Jumaat, September 30, 2022

Tarikh kematian

Atok mati =6/9/2022
Pukul 2:15 petang.

Tok wea mati=25/7/2022
Pukul 3 pagi
Selang 
6+31+6=43 hari

K000. Petua untuk jadi isteri/suami solehah/soleh (004)s

K000. Petua untuk jadi isteri/suami solehah/soleh 
(004)s


1. Kenalpasti punca yang buat kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, terganggu, tertekan atau rasa tak dihargai. Selepas tahu punca, cari jalan penyelesaiannya. Bincang dengan suami/isteri.


2. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami kena diam, sabar dan memujuk. Mengalah tanda orang itu hebat dan matang.


3. Ubat hati yang sudah tawar itu dengan solat taubat, istighfar, baca Al-Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang. Boleh juga  belanja orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.


4. Sambut suami/isteri setiap masa dengan cara paling menyenangkan. Berhias, senyum dan hiburkan hati suami/isteri dengan memberi air, picit tengkuk dan bahu suami/isteri yang penat mencari rezeki untuk keluarga.


5. Suara yang lembut dan lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami/isteri. Indahkan dan lembutkan lagi suara setiap kali berkata dengan suami/isteri.


6. Sentiasa muliakan keluarga suami/isteri. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami/isteri, kita wajib sayang dan muliakan orang yang suami/isteri kita sayang.


7. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, ini boleh mengundang kemurkaan Allah. 


Semoga semakin ramai wanita/lelaki yang menjadi isteri solehah/soleh  di luar sana ya. 


Isteri/suami adalah nikmat pasangan dari Allah  buat suami/isteri

K 000. Latih Kecerdasan Emosi Anak.

K 000. Latih Kecerdasan Emosi Anak.

Ada 5 komponen kecerdasan emosi.
Hari ini puan Maznah nak kongsi  3 daripada 5:

Pertama 
Sesaorang anak atau manusia itu perlu sedar apa yang ia sedang rasa.
Yaitu anak perlu tahu nama kepada peristiwa itu.
Contoh anak sebut dia rasa marah.
Jika anak boleh sebut itu sangat bagus.
Jika anak itu 3 atau 4 tahun  dia kongsi-kongsi pengalaman di sekolah dengan adik beradik, kita bagi lebel perasaan agar anak dengar.
Contoh : o kakak sangat marah, bila kawan ambil pemadam kakak
Bila kita sebut anak dengar nama emosi itu.
Dengan itu kita bina suatu kesedaran anak .
Emosi tidak berdiri sendiri, ianya ada punca yang menyebabkannya.
Yakni emosi ada perkara yg telah mencetuskanya.
Sangat-sangat penting anak tahu apa nama emosinya.
Biasanya ramai(hatta orang dewasa juga) yg kurang perbendaraan kata kepada sesuatu emosi.
Paling mudah atau emosi asas perasaan itu ialah:
1. Gembira.
2.Sedih.
3.Takut.
4.Jelik /Jijik
5.Teruja

Dan untuk pengetahuan ,ada emosi sekunder seperti rasa kecewa.
Contoh abang dah bagi kongsi barang tetapi abang rasa kecewa.

Anak ,walaupun bawah 3 atau 4 tahun bila dia dengar nama perasaan yg kita sebut, insyallah apabila dia boleh berkomunikasi nanti dia  akan sebut perkataan yg kita pernah sebut .

Ingatnya setiap emosi itu tidak akan berdiri sendiri.
Setiap emosi mesti ada perkara  yang telah menyebabkanya seperti cuaca , bila panas dia rasa letih.
Jadi untuk emosi bila dia lapar dia rasa marah.
Penyebab emosi boleh jadi orang selain cuaca.

Pada umur bawah 6 tahun sangat mudah untuk latih  anak tentang EQ dari aspek pertama level EQ iaitu apa nama perasaan.

Untuk sedar perasaan apa yang anak sedang rasai, dia mesti ada perbendaharaan kata kepada perasaan  yang sedang ia rasa kepada peristiwa itu.

Level yang lebih lanjut.

Bagaimana mereka mengguna emosi itu dalam mengurus perhubungan yang berkait dengan rasa yang sedang dirasainya.
Contoh dia rasa marah pada adik , bagaimana dia boleh  mengurus perhubungan nya dengan baik.

Kat sini macam tinggi levelnya tetapi Puan Maznah dapati anaknya  telah dapat mengurus perhubungan dengan baik  setelah dia  mengamalkan kepada anaknya.

Dan inilah yang dinamakan kemahiran pengurusan emosi.


Modeling atau contoh mengurus itu adalah  satu cara mudah.

Untuk itu,  kita kena ada kesedaran untuk mengurus perasaan itu hasil dari emosi seperti marah atau kecewa atau geram dan sebagainya .

Yang mana ini adalah komponen yang kedua.

Ulang balik,
Pertama kita kena sedar apa emosi kita.

Kedua 
bagaimana kita menggunakan emosi itu dalam mengurus perhubungan dengan individu tertentu.
(Kat sini ada kemahiran  perhubungan yang merupakan bahagian dari EQ)

Ketiga.
Hasil dari kita berjaya mengurus perhubungan maka akan ada impak yang lebih kepada pengukuhan.

Contoh
Kakak marah adik sebab ambil mainan kakak.
Kita beritahu adik supaya minta izin baru kakak akan bagi.
Katalah dia telah berjaya mengurus emosi marah itu dengan kita bagi skil  meminta izin. Kita akan dapat impak yang level 3 tadi. 
Dia akan nampak dia dapat manfaat hasil dari dia mengurus perasaannya tadi dan  seterusnya kita kukuhkannya seperti kita kata kakak nampak tak tadi , bila kakak minta untuk pinjam mainan adik , kita telah rasa gembira dan boleh main sama-sama.

Keadaan ini , Puan Maznah selalu ajar pada anak-anaknya.
Dan sehingga sekarang dia mendapati hasilnya cukup baik.

Kenapa level 3 atau impak itu kita perlu sebut untuk pengukuhan seperti kakak rasa lebih seronokkan atau kata kakak rasa bestkan, kakak dapat main mainan adik .

Ini kerana pada masa lain jika  berlaku lagi, anak belajar uruskan perasaan  dan perhubungannya itu dengan baik berdasarkan pengalaman yang telah dia ada. Dan dia lebih  nampak manfaat  hasil dari pengukuhan dari kita.

Jadi kita kena ajar  dan kukuhkan supaya anak akan belajar mengurus pula.

Ini kerana peristiwa seperti itu biasanya akan berulang-ulang .

Untuk anak yang tidak pandai memberitahu ( memang ada anak-anak yang introvert tidak pandai) kita boleh memandunya dengan bertanya seperti kita kata mama nampak adik MACAM MARAH ATAU SEDIH, BETUL KE? 
Ini keadaan kita pandu dia dengan bagi perbendaraan kata untuk dia sebut.

KENA Ajar mengurus perhubungan dengan baik kerana perhubungan akan berulang-ulang.
 
Lagi, bila meluahkan perasaan , perlu menyebut nama perasaan beserta  sebab berlaku sesuatu perasaan itu dan  sebut juga cara penyelesaiannya agar lebih positif.






Rabu, September 28, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (7)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (7)

Kesimpulan
☆Secara jelasnya, orang Yahudi - malah orang daripada
bangsa lain secara individu -tidak berani untuk melakukan
perbuatan buruk secara terbuka terhadap Baginda s.a.w. ketika Baginda berada di Madinah. Ini tidak menafikan
wujudnya konspirasi atau pengkhianatan secara senyap-
senyap untuk menjatuhkan Nabi Muhammad s.a.w.
☆Islam tiada masalah dengan orang Yahudi mahupun
Kristian. Islam bukannya agama yang memusuhi agama
dan bangsa lain. Islam hanya bencikan kezaliman dan
penindasan. Jika orang lslam sendiri yang melakukan
kezaliman, juga termasuk dalam kelompok yang dibenci
Islam.
☆Orang Yahudi mendapat perlindungan yang sewajarnya  daripada Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, sehinggakan ramai juga dalam kalangan mereka yang memeluk Islam.
Nabi Muhammad s.a.w. sendiri memiliki dua orang isteri
daripada wanita Yahudi.
☆Terdapat bangsa Yahudi yang akhirnya mengkhianati Nabi Muhammad s.a.w., sehingga mereka diusir oleh Baginda s.a.w., seperti Bani Nadir dan Qurayzah. Pengkhianatan ini dilakukan secara terbuka dalam bentuk beramai-ramai, namun mereka sudah ditimpa balasan yang setimpal.



Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (6)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (6)

Pendapat Ulama Mengenai Status Hadith Kisah Ini:
1. Kesemua sanad ini adalah dhaif.
Kesimpulannya, semua jalur riwayat hadith ini adalah
dhaif dan tidak sahih walaupun satu. Kita diperingatkan
tentang penambahan yang dibuat-buat oleh kebanyakan
orang pada masa sekarang, bahawa jiran Baginda s.a.w.
menyakiti hati Baginda dengan meletakkan sampah dan duri di laluan Baginda s.a.w.
Yang benarnya, tambahan ini tidak ada asalnya di dalam
kitab-kitab sunnah. Tidak pula dinyatakan oleh mana-mana
orang berilmu. la hanya masyhur   kalangan orang-orang terkemudian dalam kalangan pemberi nasihat (wu'az) dan 
orang-orang 'zuhud tanpa sebarang asal dan sanad.
Sepatutnya orang Islam hanya berpegang dengan fakta
yang thabit dan diterima. Apa lagi dalam teks tersebut
terkandung beberapa fakta yang mengarut. Ini kerana
dinyatakan orang Yahudi mengganggu Nabi Muhamad
s.a.w. tanpa dihalang oleh para sahabat.

2. Sheikh Abd al-Rahman al-Suhaym menegaskan sekiranya
riwayat ini sahih, tidak bermakna orang Yahudi itu adalah
jiran tetap Nabi s.a.w. Sebaliknya mungkin dia tinggal tidak
berjauhan dengan rumah Baginda s.a.w., lalu dianggap jiran.
Beliau turut menegaskan bahawa, Yahudi itu hanya dianggap jiran bagi sesetengah rumah Baginda s.a.w. sahaja. Itu pun jika riwayat tersebut adalah benar.¹⁷

3. Terdapat hadith sahih yang lain, yang menceritakan tentang seorang Yahudi yang pernah berbakti kepada Rasulullah s.a.w. Satu ketika, beliau jatuh sakit. Ketika itulah Baginda s.a.w. menggiatkan dakwah kepadanya, dan akhirnya beliau menerima Islam. Hadith tersebut berbunyi,
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ أَسْلِمْ فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنْ النَّارِ
Anas bin Malik r.a. melaporkan: Anak muda Yahudi yang menjadi khadam Nabi s.a.w. jatuh sakit. Nabi Mubammad s.a.w. menziarahinya dan duduk di sisi kepalanya. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, "Masuklah ke dalam Islam. Dia melihat kepada ayahnya yang ada di sisinya, lalu ayahnya berkata: Taatilah Abu al-Qasim s.a. w. Dia pun memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dan berkata: Pujian kepada Allah s.w.t yang menyelamatkannya daripada neraka.
(Direkodkan oleh Bukhari, dalam Sabih al-Bukhari, Kitab al-Jana iz, Bab Idha Aslam al-Sabi Famata Hal Yusalli alayh wa Hal Yu'rad 'ala al-Sabi al-Islam, no. 1356 status hadith sahih)¹⁸


Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (5)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (5)

Apa Kata Ulama Mengenai Kisah Ini?
1. Sheikh Dr Ayman Samil¹⁰ berkata: "Kisah ini tersebar
dalam perbincangan-perbincangan. Saya melakukan kajian
mendalam tentangnya namun saya tidak menemuinya
(sumber). Oleh itu, saya tawaqquf (tidak memberikan komen)sama ada kísah ini sahih atau dhaif."

2. Sheikh Abu Dhar al-Samhari al-Yamani" berkata: "Kisah
ini tiada asalnya dalam mana-mana kitab sunnah. Kami juga tidak menemui sanadnya. Adalah tidak patut para sahabat r.anhum berdiam diri dan tidak mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w.daripada tindakan Yahudi yang membuang sampah di hadapan rumah Baginda s.a.w."

3 .Menurut muhaddithin, terdapat satu kisah dalam hadith yang menjelaskan satu ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengajak para sahabat untuk menziarahi seorang jiran Yahudi, lalu Baginda a.w, menyerunya kepada Islam. Akhirnya, jiran Nabi s.a,w. itu memeluk lslam. Kisah tersebut seperti berikut:
Hadith Bermaksud:
Daripada Ibn Burayaah, daripada bapanya, berkata, "Kami
duduk bersama Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a. w. berkata, Marilah kita pergi menziarahi jiran kita Yahudi. Kami pun pergi bersama-sama mengziarahinya. Rasulullah s.a.w.bertanyakannya, Bagaimana dengan keadaan kamu? Kemudia Baginda s.a. w. berkata lagi, Wahai saudara, ucaplah saya bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan sesungguhnya saya adalah Rasulullah. Anak muda itu melibat kepada bapanya yang berada di sisi kepalanya. Bapanya tidak berkata apa-apa,hanya mendiamkan diri. Kemudian  Rasulullah s. a. w. berkata
 lagi di sisi kepalanya, Wahai saudara, ucaplah saya bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan sesungguhnyu saya adalah Rasulullah.'Ayabnva berkata kepadanya, Ucaplah wahai anakku. Lalu anak muda itu pun berkata, Saya bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Alah dan sesungguhnya tuan merupakan Rasullah . Rasulullah s.a. w. lantas berkata, Segala puji bagi Allah swt yang  membebaskannya daripada neraka.
(Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni (364 H) dalam kitabnya Amal al-Yawm wa al-Laylah, no. 554, dengan sanad yang lemah.")

Hadith ini juga dibincangkan oleh al-Uqayli dalam kitab al-
Du'afa' melalui sanad Abu Hurayrah r.a. namun juga melalui sanad yang lemah. Al-'Uqayli berkata: "Hadith sebegini diriwayatkan melalui jalur lain yang lebih baik (aslah) daripada jalur ini."

Manakala 'Abd al-Razzaq juga meletakkan hadith ini dalam
kitab Musannafs melalui riwayat Ibn Abi Husayn atau nama sebenarnya Umar bin Sa' id bin Abu Husayn. Namun jelasnya Ibn Abi Husayn adalah tabi in yang kecil (Sighar al-Tabi' in) dan tidak pernah berjumpa dengan mana-mana sahabat.



Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (4)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (4)

Keterangan dalam menjawab soalan kedua:
1. Sheikh Uthman bin Muhammad al-Khamis⁴ memetik
pandangan Sheikh Abd a-Rahman al-Suhaym bahawa
orang Yahudi tinggal di pinggiran Madinah. Hujah ini
digunakan oleh beliau untuk menolak dakwaan ada Yahudi
yang tinggal sekitar Masjid Nabawi dan berjiran dengan
Nabi Muhammad s.a.w.⁵

2. Menurut al-Suhaylh (581 H), rumah Baginda s.a.w. semuanya ada sembilan buah⁶.
Al-Dhahabi menambah keterangan bahawa bukanlah  
semua rumah dibina serentak sebaliknya dibina secara bertahap. Rumah pertama yang dibina ialah rumah Ummu al-Mukminin Sawdah binti Zam' ah r. anha dan pada bulan Syawal tahun ke-2 Hijrah, baru dibina rumah Ummu al-Mukminin Aishah r. anha.

3. Meskipun tiada maklumat yang absah menerangkan kesemua maklumat berkaitan rumah-rumah isteri Nabi Muhammad s.a.w., namun yang pastinya kebanyakan rumah mereka berada di bahagian timur Masjid al-Nabawi, di sebelah kanan orang yang mengerjakan solat. Terdapat peta menunjukkan rumah-rumah isteri Baginda s.a.w. semuanya berdekatan.

4. Rumah Baginda s.a.w. dikatakan rendah sahaja sehingga
atap rumahnya boleh disentuh dengan tangan. Hasan al-
Basri (110 H) menceritakan ciri rumah Baginda s.a.w. ketika melawat Madinah, "Saya memasuki rumah-rumah isteri
Baginda s.a.w. pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman
r.a., saya dapat mencapai atap rumah dengan tangan.

5. Para sahabat yang menjadi jiran Nabi Muhammad s.a.w. Para sahabat pula terkenal sebagai orang yang sangat mengasihi Baginda s.a.w. dan tidak akan membiarkan ada orang mengganggu Baginda s.a.w. Ini dapat dilihat dalam banyak kes termasuk sumpah setia mereka dalam Bai' ah Aqabah al-Thani bahawa mereka akan menjaga Baginda s.a.w.sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri. Antara sahabat yang dikenal pasti tinggal berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. ialah Harithah bin al-Nu' man r.a. Disebutkan bahawa beliau yang memberikan tanah-tanah kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membina rumah-rumah isteri Baginda sehingga Baginda s.a.w.pernah melahirkan perasaan hormat dan segan terhadap beliau.



Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (3)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (3)

Perbahasan dan Hujah Tentang Kebenaran Kisah Ini:
Fokus utama perbincangan ini ialah sejauh manakah kebenaran kisah ini?

1. Prof Dr al-Sharif tidak membahaskan kisah ini daripada
aspek keabsahan maklumat. Perbincangan beliau banyak
membahaskan aspek kelembutan dalam dakwah. Beliau
mengupas ayat al-Quran yang dinyatakan di atas secara
panjang lebar namun semua itu bukanlah dalil kepada
keabsahan kisah ini.
Beliau sendiri tidak menyatakan satu dalil pun untuk
menyokong kewujudan kisah ini. Malah tidak juga menyatakan sebarang sumber untuk membuktikan kebenarannya.

2. Beberapa persoalan menjadi tanda tanya di sebalik mencari kesahihan kisah ini antaranya:
Soalan Pertama: Di manakah peristiwa ini berlaku?
Pastilah ia tidak berlaku di Mekah kerana tiada orang Yahudi di Mekah. Jika ada sekalipun, pastilah dia tidak berani untuk bertindak secara berlebihan atas nama pendatang di tempat orang.

Soalan Kedua: Jika ia berlaku di Madinah, kita harus menjawab empat persoalan pokok
¤ Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. berjiran dengan seorang lelaki Yahudi?
¤ Beranikah orang Yahudi untuk berlaku kasar dengan
Baginda s.a.w., sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah
ketua di Madinah dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat
yang lain seperti Umar r.a.?
¤ Apakah pula peranan sahabat dalam menyelesaikan
perkara ini? Adakah sahabat langsung tidak mengetahui
peristiwa itu atau mereka sengaja tidak mengambil apa-
apa tindakan?
¤ Nabi Muhammad s.a.w. memiliki beberapa orang isteri dan setiap isteri memiliki rumah masing-masing. Jadi, rumah yang manakah sentiasa menjadi mangsa lelaki Yahudi itu?
Rumah-rumah Nabi Muhammad s.a.w. kesemuanya berdekatan dengan masjid. Jika begitu, pastilah banyak rumah para sahabat r'anhum yang berada di sekeliling rumah Nabi Muhammad s.a.w.



Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (2)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (2)

Sumber Kisah
Sukar untuk mencari sumber sebenar kisah ini kerana tidak
termaktub dalam kitab-kitab yang muktabar, yang ada dari sumber artikel yang menceritakan tentang kisah ini.


Perbahasan Ulama yang Menerima Kisah Ini.
Tidak dinafikan, ini antara kisah yang paling masyhur tentang kelembutan dakwah Baginda s.a.w. Seimbas lalu, kita akan dapat merasakan ketenangan hati Baginda s.a.w. dalam menyebarkan agama dakwah ini.

Prof Dr Muhammad Abd al-Ghaffar al-Sharif menerima
kisah ini dengan mengemukakan beberapa hujah³." Tuntasnya, beliau menggunakan beberapa dalil daripada al-Quran dan hadith untuk menunjukkan kelembutan dalam berdakwah dalam usaha untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat.

Hujah yang pertama berdasarkan ayat al-Quran:
Fussilat 41:34
وَلَا تَسْتَوِى ٱلْحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُۥ عَدَٰوَةٌ كَأَنَّهُۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ 
Fussilat 41:35
وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ 
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah
"Dan(kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, tiba-tiba orang yang ada pernusuban dengan kami seolah-olah sudab menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerabkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyar
keuntungan yang besar."
(Surah Fussilat, ayat 34 hingga 35)

Daripada hadith,
Bermaksud:
Ibn Umar r. anhuma melaporkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kasihilah temanmu berpada-pada, boleh jadi dia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu berpada-pada, boleh jadi dia akan menjadi temanmu suatu hari nanti."
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat al-
Kabir. Terdapat seorang perawi yang bernama Jamil bin Zayd,beliau seorang yang lemah.
(al-Haithami, Majma' al-Zawa id wa Manba' al-Fawa'id, Kitab al-Adab, Bab Abbib Habibak Hawnan Ma, no. 13103)



Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (1)




Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (1)

KISAH RASULULLAH S.A.W. DIANIAYA OLEH JIRAN YAHUDI

كان لمحمد صلى الله جار يوهدي مؤذ حيث كان يأتي كل يوم بقمامته ويضعها أمام بيت محمد الرسول ومحمد يعاملة برحمة ورفق ولا يقابل إساءته بالإءة بل كان يأخذ القمامة  ويرميها بعيدا عن بيته دون أن يخاصم اليهودي، وذلك لأن محمدا كان يعيش لأهداف سامية وأخلاق راقية وهي تخليص البشرية من العناء وأسعادها بعد الشقاء . وفي يوم الأيام انقطعت أذية الجار اليهودي لمحمد السول، فلم يعد اليهودي يرمي القمامة أمام بيه، فقال محمد الرسول لعلّ جارنا اليهودي مريض
فلابد أن نزوره ونواسيه، فذهب أليه في بيته يزوروه فوجده مريضا كما ظنّ، فلاطفه بالكلام واطمأنّ على حاله. إنه نبل الأجلاق وسوّ النفس بل قل عظمة العظماء.  اندهش اليهودي من زيارة محمد الرسول الذي جاء يوسيه في مرضه ولطالما كان هو يؤذيه عندما كان صحيحا معافى  فعلم أنّه رسول الحق ولم يملك إلاّ أن يؤمن برسالة محمد ويدخل في دين الإسلام فقال : أشهد أن لا إلهإلا الله وأنّ محمدا رسول الله 

Nabi s.a. w. berjiran dengan seorang Yahudi yang suka menyakiti Baginda S.a.w. Setiap hari, dia akan mengambil sampah dan meletakkan di hadapan rumah Nabi Muhammad s.a.w. Namun Baginda s.a.w. memperlakukannya dengan rahmah dan lembut, dan tidak membalas keburukan dengan keburukan. Bahkan Nabi s.a.w. mengambil sampah tersebut dan membuangnya jauh tanpa menyimpan sebarang perasaan dendam kepada jiran Baginda s.a.w. itu.
Hal ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w. hidup dengan tujuan
yang tinggi dan akhlak yang mulia, iaitu menyucikan manusia daripada kesusahan dan membahagiakan mereka selepas kecelakaan.
Satu hari, tiada gangguan daripada orang Yabudi tersebut.
Tiada pula sampah yang dibuang olehnya di hadapan rumah Baginda s.a.w, lantas Baginda s.a.w. berkata, Kemungkinan dia sakit. Lebih baik aku menziarahinya.' Lalu Baginda s.a.w. pergi ke rumah jirannya dan mendapati dia benar-benar sakit sebagaimana sangkaan Baginda s.a. w.
Rasulullah s.a.w. bercakap dengan lembut dan menenangkan jirannya. Ini adalah satu akhlak yang mulia. Orang  Yahudi tersebut terkejut dengan kehadiran Nabi Muhammad saw, kerana selama ini dia menyakiti hati Baginda s.a. w. Maka  dengan akhlak tersebut, dia beriman dengan risalah Muhmad s.a. w. dan memeluk agama Islam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.