".Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)

Perbelanjaan yang tidak kena pada tempatnya boleh mengakibatkan penyesalan dikemudian hari. Bukan sekadar itu, malah ia akan membawa pembelanja ke Neraka Jahannam. Hakikat ini juga tersebut di dalam Al-Qur'an. Lihat ayat berkenaan dibawah ini:
Al-Anfal 8:36
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ لِيَصُدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَۗ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya, kemudian ia (harta yang dibelanjakan) menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan, dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka Jahannam. 
- tak kena belanja pun boleh ke neraka.



Ayat 4وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)¹⁹ dan apa yang diturunkan sebelummu²⁰  serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)²¹ [4]
-apa yang diturunkan itu ?


¹⁹ Apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah Kitab Al-Qur'an.Kerana Allah dengan terang telah berfirman:

Al-Insan 76:23
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ تَنزِيلًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahai Muhammad) dengan beransur-ansur. 
- quran yang diturunkan.
-cara turunpun diberitahu.

Al-'Ankabut 29:47
وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَۚ فَٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يُؤْمِنُونَ بِهِۦۖ وَمِنْ هَٰٓؤُلَآءِ مَن يُؤْمِنُ بِهِۦۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلْكَٰفِرُونَ 
Bermaksud: Dan (sebagaimana Kami telah menurunkan kitab-kitab agama kepada Rasul-rasul yang telah lalu) demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Al-Qur'an ini. Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab(Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Qur'an dan juga sebahagian dari mereka (orang-orang Mekah) beriman kepadanya, dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang berdegil dalam kekufurannya. 
- sini alkitabٱلْكِتَٰبَۚ sudah maklum alif lam lil hakiki

Az-Zumar 39:2
إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ فَٱعْبُدِ ٱللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ ٱلدِّينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Qur'an) dengan membawa kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya . 
- ini juga kitab tu, menunjukan khusus alquran.

Thaa Ha 20:2
مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ 
Bermaksud: Kami tidak menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahai Muhammad)supaya engkau menanggung kesusahan. 

An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan (berupa mu'jizat) yang jelas nyata (membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci(yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Qur'an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. 
- kadang-kadang sebut ٱلذِّكْرَ iaitu alquran.
- ada juga alfurqan.
Minit 38

²⁰ Yang dimaksudkan dengan apa yang diturunkan sebelummu ialah kitab-kitab suci dan suhuf-suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum nabi Kita Muhammad s.a.w. Ia tersebut dengan jelas di dalam ayat-ayat berikut
-ini juga kitab suci.

Al-Baqarah 2:136
قُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami (Al-Qur'an), dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub serta anak cucunya, dan juga apa yang diberikan kepada Musa (Taurat) dan Isa (Injil) serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka, dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya." 
- alquran dan kitab sebelum kitab quran, taurat, injil.

Al-A'la 87:18إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ 
Al-A'la 87:19صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ 
Bermaksud: Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada(disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu(18) 
(iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa(19) 
-kitab terdahulu.

Aali-Imran 3:3
نَزَّلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوْرَىٰةَ وَٱلْإِنجِيلَ 
Aali-Imran 3:4
مِن قَبْلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلْفُرْقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ ذُو ٱنتِقَامٍ 
Bermaksud: Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Qur'an)dengan sebenarnya, mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.(3)
sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia, dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Perkasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).(4) 
- kitab quran dan kitab2 sebelum
- kitab quran mengesahkan kitab sebelum.
- Allah tak biarkan manusia tanpa panduan atau kitab.
- percaya kitab
Minit 50
- ancaman, azab seksa yang amat berat

Al-Hijr 15:9إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ 
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.

-tanpa panduan kitab suci ,manusia tidak mampu jadi orang bijak.

Dan juga orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)¹⁹ dan apa yang diturunkan sebelummu²⁰  serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)²¹ [4]

²¹Apa yang disebut Allah sebagai sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa (al-Muttaqin)di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah al-Baqarah ini, disebut dengan lebih terang dan terperinci di dalam ayat ke-177 surah sama. 
Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
Al-Baqarah 2:177
لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ 
Bermaksud: Bukanlah kebajikan itu hanya menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan mendermakan harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), orang-orang yang meminta-minta (kerana kesulitan hidup); dan untuk(memerdekakan) hamba sahaya, serta mendirikan shalat, menunaikan zakat; menepati janjinya apabila berjanji, sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

-hidupnya penuh dengan perkara2 ini..
- zaman Nabi mengadap kepada Baitulmaqdis kemudian ke Kaabah.
- mengadap tidak sepenting mengikut perintah Allah
- jaga janji dengan Allah iaitu beriman kepada kitab dulu juga
-hadapkan wajah  kepada tempat yang Allah tentukan


Mereka²² itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya²³ [5]

²² Mereka yang sifat-sifatnya tersebut di dalam dua ayat sebelum inilah golongan yang berada di atas petunjuk yang diturunkan dari Tuhan.

²³ masuk syurga dan dijauhkan dari neraka. 
Pada tempat yang lain di dalam Al-Qur'an Allah menyatakan sifat-sifat orang-orang mu'min yang berjaya dan kemuncak kejayaan yang diperolehi mereka begini:
- tengok ayat ini tentang ukuran yang berjaya ialah seperti dalam ayat ini:
Al-Mu'minun:1-11
Ayat 1قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُون
Ayat 2الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Ayat 3وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Ayat 4وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Ayat 5وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Ayat 6إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Ayat 7فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُون
Ayat 8وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Ayat 9وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Ayat 10أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
Ayat 11الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا  خَالِدُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1)
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2) mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (3) 
mereka yang menunaikan zakat; (4) 
Dan mereka yang menjaga kehormatannya; (5) 
kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela(6)
sesiapa yang mencari selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (7) 
Dan mereka yang menjaga amanah serta janjinya; (8) 
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; (10) 
yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11) 
-inilah orang yang berjaya.
-khusyuk
-tidak leka &buat yang berfaedah sahaja
-mewarisi=berhak dapat seperti tuhan tiada
-tuhan sebut dgn perkataan waris seolah2 tuhan nak mati walhal Allah tidak mati ,orang yang nak mati mesti cakap yg betul.
-contoh dalam keluarga  bila ayah mati,lebih bebaslah anak...
-seperti wasiat, perkara sangat dikehendaki oleh tuan punya harta, padahal tuhan tidak akan mati.

Habis....nak 2 tahun...paling lama 3 tahun..
1jam 06 minit


Nota 2
Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ 
Sesungguhnya (ada) orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka, engkau beri peringatan kepadanya atau tidak engkau beri peringatan, mereka tetap tidak akan beriman²⁴ 

Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada selaput (penutup). Dan untuk mereka (pula disediakan) azab siksa yang amat besar²⁵

Al-Baqarah 2:8
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ 
Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari akhir,” padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

Al-Baqarah 2:9
يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ 
Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sadari.

Al-Baqarah 2:10
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًاۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, karena mereka berdusta.

1jam 08 minit


Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ 
Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Sesungguhnya (ada) orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka, engkau beri peringatan kepadanya atau tidak engkau beri peringatan, mereka tetap tidak akan beriman²⁴ [6]
- bukan semua orang kafir begitu

Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada selaput (penutup). Dan untuk mereka (pula disediakan) azab siksa yang amat besar²⁵[7] 

²⁴ Orang-orang kafir yang tetap tidak akan beriman itu ialah yang sama sahaja kepada mereka, diberi peringatan kepadanya atau tidak. Kedegilan mereka luar biasa. Mereka langsung tidak bersedia mendengar dan berfikir soal kebenaran. Tetapi tidak semua orang-orang kafir begitu, kerana terbukti selepas turun ayat ini sekalipun, sangat ramai di antara mereka yang memeluk agama Islam. 
- orang kafir pun banyak peringkat  yang kemuncak itulah yang tak masuk Islam.

Selain mempunyai sifat yang disebutkan di dalam ayat ke-6 ini, Allah menyebutkan beberapa lagi sifat orang-orang kafir yang tetap tidak akan beriman hingga mati, melalui ayat di bawah ini:
Ghafir 40:35
ٱلَّذِينَ يُجَٰدِلُونَ فِىٓ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَٰنٍ أَتَىٰهُمْۖ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ وَعِندَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ۚ كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ 
Bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). Amat besar kemurkaan (terhadap mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.
-sifat suka memperdebatkan ayat Allah.

²⁵ Ayat ke-7 ini menyatakan akibat bagi sikap orang-orang kafir yang tersebut didalam ayat ke-6 sebelumnya. Ia tidak bercerita tentang semua orang-orang kafir.Kalau semua orang kafirlah yang dimaksudkan, niscaya tidak ada orang kafir dapat memeluk agama Islam hingga kiamat.
Sedangkan kenyataan mendustakannya. Ia sekadar menyatakan Sunnatullah (ketentuan Allah) tentang orang-orang kafir seperti itu, sama seperti apa yang difirmankan Allah di dalam dua ayat di bawah ini:
Al-Hasyr 59:19
وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمْ أَنفُسَهُمْۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada(perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). 

Lupa manusia kepada Allah dan ajaran-ajaranNya mengakibatkan mereka lupa mengerjakan kebaikan yang akan mendatangkan keuntungan kepada diri mereka sendiri. Itulah Sunnatullah.

Al-Ma'idah 5:13
فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَٰقَهُمْ لَعَنَّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَٰسِيَةًۖ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦۙ وَنَسُوا۟ حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَآئِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱصْفَحْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ 
Bermaksud: Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) daripada tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik. 

Orang-orang Yahudi dila'nat oleh Allah dan hati mereka menjadi keras disebabkan mereka telah melakukan kesalahan-kesalahan yang amat berat seperti mencabuli perjanjian setia dengan Allah, menyelewengkan kitab suci Taurat dan meninggalkan sebahagian daripada isi kitab yang dijadikan peringatan untuk mereka. Perangai jahat mereka itu berterusan generasi demi generasi hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. Semua itulah yang menyebabkan hati mereka menjadi keras dan mereka mendapat kutukan dan la'nat dari Allah. Bukanlah Allah dengan tidak semena-mena mengutuk dan mela'nat mereka. Bukan juga tanpa sebab Allah menjadikan hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran). Semuanya berlaku menurut Sunnatullah, akibat perbuatan keji mereka.
- akibat jenayah yang telah mereka buat .

Nifaq dan irtidaad (menjadi murtad) adalah antara penyakit yang boleh mengakibatkan hati manusia terkunci mati dan ia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapat petunjuk lagi. Lihatlah firman Allah di bawah ini sebagai buktinya:

Al-Munafiqun 63:3
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ 
Bermaksud: (Perbuatan buruk) yang demikian itu adalah kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam), kemudian mereka menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). 

An-Nisa' 4:137
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ ثُمَّ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًا لَّمْ يَكُنِ ٱللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًۢا 
An-Nisa' 4:138بَشِّرِ ٱلْمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian semakin bertambah-tambah lagi kekufurannya, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka, dan tidak (pula)akan memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang benar. (137)
Berilah berita gembira kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya.(138). 

Demikianlah Sunnatullah atau taqdir Allah dalam hal ini.
-Dengan sebab itu perlu berhati-hati.