Selasa, Mac 08, 2022

Sahih bukhari kitab jumaat sesi 03ss

Sahih bukhari kitab jumaat sesi 03ss


باب هَلْ عَلَى مَنْ لَمْ يَشْهَدِ الْجُمُعَةَ غُسْلٌ مِن النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ وَغَيْرِهِمْ: 
وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ إِنَّمَا الْغُسْلُ عَلَى مَنْ تَجِبُ عَلَيْهِ الْجُمُعَةُ. 
Bab adakah mesti kepada  orang hendak hadir Jumaat  mandi dari kalangan perempuan dan kanak- kanak  dan selain mereka itu . Berkata Ibnu Umar mandi itu wajib hanya keatasnya Jumaat.

-dimulakan dengan هَلْ, ini tak dijawab.
- yang tidak diwajibkan hadir ada yang kata wajib dan ada yang kata tak wajib mandi.
- IB cenderung untuk orang yang wajib keatasnya solat Jumaat.

٨٤٥ - حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ جَاءَ مِنْكُمْ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ

845. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri berkata, telah menceritakan kepadaku 
Salim bin 'Abdullah bahwa dia mendengar 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhuma berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siapa di antara kalian yang mendatangi shalat Jum'at, maka hendaklah dia mandi?"
-mandi kerana nak pergi solat Jumaat.

٨٤٦ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ غُسْلُ يَوْمِ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ
846. Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Shafwan bin Sulaim dari 'Atha' bin Yaar dari Abu Sa'id Al Khudri, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mandi pada hari Jum'at adalah wajib bagi setiap orang yang sudah baligh."
- hadits ini menunjukan berkait dengan hari, mandi kerana hari Jumaat

٨٤٧ - حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْنُ الْآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَهَذَا الْيَوْمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ فَهَدَانَا اللَّهُ فَغَدًا لِلْيَهُودِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى فَسَكَتَ ثُمَّ قَالَ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَغْتَسِلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ رَوَاهُ أَبَانُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلَّهِ تَعَالَى عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ حَقٌّ أَنْ يَغْتَسِلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا

847. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhaib berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Thawus dari Bapaknya dari 
Abu Hurairah berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kita datang terakhir dan akan pertama pada hari kiamat. Mereka diberi Kitab sebelum kita dan kita diberi sesudah mereka. Inilah hari (Jum'at) dimana mereka berselisih tentangnya namun Allah memberi petunjuk kepada kita. Maka esok hari untuk Yahudi dan lusa untuk Nashrani." Beliau lalu diam, setelah itu beliau bersabda lagi: "Sudah menjadi kewajiban bagi setiap Muslim untuk mandi pada satu hari dari setiap tujuh hari, pada hari itu dia basuh kepala dan tubuhnya." 
-ini wajib mandi

Diriwayatkan oleh Aban bin Shalih dari Mujahid dari Thawus dari Abu Hurairah berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bagi setiap Muslim sudah menjadi kewajiban karena Allah Ta'ala untuk mandi pada satu hari dari setiap tujuh hari."

-ketiga-tiga pendapat dibawa oleh IB
- hari jumaat hari raya dalam seminggu.
- hukum mandi hari jumaat ialah menjaga kebersihan.
-kemudian tahkib
- kemudian takhrij
- kemudian tanqihumanaf
- semua untuk kebersihan, 
Al-Muddaththir 74:4 وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ 
maka bersihkanlah pakaian mu
- kain bersih ,bererti badan akan bersihkan dulu.
-mandi akan membersihkan diri sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Al-Baqarah 2:222
 إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ 
Sungguh, Allah menyukai orang yang tobat dan menyukai orang yang menyucikan diri.

-kenapa Allah suka kepada orang yang bertaubat adalah kerana suci juga.

باب قول النبي صلى الله عليه وسلم ((ائذنوا للنساء بالليل إلى المساجد)): 
Bab dari Nabi saw:Benarkan wanita pada waktu malam pergi kemasjid.
-apa kena mengena dengan tajuk?
-mufti wali hasan, setiap kali nak ngajar kena baca jika tidak bengong.
-IB sependapat imam Abu Hanifah, benarkan wanita pergi solat waktu malam, lebih tertutup dari gangguan.
- Benarkan wanita pada waktu malam pergi kemasjid (ائذنوا للنساء بالليل إلى المساجد) bermakna waktu siang tak dibenarkan.
- belajar hadits kena mengadap guru (minit 33).jika tidak nanti tertinggal atau tak akan faham perkara seperti ini
-ada yang faham , siang lebih selamat dari malam.
Jika malam boleh siang lagilah boleh tetapi ini bukan maksud IB.

Kesuaian  dengan tajuk?

٨٤٨ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا شَبَابَةُ حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ائْذَنُوا لِلنِّسَاءِ بِاللَّيْلِ إِلَى الْمَسَاجِدِ
848. Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Syababah telah menceritakan kepada kami Warqa' dari 'Amru bin Dinar dari Mujahid dari Ibnu 'Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Izinkanlah para wanita (bila minta izin) pergi ke masjid di malam hari."

٨٤٩ - حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَتْ امْرَأَةٌ لِعُمَرَ تَشْهَدُ صَلَاةَ الصُّبْحِ وَالْعِشَاءِ فِي الْجَمَاعَةِ فِي الْمَسْجِدِ فَقِيلَ لَهَا لِمَ تَخْرُجِينَ وَقَدْ تَعْلَمِينَ أَنَّ عُمَرَ يَكْرَهُ ذَلِكَ وَيَغَارُ قَالَتْ وَمَا يَمْنَعُهُ أَنْ يَنْهَانِي قَالَ يَمْنَعُهُ قَوْلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ  اللَّه


849. Telah menceritakan kepada kami Yusuf bin Musa telah menceritakan kepada kami Abu Usamah telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin 'Umar dari Nafi' dari 
Ibnu 'Umar: "Isteri Umar ikut menghadiri shalat Shubuh dan 'Isya berjama'ah di masjid." Lalu dikatakan kepadanya, "Kenapa kamu pergi ke masjid padahal kamu telah mengetahui bahwa 'Umar tidak menyukainya?" Wanita itu berkata, "Apa yang menghalangi dia untuk melarangku?" Penanya itu berkata, "Yang mencegahnya adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: 'Janganlah kalian larang para wanita mendatangi masjid-masjid Allah."


باب الرُّخْصَةِ إِنْ لَمْ يَحْضُرِ الْجُمُعَةَ فِي الْمَطَرِ: 
Bab Rukhsah tidak hadir Jumaat jika hari hujan

٨٥٠ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ صَاحِبُ الزِّيَادِيِّ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْحَارِثِ ابْنُ عَمِّ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لِمُؤَذِّنِهِ فِي يَوْمٍ مَطِيرٍ إِذَا قُلْتَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَلَا تَقُلْ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ قُلْ صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ فَكَأَنَّ النَّاسَ اسْتَنْكَرُوا قَالَ فَعَلَهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنِّي إِنَّ الْجُمْعَةَ عَزْمَةٌ وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أُحْرِجَكُمْ فَتَمْشُونَ فِي الطِّينِ وَالدَّحَضِ

850. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Isma'il berkata, telah mengabarkan kepadaku 'Abdul Hamid sahabatnya Az Ziyadi, berkata; telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Al Harits anak pamannya 
Muhammad bin Sirin, Ibnu 'Abbas berkata kepada Mu'adzinnya saat hari turun hujan(lebat), "Jika kamu sudah mengucapkan 'ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH', janganlah kamu sambung dengan HAYYA 'ALASHSHALAAH (Marilah mendirikan shalat) '. Tapi serukanlah, 'SHALLUU FII BUYUUTIKUM (Shalatlah di tempat tinggal masing-masing) '." Lalu orang-orang seakan mengingkarinya. Maka Ibnu 'Abbas pun berkata, "Sesungguhnya hal yang demikian ini pernah dilakukan oleh orang yang lebih baik dariku. Sesungguhnya shalat Jum'at adalah kewajiban dan aku tidak suka (menyusahkan kamu) untuk mengeluarkan kalian, sehingga kalian berjalan di tanah yang penuh dengan air dan lumpur."
-ini hadits maukuf fil hukmi marfuk.(telah buat ini orang yang lebih baik)
- jika sebut  HAYYA 'ALASHSHALAAH (Marilah mendirikan shalat), solat jumaat jadi wajib.
-ini satu rukhsah


باب مِنْ أَيْنَ تُؤْتَى الْجُمُعَةُ وَعَلَى مَنْ تَجِبُ: 
لِقَوْلِ اللَّهِ- جَلَّ وَعَزَّ- {إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاَةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ}. 
Bab dari manakah Jumaat itu didatangi dan atas siapa wajib Jumaat itu kerana إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاَةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
Apabila telah diseru untuk melaksanakan shalat pada hari Jum‘at

وَقَالَ عَطَاءٌ إِذَا كُنْتَ فِي قَرْيَةٍ جَامِعَةٍ، فَنُودِيَ بِالصَّلاَةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ، فَحَقٌّ عَلَيْكَ أَنْ تَشْهَدَهَا، سَمِعْتَ النِّدَاءَ أَوْ لَمْ تَسْمَعْهُ. وَكَانَ أَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي قَصْرِهِ أَحْيَانًا يُجَمِّعُ وَأَحْيَانًا لاَ يُجَمِّعُ، وَهْوَ بِالزَّاوِيَةِ عَلَى فَرْسَخَيْنِ. 

Berkata Atho' bila engkau berada di Qariah Jamiah lalu dilaungkan azan Jumaat pada hari Jumaat , maka mestilah engkau  hadir samada engkau dengar azan itu atau tidak dengar . Dan Anas berada dirumahnya, kadang-kadang buat   Jumaat dan kadang-kadang dia tak buat Jumaat. Dia berada di Zawiah di pinggir  bandar Basrah.


٨٥١ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ حَدَّثَهُ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَ النَّاسُ يَنْتَابُونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مِنْ مَنَازِلِهِمْ وَالْعَوَالِيِّ فَيَأْتُونَ فِي الْغُبَارِ يُصِيبُهُمْ الْغُبَارُ وَالْعَرَقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُمْ الْعَرَقُ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْسَانٌ مِنْهُمْ وَهُوَ عِنْدِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ تَطَهَّرْتُمْ لِيَوْمِكُمْ هَذَا

851. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Wahab berkata, telah mengabarkan kepadaku 'Amru bin Al Harits dari 'Ubaidullah bin Abu Ja'far bahwa Muhammad bin Ja'far bin Az Zubair menceritakan kepadanya dari 'Urwah bin Az Zubair dari 
'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ia berkata, "Orang-orang datang berbondong-bondong (bergilir- gilir) pada hari Jum'at dari tempat tinggal mereka dan pinggiran kota yang jauh, mereka datang melewati padang pasir yang berdebu sehingga mereka pun berdebu dan berkeringat. Lalu seorang dari mereka mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu beliau sedang bersamaku, beliau lantas bersabda: "Seandainya kalian mandi dahulu."

- ini tajuk  besar juga ada khilaf.
-Didatangi Jumaat  itu jarak sejauh mana dan kepada siapa wajib pergi Jumaat itu?
Disini IB nak cerita khilaf nya
-ada kata jika dengar azan.
- adakata jika balik sampai malam dirumahnya
-asalkan duduk dikawasan qariah jamiah. Jika diluar maka tidak wajib.
-dibawanya hadits Anas
Dan Anas berada dirumahnya, kadang-kadang buat   Jumaat dan kadang-kadang dia tak buat Jumaat. Dia berada di Zawiah(3 batu dari Basrah) di pinggir  bandar Basrah.وَكَانَ أَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي قَصْرِهِ أَحْيَانًا يُجَمِّعُ وَأَحْيَانًا لاَ يُجَمِّعُ، وَهْوَ بِالزَّاوِيَةِ عَلَى فَرْسَخَيْنِ

-ada kata qariah tidak jamiah pun wajib juga.
-IB  bawa atsar, Atho' bila engkau berada di Qariah Jamiah.
-ciri2 Qariah Jamiah iaitu ada ciri2  tamadun misalnya ada kadi, pejabat pos, ada penggawa atau kemudaha2n itu..
- qariah bukan kg biasa.
-tetapi bg imam malik , qariah adalah kampung.
-imam syafie qariah tak penting yang penting bilanganya.
-Anas kadang2 buat , kadang2 tak buat.
- kalu wajib kenapa kadang2.
-36,000 kawasan takluk Umar, 900 sahaja dibuat Jumaat, ini menunjukan Jumaat itu dibuat pada Jamiah Qaryah.
-sebelum ini tajukباب الْجُمُعَةِ فِي الْقُرَى وَالْمُدْنِ: 
Bab Jumaat di kampung dan bandar
-jika kita terjemah kampung , ya lah betul
Tapi orang hanafi tak terima,الْقُرَى bukan kampung.
- masjid yang mula2 didirikan solat Jumaat selepas masjid Nabi saw ialah masjid di Abdul Qais Juwasabahrin.
843. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir Al 'Aqadi berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Thahman dari Abu Jamrah Adh Dhuba'i dari Ibnu 'Abbas bahwa dia berkata, "Sesungguhnya (shalat) Jum'at yang pertama kali dilaksanakan setelah (shalat) Jum'at) di Masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah di Masjid 'Abdul Qais di kampung Juwatsa, negeri Bahrain."

- katalah wajib solat di Madinah ( yang kuat diMekah lagi), ini masih awal . Di Juwasabahrain ini  pada tahun 3 hijrah.
Jadi qariah jamiah.
- dari Aisyah, sahabat pergi dengan bergilir-gilir يَنْتَابُونَ
- jika wajib kenapa bergilir2

- mandi untuk kebersihan

باب وَقْتُ الْجُمُعَةِ إِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ: 
وَكَذَلِكَ يُرْوَى عَنْ عُمَرَ وَعَلِيٍّ وَالنُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ وَعَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ. 
Bab  waktu Jumaat bila gelincir matahari.
Demikian disebutkan daripada Umar dan Ali  dan Nukman bin Basyir dan Amar bin Huraits ra

-ini IB dah buat keputusan sebab byk hadits dan sahabat pun guna begitu.
-ada yang berpendapat sebelum gelincir matahari.
-IB bermimpi Rasullah dihirung lalat dan IB yang kibas.
Ishak bin Rahawih takwil mimpi IB...
- ada yang berpendapat waktu jumaat bermula pagi seperti hari raya.



٨٥٢ - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ أَنَّهُ سَأَلَ عَمْرَةَ عَنْ الْغُسْلِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَتْ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ النَّاسُ مَهَنَةَ أَنْفُسِهِمْ وَكَانُوا إِذَا رَاحُوا إِلَى الْجُمُعَةِ رَاحُوا فِي هَيْئَتِهِمْ فَقِيلَ لَهُمْ لَوْ اغْتَسَلْتُمْ

852. Telah menceritakan kepada kami 'Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami 
Yahya bin Sa'id bahwa dia bertanya kepada 'Amrah tentang mandi pada hari Jum'at. Maka dia menjawab, "' Aisyah? radliallahu 'anha berkata, "Orang-orang bekerja untuk memenuhi kebutuhan diri mereka masing-masing, ketika menghadiri shalat Jum'at, mereka tetap dalam keadaan mereka masing-masing (dengan pakaian kerjanya), maka dikatakan kepada mereka, "Seandainya kalian mandi terlebih dahulu."


٨٥٣ - حَدَّثَنَا سُرَيْجُ بْنُ النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عُثْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِينَ تَمِيلُ الشَّمْسُ
853. Telah menceritakan kepada kami Suraij bin An Nu'man berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari 'Utsman bin 'Abdurrahman bin 'Utsman At Taimi dari 
Anas bin Malik radliallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan shalat Jum'at ketika matahari sudah tergelincir(condong)."

٨٥٤ - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا نُبَكِّرُ بِالْجُمُعَةِ وَنَقِيلُ بَعْدَ الْجُمُعَةِ

854. Telah menceritakan kepada kami 'Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Humaid dari 
Anas bin Malik berkata, "Kami bersegera (berpagi-pagi dan awal waktu) dalam mengerjakan shalat Jum'at, dan tidur siang setelahnya."

-IB buat tajuk waktu Jumaat. Bila waktunya?
- bermula gelincir matahari seperti waktu zohor
- maksud نُبَكِّرُ ialah dipercepat buat.


باب إِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ: 
Bab bila panas kuat pada hari Jumaat.

٨٥٥ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا حَرَمِيُّ بْنُ عُمَارَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ هُوَ خَالِدُ بْنُ دِينَارٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اشْتَدَّ الْبَرْدُ بَكَّرَ بِالصَّلَاةِ وَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ أَبْرَدَ بِالصَّلَاةِ يَعْنِي الْجُمُعَةَ قَالَ يُونُسُ بْنُ بُكَيْرٍ أَخْبَرَنَا أَبُو خَلْدَةَ فَقَالَ بِالصَّلَاةِ وَلَمْ يَذْكُرْ الْجُمُعَةَ وَقَالَ بِشْرُ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ قَالَ صَلَّى بِنَا أَمِيرٌ الْجُمُعَةَ ثُمَّ قَالَ لِأَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَيْفَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الظُّهْرَ

855. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Bakar Al Muqaddami berkata, telah menceritakan kepada kami Harami bin 'Umarah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Khaldah -yaitu Khalid bin Dinar- berkata, Aku mendengar Anas bin Malik berkata, "Jika hari terasa sejuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyegerakan pelaksanaan shalat, dan bila udara panas beliau mengakhirkannya, yakni shalat Jum'at." Yunus bin Bukair berkata; telah mengabarkan kepada kami Abu Khaldah menyebutkan dengan lafadz 'shalat' saja dan tidak menyebutkan kata 'jum'at'. Bisyr bin Tsabit berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Khaldah ia berkata, "Ada seorang amir (pemimpin) shalat bersama kami kemudian bertanya kepada Anas? radliallahu 'anhu, "Bagaimana cara Nabi shallallahu 'alaihi wasallam shalat Zhuhur?"
- murid Abu Khaldah ialah Harami bin 'Umarah, orang yang tsiqah.

باب الْمَشْيِ إِلَى الْجُمُعَةِ: 
وَقَوْلِ اللَّهِ- جَلَّ ذِكْرُهُ- {فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ}. 
وَمَنْ قَالَ السَّعْيُ الْعَمَلُ وَالذَّهَابُ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا}. 
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَحْرُمُ الْبَيْعُ حِينَئِذٍ. 
وَقَالَ عَطَاءٌ تَحْرُمُ الصِّنَاعَاتُ كُلُّهَا. 
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ إِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَهْوَ مُسَافِرٌ فَعَلَيْهِ أَنْ يَشْهَدَ. 

Bab berjalan pergi berjumaat.فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ maka segeralah kamu mengingat Allah.Dan orang yang berpendapat amal dan pergi ,berdasarkan firman Allah swt وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh,
Dan Ibnu Abbas berkata haram jualbeli ketika itu dan Atho' berkata haram segala perusahaan ketika itu.
Dan Ibrahim bin Saad  dari Zuhri . Bila muazin bang pada hari Jumaat dan keadaan sesaorang itu musafir wajib atasnya hadir Junaat

Dan firman Allah swt
Al-Jumu'ah 62:9
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan shalat pada hari Jum‘at, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Al-Isra' 17:19
وَمَنْ أَرَادَ ٱلْءَاخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا 
Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik.


- makna الْمَشْيِ bukan berlari sahaja, ada juga dengan makna berusaha.
-haram jualbeli
-haram pertukangan
- muamalat nikahkahwin
-zuhri, musafir pun kena p.
- tujuan atsar, suruh p solat jumaat.pergi  berjalan dengan tenang.

٨٥٦ - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا عَبَايَةُ بْنُ رِفَاعَةَ قَالَ أَدْرَكَنِي أَبُو عَبْسٍ وَأَنَا أَذْهَبُ إِلَى الْجُمُعَةِ فَقَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اغْبَرَّتْ قَدَمَاهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
856. Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin 'Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Abu Maryam Al Anshari berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abayah bin Rifa'ah berkata, " Abu 'Ab as berjumpa denganku saat aku sedang berangkat untuk shalat Jum'at, lalu ia berkata, "Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang kedua kakinya berdebu di jalan Allah, maka Allah mengharamkan orang itu untuk masuk neraka."
-pergi solat jumaat pun termasuk fisabilillah.


٨٥٧ - حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ قَالَ الزُّهْرِيُّ عَنْ سَعِيدٍ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
857. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b, Az Zuhri berkata dari Sa'id dan Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. (dalam jalur lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdurrahman bahwa 
Abu Hurairah berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika shalat sudah ditegakkan (iqamatnya) janganlah kalian mendatanginya dengan tergesa-gesa. Datangilah dengan berjalan tenang. Maka apa yang kalian dapatkan shalatlah, dan mana yang ketinggalan sempurnakanlah."
- berjalan dengan tenang

٨٥٨ - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو قُتَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ لَا أَعْلَمُهُ إِلَّا عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ

858. Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin 'Ali berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mubarak dari Yahya bin Abu Katsir dari '
Abdullah bin Abu Qatadah yang aku tidak mengetahuinya kecuali dari Bapaknya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Janganlah kalian berdiri hingga kalian melihat aku. Dan wajib bagi kalian (mengerjakannya dengan) tenang."

- ni bila dah nak solat bangun dengan tenang jangan berebut2 walaupun ada kelebihan.

Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(12-26)s

Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(12-26)s

Pengenalan kepada 16 Istilah
Setiap  surah akan ada sekurang- kurangnya satu. 
Ada surah yang ada lebih dari satu istilah, sebagai contoh, Surah Baqarah ada semua 16 istilah. 
Istilah-istilah ini adalah hasil dari rujukan 50 kitab tafsir dalam 4 bahasa.  
Ulama yang telah menyusun istilah-istilah ini adalah Maulana Husain Ali al-Wani.

1. Dakwa/Maksud Asal bagi sesuatu Surahمقصود أو دعوى
Pokok perbahasan surah itu. Apa yang Allah hendak sampaikan. Ianya adalah ‘Maksud’ surah itu diturunkan. Ianya paling penting yang kita kena tahu dahulu. Kena faham maksud ayat itu. Oleh itu, semasa kita baca ayat-ayat yang lain, jangan lari dari Dakwa itu. Kita 
kena kaitkan ayat-ayat yang lain dengan Dakwa Surah itu.
Dakwa Surah juga dikenal sebagai tajuk perbahasan dan kajian sesuatu surah itu.Untuk menerangkan Dakwa itu, Allah dibawakan dalil-dalil dalam ayat lain. Ayat-ayat lain 
sebagai penyempurnaan kepada Dakwa Surah itu.

Ada surah-surah iaitu ‘hamim tujuh’, hanya ada satu Dakwa untuk ketujuh-tujuh surah. 
Ada surah yang ada lebih dari satu Dakwa. Sebagai contoh, ayat Dakwa ada tiga dalam 
Surah Baqarah.
Selain dari Dakwa utama, Ada surah yang ada tanwirul dakwa, iaitu ‘Dakwa tambahan’. Ini selalunya disampaikan dalam bentuk soalan dan jawapan.
Dakwa umpama biji untuk satu pokok. Semua bahagian lain pokok itu seperti akar, dahan, batang dan sebagainya tentu ada hubungan dengan biji itu. Kerana semua berasal dari biji itu. Oleh itu, semua ayat ada hubungan dengan Dakwa surah itu.

Ada tiga bahagian perbincangan di dalam Dakwa Surah:
A. Tauhid. Allah nak kita kenal Dia. Kalau baca quran tapi tak kenal Allah, tak kena kalau begitu. Oleh kerana itu, kebanyakan surah dalam Quran adalah tentang Allah.
B. Risalah – kerasulan. Cara untuk dapat keredhaan Allah adalah dengan mengikut Rasul. 
Hanya dengan cara ini sahaja. Selain dari cara ini ditolak dan akan menyebabkan kemurkaan Allah.
– Sedikit sahaja Dakwa tentang risalah. Hal Risalah banyak diuraikan dalam hadis. Ini juga penting kerana Hadis adalah Wahyu Kedua.
C. Akhirat. Allah nak kita buat persiapan untuk jumpa Dia. Dan Allah hanya berjumpa dengan hambaNya dalam syurga. Iaitu kita dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita. Kita belajar ayat-ayat Dakwa tentang Akhirat kerana kita kena yakin bahawa ada satu alam selepas mati. Itulah alam yang akan kekal.
– Ayat-ayat tentang Akhirat lebih banyak dari ayat-ayat tentang Risalah. 1/4 dari Quran  menceritakan tentang Akhirat. Dan kebanyakan ayat tentang Akhirat ini duduknya di hujung Quran.
Ketiga-tiga perkara ini adalah kesimpulan agama Islam.

Percakapan tentang agama berlegar dalam tiga perkara ini. Kena ada tiga-tiga perkara ini, barulah lengkap agama.
Ketiga-tiga perkataan ini pula dibahagikan kepada dua maf’ul.
A. Kena tahu lawan kepadanya. Sebagaimana kita nak kenal putih, kena tahu hitam.Oleh itu, untuk kita tahu tauhid, kena tahu tentang syirik. Oleh kerana tidak faham 
perkara ini, banyak kalangan orang Islam yang belajar tauhid, tapi lintang pukang agama mereka sebab tidak tahu tentang syirik. Maknanya, walaupun mereka dah belajar, tapi mereka gagal juga. Lihatlah kepada Syahadah kita. Perkataan La ilaaha itu maksudnya ‘tolak syirik’. Jadi kena 
tolak syirik dahulu sebelum kita dapat faham Tauhid. Kalau tak kemas perkara ini, boleh menyebabkan amalan ibadat semuanya ditolak. Maka sia-sialah amal ibadat kita yang 
dibuat bertahun-tahun lamanya. Ini penting sekali kerana syarat amalan diterima adalah pembuat ibadat itu mesti seorang Muslim, bukan? Kalau ada masalah akidah, maka tidak sempurna keislaman seseorang, dan mereka yang tidak sempurna Islamnya, tidak diterima amal ibadatnya.
Dan inilah perkara inilah yang paling dikacau oleh syaitan terhadap hamba. Hal tauhid lah yang mereka akan terkam dahulu. Kerana masalah Tauhid sahaja, amalan semua kosong dan tidak dinilai langsung oleh Allah. Perumpaan Akidah ini adalah ibarat belon. Nak tiup belon, pastikan tidak ada lubang langsung pada belon itu. Kalau ada lubang tidak ditampung, akan ada masalah untuk kita tiup belon dan kumpul udara dalam belon itu. Udara itu adalah ibarat amal ibadat kita. Dan untuk pecahkan belon, cukup dengan satu lubang sahaja, tidak perlu banyak. Maknanya, buat satu syirik sahaja, dah rosak semua akidah kita dan amal ibadat kita semuanya hancur.

Dan untuk menerangkan Tauhid, Allah terangkan semua lubang-lubang syirik dalam Quran  ini. Ketahuilah bahawa Quran ini mengandungi 80% hal tauhid. 20% sahaja hal-hal lain. Maka kena belajar semua ayat Quran kerana takut ada tertinggal. Seperti yang kita kata, untuk memecahkan belon, cukup dengan hanya satu jarum sahaja. Oleh itu, kena baca dan kena faham Quran dulu sebelum kita buat amal ibadat. Sebab itulah para sahabat tidak benarkan anak mereka belajar ilmu lain sebelum belajar ilmu Tafsir Quran.
Malangnya, ramai yang tak faham kepentingan belajar Tafsir Quran dan kepentingan belajar Tauhid. Ramai yang tak jelas sebab tak belajar. Padahal bukan susah nak faham. Tapi ramai yang tak mahu belajar juga.
Tambahan pula Syirik ini hal dalaman. Iaitu ianya perkara dalam hati kita. Tak nampak di luar, jadi susah untuk dikesan. Oleh itu, tuan badan kena belajar sendiri. Sebab itu semua kena belajar Tafsir Quran. Supaya kita boleh suluh hati kita supaya selamat daripada melakukan syirik.

B. Berkenaan Risalah, iaitu risalah Kenabian. Oleh itu, kita kena tahu apakah perbuatan dan amalan Nabi – sunnah. Lawan kepada Sunnah adalah bidaah iaitu perkara yang Nabi dan sahabat tak buat. Jadi kena pastikan apakah amalan agama yang kita lakukan itu adalah sunnah atau tidak.Tentang perkara feqah, terdapat perselisihan antara ulama-ulama mazhab dan kita kena tahu bahawa kebanyakan perkara yang disampaikan oleh ulama mazhab adalah sunnah kerana di belakang mereka adalah rujukan kepada para sahabat. Maka apa yang mereka 
bawa itu tidak dikira bidaah. Perselisihan pendapat tidak ada masalah .
Risalah banyak disebut dalam hadis. Oleh kerana itu, selain Quran, kena juga belajar hadis.

C. Maf’um Akhirat. Apabila roh sudah ditarik, dan sudah mula dipertontonkan apa yang hamba itu akan dapati dari nasibnya – baik atau buruk, itu sudah dikira sebagai permulaan akhirat dah. Itulah permulaannya, sampai kepada abadi yang tiada hujung.Apa yang dialami oleh mereka yang hampir itu dinamakan ‘nazak’. Saat itu, taubat dah tidak bernilai lagi dan amalan tidak dikira lagi. Padahal roh ada dalam tubuhnya lagi. Oleh itu, semua amal kebaikan kena buat sebelum itu. Banyakkan amalan selama mana nyawa tak sampai ke halqum.
Lawannya adalah dunia. Kerana bahayanya dunia kepada manusia, Allah huraikan juga tentang dunia dalam Quran. Allah Maha tahu tentang dunia lebih dari kita, jadi Dia 
beritahu kepada kita supaya kita tahu hakikat sebenar dunia itu. Supaya kita berwaspada dan dapat elak tipudaya dunia.

2. Dalil. دليل 
Setiap Dakwa mesti ada dalil. Dalil adalah suatu bukti yang dikemukakan bagi mensabitkan Dakwa. Biasanya Allah mendatangkan berbagai-bagai dalil dalam Quran dengan tujuan untuk mensabitkan Dakwa Surah. Biasanya, di mana sahaja ada Dakwa, di situ akan ada dalilnya. Dan kebiasaannya, Dalil akan datang menyelusuri Dakwa.
Pemahaman dalil yang mantap akan memberikan seseorang itu kefahaman yang tinggi  terhadap Dakwa Surah itu.

Dalil terbahagi kepada tiga jenis: Aqli, Naqli dan Wahyi.
A. Dalil Aqli – عقلي
Dalil Aqli ialah sejenis dalil yang dapat diterima oleh setiap yang berakal atau boleh diterima oleh setiap yang memiliki naluri fitrah yang Allah berikan kepada semua orang. 
Oleh itu sekiranya manusia tidak di kuasai oleh hawa nafsu jahat atau suasana yang buruk yang merosakkannya, nescaya dengan akal dan fitrah yang sedia ada, mereka dapat memahami setiap tuntutan dalil seterusnya penerimaan dalil akan membawa kepada penerimaan da’wa. Dengan kata lain, dalil itu didatangkan bagi tujuan mengajak manusia kepada penerimaan da’wa.

Dalil Aqli ini terbahagi pula kepada tiga jenis:
a. Dalil Aqli Anfusi – انفسي عقلي دليل
Ianya adalah suatu dalil yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t tentang qudrat dan iradahNya didalam mencipta akan sesuatu yang ada pada diri manusia itu sendiri. 
Melalui dalil aqli anfusi, seseorang yang berakal dapat memahami betapa sempurnanya ciptaan Allah s.w.t, sekaligus mengajak manusia itu mengakui dan 
menerima bahawa Allah s.w.t jualah zat yang wajib disembah dan ditaati.

b. Dalil Aqli Afaqi – آفاقي عقلي دليل
Ianya adalah suatu dalil yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t tentang qudrat dan iradahNya di dalam mencipta akan sesuatu yang ada di luar diri manusia itu yakni daripada segenap ufuk pada alam semesta.

Dalil aqli afaqi dibahagi kepada tiga:
1) ‘ilwi علوي – atas langit hingga ‘arasy ilahi.
2)sifli سفلي– permukaan bumi, segala lautan dan daratan termasuk malaikat, jin dan sebagainya.
3) jawwi جِّوي– udara, seperti burung dan sebagainya (bawah pada langit yang pertama).

c. Dalil aqli I’tirafi (اعترافي عقلي دليل )
Ianya adalah sejenis dalil yang memang diakui oleh pihak lawan (yakni musyrikin Mekah), dalil yang menjelaskan betapa kudratnya Allah s.w.t didalam mencipta perkara- perkara yang besar ( اليظام االمور ).Jadi apabila pihak lawan telah menerima perkara-perkara besar seterusnya akan diajak untuk menerima juga bahawa Allah s.w.t jualah yang mengurus perkara-perkara besar dan seperti itulah Allah 
mengurus perkara-perkara kecil ( الحقيرة االمور ) yang mereka silap faham iaitu mereka memahami perkara-perkara kecil (الحقيرة االمور )di urus oleh wakil-wakil Allah s.w.t kepada kefahaman yang sebenar, wallohua’lam. 
Biasanya dalil-dalil I’tirafi ini berbentuk soalan dan jawapan.

B. Dalil Naqli – نقلي
Ialah sejenis dalil berbentuk nukilan daripada kisah-kisah hikayat atau nukilan berbentuk perkataan. Dalil naqli ini menjadi bahan bukti kedua selepas dalil aqli. Dalil ini adalah jenis yang boleh dilihat dan boleh didengar. Ianya didapati dari riwayat dan ayat-ayat Quran. Terbahagi pula kepada 7 jenis:
a. Dalil Naqli Kutubi – كتبي نقلي 
Allah zahirkan dalam kitab terdahulu
b. Dalil Naqli Anbiya’i Mufassal – صل ِّمف أنبيائي نقلي 
Apabila disebut nama Nabi-nabi secara spesifik.
c. Dalil Naqli Anbiya’i Mujmal – مجمل أنبيائي نقلي 
mujmal bermaksud ‘ringkas’. Ini apabila disebut ‘nabi’ sahaja tanpa disebut nama.
d. Dalil Naqli Ahlu Kitab – الكتاب اهل نقلي 
apabila disebut berkenaan pengikut Nabi-Nabi yang ada kitab seperti Kitab Taurat, Injil dan Zabur
e. Dalil Naqli Jinni – جنى نقلي 
dalil yang menyebut amalan, kata atau perlakuan jin. Ini adalah keranna jin pun ada yang menerima tauhid. Kalau jin boleh terima, kenapa manusia tidak boleh menerimanya?
f. Dalil Naqli Malaki – ملكى نقلي 
Dalil yang menyebut tentang iman para malaikat. Kerana mereka juga menerima tauhid.
g. Dalil Naqli Hayawani – حيوانى نقلي 
Dalil-dalil tentang ketaatan binatang. Ini kerana binatang pun terima tauhid.

C. Dalil Wahyi- وحي دليل
Ianya adalah ‘titah khas’ kepada Nabi untuk disampaikan. Semua ayat-ayat lain adalah wahyu yang perlu disampaikan kepada umat, tapi ada ayat-ayat yang mempunyai titah 
yang khas. Ianya disebut dengan lafaz yang khusus supaya baginda sampaikan tuntutan tauhid dalam ibadat atau adat.

Ini menghilangkan salah anggap manusia, kerana ada yang kata yang Nabi memandai sahaja suruh beritahu sesuatu perkara. Dulu orang tohmah kepada Nabi, sekarang manusia kata kepada kita pula yang menyampaikan ayat-ayat Quran ini. Termasuk orang kafir yang tidak 
menerima Nabi Muhammad. Maka, kepada mereka, kita katakan, kita kena sampaikan kerana sudah ada arahan khusus dari Allah untuk sampaikan ajaran itu kepada manusia, maka itulah sebabnya kita kena sampaikan.

Biasanya senang dikenali apabila ada perkataan قل (katakanlah) di dalam ayat itu Atau ‘aku telah diperintahkan oleh Tuhanku’ Atau ‘telah diwahyukan kepadaku’. Atau ayat-ayat lain yang semakna dengannya.

3. Takhwif Ukhrawi – تخويف  أخرو
Ianya adalah ayat-ayat penakutan dengan kejadian akhirat. Diberikan ayat-ayat sebegitu supaya kita takut dan beringat. Sepatutnya, apabila kita baca ayat-ayat Quran berkenaan 
akhirat, kita dah takut dah. Sepatutnya kita lebih takut kepada akhirat lebih dari takut kepada manusia.
Akhirat itu bermula dari sakaratul mawt seorang makhluk sampai ke dalam neraka atau syurga. Ayat takhwif didatangkan oleh Allah s.w.t supaya pihak lawan yang masih enggan menerima da’wa itu akan merasa takut serta bimbang terhadap masa depan mereka, lalu melalui takhwif ukhrowi ini akan mendorong mereka mengakui serta menerima da’wa yang terdapat dalam Quran.

Contoh Takhwif Ukhrawi adalah
Maryam 19:86 وَنَسُوقُ ٱلْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا 
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga. 

4. Takhwif duniawi –  تخويف دنيوي
Ianya adalah penakutan dengan keadaan di dunia. Ayat-ayat sebegini memberitahu kita yang kalau kita tolak agama, dalam dunia lagi dah boleh kena azab. Ketahuilah yang ancaman seksa itu boleh dikenalah semasa kita hidup di dunia lagi. Kesusahan yang dikenakan oleh Allah tidak akan mampu diselamatkan oleh sesiapa pun. Dalam Bahasa Arab, sebagai contoh, dinamakan ايام الله ayyaamullah (Hari-hari Allah) di mana Allah menceritakan bagaimana kaum-kaum yang terdahulu telah diberikan dengan azab mereka di dunia lagi seperti kaum Aad, Tsamud, Firaun dan sebagainya.
Contoh Takhwif Duniawi adalah
Maryam 19:98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًۢا 
Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; 

5. Tabshir Ukhrawi –  تبشير أخروي
Ianya adalah ayat-ayat tentang berita gembira dengan keadaan di akhirat bagi yang menerima. Mereka yang menerima da’wa akan diberikan dengan nikmat yang tidak 
terhingga.
Contoh tabshir ukhrawi adalah ayat Al-Kahf 18:107
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

6. Tabshir Duniawi –  تبشير دنيوي
Ianya adalah ayat-ayat tentang berita gembira tentang perkara yang boleh diterima di dunia lagi kepada mereka yang menerima Da’wa. Ianya tentang kepuasan hidup yang akan dimiliki oleh orang yang menerima da’wa, seperti 
yang diberikan kepada para Nabi. Ianya adalah kepuasan yang tidak dapat dirasai oleh orang kafir. Kalau sesuatu perkara itu orang kafir pun boleh dapat, maka itu bukanlah 
tabshir duniawi yang dimaksudkan. Ia bukanlah kekayaan kerana ramai orang kaya tapi mereka bunuh diri mereka. Lihatlah bagaimana Nabi miskin belaka tetapi mereka puas dengan kehidupan mereka. Lihatlah bagaimana Nabi sengaja tolak kekayaan dari hidup baginda walaupun baginda boleh dapat perkara itu. Jadi takkan Nabi tak dapat tabshir ini? Nabi bersyukur kerana Nabi dah dapat kepuasan. Kepuasan hidup Nabi adalah menderita 
kerana Allah. Inilah kenikmatan sebenar.Ini bukanlah menyuruh kita menolak nikmat zahir. Tapi ianya memberitahu kita bahawa bukan nikmat zahir sahaja. Nikmat zahir itu pun tidak ada harga pun sebenarnya disisi tuhan. Apabila isteri Nabi teringin lebih sikit dari kenikmatan dunia, Nabi dengar sahaja, terus baginda terasa. Mereka boleh dapat semua itu, tapi kalau mereka hendakkan kenikmatan dunia, mereka tak layak duduk dengan Nabi. Nabi sedih kerana mereka tak faham sedangkan mereka duduk dengan Nabi. Pada baginda, kalau isteri-isteri yang duduk dengan baginda pun tidak faham, orang lain macam mana lagi? Oleh kerana baginda amat terkesan dengan peristiwa itu, Nabi tak bercakap selama sebulan dengan mereka. Waktu itu, Saidina Umar terus pergi berjumpa Nabi untuk bertanyakan samada baginda telah menceraikan isteri-isteri baginda kerana dia takut kalau Nabi ceraikan anaknya Habsah kerana anaknya adalah salah seorang isteri Nabi. Waktu itulah dia melihat keadaan rumah Nabi. Beliau sedih  dengan keadaan itu dah telah menyuruh baginda berdoa supaya diberikan lebih lagi dari hal dunia. Nabi kata: kamu tak faham lagi? Apa yang mereka dapat di akhirat lebih baik lagi. 
Sedikit sahaja disebut tabshir dunia kalau dibanding dengan tabshir ukhrawi. Kerana segala kenikmatan dunia ini akan kena tinggal pun akhirnya. Oleh kerana ianya tidak kekal, maka cukuplah disebut sedikit sahaja.
Contoh tabshir duniawi adalah ayat

An-Nasr 110:1إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad 
berjaya menguasai negeri Makkah).

7. Shikayah atau shakwa – شكاية
Ianya adalah ayat rungutan Allah tentang sikap degil manusia. Allah nukilkan dalam Quran ini, perkataan- perkataan hambaNya yang degil. Ianya adalah jenis ayat apabila Allah menceritakan tentang kata-kata mereka yang tak munasabah. Seumpamanya seperti Allah nak kata: Tengoklah betapa teruknya mereka ini …. tengoklah kata-kata mereka….Atau, kata-kata mereka yang mencabar Nabi dan menghina Nabi. Memang kedudukan kebanyakan Nabi-Nabi adalah rendah dalam dunia, sampai ada yang mencabar dan menghina Nabi atau pembawa Dakwa. Maknanya, bukan Nabi sahaja yang dihina. Tujuan 
mereka menghina begitu adalah kerana nak tundukkan pembawa Dakwa dan menghalang mereka dari menyampaikan dakwa.Cara untuk kenal ayat-ayat sebegini adalah apabila ada kata قال atau قالوا .Contoh ayat 
Shikayah adalah
Al-Isra' 17:90وَقَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا 
Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. 

8. Zajrun – زجر
Ini adalah jenis ayat-ayat teguran. Ada dua jenis: kepada yang mengikut Quran dan juga kepada yang melawan.
Dikira sebagai ‘teguran membina’ atau nasihat yang berguna, jikalau ianya diberikan kepada Nabi dan umat Islam yang beriman.Kalau kepada yang melawan, ianya adalah ‘teguran keras’. Kedua-dua jenis teguran itu adalah untuk memperbaiki sifat manusia. Termasuk teguran 
yang membina pun. Ini susah sikit nak faham. Sebagai contoh dalam taubah:41, Allah berfirman
At-Taubah 9:41
ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan 
berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Dalam ayat ini, suruhan Allah adalah untuk  umat Islam waktu itu pergi untuk berjihad. . Tabuk itu adalah tempat yang jauh, waktu itu adalah musim panas dan musuh yang hendak dihadapi adalah ramai. Ditambah pula yang hasil kurma waktu itu sedang elok dah boleh kutip. Itu semua adalah dugaan-dugaan berat untuk pergi berperang. Ramai yang sudah tidak mahu pergi berperang dan ada beberapa munafik datang jumpa Nabi untuk beri alasan palsu. Tapi Nabi beri izin. Kerana Nabi beri izin itulah yang Allah tegur. Inilah yang dinamakan ‘teguran membina’. Ini terdapat dalam ayat Taubah:43, dimana Allah telah tegur dan maafkan Nabi.

At-Taubah 9:43
عَفَا ٱللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَتَعْلَمَ ٱلْكَٰذِبِينَ 
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau 
mengetahui orang-orang yang berdusta? 

Sepatutnya Nabi tak bagi izin. Kalau baginda tidak benarkan, tentulah akan dapat tahu siapakah yang beriman dan siapa yang munafik, kerana yang munafik tentu tidak akan pergi berperang. Tapi, disebabkan Nabi telah beri izin kepada mereka untuk tidak berperang, maka tidaklah jelas siapakah yang munafik dan siapa yang tidak.Dengan ayat ini, mengajar kita bahawa kalau Khalifah sudah beri perintah untuk berjihad, yang tidak pergi adalah munafik. Kadangkala Nabi ditegur kerana khilaful awla – perkara yang lebih baik dari yang baik. Bukanlah Nabi telah buat satu kesalahan tetapi ianya adalah kesilapan sahaja yang tidak dipersalahkan kepada Nabi. Oleh itu, kena berhati-hati dalam menghurai ayat sebegini, kerana takut kita kata sesuatu kata yang tak sesuai terhadap Nabi. Kerana tidaklah sama teguran kepada Nabi dan teguran kepada puak penentang.

Contoh ayat Zajrun untuk penentang pula adalah seperti yang disebut dalam Ghafir 40:83
فَلَمَّا جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَرِحُوا۟ بِمَا عِندَهُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-
keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata);

9. Tasliah atau tasalli –تسلية/ تسلىّ 
Ini adalah ayat-ayat pujukan atau penghibur hati kepada penyebar Da’wa. Apabila kita berdakwah menyampaikan ajaran agama, akan ada yang kata buruk terhadap kita. Apabila itu berlaku, hati ini akan kecewa sungguh. Kepada mereka yang menerima dugaan itu, ada ayat-ayat yang Allah turunkan kepada Nabi dan penyebar da’wah sebagai penghibur dan pujukan hati. Allah memberitahu kita untuk menelan apa yang kena kepada kita, nanti akan dibalas dengan baik di akhirat kelak. Susah sekejap sahaja di dunia. Diberikan ayat-ayat sebegitu supaya mereka mendapat ketenangan dalam menyebar da’wa.
Ada tiga jenis ayat-ayat Tasliah:

a.Al balwa iza ammat khaffatالبلوى اذا  عَّمت خفِّت
Musibah itu jika ianya umum, iaitu apabila tahu yang orang lain pun terkena juga, maka yang menerimanya juga akan rasa ringan. Kita rasa ringan sebab tak rasa kita sahaja yang kena, tapi ramai juga yang lain kena – kita tidak berseorangan yang kena. Adalah kurang sedikit rasa kesusahan itu. Contoh, kalau kita sakit perut, kita akan rasa kurang kalau kita tahu yang ramai lagi yang sakit perut. Sebagai contoh  Fatir 35:25
وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَبِٱلزُّبُرِ وَبِٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُنِيرِ 
Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulnya dengan 
membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (syariat) yang terang jelas.
Dalam ayat ini, Nabi dan penyebar Da’wa diberitahu yang bukan mereka sahaja yang kena tolak dalam dakwah mereka, tapi orang-orang terdahulu sebelum mereka pun kena juga. Maka, itu mengurangkan sedikit keresahan dan sakit hati yang dialami oleh Nabi.

b. Tarqul qaliili lil kathir.  ترك القليل للكثير Meninggalkan yang sedikit untuk mendapatkan yang lebih besar nilainya dan lebih banyak.
Seperti yang kita tahu, Allah tak limpahkan kelebihan keduniaan kepada pendakwah seperti yang diberikan kepada mereka yang menentang dakwah. Kadang-kadang kita lihat orang yang kafir dan yang menentang Islam, kehidupan dunia mereka nampak sangat mewah.  Semua ini mencabar Nabi dan penyeru Da’wa sedikit sebanyak.Tapi Allah beritahu dunia ini kecil sahaja, dan akhirnya, semuanya akan ditinggalkan. Allah memujuk: Tahanlah sekejap kesengsaraan yang dialami semasa di dunia ini. Ianya tidak ada apa-apa pada hakikatnya. Hasilnya, mereka kan dapat kelebihan di akhirat yang lagi besar. Dengan membaca ayat-ayat itu, menjadi ringan untuk menghadapi segala susah yang kita alami di dunia.
Contoh ayat sebegini adalah seperti  
Aal-e-Imran 3:196لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh bebasnya orang-orang yang kafir bergerak di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

c.Tarqul mubalaati bil mukhaaliifin biadai’ syukri
ترك المباالة بالمخالفين بأداء الشكر على نيم المنيم
Tidak mempedulikan sikap segala yang menentang dengan cara menyempurnakan kesyukuran.
Allah mengajar kita supaya jangan layan apa kata mereka yang menentang, tapi banyakkan syukur kepada Allah. Jangan hirau dengan cakap para penentang. Syaitan sampaikan kata kata mereka kepada kita kerana syaitan nak kita berhenti dakwah. Kenanglah bagaimana Allah dah bagi Quran, bagi wahyu, bagi Nabi kepada, dan itu sudah sebesar-besar nikmat . Dengan mengingati nikmat Allah kepada kita, hati kita akan jadi tenang. Fikirkan yang 
positif. Kenangkan juga nikmat iman yang Allah dah berikan kepada kita. Sibukkan hati dengan ibadat kepada Allah. Ucapkan syukur kepada Allah sentiasa. Jangan serabutkan fikiran dengan perkara-perkara yang tidak penting. Ingatlah bahawa kesusahan yang kita alami ini akan mendapat balasan baik di akhirat. Kita kena Tawajuh (hadapkan wajah) kepada Allah. Lihatlah bagaimana Nabi tenang dan damai walaupun baginda dikelilingi dengan musuh yang ramai, kerana baginda telah diberikan dengan ayat-ayat tasliah macam ini.
Contoh ayat tasliah jenis ini: Ta Ha 20:130
فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ 
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

10. Umur muslihah –  أمور مصلحة
Ianya adalah ayat-ayat yang mengajar amalan-amalan yang memberi kesan kepada islah (memperbaiki) diri.
Apabila kita terima Allah dan kenal Allah, maka kita akan berkeinginan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan cara untuk menghampirkan diri kepadaNya adalah dengan cara ibadat yang Nabi ajar berdasarkan dari Quran.
Bukan setiap manusia yang terima Islam itu sudah sempurna agama mereka. Maka kena ada  usaha untuk memperbaiki diri. Nak dapat hasil, kena luang masa. Dan untuk mendapatkan  ilmu, ianya berhajat kepada tempoh dan melalui proses.

Dalam kita berdakwah, kita mesti akan bertemu penentang yang ramai. Walaupun ianya berat, tapi kita kena sampaikan juga. Dan untuk menyampaikan dakwah, kita sendiri kena 
hidup dalam sistem yang baik yang boleh jadi tauladan kepada orang lain. Jangan orang lihat cara hidup kita yang buruk sampai mereka tidak selera nak dengar dakwah kita. Ini termasuklah perkara yang nampak macam kecil seperti menjaga kebersihan dan sebagainya. Apabila hidup kita elok, barulah senang nak sampaikan dakwah. Baru orang 
pandang baik kepada kita. Tidaklah sama sahaja kita dengan orang perangai buruk. Kadang perangai buruk kita menjadikan orang susah terima islam. Untuk mendapatkan kehidupan yang baik, memerlukan kepada ayat-ayat jenis umur munazimah yang akan diterangkan selepas ini.
Jadi ayat-ayat umur munazimah ini utk menyusun hidup kita jadi baik harmoni, bertimbang rasa dan supaya menjadi baik. Untuk mengamalkan ayat-ayat umur munazimah, kena ada amalan khusus yang Allah beri untuk menyusun kita. Itulah umur muslihah. Bila umur muslihah betul, barulah umur munazimah menjadi.
Ayat penekanan adalah ayat-ayat tentang ibadat khas seperti solat. Allah mendidik kita dengan solat. Contohnya ayat-ayat umur muslihah adalah seperti firman Allah dalam 
Al-Baqarah 2:238
حَٰفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلْوُسْطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ 
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Solat yang baik adalah solat yang menjaga khusyuk dan dengan berjemaah di masjid. Merekalah yang boleh dibentuk menjadi masyarakat yang baik. Ayat ini dimasukkan di antara ayat-ayat muamalah dan mu’asharah. Kalau tak belajar, tak nampak kaitan antara ayat-ayat itu.
Kaitan yang lain adalah apabila kita buat baik di satu bahagian, ianya akan merangsang kebaikan di bahagian lain. Kerana ianya menjadi satu dorongan. Itu sebab diselangi ayat umur muslihah dan umur munazimah.
Dari kebaikan yang ada itu, ‘adat’ jadi elok dan teratur. Ada empat jenis adat dalam kehidupan:
1. Mu’asharah – adat dengan keluarga.
2. Muamalah – hubungan sesama masyarakat. Iaitu hubungan satu keluarga dengan keluarga yang lain. Semua ada kerja masing-masing yang perlu dijalankan. Kita sentiasa memerlukan sesuatu dari orang lain. Ianya memerlukan pertukaran keperluan yang baik antara satu sama lain.
3. Siasatul madaniah – Masyarakat yang baik kena ada pemimpin. Jadi ayat-ayat jenis ini mengajar sistem pentadbiran.
4. Akhlak dan budi pekerti. Ini merangkumi semua perhubungan antara manusia dan manusia dan juga antara manusia dan kepada haiwan juga. Inilah agama.

11. Umur munazimah –  أمور منظمة
Ayat-ayat ini mengajar cara hidup bermasyarakat. Ini adalah kesinambungan dari umur muslihah. Oleh itu, kena ada umur muslihah dahulu. Kerana itu di celah-celah ayat umur 
munazimah, akan ada ayat umur muslihah. Ianya adalah ayat-ayat tentang kaedah hidup bermasyarakat termasuk nikah kahwin, jual beli, cara memiliki harta, cara membelanjakan harta, pembahagian harta pusaka dan 
undang-undang jenayah (apabila berlaku keterlanjuran) serta cara-cara “muhakamah” (mengadili). 

Ingatlah bahawa kita tidak dapat menjalankan tugas dakwah kalau kehidupan kita sendiri kucar kacir. Susah hendak menjalankan kerja dakwah kalau kehidupan kita 
sendiri tidak boleh dicontohi. Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh kita sekarang. 
Lihatlah bagaimana kita hidup berpuak-puak dan berpecah belah. Belajarlah bagaimana Quran ini boleh menyusun hidup kita. Semua sudah disentuh dalam Quran asalkan kita mahu belajar.

Contoh ayat-ayat Umur Munazimah adalah seperti ayat tentang mu’asyaroh dalam 2:226
لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍۖ 
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan.
Juga ayat tentang mua’malah dalam 2:282
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَٱكْتُبُوهُۚ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.

12. Idmaj – ادماج atau Jumlah Mahfuzah
Ada perkataan dalam Quran yang tidak disebut dalam tapi sebenarnya ada. Ini adalah kerana ianya sudah dihazafkan (dihilangkan). Ianya adalah suatu jumlah yang tiada disebut di dalam al-Quran, tetapi mesti ditakdirkan bagi melahirkan makna sebenar sesuatu ayat, atau dinamakan di dalam istilah lughah (bahasa) arab, “jumlah muqaddaroh”.
Sebagai contoh dalam bahasa Melayu: Perkataan ‘terima kasih’ sebenarnya telah dihazafkan, sepatutnya panjang lagi (aku ucapkan terima kasih kepada kamu) tapi kita 
sebut ‘terima kasih’ sahaja. Ini adalah berkaitan dengan ilmu balaghah.
Contoh ayat Idmaj adalah Al-Baqarah 2:17مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api;

13. Idkhal ilahi –  ادخال الهى
Ianya bermaksud:’ pencelahan Tuhan’. Antara ayat yang ada hubungan antara satu sama lain. Tujuannya supaya ada penekanan khas kepada ayat tersebut. Ia menunjukkan yang ada benda penting Allah nak beritahu.
Kadang-kadang ianya dimasukkan kerana Allah nak beri jawapan kepada soalan muqaddarah iaitu jawapan kepada pihak lawan. Macam ada soalan yang akan timbul dari 
mereka setelah diberitahu sesuatu perkara dalam Quran. Maka, untuk tutup terus hujah mereka, Allah beri jawapan terus. Ini untuk memastikan fakta yang disampaikan dalam Quran itu mantap.

Contoh ayat idkhal ilahi ada terdapat dalam Ghafir:28
وَإِن يَكُ كَٰذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُۥۖ 
Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu,

Ayat ini diletakkan dicelah hujah dalam ayat yang sama:
َرَجُلٌ مُؤْمِنْ مِنْ آلِ فِرعَوْنِ
seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun

14. I’aadah – اعادة
Ianya bermaksud ‘pengulangan semula’. Diulang kalimah yang telah disebut sebelumnya supaya hukum dalam ayat sebelumnya boleh difahami dengan lebih mudah.
Atau kalimah itu akan mendekatkan semula hukum yang akhir dengan kandungan kandungan yang panjang sebelumnya. Contoh terdapat dalam Waqiah:83 dimana ada
pengulangan perkataan فَلَوْلَا
Aْl-Waqi'ah 56:83 فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ 
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya.

Al-Waqi'ah 56:86 فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ 
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),

Diulang perkataan فَلَوْلِا dalam ayat 86. Inilah yang dipanggil I’aadah.

Dalam rentetan ayat-ayat ini, Allah menceritakan tentang keadaan orang yang hampir mati. Tiada ada sesiapa yang boleh menahan roh untuk keluar dari jasad. Walau bagaimana berkuasa pun seseorang itu, dia tidak akan dapat menahan roh dari keluar. Sekuat mana pun seseorang itu, dia kena mengalah satu hari dimana kematian datang dan terpaksa akur kepada qudrat Allah. Allah cabar mereka yang ada kuasa, kenapa mereka mengalah waktu itu? Kalau betul kamu berkuasa, maka tahanlah roh itu dari keluar. Waktu itu semua tahu yang tidak ada sesiapapun yang boleh sekat. Kalau kamu mengalah waktu itu, kamu patut mengalah kepada hukum Allah yang lain dan percaya bahawa ada kehidupan selepas mati. 
Ayat ini diberikan kepada mereka kerana mereka tak percaya ada akhirat.Allah nak beritahu yang akhirat dan pembalasan itu ada. Diberikan penekanan kepada 
mereka dengan dibawakan ayat-ayat dalam kaedah ini.

15. Khatmul qalbi – ختم القلب
Ayat yang menceritakan bagaimana Allah akan ‘kunci mati mata hati’.
Ianya adalah ayat-ayat yang didatangkan sebagai keputusan terakhir kepada penentang Dakwa. Setelah diberi peluang berkali-kali bagi mereka untuk menerima dakwah. Setelah didatangkan kepadanya akal, pancaindera dan telah dibawakan pembawa Dakwa, dari kalangan Nabi dan pengikutnya. Semua bawa dalil dan bukti serta contoh tauladan dan nasihat berguna. Semua itu dibawa supaya mereka menerima dakwa. Tapi mereka masih berdegil. Maka Allah, pada satu waktu akan menarik balik peluang untuk mereka mengikut  hikmahNya dan taqdirNya. Setelah peluang itu tidak ada lagi, akan dikunci mati hati 
mereka. Waktu itu tidak ada jalan yang boleh menyampaikan mereka kepada haq. 
Penarikan peluang itulah yang dinamakan Khatmul qalbi. Ini adalah tahap keempat. Maknanya, sebelum terjadi perkara ini, ada tiga peringkat lain sebelum itu. Maka kena 
beringat-ingat takut kita pun terkena juga. Peringkat-peringat itu adalah:
1. Syak atau was-was terhadap ugama.
2. Berada di atas kesesatan (dolalah).
3. Sentiasa mujadalah (membantah dan melawan).
4. Kunci mati mata hati.

Mengunci mati hati manusia bukan kerja kita. Kita pun tak boleh kata seseorang itu telah dikunci mati hatinya. Kita jangan ambil kerja Tuhan pula dengan mengatakan seseorang itu tidak ada harapan lagi untuk terima iman. Kita baca ayat ini untuk kita sendiri beringat, 
bukannya nak hukum orang lain. Dan supaya kita dapat ingatkan kepada orang lain. Sebab ramai yang tak tahu langsung perkara ini.

Tiga perkara berkenaan Khatmul qalbi ini disebut dalam Quran.
1. Apakah Khatmul qalbi itu.
2. Cara ianya berlaku dan kenapa berlaku.
3. Siapa yang melakukan Khatmul qalbi itu. Tentulah yang hanya boleh melakukannya adalah Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang akan dikunci mati hati mereka. 
Ianya dilakukan mengikut ‘hikmah ilahiah’. Allah sahaja yang tahu kenapa hati mereka dikunci mati.
Apabila kita mati dalam keadaan itu, ianya adalah Su’ul khatimah dan ianya adalah perkara yang amat malang. Maka kita kena minta berlindung darinya.
Contoh: a’raf :179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 
Untuk mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ayat ini menceritakan apakah Khatmul qalbi. Iaitu mereka yang ada hati tapi kebenaran tidak akan masuk.
Bagaimana pula cara ianya berlaku? Allah sebut dalam 
Al-Mutaffifin 83:14 كَلَّاۖ بَلْۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka 
kerjakan.

Allah telah menutup hati mereka sampaikan mereka tak boleh nak nampak kebenaran.

Siapakah yang melakukan Khatmul qalbi itu? Allah lah yang melakukannya. Seperti Allah sebut dalam Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

16. Rabtul qalbi –  ربط القلب
Ianya adalah lawan kepada Khatmul qalbi. Ianya adalah peneguhan hati atau keyakinan yang sejati. Maksudnya, seseorang itu diberikan iman yang sempurna yang membawa kepada kejayaan. Ianya akan diberikan kepada hamba yang berusaha.Iman yang tidak sempurna akan sentiasa melanggar hukum Allah. Iman mereka ada, tapi 
tidak sempurna. Menyebabkan dia akan diazab beberapa lama di neraka. Mereka yang iman sempurna tidak akan masuk neraka langsung.Ianya adalah Ayat-ayat yang menceritakan tentang hati Pembawa Dakwa. Iaitu merkea 
yang belajar dan menerima Quran. Mereka Istiqamah dalam pendirian mereka. Mereka akan menegakkan hukum dalam segala ujian. Mereka tetap teguh walaupun mereka diuji 
dengan berbagai-bagai ujian. Hati mereka sampai ke peringkat sukar kembali kepada kesesatan. Mereka takkan sesat dah kerana mereka telah memiliki Rabtul qalbi. Kalau orang lain, ada lagi kemungkinan boleh jatuh ke lembah kesesatan.Ini pun tahap iman yang keempat. Ada tahap tahap lain sebelumnya. Inilah tahap yang kita 
mahu. Semua tahap-tahap itu disebut dalam Quran.
1. Sifat inabah
2. Duduk di atas jalan hidayah.
3. Istiqomah.
4. Diteguhkan hatinya di atas aqidah tauhid.
Nabi dan para sahabat telah sampai ke tahap keempat ini. Sebab itu mereka boleh dijadikan sebagai contoh tauladan. Selain dari mereka, tidak boleh lagi dijadikan contoh 
kerana belum tentu mereka itu telah selamat. Kerana kita tak tahu mereka tahap mana. Macam Nabi dan para sahabat, telah diberitahu oleh Allah yang mereka telah sampai ke tahap keempat. Semua sahabat dikira sebagai ‘adil’. Merekalah neraca syariat yang kita kena ikut.
Contoh yang diberikanAl-Kahf 18:14
وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَٰهًاۖ لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًا شَطَطًا 
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan 
mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Semua pemuda Kahfi itu telah mendapat Robtul Qalbi. Mereka sanggup berdiri menegakkan hujah berdepan dengan raja yang zalim. Maka Allah telah berikan Robtul Qalbi kepada mereka. Mereka telah dilindungi dalam gua untuk menjaga akidah mereka. Para wali, seperti Pemuda Kahfi ini, ada sifat ini. Oleh kerana mereka telah dijadikan sebagai contoh, maka kita kena jadikan mereka sebagai contoh. Iaitu kita kena cakap tentang kebenaran 
walaupun kita berdepan dengan orang yang bahaya, yang boleh memudharatkan kita. Oleh itu, kita boleh mendapat Robtul Qalbi ini kalau kita sampaikan kepada mereka yang 
melawan.
Allahu a’lam.

Isnin, Mac 07, 2022

Sahih bukhari kitab jumaat sesi 04s

Sahih bukhari kitab jumaat sesi 04s

١١ -  الجمعة » ٥٦٢ -  لا يفرق بين اثنين يوم الجمعة
11. Jum'at » 562. Larangan Memisahkan Dua Orang Yang Sudah Duduk Pada Hari Jum'at

باب لاَ يُفَرَّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ: 
Bab tidak boleh memisahkan pada hari Jumaat.


٨٥٩ - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ وَدِيعَةَ حَدَّثَنَا سَلْمَانُ الْفَارِسِيُّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَتَطَهَّرَ بِمَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ ثُمَّ ادَّهَنَ أَوْ مَسَّ مِنْ طِيبٍ ثُمَّ رَاحَ فَلَمْ يُفَرِّقْ بَيْنَ اثْنَيْنِ فَصَلَّى مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ إِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ أَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

859. Telah menceritakan kepada kami 'Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b dari Sa'id Al Maqburi dari Bapaknya dari Ibnu Wadi'ah telah menceritakan kepada kami 
Salman Al Farsi berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mandi pada hari Jum'at lalu bersuci semaksimal mungkin, lalu memakai minyak atau wewangian lalu keluar rumah menuju masjid, ia tidak memisahkan antara dua orang pada tempat duduknya, kemudian ia mengerjakan shalat yang dianjurkan baginya, lalu bila imam sudah datang dia berdiam mendengarkan, maka dia akan diampuni dosa-dosanya yang ada antara Jum'atnya itu dan Jum'at yang lainnya."

-ini adalah untuk cerita adab mandi, pakai minyak wangi, pergi solat dan tidak memisahkan 2 orang kawan pada hari jumaat.
Minit 2
-Atau sambil berdiri , memisahkan 2 orang kawan pun termasuk juga
Atau langkah tengkok orang untuk kedepan walaupun ada kelebihan.
- ada sunat qabliah 


١١ -  الجمعة » ٥٦٣ -  لا يقيم الرجل أخاه يوم الجمعة ويقعد في مكانه
11. Jum'at » 563. Larangan Menyuruh Orang Lain Pindah dari Tempat Duduknya Lalu Menempati Tempat Duduk Tersebut 

باب لاَ يُقِيمُ الرَّجُلُ أَخَاهُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَقْعُدُ فِي مَكَانِهِ: 
Bab sesaorang tidak boleh membangun saudaranya pada hari Jumaat dan dia  duduk ditempatnya.
-sebelum ini boleh jadi diluar saf atau dalam saf
- memisahkan dengan perbuatan.
- ini memisahkankan dengan perkataan.

٨٦٠ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ هُوَ ابْنُ سَلَّامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا مَخْلَدُ بْنُ يَزِيدَ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ سَمِعْتُ نَافِعًا يَقُولُ سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُقِيمَ الرَّجُلُ أَخَاهُ مِنْ مَقْعَدِهِ وَيَجْلِسَ فِيهِ قُلْتُ لِنَافِعٍ الْجُمُعَةَ قَالَ الْجُمُعَةَ وَغَيْرَهَا
860. Telah menceritakan kepada kami Muhammad -yaitu Ibnu Salam- berkata, telah mengabarkan kepada kami Makhlad bin Yazid berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij berkata, Aku mendengar Nafi' berkata, Aku mendengar Ibnu 'Umar berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorang meminta kawannya berdiri dari tempat duduknya lalu dia menempati tempat duduk tersebut." Aku bertanya kepada Nafi', "Apakah ini berlaku pada saat shalat Jum'at?" Dia menjawab, "Untuk shalat Jum'at dan yang lainnya."

-semua ini untuk jaga masyarakat.
- dilatih dari dalam masjid.
- semuanya untuk jaga hati orang lain dengan perbuatan dan perkataan.


١١ -  الجمعة » ٥٦٤ -  الأذان يوم الجمعة
11. Jum'at » 564. Adzan Pada Hari Jum'at

باب الأَذَانِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ: 
Bab azan pada hari Jumaat.

٨٦١ - حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ قَالَ كَانَ النِّدَاءُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوَّلُهُ إِذَا جَلَسَ الْإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَلَمَّا كَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ عَلَى الزَّوْرَاءِ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ الزَّوْرَاءُ مَوْضِعٌ بِالسُّوقِ بِالْمَدِينَةِ
861. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b dari Az Zuhri dari As Sa'ib bin Yazid berkata, "Adzan panggilan shalat Jum'at pada mulanya dilakukan ketika imam sudah duduk di atas mimbar. Hal ini dipraktekkan sejak zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar dan 'Umar? radliallahu 'anhuma. Ketika masa 'Utsman? radliallahu 'anhu dan manusia sudah semakin banyak, maka dia menambah adzan ketiga di Az Zaura'." Abu 'Abdullah berkata, "Az Zaura' adalah bangunan yang ada di pasar di Kota Madinah."
-azan pertama  imam duk atas mimbar
- azan kedua adalah iqamat
-azan ketiga berlaku kemudian(baru ada di zaman saidina usman), sama2 memaklumkan kepada orang ramai
Minit 15
-zaman saidina usman, azan kedua pun masih ramai tidak bersedia lagi untuk solat
-persoalannya ,benarkah bidah?
-berhati2lah
Fikir akibat dan siapa orang yang buat, untuk kita selamat
Ini telah jadi ijmak sekuti(semua sahabat tak kata apa)
-hadits :Berpeganglah sunnah ku dan sunnah khulafa arrasyidin.
Minit 21
- nabi saw kata khulafa arrasyidin.
-itu tidak termasuk bidah.
- Syatibi : sesuatu yang dibuat oleh sahabat walaupun tiada asal tidak boleh kata bidah.
-asal nabi sawbuat 2 atau 3 malam, sahabat buat sepanjang Ramadan.
-azan 2 kali zaman nabi tiada, tiba2 sahabat buat.
-sunnah nabi dan khulafa arrasyidin.
Minit 28
- azan tidak terikat dengan bilangan tetapi terikat dengan keperluan.
- tujuan atau maksud azan lebih  dari 1 kali ,untuk bangunkan sahur .
-boleh ketika sesat atau terbakar.
- boleh sebab ramai yang leka.
Minit 31
-awwaliyat umar, berjalan melihat rakyat diwaktu malam.




١١ -  الجمعة » ٥٦٥ -  المؤذن الواحد يوم الجمعة
11. Jum'at » 565. Muadzin Hanya Satu Pada Hari Jum'at

باب الْمُؤَذِّنِ الْوَاحِدِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ: 
Bab Muazin seorang pada hari Jumaat.

٨٦٢ - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ الْمَاجِشُونُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ أَنَّ الَّذِي زَادَ التَّأْذِينَ الثَّالِثَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حِينَ كَثُرَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ وَلَمْ يَكُنْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤَذِّنٌ غَيْرَ وَاحِدٍ وَكَانَ التَّأْذِينُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حِينَ يَجْلِسُ الْإِمَامُ يَعْنِي عَلَى الْمِنْبَرِ

862. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Abu Salamah Al Majisyun dari Az Zuhri dari 
As Sa'ib bin Yazid, "Sesungguhnya orang yang menambah adzan ketiga pada shalat Jum'at adalah 'Utsman bin 'Affan? radliallahu 'anhu, ketika penduduk Madinah semakin banyak. Dan tidak ada mu'adzin bagi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kecuali satu. Dan adzan shalat Jum'at dilaksanakan ketika Imam sudah duduk, yakni duduk di atas mimbar."

-IB ,dia nak mengekalkan yang asal, seorang muazin.
Dia azan dan dia iqamat.
-Tiada kelebihan khusus untuk 2 orang. Jika nak buat boleh.
-muazin nabi hari jumaat hanya seorang.


١١ -  الجمعة » ٥٦٦ -  يجيب الإمام على المنبر إذا سمع النداء
11. Jum'at » 566. Wajib Bagi Imam Berada di Mimbar Ketika Mendengar Adzan

باب يُؤَذِّنُ الإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ: 
Bab Menjawab azan ketika imam duduk  diatas mimbar

٨٦٣ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى الْمِنْبَرِ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ مُعَاوِيَةُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ وَأَنَا فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ وَأَنَا فَلَمَّا أَنْ قَضَى التَّأْذِينَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا الْمَجْلِسِ حِينَ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ يَقُولُ مَا سَمِعْتُمْ مِنِّي مِنْ مَقَالَتِي

863. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Bakar bin 'Utsman bin Sahl bin Hunaif dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif berkata, Aku mendengar Mu'awiyyah bin Abu Suyan ketika dia sedang duduk di atas mimbar dan mu'adzan sedang mengumandangkan adzan: 'Allahu Akbar Allahu Akbar', Mu'awiyyah mengucapkan, 'Allahu Akbar Allahu Akbar'. Ketika mu'adzin membaca 'Asyhadu anlaa ilaaha illallah', Mu'awiyyah dan aku mengucapkan seperti yang diucapkan mu'adzin. Dan ketika mu'adzin membaca 'Asyhadu anna Muhammadar rasulullah, ' Mu'awiyyah dan aku mengucapkan seperti yang diucapkan mu'adzin. Ketika adzan sudah selesai Mu'awiyyah berkata, "Wahai manusia, sungguh ketika adzan dikumandangkan aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengatakan dari tempat ini seperti yang kalian dengar dari (bacaan) ucapanku tadi."
Minit41
-imam jawab, makmun tidak jawab
- masa imam berkhutbah , makmun tidak boleh solat sunat.
- Syiah bencikan Muawiyah..dan sahabat2 lain juga..
Minit 44
- sahabat Muawiyah adalah benteng.
- fikir sahabat seperti ahli politik yang lain.
- pandang jahat terhadap Muawiyah.
- Muawiyah khalifah yang besar dan khulafa arsyidin juga ,bukan seburuk2 raja.
minit 49
-umat aku akan terus teguh dengan 12 khalifah..ada dalam bukhari.
-hadits 30 tahun tidak sahih dan tiada dalam bukhari dan muslim ada dalam tirmizi, hadits itu diada2kan bercanggah dengan hadits yang lebih sahih, ada perawi  dhaif ,Said bin Jumhar, tak boleh buat hujjah. Menentukan khalifah ada lah perkara besar.
Masuk dalam sukatan spm, muawiyah zalim!
Minit 53
-kelemahan pembelajaran hadits dan sejarah.
- sahabat orang yang adil.
- IB syarat dia terima hadits mesti adil, jadi IB pun tak boleh terima?
- riwayat Marwan pun dikatakan zalim!
-ada dalam tirmizi bukan semua sahih. Dia bawa kerana ada tujuannya tersendiri.
Minit57
- 

١١ -  الجمعة » ٥٦٧ -  الجلوس على المنبر عند التأذين
11. Jum'at » 567. Duduk Di atas Mimbar Ketika Adzan Dikumandangkan

باب الْجُلُوسِ عَلَى الْمِنْبَرِ عِنْدَ التَّأْذِينِ: 
Bab duduk atas mimbar ketika azan. 

٨٦٤ - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ أَخْبَرَهُ أَنَّ التَّأْذِينَ الثَّانِيَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَمَرَ بِهِ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حِينَ كَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ وَكَانَ التَّأْذِينُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حِينَ يَجْلِسُ الْإِمَامُ

864. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab bahwa As Sa'ib bin Yazid mengabarkan kepadanya, bahwa adzan yang kedua pada hari Jum'at diperintahkan oleh 'Utsman bin 'Affan radliallahu 'anhu ketika penduduk Madinah semakin banyak. Adapun sebelumnya, adzan hari Jum'at dikumandangkan ketika Imam sudah duduk."
- ini bang yang ke 2
- bukhari nyanyuk? tidak .
Dari segi ada , iaitu dari segi Usman mengadakan kemudiannya, dari azan itu sendiri yang mula-mula...boleh difaham begitu
Minit 58
Ini bkhari nak bagi tau duduk atas mimbar, sebab ada yang beritahu tidak duduk atas mimbar.bang dalam keadaan berdiri, sedang IB nak beritahu sunnah nabi saw dalam keadaan duduk.


١١ -  الجمعة » ٥٦٨ -  التأذين عند الخطبة
11. Jum'at » 568. Mengumandangkan Adzan Ketika Imam Hendak Khuthbah

باب التَّأْذِينِ عِنْدَ الْخُطْبَةِ: 
Bab azan ketika nak  khutbah.

٨٦٥ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ سَمِعْتُ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ إِنَّ الْأَذَانَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ أَوَّلُهُ حِينَ يَجْلِسُ الْإِمَامُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ عَلَى الْمِنْبَرِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَلَمَّا كَانَ فِي خِلَافَةِ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَثُرُوا أَمَرَ عُثْمَانُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِالْأَذَانِ الثَّالِثِ فَأُذِّنَ بِهِ عَلَى الزَّوْرَاءِ فَثَبَتَ الْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ
865. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhri berkata, Aku mendengar 
As Sa'ib bin Yazid berkata, "Pada mulanya adzan pada hari Jum'at dikumandangkan(zaman nabi) ketika Imam sudah duduk di atas mimbar. Yaitu apa yang biasa dipraktekkan sejak zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar dan 'Umar? radliallahu 'anhu. Pada masa Khilafah 'Utsman bin 'Affan? radliallahu 'anhu ketika manusia sudah semakin banyak, maka pada hari Jum'at dia mememerintahkan adzan yang ketiga. Sehingga dikumandangkanlah adzan (ketiga) tersebut di Az Zaura'(batu diluar masjid atau tempat tinggi diluar masjid). Kemudian berlakulah urusan tersebut menjadi ketetapan."
- sudah ijmak terima apa Usman buat.


١١ -  الجمعة » ٥٦٩ -  الخطبة على المنبر
11. Jum'at » 569. Khuthbah Di atas Mimbar

باب الْخُطْبَةِ عَلَى الْمِنْبَرِ: 
وَقَالَ أَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَطَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ. 
Bab khutbah diatas mimbar Anas berkata Nabi saw  berkhutbah diatas mimbar.


٨٦٦ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيُّ الْقُرَشِيُّ الْإِسْكَنْدَرَانِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو حَازِمِ بْنُ دِينَارٍ أَنَّ رِجَالًا أَتَوْا سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ وَقَدْ امْتَرَوْا فِي الْمِنْبَرِ مِمَّ عُودُهُ فَسَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مِمَّا هُوَ وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ أَوَّلَ يَوْمٍ وُضِعَ وَأَوَّلَ يَوْمٍ جَلَسَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فُلَانَةَ امْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ قَدْ سَمَّاهَا سَهْلٌ مُرِي غُلَامَكِ النَّجَّارَ أَنْ يَعْمَلَ لِي أَعْوَادًا أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ إِذَا كَلَّمْتُ النَّاسَ فَأَمَرَتْهُ فَعَمِلَهَا مِنْ طَرْفَاءِ الْغَابَةِ ثُمَّ جَاءَ بِهَا فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ بِهَا فَوُضِعَتْ هَا هُنَا ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى عَلَيْهَا وَكَبَّرَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا ثُمَّ نَزَلَ الْقَهْقَرَى فَسَجَدَ فِي أَصْلِ الْمِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلَاتِي

866. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id berkata, telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin 'Abdurrahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Qari Al Qurasyi Al Iskandarani berkata, telah menceritakan kepada kami
Abu Hazim bin Dinar bahwa ada orang-orang mendatangi Sahl bin Sa'd As Sa'idi yang berdebat (bertelingkah)tentang mimbar dan bahan membuatnya? Mereka menanyakan hal itu kepadanya. Sahl lalu berkata, "Demi Allah, akulah orang yang paling mengerti tentang masalah ini. Sungguh aku telah melihat hari pertama mimbar tersebut dipasang dan hari saat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atasnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengutus orang untuk menemui seorang wanita Anshar, yang namanya sudah disebutkan oleh Sahl, Sahl lalu berkata, "Perintahkanlah budak lelakimu yang tukang kayu itu untuk membuat mimbar bertangga, sehingga saat berbicara dengan orang banyak aku bisa duduk di atasnya." Maka kemudian wanita itu memerintahkan budak lelakinya membuat mimbar yang terbuat dari batang kayu hutan. Setelah diberikan kepada wanita itu, lalu itu mengirimnya untuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka Beliau memerintahkan orang untuk meletakkan mimbar tersebut di sini. Lalu aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam shalat diatasnya. Beliau bertakbir dalam posisi di atas mimbar lalu rukuk dalam posisi masih di atas mimbar. Kemudian Beliau turun dengan mundur ke belakang, lalu sujud di dasar mimbar, kemudian Beliau mengulangi lagi (hingga shalat selesai). Setelah selesai, beliau menghadap kepada orang banyak lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku berbuat seperti tadi agar kalian mengikuti dan agar kalian dapat mengambil pelajaran tentang tata cara shalatku."


٨٦٧ - حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَنَسٍ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ جِذْعٌ يَقُومُ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا وُضِعَ لَهُ الْمِنْبَرُ سَمِعْنَا لِلْجِذْعِ مِثْلَ أَصْوَاتِ الْعِشَارِ حَتَّى نَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهِ قَالَ سُلَيْمَانُ عَنْ يَحْيَى أَخْبَرَنِي حَفْصُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَنَسٍ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ
867. Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Abu Maryam berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far berkata, telah mengabarkan kepadaku Yahya bin Sa'id berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Anas bahwa dia mendengar 
Jabir bin 'Abdullah berkata, "Pada mulanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggunakan batang kayu(kurma) sebagai tongkat yang biasa beliau gunakan untuk bersandar. Ketika sudah dibuatkan mimbar untuk Beliau, kami mendengar sesuatu dari batang kayu tersebut seperti suara unta hendak beranak(menangis), hingga akhirnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam turun lalu meletakkan tangan Beliau pada kayu tersebut." Sulaiman berkata, dari Yahya berkata, telah mengabarkan kepadaku Hafsh bin 'Ubaidullah bin Anas bahwa dia mendengar dari Jabir bin 'Abdullah."

٨٦٨ - حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ مَنْ جَاءَ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ
868. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b dari Az Zuhri dari Salim dari Bapaknya berkata, "Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda saat sedang berkhuthbah di atas mimbar: "Siapa yang mendatangi shalat Jum'at, hendaklah dia mandi."
-sebab buat tajuk ini
1. Khutbah atas mimbar sunnah.boleh juga jika tiada mimbar sebab sebelum tu tiada.
2.ini isyarat , jgn rasa salah jika imam duduk tempat tinggi.
Bukan menyatakan kemegahan atau kebesaran.
Sebab tujuan supaya belajar agama denganya.
Nabi ketika solat naik atas mimbar.
Mimbar untuk nasihat atau mengajar supaya nampak terang atau jelas yang akan memberi kelebihan tidak mengapa.
1jam 09 minit 
- kayu menangis menunjukan benda bertasbih memuji Allah ditunjuk melalui mukjizat.
- kayu itu berjalan kearah nabi bila dipanggil  atau dibongkar dan tanam dibawah mimbar .

١١ -  الجمعة » ٥٧٠ -  الخطبة قائما
11. Jum'at » 570. Khutbah Sambil Berdiri
باب الْخُطْبَةِ قَائِمًا: 
وَقَالَ أَنَسٌ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ قَائِمًا. 
Bab berkhutbah sambil berdiri.
Berkata Anas  Nabi saw berkhutbah sambil berdiri.

٨٦٩ - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ قَالَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ قَائِمًا ثُمَّ يَقْعُدُ ثُمَّ يَقُومُ كَمَا تَفْعَلُونَ الْآنَ
869. Telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin 'Umar Al Qawariri berkata, telah menceritakan kepada kami Khalid bin Al Harits berkata, telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin 'Umar dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma, ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkhuthbah sambil berdiri, kemudian duduk lalu berdiri kembali seperti yang kalian lakukan di zaman sekarang ini."
-dari sinilah Imam Syafie kata berdiri itu rukun .


١١ -  الجمعة » ٥٧١ -  يستقبل الإمام القوم واستقبال الناس الإمام إذا خطب
11. Jum'at » 571. Ketika Menyampaikan Khuthbah, Imam Mengarahkan Pandangannya ke Arah Jama'ah dan Jama'ah Mengarahkan Pandangannya Kepada Imam.

باب يَسْتَقْبِلُ الإِمَامُ الْقَوْمَ وَاسْتِقْبَالِ النَّاسِ الإِمَامَ إِذَا خَطَبَ: 
وَاسْتَقْبَلَ ابْنُ عُمَرَ وَأَنَسٌ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ الإِمَامَ. 
Bab orangramai mengadap imam bila imam berkhutbah.
Dan Ibnu Umar dan Anas mengadap imam.

٨٧٠ - حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ يَحْيَى عَنْ هِلَالِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ حَدَّثَنَا عَطَاءُ بْنُ يَسَارٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَلَسَ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى الْمِنْبَرِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ
870. Telah menceritakan kepada kami Mu'adz bin Fadlalah berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Yahya dari Hilal bin Abu Maimunah telah menceritakan kepada kami 'Atha' bin Yasar bahwasanya dia mendengar Abu Sa'id Al Khudri radliallahu 'anhu berkata, "Pada suatu hari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya."
- makna اسْتِقْبَالِ ialah mengadap imam,  imam Malik kata wajib mengadap imam ketika khutbah.
- bukan ngadap kekiblat tetapi adap kepada iman.
- makna حَوْلَهُ disekeliling, jadi bulat  bukan lurus  mengadap kiblat. Sebab disuruh  mendengar dengan teliti khutbah imam.
-ada yang kata, ini untuk susun masjid nabi , jika mengadap kiblat akan membelakangi imam. Ini tidak maksud IB.jadi jika masjid nabi lagilah dia mesti mengadap imam.

Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(09-10)s

Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(09-10)s

Dalam Quran ada lima jenis ilmu.
1. Ilmu tentang sifat Allah. Kita hanya disuruh tahu sifat Allah sahaja, tidak sampai nak kena tahu Dzat Allah.

2. Ilmu Ahkam Allah. Inilah yang dinamakan Syariat. Ianya adalah cara untuk taat kepada Allah. Ianya merangkumi hubungan dengan Allah dan cara hubungan dengan hamba Allah yang lain.

3. Ilmu Muqaasamah – soal jawab dengan orang yang kenal Allah kerana ada orang yang kenal wahyu dan orang yang tidak kenal wahyu. Soal jawab itu ada supaya seseorang itu terima wahyu. Allah ajar kita bagaimana memperkenalkan Dia kepada hamba yang lain yang masih tak kenal, atau ada silap faham tentang Allah. Ini ilmu perbincangan dan soal jawab. Supaya dia terima kebenaran. Kerana peluang semasa di dunia sahaja.

Dengan belajar Qur’an kita sedia untuk berdakwah.
Ada empat jenis orang yang sesat yang disebut dalam Qur’an :
A. Yahudi dan yang sejenis dengannya
B. Nasara dan yang sejenis dengannya
C. Musyrikin dan yang sejenis dengannya
D. munafikin dan yang sejenis dengannya

Nama orang yang tersesat mungkin macam-macam, tapi perangainya salah satu dari yang empat jenis itu  sahaja. Dalam masyarakat kita, ada semua jenis ini. Munafik mudah sikit untuk didakwah kerana mereka boleh duduk sekali dengan orang Islam.Sejarah telah membuktikan Nabi saw telah berjaya menjadikan orang munafik benar-benar beriman. Oleh itu, kita kena periksa diri kita supaya tidak masuk dalam keempat empat jenis ini.

4. Peringatan kepada peristiwa yang boleh berlaku di dunia ini lagi kalau kita derhaka kepada Allah. Kita belajar bagaimana Allah telah azab mereka yang menentang dan 
bagaimana Allah membantu mereka yang menolong agama Allah. Kerana manusia mudah terkesan dengan kejadian di dunia.

5. Ilmu tentang peringatan peristiwa semasa nak mati dan selepas mati. Kepada yang beriman dan yang sesat.


Kita belajar lima perkara ini untuk mendapat tiga perkara:
1. Memurnikan jiwa manusia. Dari kotor jadi bersih dan layak masuk syurga. Kalau tak bersih atau suci, kena cuci dalam neraka pula nanti dan kita tentunya tidak mahu dimasukkan ke dalam 
neraka walau sekejap pun. Sekarang ini kita  ada Qur’an  untuk menjadi panduan kita.  Jadi, tiada 
alasan untuk kata kita tidak mendapat hidayah kerana hidayah itu sudah terpampang di depan mata kita.

2. Membasmi faham yang salah. Fahaman salah yang dalam otak dan hati kita. Kalau rosak, tidak ada ubat. Boleh kekal dalam neraka. Tidak sama dengan rosak amalan dengan rosak akidah. Kerana kalau rosak amalan, boleh lagi cuci dalam neraka. Tapi kalau rosak akidah, akan kekal selama-lamanya dalam neraka. Dan pegangan salah ini tidak nampak di luar kecuali tuan badan sahaja yang tahu. Bukan ada orang yang akan periksa dan tanya kita pun. Kalau amalan, boleh lagi orang nampak dan tegur kesalahan kita dalam amalan. Tapi kalau akidah, kita kena periksa sendiri dengan belajar tafsir Quran samada ada fahaman kita betul atau salah.

3. Menolak resam dan budaya yang bertentangan dengan Islam. Tidak ada dua budaya untuk kita melainkan budaya Islam sahaja.

Ketiga-tiga perkara ini akan bawa kepada dua perkara yang besar:
1. Menyempurnakan keyakinan tentang Allah. Kalau tak belajar tafsir Qur’an, mungkin kita tahu dan yakin terhadap Allah, tapi tidak sempurna.
 Kita nak kena tahu setakat yang Allah beritahu dalam Quran 30 juzuk ini dan tidak boleh kurang dari itu.
Dan kita juga kena tahu tentang Akhirat. 

1/4 Quran adalah tentang akhirat . Ianya diberitahu dengan banyak sebab ianya adalah perkara yang amat penting.

2. Mengenalpasti kepatuhan dan ketundukan kita dalam syariat Islam menepati jejak langkah Nabi Muhammad SAW.

Dua perkara ini terkandung dalam kalimah syahadah kita.

Ahad, Mac 06, 2022

Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(05-08)s

Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(05-08)s

Kepentingan belajar dan faham tafsir Quran:
Ini adalah kerana Allah, tuhan sekelian alam ini, menyuruh sampaikan Qur’an. 
Nabi telah bersabda bahawa manusia yang paling baik adalah yang belajar Quran dan menyampaikannya. 

Dan tidak ada ilmu lain lagi yang lebih penting dari Ilmu Aqidah yang mana boleh menyelamatkan manusia.

AlQuran  mengandungi ilmu yang penting ini, jadi untuk memperkemaskan akidahlah, perlu sekali belajar Tafsir Quran.

Definisi Qur’an:
Kitab yang diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad .

Dan Quran ini diturunkan untuk insan semuanya,yang mesti difahami  agar boleh memperbetulkan kepercayaan yang ada dalam fikiran juga amalan 

Apakah itu ‘Tafsir Quran’?
Kita belajar tafsir untuk tahu apakah kehendak Allah ke atas kita. 

Ada beberapa jenis tafsir :
1. Tafsir Quran dengan Quran. Iaitu menggunakan ayat Quran sendiri untuk menafsir ayat Quran yang lain. 
Kerana ada ayat yang ringkas sahaja dalam menyebut sesuatu perkara dalam satu ayat dan ianya dijelaskan dengan lebih mendalam dalam ayat lain. Itulah sebabnya kena belajar 30 juzuk baru boleh dapat faham secara keseluruhan. Kerana kalau kita hanya tahu sebahagian ayat sahaja, kita tidak dapat tahu keseluruhan makna yang hendak disampaikan oleh Allah.

Terdapat tafsir Qur’an dengan Qur’an dalam ayat yang sama. Maknanya tak jauh kita nak cari makna atau penjelasan satu-satu ayat itu. 

Sebagai contoh, kita lihat ayat 2:187
dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) 
dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
 وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ 

Asalnya ayat ini hanya,
وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ  ٱلْأَبْيَضُ  مِنَ ٱلْخَيْطُ  ٱلْأَسْوَدِ  
Tetapi ada sahabat yang tidak tahu apakah maksud ‘benang’ putih dan benang hitam itu. 
Sampaikan ada yang meletakkan benang hitam dan putih di bawah bantal mereka. Dan mereka akan melihat benang-benang itu sampai jelas kepada mereka warna antara hitam dan putih itu, baru mereka berhenti makan. Kerana mereka sangka maksudnya memang literal benang putih dan benang hitam. Akhirnya diturunkan tambahan kepada ayat itu   (perkataan ditambah ) مِنَ ٱلْفَجْرِۖ  

Oleh  itu perkataan ٱلْفَجْرِۖ adalah  tafsir kepada الخيط(benang).  Dahulunya ayat itu hanya 
setakat sebut benang sahaja. Tapi kemudian diberikan penjelasan bahawa ‘benang’ yang  dimaksudkan adalah dari ‘fajar’. Jadi ini adalah contoh bagaimana ayat Qur’an ditafsirkan dengan ayat Qur’an di dalam ayat yang sama.

Ada juga tafsir Qur’an dengan Qur’an tapi ayat penafsiran itu duduk dalam surah yang lain.  Jenis sebegini lebih banyak dari jenis yang sebelumnya. Tapi kita kena tahu dimanakah kita boleh berjumpa dengan ayat penafsiran itu.

Contohnya ayat ini adalah bagaimana diceritakan Nabi Adam telah terima kalimat dari Allah. Ini disebut dalam 2:37
فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِۚ 
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya),
lalu Allah menerima taubatnya;

Nabi Adam telah melakukan kesalahan memakan pohon larangan dan baginda telah bertaubat tapi Allah tak terima taubat baginda dan Hawa. Berbagai cara telah digunakan.
oleh mereka berdua tetapi Allah tidak memakbulkan taubat mereka. Sehinggalah Allah ajar sendiri kalimat taubat itu sendiri. Kalimat taubat itu ada dalam surah lain iaitu dalam 
Al-A’raf:23.
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 
Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

Kalau tak belajar keseluruhan Qur’an, boleh jadi kita ada sangkaan lain kepada apakah maksud ‘kalimat’ itu.

2. Tafsir Quran dengan Sunnah. Pertamanya, kita kena sedar bahawa ‘Hadis’ dan ‘sunnah’ tidak sama. Sebab hadis ada banyak jenis – ada yang sahih, yang dhaif dan yang 
palsu pun ada. Kalau dikatakan sesuatu itu ‘sunnah’, semestinya hadis yang sahih. Hadis yang mansukh tidak dikira sunnah kerana tidak diamalkan lagi. Sebagai contoh, ada hadis yang Nabi pernah bersabda yang makan makanan yang dimasak dengan api akan membatalkan wuduk. Memang ianya ada dalam hadis yang sahih, tetapi itu adalah hukum semasa awal Islam dan hukum itu tidak dipakai lagi kerana ada hadis lain yang menunjukkan amalan Nabi tidak begitu.Kita memahami maksud sesuatu ayat itu mengikut apakah yang dijelaskan oleh Nabi. Ini 
adalah kerana ianya tugas Nabi untuk menjelaskan mana-mana ayat yang tak jelas. Kalau baginda tidak jelaskan, tentu kita tidak akan dapat tahu. Bagaimana cara Nabi jelaskan? Baginda jelaskan dalam bentuk amalan. Dengan cara itu, kita dapat tahu bagaimanakah 
cara untuk mengamalkan sesuatu perkara itu. Sebagai contoh, ayat Quran banyak menyuruh kita mengerjakan solat. Tapi kalau Nabi tidak ajar kita bagaimana mengerjakan solat, kita tidak akan tahu bagaimana caranya mengamalkan sesuatu yang Allah suruh kita lakukan dalam Qur’an.

3. Tafsir dengan perkataan sahabat. Kata-kata para sahabat boleh dipercayai sebab mereka belajar sendiri dengan Nabi. Dan mereka jujur dalam tafsir dan tidak dipertikaikan. Imam Hakim kata tafsir dengan sahabat Nabi itu adalah sesuatu yang kukuh dan teguh dan diterima pakai sebagai hujah oleh Bukhari dan muslim.

4. Tafsir dengan kata-kata tabein. Kerana mereka adalah anak murid kepada sahabat Nabi. Tapi tafsir dengan kata-kata tabein ini ada syarat. Bukan semua kata-kata tabein boleh dijadikan hujah dalam tafsir. Kalau mereka semua sepakat atas tafsir mana-mana ayat, maka itu adalah hujah. Tapi kalau mereka berselisih pendapat, tidak lagi boleh dipakai hujah itu untuk menghujah kata-kata tabein yang lain yang tidak sama. Dan tak boleh digunakan untuk lawan dengan hujah orang selepasnya pula (yang bukan tabein). Kalau jadi begitu, kena cari dalil sokongan untuk menguatkan hujah mereka. Antaranya, kena tengok pada lughah Qur’an dan lughah hadis. Iaitu melihat kebiasaan maksud yang digunakan dalam Qur’an dan hadis.

Kalau tidak ada, maka kena pakai keumuman bahasa 
Arab yang biasa digunakan dan difahami. Kena buka kamus bahasa Arab. Ataupun melihat kepada pendapat sahabat yang mirip kepada pendapat tabein itu.
Walaupun begitu, sikit sangat yang ada perselisihan antara tabein. Maka, kalau tafsir menggunakan pendapat ulama sahaja, ianya adalah lemah. 

Kisah Israiliyat pun tidak boleh digunakan dan tidak perlu digunakan sebagai hujah dalam tafsir. Buat punah sahaja. Tafsir Israiliyat ini diambil dari kitab atau pendapat ulama Yahudi. Ini Tidak perlu dan tidak sangkut paut dengan kita. Malangnya, banyak sekali digunakan atau dimasukkan dalam kitab tafsir termasuk dalam Tafsir Jalalain sekalipun. Tapi hanya kita ketahui perkata ini kalau kita belajar. Takut kita hanya terima sahaja tanpa usul periksa.

 Selain dari yang empat derajat tafsir ini, ia dipanggil ‘takwil’, bukan tafsir. Apakah Maksud Takwil?:
Takwil bermaksud huraian makna kedua. Ianya bukan datang dari Nabi, sahabat atau tabein. Ianya memalingkan makna dari lafaz asal kepada makna baru. Dari makna yang zahir kepada makna lain tapi bersesuaian dengan lafaz itu. Bersesuaian juga dengan ayat sebelum dan ayat selepasnya. Juga tidak bercanggah dengan ayat lain dan sunnah. 
Sebagai contoh, Ayat Maidah:6, ada dikatakan yang wuduk akan terbatal kalau ‘sentuh’.
 وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ 
dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu.
 
Makna asal perkataan لَٰمَسْتُمُ adalah ‘sentuh’. Abdullah Abbas kata maknanya bukanlah sentuh yang biasa tapi ‘bersetubuh’ – bersentuh-sentuhan. Pertukaran makna itu adalah  takwil. 

Ibn Mas’ud pula kata memang ianya bermaksud ‘sentuh’ sahaja. Beliau juga sahabat. Oleh itu, dua-dua boleh pakai.

Imam Syafie dalam qaul qadimnya, kalau sentuh bersyahwat maka akan batal wuduk. Jadi kalau sentuh tiada syahwat, tidaklah batal. Inilah yang dipakai kalau pergi umrah haji. Supaya memudahkan mereka yang sedang dalam  keadaan orang ramai itu supaya tidaklah selalu terbatal wuduk dan susah payah pula untuk ambil wuduk.

15 ilmu alat yang perlu ada untuk tafsir  atau takwil ayat Qur’an:
1. Lughah – seseorang yang boleh takwil itu kenalah mahir bahasa Arab. Tahu bahasa Arab dengan sempurna.
2. Kaedah bahasa Arab. Tahu nahu bahasa Arab dengan mahir.
3. Tasrif – perubahan kalimah. Dalam bahasa Inggeris dipanggil tense.
4. Kajian asal kalimah. Tahu katadasar asal sesuatu ayat dalam Quran itu.
5. Ilmu Maani – satu-satu perkataan ada banyak makna, jadi ulama takwil kena mahir ilmu ini.
6. Ilmu Bayan – Dan ada kalanya, banyak perkataan, tapi satu makna sahaja.
7. Ilmu badi’ – indah makna dari sebutan. Macam ada surah yang berakhir dengan ‘ya’  sahaja. Ini selalu digunakan dalam Qur’an.
8. Qiraat. Cara baca Qur’an yang berbeza-beza
9. Usuluddin – ilmu tentang akidah.
10. Usul Fiqh – kaedah mengeluarkan hukum fekah. Dari sinilah timbul beza mazhab. Kerana usul feqah yang berbeza. Kalau tak boleh buat usul sendiri, kena ikut mazhab. Macam di Malaysia  pakai mazhab Syafie.
11. Asbabun Nuzul. Tahu sebab turun sesuatu ayat. Kita akan jelas tentang sesuatu ayat itu kalau kita tahu apakah peristiwa turunnya ayat itu. 

12. Nasikh mansukh.   Imam Suyuthi kata ada 20 ayat yang telah dimansuhkan.Ada pula ulama yang kata 5 ayat sahaja.
13. Feqah. Kena tahu hukum lengkap dari sunnah. Apabila jumpa ayat hukum, kena tahu hukum yang lengkap. Kerana ayat Qur’an hanya sebut ringkas sahaja dan penjelasan 
ada dalam hadis Nabi 
14. Beberapa hadis yang disebut khas oleh Nabi yang menjelaskan makna sesuatu ayat yang samar maknanya. Kerana kalau Nabi tidak beritahu, kita tidak akan tahu.
15. Ilmu wahbiyyun. Kemahiran. Allah akan beri kemahiran ini apabila sudah faham keseluruhan 14 ilmu sebelum ini.